Refleksi Ulasan Pensyarah Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Refleksi Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan ulasan pensyarah

Salam dan selamat sejahtera. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk melaksanakan tugasan projek ini. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan refleksi selepas menyiap kerja kursus mereka. Hal ini kerana,selaku seorang pelajar yang menuntut ilmu di Institut Perguruan Teknik, kami perlu menyatakan perasaan dan pengalaman kami semasa membuat kerja kursus tersebut. Tugasan projek yang diberikan ialah mereka bentuk satu pengajaran bagi satu topik sains rendah. Keduaanya, saya dikehendaki mencari seorang pensyarah untuk mengkritik dan mendapat pendapat mengenai rancangan pengajaran saya dan memberi beberapa cadangan penambahbaikan untuk menghasilkan satu rancangan pengajaran yang efektif. Berdasarkan kritikan pensyarah, saya dikehendaki membuat satu refleksi sebagai bukti kritikan daripada pensyarah. Ketiganya saya juga dikehendaki membina semula rancangan harian tersebut serta mengendalikan satu pengajaran makro untuk menguji keberkesanan rancangan pengajaran saya . Mengikut kehendak tugasan, rancangan pengajaran yang saya disediakan adalah untuk Tahun 4 mengikut format KSSR. Topik yang dipilih ialah sifat-sifat bahan di bawah tema menyiasat bahan. Pensyarah yang mengulas rancangan pengajaran saya ialah Pn. Ellyza binti Karim. Beliau sangat membantu saya semasa mengkritik rancangan pengajaran dan memberi beberapa idea yang baru yang mana boleh diaplikasikan semasa pengajaran makro nanti. Walaupun aktiviti yang saya rancangkan adalah

sesuai dengan topic yang hendak diajar tetapi pensyarah memberi pendapat beliau yang lebih jelas lagi supaya melicinkan pengajaran saya nanti dan juga boleh digunakan semasa di sekolah nanti. Segala pendapat yang didapat daripada pensyarah digolongkan kepada tiga bahagian iaitu kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan.

KEKUATAN: Saya menjadi seorang yang rajin dan bersifat kritikal semasa membuat kerja kursus ini. Hal ini terbukti apabila saya sering ke pusat sumber untuk mencari maklumat dengan teliti mengenai topik yang saya memilih. Saya menggunakan sumber buku teks yang terdapat di pusat sumber untuk mencari maklumat mengenai topik saya dan mendapat idea untuk rancang aktiviti bagi mereka rancangan pengajaran. Walaupun saya tidak dapat mencari buku yang diperlukan saya tetap telah menjadi sabar sehingga saya dapat menemui cara penyelesaian saya. Iaitu saya telah berjumpa dan menghubungi rakan-rakan lain untuk mendapatkan maklumat dan membincangkan perkara-perkara yang kurang memahami.Saya juga seorang berpengalaman dalam menyediakan Rancangan Pelajaran Harian. Hal ini kerana mulai semasa semester 1, saya dilatih untuk menyediakan satu rancangan pelajaran harian bagi kerja kursus saya. Ini membantu saya untuk menghasilkan hasil kerja yang lebih berkualiti bagi kerja kursus kali ini. Semasa menyediakan RPH, saya merujuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi membantu saya menyediakan RPH yang lebih berkualiti. Semasa menemu bual pensyarah, beliau menyatakan bahawa aktiviti yang saya rancangkan untuk set induksi sangat sesuai kerana aktiviti yang

dirancangkan dapat menarik perhatian murid-murid. Bukan sahaja itu, semasa fasa ini aktiviti yang saya laksanakan pasti akan mencungkil sifat inkuiri penemuan murid untuk mendapat tahu apa yang berlaku sedang berlaku pada keadaan kapal di dalam besen. Pada peringkat pencetusan idea, saya tanya beberapa soalan berkaitan dengan aktiviti set induksi dan beliau mengatakan semua soalan adalah sesuai aras pemikiran murid untuk dijawab. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa ia adalah bagus yang saya kaitkan aktiviti yang dirancangkan dengan kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana, di sini boleh dilihat dengan jelas aktiviti yang saya rancang itu dapat membina dan mengukuh kecerdasan tertentu dalam diri murid. Seterusnya, pada peringkat penstrukturan idea pensyarah memberi

pendapat bahawa isi kandungan yang hendak saya sampaikan adalah sesuai

dengan topik saya dan ini adalah satu langkah yang amat penting untuk membina ilmu tentang topik hari itu. Pada set induksi pula, saya dapat komen aktiviti yang saya rancang adalah agak menarik kerana ini adalah fasa yang penting untuk mengukuhkan pengajaran yang hendak disampaikan. Saya menggunakan lagu adaptasi yang dikaitkan dengan topik pembelajaran supaya murid dapat faham dengan senang dan jelas. Melalui tugasan ini, saya juga dapat belajar cara-cara menyediakan rancangan pelajaran harian dan dapat bergaya seperti seorang guru dan ini adalah suatu pengalaman dan latihan yang baik pada masa akan datang

khususnya semasa praktikum di sekolah pada semester depan. Bukan itu sahaja, rancangan pelajaran harian yang saya sediakan sangat membantu saya semasa menjalankan aktiviti pengajaran di dalam kelas serta sangat sesuai dengan tahap kognitif murid.

KELEMAHAN: Dimana ada kekuatan disitu ada kelemahan. Saya memang tidak mencukupi masa untuk melengkapkan kerja projek ini pada masa yang ditetapkan. Walaubagaimana pun, saya berusaha untuk mencari maklumat dengan menguruskan masa saya sebaik mungkin. Pusat sumber di Institut saya juga mempunyai masalah kekurangan sumber buku teks yang berkenaan dengan matapelajaran Sains dan ini membawa masalah besar kepada saya untuk mencari maklumat dari sumber buku. Seterunsya, komen pensyarah mengenai rancangan pengajaran harian. Pertamanya, beliau menyatakan bahawa saya mempunyai miskonsepsi mengenai definisi eksperimen dan ujikaji. Selepas menyemak rancangan pengajaran saya, beliau menyatakan aktiviti yang saya rancangan adalah bukan eksperimen tetapi lebih kepada ujikaji kerana murid boleh membentuk hipotesis semasa pelaksanaan aktiviti. Beliau juga mengkritik, perancangan pengajaran saya tidak mempunyai sebarang perbincangan di antara guru dengan murid. Ini merupakan satu kekurangan dalam sesi pengajaran yang mana tidak memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan guru.

Dalam fasa pencetusan idea, saya akan menunjukkan beberapa contoh bahan yang boleh terapung atau tenggelam di depan murid untuk mengenalpasti ciri-ciri bahan yang terdapat pada tersebut. Pensyarah membuat kritikan bahawa sebelum bertanya ciri-ciri bahan yang ditunjukkan, saya juga dikehendaki menyuruh mereka meneka dahulu bahan yang mana boleh timbul dan tenggelam. Ini adalah satu fasa yang penting untuk membina ilmu bagi topic tersebut. Pada fasa penstrukturan semula idea, saya dapat kritikan daripada pensyarah untuk tukar aktiviti yang dirancangkan. Hal ini kerana, aktiviti yang saya cadangkan agak merumitkan dan tidak sesuai untuk membina idea muridmurid. Dalam fasa ini, murid sepatutnya mengenal pasti ciri-ciri bahan terapung tetapi aktiviti yang dicadangkan tidak begitu sesuai. Lagipun, dalam fasa ini saya tidak masukkan sebarang perbincangan selepas aktiviti supaya murid boleh bertanya soalan dan mendapat penjelasan daripada gurunya. Bagi mengelak ini, pensyarah mencadangkan aktiviti lain yang mana boleh digantikan dengan aktiviti saya untuk pengajaran nanti. Pada fasa aplikasi idea pula, pensyarah membuat kritikan dan sedikit pengubahsuaian dari segi pengekplotasian sumber mengajar. Semasa fasa ini, saya merancang untuk mengguna dan menunjukkan gambar kayu balak yang dihanyutkan oleh air sungai ke kawasan pengumpulan kayu bagi bertanya ciri-ciri kayu balak tersebut. Tetapi pensyarah memberi kritikan bahawa sumber video adalah lebih sesuai berbanding dengan gambar bagi aktiviiti ini. Hal ini kerana, murid dapat mengambarkan idea yang pelbagai berbanding dengan

menunjukkan gambar yang tidak jelas. Pada fasa refleksi, saya dapat sedikit kritikan kerana saya lupa untuk sertakan lirik lagu yang dicadangkan dan lembaran kerja yang sepatutnya diedarkan kepada murid. Walau pun saya dapat banyak kritikan daripada pensyarah maka ia semua akan menjadi sebagai satu pengajaran untuk membetulkan rancangan pengajaran saya bagi menghasilkan satu pengajaran yang lebih efektif nanti.

Kritikan yang diberi juga akan membantu saya semasa praktikum di sekolah nanti.

Cadangan penambahbaikan: Pensyarah memberi beberapa cadangan penambahbaikan untuk

memperbaiki rancangan pengajaran saya. Pensyarah memberi kritikan dan cadangan semasa fasa penstrukturan semula idea. Pensyarah mencadangkan menggunakan kangkung untuk ujikaji, Berdasarkan isi kandungan, saya dikehendaki ajar ciri-ciri bahan yang boleh terapung iaitu ringan dan terapung. Jadi, aktiviti yang akan dicadangkan agak menarik dan mencabar murid untuk uji apa yang berlaku pada batang kangkung apabila dimasukkan ke dalam air dan menguji kenapa ia boleh berada dalam keadaan tertentu. Dalam fasa aplikasi idea pula, beliau memberi cadangan untuk penggunaan video menggantikan gambar kayu balak yang kurang jelas. Menurut beliau penggunaan bahan bantu mengajar adalah sangat penting untuk membantu membina ilmu murid dengan lebig tersusun. Lagi dari segi persoalan juga, pensyarah memberi cadangan untuk mengaitkan keadaan kayuk balak dalam air dengan ciri-ciri kayu balak yang terdapat dalamnya untuk berada dalam keadaan tertentu. Semua cadangan penambahbaikan yang dicadang oleh pensyarah dimasukkan dalam rancangan pengajaran untuk menghasilkan satu rancangan pengajaran yang lebih bernilai dan berefektif. Menurut pensyarah, segala aktiviti dan penerangan mengenai aktiviti yang saya rancangan memang sesuai untuk diajar murid Tahun 4 dan agak menarik. Segala kritikan dan ulasan diambil kira dalam ingatan untuk memperbaiki kelemahan saya dan mengukuhan lagi pengetahuan saya. Sekian terima kasih. -Punggodi Maniam

You might also like