Sejarah Tulisan Jawi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

0 Sejarah Tulisan Jawi Tulisan jawi atau juga dikenali sebagai tulisan melayu huruf arab merupakan salah satu daripada pengaruh islam yang mula meresap ke alam melayu bersama-sama dengan kedatangan agama islam.Sebelum kedatangan agama islam ,masyarakat alam melayu telah mempunyai system tulisan iaitu satu bentuk tulisan pengaruh dari india yang digunakan oleh orang Palava atau Devanagari.Bermula daripada tulisan inilah maka telah lahir tulisan-tulisan lain di asia tenggara seperti tulisan jawa,bali dan thai. Nama jawi ( )berasal daripada kata nama bahasa Arab iaitu Jawah () dan apabila dijadikan kata adjektif Jawah bertukar menjadi Jawi.Kata ini dikatakan berasal daripada perkataan Javadwipa yang merujuk kepada nama daerah bagi asia tenggara pada zaman dahulu kala.Menurut ibnu battutah dalam bukunya al-Rihlah menamakan sumatera sebagai al- Jawah.Perkataan jawah digunakan bagi merujuk kepada mereka yang menjadi peribumi di asia tenggara dan dalam kata lain jawah atau jawi merujuk kepada seluruh rumpun bahasa melayu iaitu orang melayu, campa, patani, acheh, jawa, minangkabau, banjar, Filipino dan lain-lain. Istilah tulisan jawi digunakan di Malaysia,Singapura,Thailand Selatan,dan Brunei Darussalam.Manakala di Indonesia tulisan ini dikenali sebagai Tulisan Melayu huruf Arab atau tulisan Melayu Arab.Manakala tulisan jawa yang menggunakan huruf arab, dikenali sebagai nama tulisan atau huruf

pegon.Kebanyakan kitab agama islam dalam bahasa jawa sama ada manuskrip tulisan tangan atau cetakan batu dibuat menggunakan tulisan pegon. Tulisan jawi telah mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan dari segi system ejaan dan bentuk huruf yang membinanya dalam mencapai tahap pemantapan tulisan jawi.Perkembangan sejarah ejaan jawi terbahagi kepada dua tahap utama iaitu perkembangan ejaan jawi peringkat I dan perkembangan ejaan jawi peringkat II.

Perkembangan Ejaan Jawi Peringkat Pertama Perkembangan ejaan jawi peringkat pertama telah melalui empat tahap iaitu: ( I ) Menggunakan tulisan arab Tulisan ini telah menggunakan tulisan arab sepenuhnya dan ejaannya menggunakan tulisan arab yang lengkap dengan tanda-tanda baris bagi mengeja perkataan melayu asli atau kata-kata pinjaman dari bahasa arab.contohnya,buddi ( ) ,pada ( ) dan harta ( ) .Ejaan yang menggunakan tulisan arab sepenuhnya boleh didapati pada beberapa buah manuskrip melayu lama seperti dalam kitab Aqaid al-Nasafi yang merupakan manuskrip melayu tertua yang pernah

ditemui.Terdapat banyak perkataan melayu dan perkataan arab yang telah diserap ke dalam bahasa melayu dalm manuskrip tersebut.Contohnya yajuj ( ) ,azali ( ) dan Dajjal ( ) . Penggunaan tanda baris atau diakritik yang banyak merupakan satu kelemahan yang menonjol bagi tulisan jawi pada tahap ini.Hal ini melambatkan proses penulisan disamping terdapat tanda-tanda baris yang tidak lengkap dan menyebabkan wujudnya tahap kedua dalam system ejaan jawi untuk menghilangkan tanda-tanda baris tersebut. (ii) Menghilangkan Baris Tulisan jawi pada tahap kedua masih dipengaruhi oleh system ejaan arab tetapi tanda-tanda baris telah dihapuskan dan dikenali sebagai tulisan Arab Gundul iaitu pengejaan perkataan masih sama tetapi baris-baris tidak lagi diletakkan.contohnya ialah ( ) dihilangkan baris menjadi ( ) .Setelah

pengguna telah mahir dengan huruf-huruf jawi dan tanda baris tidak diperlukan lagi maka system ejaan tahap pertama telah mantap digunakan maka timbul sistem ejaan ini.

Sistem ejaan menghilangkan baris juga mempunyai kelemahaanya dan yang paling ketara kelemahan system ejaan ini ialah kesukaran untuk membunyikan sesuatu perkataan dengan tepat.Selain itu,telah timbul perkataan yang berbentuk homograf iaitu perkataan yang sama pengejaannya tetapi berbeza dari aspek sebutan.contohnya ialah perkataan () boleh disebut sebagai

tambang,tumbang,timbang,tombong dan tembung.Hal ini menimbulkan kekeliruan kepada pembaca bukan sahaja pembaca yang tidak mahir tetapi pembaca yang mahir juga akan mengalami masalah yang sama.Justeru itu,maka timbullah SEJ pengaruh melayu yang menggunakan huruf-huruf saksiatau vocal untuk

menggantikan tanda-tanda baris. (iii)Menggunakan huruf saksi Sejarah ejaan jawi pengaruh melayu pada tahap awal bermula dengan perletakkan huruf saksi pada suku kata pertama sahaja.Terdapat tiga huruf arab yang dijadikan huruf saksi iaitu alif ( ) ,wau ( ) dan ya ( ) .walaupun ketiga-tiga huruf ini dijadikan huruf saksi tetapi masih kekal menjadi huruf benar.contohnya ialah mata ( ) dan guna ().walaupun system ejaan ini dpat mengatasi sesetengah kekangan pada tahap sebelumnya tetapi system ini juga mempunyai kelemahannya.Terdapat banyak bentuk homograf yang wujud walaupun tidak sebanyak SEJ pada tahap sebelumnya iaitu terdapat perkataan yang boleh dilafazkan dengan pelbagai bunyi sebutan yang mempunyai makna yang berbeza Terdapat perbezaan tanggapan dan kekeliruan pemahaman yang masih wujud sebagai contoh perkataan ( )boleh dibunyikan sebagai mati atau mata dan ( ) disebut beta atau bait.hal ini membuktikan masih wujud kelemahan SEJ pada tahap ini maka system ini telah diubah suai menjadi tahap terakhir iaitu menambahkan huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua

(iv) Huruf Saksi padaSuku Kata Pertama dan Kedua Kebanyakkan perkataan bahasa melayu terdiri daripada dua suku kata maka huruf saksi atau vocal telah ditambah pada kedua-dua suku kata pertama dan kedua.Oleh itu,kekeliruan dapat dikurangkan disamping menghasilkan sebutan perkataan yang lebih tepat.Contohnya,gigi ( ) dan pilih ( ) .Sistem ejaan pada tahap ini telah dapat menyelesaikan banyak kekeliruan dan kelemahan pada tahap sebelum ini. Walaupun system ini telah mantap tetapi terdapat juga kekurangan pada system ejaan ini terutamanya disebabkan kekurangan huruf-huruf vocal dalam tulisan jawi bagi melambangkan fonem-fonem vocal bahasa melayu.Seperti yang diketahui dalam huruf jawi hanya terdapat tiga huruf saksi iaitu ( ) ,( )dan () berbeza dengan bahasa melayu yang mempunyai lima vocal yang di lambagkan oleh enam fonem iaitu a,e,I,o,u dan .Oleh itu,terdapat satu huruf jawi yang melambangkan dua huruf vocal rumi iaitu untuk (a), untuk (o) dan (u), untuk (i) dan ( ). Perkembangan ejaan jawi padasetiap tahap tidak berlaku secara serentak disemua tempat di alam melayu sebaliknya berlaku secara berasingan dan bergantung pada perkataan yang ingin dieja

Perkembangan Ejaan Jawi Peringkat II Sejarah ejaan jawi berubah secara beransur-ansur tanpa ada panduan bertulis pada zaman awal perkembangannya dan hanya mengikut kelaziman yang berlaku tanpa ada peraturan dan panduan.Menjelang abad ke-20 perkembangan SEJ dapat dibahagikan kepada beberapa pedoman dan panduan yang pernah disusun atau digunakan oleh orang perseorangan atau pertubuhan tertentu seperti: (i) Hejaan P.Bm.P.B.Diraja Panduan ejaan ini telah disusun oleh Mejar Dato Mohd. Said Sulaiman dari johor yang merupakan seorang pegawai kanan kerajaan johor yang sangat mencintai bahasa melayu.Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B Diraja Johor) telah menggunakan panduan ejaan secara rasmi dan

diiterbitkan oleh pakatan pada tahun 1937.Panduan ejaan ini menerangkan beberapa kaedah mengeja perkataan bahasa melayu dengan huruf jawi iaitu bermula dengan penggunaan huruf saksi ,,dan ,cara mengeja perkataan berimbuhan,penggunaan huruf ,penggunaan dan perbezaan huruf dan dan lainlain lagi.selain iti terdapat beberapa pola ejaan seperti contoh-contoh berikut: Pola 1:Tiada perubahan perkataan sekalipun diimbuhkan Minta Baca Rasa mintalah membaca rasanya

Pola 2 :Ditambah alif ( ) pada kata dasar yang mempunyai imbuhan akhiran Santap Tulis Lihat santapan tulisan kelihatan

Pola 3: Memindahkan alif ( ) daripada suku kata pertama ke suku kata kedua cawang Dapat malang cawangan kedapatan kelihatan

Penggunaan ta simpul ( ) dan ta panjang ( )digunakan dalam system ejaan perkataan iaitu ta panjang digunakan pada akhir perkataan untuk menunjukkan bunyi itu hidup contohnya ( mata) dan ( rata).Berbeza dengan ta simpul yang digunakan pada akhir perkataan untuk menunjukkan bunyi itu te lah mati contohnya ( sebat) dan ( sesat).ejaan jawi ini telah digunakan secara rasmi oleh kerajaan johor dalam urusan surat menyurat dan penerbitan walaupun terdapat kelemahannya.

Ejaan Jawi Zaba Zaba seorang pendeta bahasa telah berusaha untuk mengumpulkan kata Melayu bermula pada tahun 1918 sehingga terbit buku Daftar Ejaan Melayu:JawiRumi pada tahun 1949 dan beliau juga telah menyusun buku Rahsia Tulisan Jawi yang diterbitkan pada tahun 1913.Zaba telah menerbitkan bukunya yang berjudul Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 pada tahun 1940 dimana pada bahagian awal buku tersebut terdapat kaedah mengeja jawi. Selain itu,Zaba juga telah memberikan panduan ejaan jawi yang lengkap dan terperinci dalam buku Daftar Ejaan Melayu:Jawi-Rumi yang mengetengahkan sekurang-kurangnya 20 peraturan atau hukum ejaan jawi bagi kata dasar dan 20 peraturan lagi bagi kata berimbuhan.Antara peraturan yang terdapat dalam buku tersebut ialah : 1 Bunyi berpadu atas kasar,menggunakan huruf saksi alif ( ).contohnya badan pedas

2 bunyi lepas hadapan dihujung,menggunakan huruf saksi wau ( ). Contohnya: aku ibu satu kamu

3 ejaan penambahan ber- ( ),ter- ( ) dan per-( ) terus disambung kecuali pada perkataan yang bermula dengan huruf ,maka pada imbuhan akan dihilangkan.contohnya:

rasa

4 Penambahan pun hendaklah dirangkaikan dengan kata dasar.contoh: itupun sayapun

Sistem ejaan Zaba merupakan system ejaan yang tersusun dengan baik hamper meliputi kesemua system ejaan melainkan kata-kata daripada bahasa inggeris yang baru diserap dan kata-kata singkatan.Seperti system ejaan sebelum ini system ejaan Zaba juga mempunyai kekurangannya seperti terlalu banyak kekecualian ejaan,ejaan cara lama masih banyak dikekalkan contohnya pada ( ) dan maka (),masih terdapat masalah homograf iaitu ejaan yang sama bagi katakata yang berbeza sebutannya.misalnya,kata boleh disebut topi atau tupai dan yang terakhir ialah tidak kekal dari segi bentuk ejaan bagi satu kata dasar yang sama misalnya terdapat pertukaran daripada kepada seperti dengan . Sistem Ejaan Dian SEJ yang berasaskan system fonetik iaitu mengeja perkataan sebagaimana

perkataan dilafazkan telah diperkenalkan oleh pengarang majalah dian di Kelantan pada tahun 1970.contoh system ejaan dian ialah: 1 ejaan mengikut bunyi.contohnya Guna Saya lama agama

2 penggunaan tanda okecil dan ekecil bagi membezakan bunyi perkataan tertentu.contoh: burung Bilik borong belek

3 huruf digunakan untuk ganti nama orang ketiga.contoh bapanya warnanya

4 Jika sebagai konsonan,huruf vocal , dan digunakan.contoh nyanyuk nyamuk

5 bunyi diftong boleh dieja menggunkan system ini.contoh pakai pulau

6 hamzah ( ) digunakanuntuk kata-kata berkait.contohnya kain saing

7 istilah atau perkataan dalam bahasa arab dikekalkan ejaannyasupaya kekal tertibnya.contoh: wuduk istinjak

8 kata ganda ditulis menggunakan angka dua arab.contoh Buku-buku Buah-buah

Walaupun system ejaan dian bersifat praktikal dan sesuai dieja mengikut fonetik tetapi system ini juga mempunyai kekurangannya seperti tiada perbezaan lambang antara /f/ dengan /p/ dan kedua-duanya diwakli oleh huruf ( fa) dan huruf angka arab() yang digunakan padaakhir perkataan akan menimbulkan kekeliruan terutama bagi perkataan yang berimbuhan.

Pedoman Ejaan Jawi Yang Dsempurnakan Pada tahun 1986 sebuah buku pedoman ejaan jawi telah diterbitkan oleh dewan bahasa dan pustaka yang berjudul pedoman ejaan jawi yang di sempurnakan dan diikuti pula dengan penerbitan buku daftar ejaan rumi-jawi pada tahun 1988. PEJYD dihasilkan ekoran daripada pelaksanaan satu bengkel ejaan jawi yang menjadikan SEJ Zaba sebagai panduan asas pada tahun 1983. Olehitu,PEJDY lebih kepada membaik pulih kekurangan yang ada pada SEJ Zaba dan antara contoh penambahbaikan tersebut ialah: 1. Menambah enam huruf jawi selain mengekalkan kesemua huruf arab iaitu ,,,, dan

2.

Perkataan ekasuku dieja dengan menambah huruf vocal bagi kata melayu atau kata pinjaman.contohnya

Jam

pas

3. Volvo

Huruf digunakansebagai padanaan bagi huruf v.contohnya vokal

4.

Kata-kata asing seperti perkataan bahasa inggeris hendaklah dieja mengikut sebutan baku bahasa melayu.contohnya

politik

opera

kata-kata arab terdiri daripada istilah agama hendaklah dikekalkan ejaannya seperti dalam bahasa arab.contohnya tayammum rasul

Huruf hamzah diletakkan dibawah.contoh: naik

seorang

7 Penggunaan huruf dan pada akhir perkataan dibezakan dimana uintuk perkataan bahasa melayu manakala bagi bahasa inggeris akan digunakan. budak objek

8 Angka dua Arab () digunakan untuk kata ganda yang diulang sepenuhnya. Budak-budak Kanak-kanak

Kata ganda yang diulang sebahagiannya hendaklah ditulis dengan lengkap menggunakan tanda sempang.

Berkejar-kejaran

Mudah-mudahan

10

Ejaan kata singkatan atau akronim hendaklah menggunakan padanan huruf rumi.

G.P.M.S.

T.U.D.M.

PEJYD

adalah

satu

usaha

untuk

menyelaraskan,

penyeragaman,

penambahan, pengubahsuaian dan melengkapkan SEJ yang diperkenalkan oleh Zaba. PEJYD merupakan system ejaan jawi yang paling lengkap pada masa kini. Ia juga merupakan system ejaan yang paling lengkap dan mudah dipelajari berbanding sistem ejaan yang terdahulu.

You might also like