Pendapat Ahli Falsafah Tentang Ilmu

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PENDAPAT AHLI FALSAFAH TENTANG ILMU:- ARISTOTLE

Nama Pensyarah:- Puan Ramlah bt Ghani Nama Pelajar:- Raja Yong Zahariah binti Raja Badaruddin

SIAPAKAH Aristotle ???


Dilahirkan pada 384 SM di Stagria, Greek. Merupakan anak kepada Nichomachus ( sahabat dan doktor peribadi King Amyntas III of Macedonia). Diasuh dan dididik oleh bapanya dalam bidang kedoktoran dengan harapan Aristotle dapat menggantikan kedudukan bapanya itu.

Berasal daripada golongan keluarga menengah dan memiliki tingkah laku luar biasa

Menuntut di Akademi Plato ketika berusia 17 tahun

Belajar Matematik, Politik, Etika dan pelbagai ilmu pengetahuan lain.

LAKARAN WAJAH TOKOH FALSAFAH YUNANI ARISTOTLE

The roots of education are bitter, but the fruit is sweet. - aristotle

PENGERTIAN ILMU MENURUT ISLAM DAN GOLONGAN SEKULAR


Ilmu berasal daripada perkataan Arab beerti mengetahui atau perbuatan bertujuan untuk mengetahui sesuatu dengan sebenar
John Amos Comenius (1592-1670) berbangsa Chekoslovakia . Dasar pengajarannya berfokus kepada bagaimana menarik perhatian kanakkanak supaya minat kepada pelajaran dan menekankan tentang aktiviti murid-murid seperti menyelidik dan mengalami sendiri, seterusnya mengamalkan apa yang telah dipelajari.

Ilmu merupakan himpunan pengetahuan manusia yang dikumpulkan melalui proses pengajian dan dapat diterima oleh rasional

Francis Bacon (1561-1626M) adalah seorang ahli falsafah berbangsa Inggeris. Dasar pendidikan beliau menekankan kepada pengalaman dan induksi. Bagi beliau, alam ini dipelajari melalui pancaindera untuk mendapatkan realiti. Dalam erti kata lain, sesuatu realiti itu diperolehi melalui pemerhatian dan pendengaran

Aristotle dan ilmu secara umum


Secara umum, Aristotle menyatakan ilmu adalah persiapan akal untuk menerima sokongan luar Logika adalah pemikiran analitis yang menjadi dasar bagi ilmu pengetahuan Logika bermaksud berfikir secara teratur, tepat dan berdasarkan hubungan sebab dan akibat. Beliau digelar sebagai bapa logik. Konsep ilmu ini berkonsepkan mencapai kebenaran tentang sesuatu hal dengan membuat kesimpulan daripada kebenaran yang umum.

Pemikiran Aristotle berpaksikan kepada kebenaran dan menggunakan akal fikiran yang logik dalam mengahadapi persoalan kehidupan. Pemikiran Aristotle yang telah menyimpang daripada pemikiran sebelum ini yang berteraskan kepada dogma-dogma keagamaan atau teologi dalam mencari kebenaran. Beliau dikatakan orang pertama yang memperkenalkan kaedah pemikiran yang saintifik dalam mencari kebenaran dan akhirnya beliau dikenali sebagai Bapa Logik. Aristotle mahir dalam bidang sains tabii, etika, politik, fizik, geologi dan astronomi.

Ilmu adalah pusat


Pada hemat Aristotle juga, manusia yang berilmu atau berpengetahuan merupakan individu yang terpelajar. Justeru, Aristotle menyatakan Ilmu sangat penting kerana manusia memerlukannya bagi kesedaran diri. Ilmu turut menjadi kebaikan tertinggi kepada semua manusia yang bercita-cita untuk memiliki kebahagiaan

PENGETAHUAN BERCORAK TEORI

TIGA JENIS ILMU PENGETAHUAN

PENGETAHUAN UNTUK MENGHASILKAN SESUATU BENDA

PENGETAHUAN BERCORAK PRAKTIS

Pendidikan Becorak Teori

Dibincangkan dalam beberapa karya berkenaan bidang logik

Karya dalam Koleksi Organon - Prior analytics - Posterior analytics

Kajian Metafizik dan Alam Semula Jadi

Contoh Ilmu dan Pendidikan Bercorak Teori -Fizik (Ilmu Tabiat) - Matematik (Ilmu Riyadiyat) - Metafizik (Ilmu Ilahiyah)

Pengetahuan Bercorak Praktis - Perbincangan tentang:-

POLITIK

ETIKA

Karya bertajuk Politica

Karya bertajuk:-Nicomachean ethics -Eudemian ethics

Aristotle membincangkan tentang etika ( Moraliti)

Mengikut Ross, Aristotle menganggap perbuatan bermoral bukan sebagai perbuatan yang mempunyai nilai sendiri, tetapi sebagai perbuatan yang ditujukan kepada pencapaian sesuatu tujuan. Tujuan itu ialah apa yang baik untuk manusia (dan ini beerti kebahagiaan).

Terdapat ahli falsafah yang menyatakan Aristotle(dalam Nicomachean ethics, 1094a:18) menegaskan bahawa semua perbuatan kita yang dilakukan dengan sengaja dan secara sukarela mempunyai satu, dan hanya satu, tujuan utama.

Pengetahuan untuk Menghasilkan Sesuatu Benda

Karya ini menetapkan rangka cerita sebagai elemen atau ciri yang terpenting dalam sebuah drama tragedi

Bersamaan dengan pengetahuan produktif yang dibincangkan dalam karya de Poetica(Poetics)

Aristotle menegaskan drama tragedi boleh wujud tanpa kelakuan watak , tetapi wujud tanpa rangka cerita

Menghasilkan drama tragik dan drama epik secara berkesan dalam bidang pendidikan ini.

Sumbangan Aristotle Terhadap Bidang Ilmu


Beliau merupakan seorang yang beraliran realist(realistik) berbeza dengan gurunya, Plato yang beraliran Idealistik. Dalam konteks ini Aristotle berpendapat semua ilmu pengetahuan diperoleh melalui pancaindera. Beliau orang pertama mengemukakan cara berfikir yang teratur, iaitu dalam satu sistem selain turut menjadi orang pertama memperkenalkan kaedah saintifik dalam mencari kebenaran sains. Beliau memperkenalkan undang-undang aplikasi umum dan berdasarkan fakta alam yang diperhati, dikumpul dan disusun dengan babaik. Baginya, untuk mencapai kebenaran tentang sesuatu adalah dengan membuat kesimpulan daripada kebenaran yang umum. Karya Politics beliau telah menyarankan manusia untuk mengamalkan sifat sederhana dalam kehidupan kerana pada hematnya, kehidupan yang baik adalah kehidupan bermasyarakat, bersikap sederhana dan menjadi insan yang baik

Dari segi politik pula, Aristotle menolak kerajaan berbentuk monarki dan olirgaki dan berpendapat kerajaan yang paling baik ialah bercorak politi yakni pemerintahan oleh ramai yang meliputi ciri-ciri terbaik pemerintahan monarki dan olirgaki. Beliau juga berpandangan bahawa kerajaan bercorak demokrasi adalah sistem kerajaan yang zalim dan menindas kerana baginya kerajaan bercorak demokrasi ini mengabaikan perbezaan yang wujud antara manusia. Perbezaan ini bermaksud, masyarakat dan negara terbentuk daripada gabungan kumpulan-kumpulan kecil yang sedia ada dan dalam masyarakat wujud ketidaksamaan antara manusia kerana alasannya sesetengah manusia telah dilahirkan sebagai hamba.

RUJUKAN
Abdul Khaliq. (2012, Oktober 28). Slideshare. Diambil pada September 12, 2013, dari Manusia dan Ilmu: http://www.slideshare.net/khaliqfreedom/uici-2022manusia-dan-ilmu
Jonathan Barnes. (2000). Aristotle A Very Short Introduction . Great Clarenton Street : Oxford University Press. Lok Chong Hoe. (1997). Falsafah Barat Klasik Plato dan Aristotle . Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Rachelle Cunanan. (2012, November 14). Slideshare. Diambil pada September 12, 2013, dari Aristotle and Plato: http://www.slideshare.net/rache_1002/plato15172426 Terence Irwin. (1996). Aristotle Introductory Reading. Indianapolis: Hackett Publishing Company . Tripod. (n.d.). Diambil pada September 12, 2013, dari Tema 6:- Intelektual: http://nurlie.tripod.com/Tema6.html

You might also like