Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 52

BAHASA MELAYU

JENIS DAN BENTUK KESENIAN MELAYU

JENIS DAN BENTUK KESENIAN MELAYU


Pada zaman moden banyak cabang seni yang telah muncul namun tidak semua cabang seni tersebut dapat diamalkan pada zaman Melayu tradisional Kesenian Melayu tradisional difokuskan kepada 4 kategori: - seni suara - seni tari - seni muzik - seni kraf tangan

Masuri S.N. pula membahagikan kesenian Melayu kepada lima bahagian iaitu seni suara, seni bahasa, seni rupa, seni lakon dan seni tari Ada pendapat mengatakan seni terbahagi kepada 3 iaitu seni rupa , seni suara dan seni gerak Pendapat lain pula mengatakan seni terbahagi kepada 2 sahaja iaitu seni plastik dan seni yang bukan berbentuk material

SENI TARI
Merupakan satu perlakuan yang bersifat teknikal dan adakalanya agak kompleks. Tarian memperlihatkan gerak-geri, lengganglenggok dan pergerakan jari yang lemah gemalai Ada tarian yang berunsur intelek dan mesej yang perlu ditafsirkan Tarian selalunya disampaikan dan diiringi alat bunyi-bunyian atau muzik dan nyanyian yang terdiri daripada kata-kata yang puitis. Dalam kalangan masyarakat tertentu ,seni tari berhubung rapat dengan ritual,iaitu tatacara dalam upacara keagamaan

1. Makyung
makyung popular di negeri sebelah pantai timur terutamanya Kelantan dimainkan setelah selesai musim menuai dalam kalangan masyarakat nelayan untuk upacara memuja pantai merupakan gabungan antara unsur drama, komedi, tarian,dan muzik. dimainkan di kawasan tanah lapang,sementara penonton duduk dihadapan atau berkelilingmakyung mempersembahkan bermacam-macam cerita yang berunsur nasihat,pengajaran dan komedi

watak utama dilakonkan oleh gadis cantik yang beraksi sebagai tuan puteri raja atau permaisuri pelakon lelaki pula berperanan sebagai raja atau pemerintah,panglima,pengawal, atau orang suruhan makyung biasanya memakai pakaian tuan puteri atau permaisuri beserta makhkota di kepala,manakala pakyung memakai pakaian seperti raja dengan tanjak diatas kepala.

2. Tarian kuda kepang


tarian ini dipersembahkan dalam upacara sambutan dan majlis-majlis keramaian. dikatakan ada hubungan dengan kuasa ghaib. Tarian ini masih diamalkan di negeri Johor dan Selangor. kuda kepang ialah kuda-kudaan yang diperbuat daripada anyaman buluh. kuda ini tidak berkaki,Cuma ada bahagian kepala,badan dan ekor sahaja. kuda ini dihiaskan dengan bulu pada ekor dan diikatkan tali pada lehernya.

tali ini digantung di leher penari semasa menarikan tarian ini. pada bahagian sebelah menyebelah kepala kuda itu dilukiskan matanya. selain kuda-kudaan ,disediakan juga pemecut atau tali tas yang digunakan ketua penari setiap kali pemecut dibunyikan ,penari-penari akan menukar langkah alat muzik yang digunakan dalam tarian kuda kepang ialah jidur,angklung,gendang,gong,dan kenong. perkataan kepang membawa maksud anyaman.

3. Tarian Mak Inang


terkenal dalam masyarakat Melayu sejak zaman Kerajaan Melaka dan masih ditarikan hingga hari ini. sesuai dengan adat resam Melayu yang menyanjung tinggi kehalusan budi dan tatatertib dalam tingkah laku dan tutur kata. dalam tarian ini,penari menggerakkan tangan dan kaki secara bersama dengan lemah lembut. biasanya dipersembahkan di istana raja dan majlis perkahwinan. perkataan inang merujuk kepada perempuan yang menjadi pengasuh kepada anak raja dan bangsawan. tarian Mak Inang,diambil dari aktiviti merisik untuk mencari jodoh. bunyi-bunyian yang digunakan dalam persembahan tarian Mak Inang ialah biola,rebana,dan gong.

4. Tarian zapin
berasal dari Arab-Parsi. asalnya tarian ini hanya menggunakan penari-penari lelaki sahaja. tarian ini ditarikan berbeza mengikut negeri atau tempat seprti di Perak,Selangor dan Johor. Antara ragam tarian ini,dinamakan sebagai baris dasar,pusing tiga balik,bunga silang dan wainad. alat muzik yang digunakan dalam tarian ini ialah gambus,rebana dan marwas.seruling juga boleh digunakan bagi mengiringi alat muzik yang lain. mereka biasanya akan memakai seluar panjang kerana tarian ini memerlukan gerakan yang cepat.

5. Tarian ronggeng
tarian ini berasal dari Portugis dan diperkenalkan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis. terdapat persamaan antara rentak tarian ronggeng dengan rentak tarian yang yang berasal dari Portugis. ditarikan secara berpasangan,lelaki dan perempuan. pada peringkat akhir tarian ,iramanya semakin rancak dan pada masa ini penari akan menari dengan rancak dan cepat menggambarkan suasana gembira.

pada masa dahulu,ronggeng dimainkan oleh sebuah orkestra kecil yang terdiri daripada pemain biola rebana dan gong untuk memberikan sukatan rentak. pada hari ini,alat muzik moden digunakan seperti gitar dan piano,akordion serta trompet. rentak lagu ronggeng yang terkenal ialah Jingkling Nona,dan Joget Pinang Muda.

6. Boria
popular di negeri Pulau Pinang. perkataan boria berasal daripada perkataan bori iaitu satu kaum yang berasal dari Gujerat ,India. dalam satu persembahan boria terdapat dua bahagian,iaitu lakonan yang berbentuk lawak jenaka dan nyanyian. lakonan dan nyanyian pula akan digabungkan dalam sesuatu tema yang akan dipersembahkan. lakonan yang dibuat secara spontan ,tidak memerlukan skrip. dialog yang disampaikan mengandungi unsur kelucuan. peserta dalam boria terdiri daripada tukang karang dan kelasi. tukang karang akan memulakan nyanyian diikuti dengan kelasi.

Seni kraf tangan


memerlukan daya kreativiti dan kemahiran menggunakan tangan oleh pembuatnya. ada yang menggunakan istilah seni hias atau seni rupa. dikaitkan dengan industri desa iatu hasil kraf tangan yang diusahakan penduduk tempatan secara kecilkecilan.

1. Seni tembikar
tembikar sayung atupun dikenali dengan panggilan labu tanah. fungsi usus iaitu sebagai bekas untuk menyimpan air minum dan selalu juga digunakan dalam upacaraupacara tertentu yang melibatkan air, perusahaan ini terdapat di negeri Perak iaitu di Kuala Kangsar,Sayong,Parit dan Pulau Tiga. tanah liat digunakan untuk membuat labu atau buyung ini. tanah liat busut yang diambil itu dijemur hingga kering. kemudian ditumbuk halus menggunakan lesung kaki.

tanah itu diayak untuk mengasingkan sampah dengan pasir kasar. tanah debu ini dicampur dengan air dan diuli seperti adunan tepung. setelah diuli barulah tanah liat ini dibentukuntuk menjadi seperti labu atau buyung. labu kemudian dibakar,dan setelah dikeluarkan ia dimasukkan ke dalam sekam padi yang bertujuan untuk menghitam labu-labu itu.

2. Tenunan kain songket


negeri Terengganu ,Kelantan dan Pahang amalkan tradisi tenun kain songket. di negeri kelantan tenunan kain songket ini diamalkan sejak Zaman Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang. kemahiran menenun diajar pada anak-anak gadis. perkataan songket berasal dari perkataan songkit yang bermaksud satu teknik menyungkit dengan menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang lesung di permukaan alat tenun yang dinamakan kek.

proses ini dilakukan apabila benang karat butang yang disediakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas. mengambil masa yang lama. proses bermula daripada mencelupkan warna pada benang sutera atau kapas hinggalah kepada proses menenun. motif atau corak diilham kan dari alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan.

3.Anyaman kelarai
memerlukan kemahiran dan daya kreativiti yang unik. pada zaman dahulu ,kemahiran menganyam merupakan satu kebolehan yang perlu dimiliki oleh anak-anak gadis. kemahiran ini bukan dimonopoli kaum wanita sahaja kerana orang lelaki juga mahir menghasilkan kelerai. anyaman kelerai digunakan bagi menghasilkan alat-alat seperti bakul,tikar,dinding,atau skrin,beg,tudung saji dan sebaginya, antara jenis kelerai ialah kelerai jari lidi,kelerai mata ketitir,kelerai bunga berembang, kelerai mata lalat,kelerai papan pecah,dan kelerai tompok jantung.

SENI SUARA
Merujuk kepada bidang nyanyian Sesuatu lagu yang dinyanyikan biasanya diiringi oleh alat muzik Nyanyian berfungsi untuk mendodoikan bayi dan untuk menghiburkan hati pada zaman Melayu tradisional Kini amalan tersebut tidak lagi diamalkan dan nyanyian ini digantikan dengan lagu kanakkanak yang lebih moden

1. Dondang Sayang
Bermaksud naynyian kasih yang terbit daripada perkataan dendang yang bermaksud nyanyian dan sayang bermaksud kasih Pendapat ada mengatakan dondang sayang berasal dari Tanjung Penyengat,Riau dan kemudian berkembang di Melaka Pendapat lain pula menyebut ia memang berasal dari Melaka Mula terkenal setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka Penyanyi perempuan memakai baju kebaya panjang dan berkain batik manakala penyanyi lelaki pula memakai baju Melayu serta bersamping dan bersongkok

Persembahannya diiringi alat muzik seperti biola, rebana, gong, gendang dan akordion Seni kata atau pantun yang dilagukan tidak disediakan terlabih dahulu kerana dihasilkan secara spontan Nyanyian dinyanyikan secara berpasangan Pantun yang disampaikan oleh penyanyi pertama akan dibalas oleh penyanyi kedua Soalan dan jawapan mestilah berkaitan pantun yang digunakan ialah pantun 4 kerat

2. DIKIR BARAT
Terkenal di Kelantan Kombinasi antara dikir dengan pantuan atau dikir dengan karut Perkataan karut itu berasal dari istilah mengarut dalam pantun yang disampaikan Juga disebut dikir pantun, dikir karut atau dikir syair Pendapat ada mengatakan dikir barat berasal dari selatan Thailand berdasarkan perkataan barat yang merujuk kepada Thailand

Persembahannya diiringi alat bunyian seperti rebana ibu, rebana anak dan tetawak Dipersembahkan secara berpasukan antara 15-30 orang Dalam pasukan terdapat seorang tukang karut, seorang juara dan beberapa orang awok Tukang karut mestilah pandai mendendangkan pantun dan syair secara spontan Peranan juara ialah berdikir dan ketua kepada awok Awok hanya akan mengikut dan mengulangi seni kata yang didendangkan juara dan tukang karut

SENI MUZIK
Alat bunyian digunakan untuk hiburan dan juga untuk tujuan tertentu Kebanyakan alat muzik yang digunakan untuk mengiringi persembahan seperti nyanyian dan tarian

1. CANANG
Digunakan dalam pertunjukan wayang kulit, main puteri dan dikir barat Dibuat daripada tembaga Sebatang kayu yang dibalut getah digunakan untuk memukul canang Diletakkan dia atas tapak yang diperbuat daripada kayu empat segi dan diikat denagn tali Terdapat 2 jenis canang iaitu canang anak dan canang ibu

2. GENDANG
Digunakan dalam persembahan tradisional seperti wayang kulit, main puteri, kuda kepang dan juga pencak silat Kelawangnya diperbuat daripada kayu keras Mempunyai 2 muka di kiri dan kanan dan tidak sama besar Dimainkan dengan memukul kedua-dua permukaan dengan menggunakan tangan

3. KOMPANG
Berasal dari asia barat Diperbuat daripada kayu keras yang telah dipotong berkeping dan dikorek di bahagian tengah menjadi lubang Kulit lembu atau kambing digunakan untuk membuat kompang Dimainkan secara berkumpulan terutamanya dalam majlis perkahwinan

4. ANGKLUNG
Alat ini sangat penting dalam tarian kuda kepang Dimainkan sebanyak lima buah di mana 2 berpasangan dan 1 dimainkan tunggal dalam tarian kuda kepang Diperbuat daripada buluh Tabung buluh yang berdiri, bergerak ke hadapan dan ke belakang sepanjang ruang yang dilubangkan akan menghasilkan bunyi

5. REBAB
Merupakan alat bunyian yang bertali Mempunyai 3 bahagian iaitu muka, batang dan pucuk rebung Batang rebab diperbuat daripada kayu sena atau nangka Bahagian tempurung ditutup dengan kulit lembu Tali rebab diperbuat daripada benang kasar Penggesek rebab diperbuat daripada tangsi dan kayu

6. GEDUK/BEDUK
Rupanya mirip gendang tetapi lebih besar dan panjang Dipukul dengan kayu yang berbalut getah Badannya dibuat daripada kayu keras dan penutupnya daripada kulit binatang Ianya digunakan dalam permainan wayang kulit Masih digunakan di surau untuk melaungkan bunyi azan

8. GONG/TAWAK
Ada 2 jenis iaitu gong anak dan gong ibu Bunyi gong anak lebih kuat berbanding bunyi gong ibu Diperbuat daripada gangsa dan pemukulnya diperbuat daripada kayu dan hujungnya dibalut kain untuk menghasilkan bunyi gema Digunakan dalam tarian kuda kepang dan seni silat Kadangkala diunakan dalam sesuatu majlis bagi menandakan perasmian seuatu majlis

9. JIDUR
Bentuknya seakan-akan rebana besar Kelawangnya diperbuat daripada batang kayu yang ditebuk tengahnya untuk membentuk lubang Mulutnya ditutup dengan kulit kambing atau lembu Dibunyikan dengan memukul dengan menggunakan pemukul yang diperbuat daripada kayu Digunakan dalam tarian kuda kepang

You might also like