Pengurusan Permainan Tradisional 2

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

dikenali sebagai permainan rakyat Merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi.

. Merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan.

Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronakan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan dan juga tidak mempunyai masa yang piawai. Berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa. Permainan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani,emosi,rohani dan intelektual.

Permainan tradisional lahir daripada budaya dan sosiologi masyarakat, permainan tradisional wujud dalam variasi pertandingan yang banyak. Dipertandingkan dalam 2 jenis:o Individu (dipertandingkan antara individu dengan individu yang lain) o Kumpulan (dipertandingan seorang sekumpulan) lebih dari

INDIVIDU CONGKAK DAM WAU GASING LAGA AYAM

KUMPULAN USUNG BALAK GALAH PANJANG TATING LAWI SORONG KERETA SEPAK RAGA BULATAN

GALAH PANJANG BATU SEREMBAN SEPAK RAGA

GASING

CONGKAK

Galah panjang

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Batu seremban

Dikenali sebagai Serembat.

permainan

Selambut

atau

Dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat.

Gasing

Jenis gasing seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Dimain dalam dua cara iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Satu lagi gasing ialah gasing pinang yang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Sepak Raga

Permainan sepak raga telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bola diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.

Congkak

Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan. Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.

Pertandingan tradisional dijalankan berdasarkan kepada kawasan atau tempat tersebut. Tidak terdapat peraturan yang spesifik yang telah difaktakan untuk permainan-permainan tradisional. Kebanyakan permainan dijalankan dengan cara sendiri atau yang diterima pakai oleh kumpulan yang memainkan permainan tradisional tersebut. Peraturan yang dikenakan adalah berdasarkan kepada persetujuan ramai. Seandainya terdapat sesebuah pihak yang ingin menjalankan pertandingan tradisional secara besaran, pandangan orang ramai hendaklah diambil kira kerana setiap negeri mempunyai permainan yang sama tetapi berlainan dari segi nama dan cara ia dijalankan.

You might also like