C5011kontraktor N Subkon

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 39

BAB 2

Kontraktor & subkontraktor

KONTRAKTOR
didefinisikan sebagai satu badan atau pihak yang bertanggungjawab untuk merealitikan gambar atau lukisan yang disediakan oleh perekabentuk kepada bentuk dan saiz sebenar yang telah ditetapkan mengikut kontrak. Kontraktaor juga merupakan agen atau pihak utama yang bertanggungjawab untuk melaksanakan idea yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan kepada bentuk dan spesifikasi sebenar sesuatu binaan. Segala kerja pembinaan yang dijalankan adalah menjadi tanggungjawab kontraktor dan kontraktor akan mendapat balasan atau keuntungan yang berbentuk bayaran daripada pihak majikan.

Bayaran yang dikenakan ini adalah sebagai balasan terhadap perkhidmatan kontraktor dan ia telah ditentukan dengan persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat iaitu pihak kontraktor.

Samb..
Perjanjian akan wujud dengan syarat-syarat tertentu antara pihak kontraktor dan gunawan serta beberapa pihak lain yang terlibat yang mana kemudiannya perjanjian ini akan membentuk satu dokumen kontrak. Sepanjang proses pembinaan ini dijalankan dokumen kontrak ini merupakan asas yang menjadi rujukan kepada sebarang masalah yang timbul baik dipihak kontraktor ataupun pihak-pihak lain yang terlibat.

JENIS-JENIS KONTRAKTOR
Secara umumnya kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu : Kontraktor utama (main contractor) Domestik subkontraktor (domestic subcontractor) Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor)

1. Kontraktor Utama (main contractor) Kontraktor utama merupakan seseorang yang pakar dan berpengetahuan dalam bidang pembinaan dan kerja-kerja kejuruteraan awam ataupun kedua-duanya sekali. Kontraktor utama ini akan menandatangani kontrak antara pihak kontraktor dan pihak majikan. Kontraktor utama ini akan melaksanakan projek pembinaan sehingga selesai sebagaimana yang terkandung dalam dokumen kontrak. Kontraktor utama akan melaksanakan proses pembinaan ini samada dengan menggunakan tenaga kerja yang dimilikinya sendiri ataupun mengambil subkantraktor ataupun kedua-duanya sekali.

2. Domestik kontraktor (domestic contractor) Domestik kontraktor adalah terdiri daripada berbagai jenis kontraktor yang melakukan kerja mengikut tred-tred tertentu mengikut kepakaran dan keupayaan masing-masing. Domestik kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu : i) Subkontraktor kerja dikenali sebagai subkontraktor bahan dan buruh dan membekalkan semua bahan dan buruh yang terlibat untuk sesuatu kerja subkontrak. ii) Subkontraktor bahan dimana ia membekalkan bahan-bahan binaan untuk tempoh pembinaan dijalankan. Ia biasanya akan dipilih oleh pihak majikan dan ianya dikenali sebagai pembekal dinamakan. iii) Subkontraktor buruh dimana kontraktor ynag membekalkan buruh untuk melaksanakan kerja kontrak bangunan. Ianya membekalkan buruh mahir, separa mahir dan kurang mahir.

3. Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor) Subkontraktor dinamakan adalah merupakan subkontraktor yang dilantik oleh pihak gunawan. Kontraktor ini menjalankan kerja-kerja pembinaan mengikut kepakaran masing-masing. Subkontraktor dinamakan ini biasanya melakukan kerjakerja mekanikal dan elektrikal serta perkhidmatan bangunan seperti : Sistem bekalan air, Sistem hawa dingin Lif dan Eskulator, Sistem pencegah kebakaran, Sistem pemasangan elektrik.

Samb..
Kontraktor-kontraktor ini akan bekerjasama bagi melaksanakan projek pembinaan supaya berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut masa sebagaimana yang telah diperuntukan dalam dokumen kontrak untuk pambinaan tersebut.

Setiap jenis kontraktor tersebut telah diperuntukan syaratsyarat tertentu dalam perlaksanaan kerja serta kontrak yang telah ditandatangani. Segala peruntukan syarat-syarat ini telah jelas dinyatakan dalam sesuatu dokumen kontrak yang terbentuk antara pihak kontraktor.

SUBKONTRAKTOR

Pemilihan sub-kontraktor adalah merupakan salah satu aspek penting dalam menentukan kejayaan sesuatu projek pembinaan. Sub-kontraktor adalah pihak ketiga yang dilibatkan oleh kontraktor utama untuk melaksanakan sebahagian daripada projek yang dibangunkan.

Pembinaan yang semakin kompleks memerlukan lebih ramai pakar yang lebih khusus untuk melaksanakan projek pembinaan

SUBKONTRAKTOR
pelaksanaan kerja kontrak itu mungkin dipecahpecah, diagih-agih kepada pelaksana-pelaksana kontrak yang lain. Pihak yang diberi kerja yang telah dipecah atau diagih itu, yang akan melaksanakan bahagian itulah yang dinamakan subkontraktor (atau kontraktor kecil) yang boleh berupa kontraktor kecil bagi kerja, atau kontraktor kecil bagi bekalan bahan-bahan dalam melaksanakan projek berkenaan.

Di antara kebaikan subkontraktor, yang diberikan oleh Murdoch, J. dan Hughes, W., adalah seperti berikut: Kos-kos bukan saraan pekerjaan, seperti latihan, hak-hak pencen, bayaran pemberhentian kerja, bayaran masa sakit bukan lagi tugas kontraktor tetapi berpindah kepada subkontraktor; Subkontraktor diambil kerana keperluan yang meningkat dalam tugas-tugas berasaskan kemahiran yang berbagai jenis yang diperlukan akibat bertambah rumitnya perkembangan industri pembinaan; Memperimbangkan risiko-risiko berkaitan tanggungjawab dengan cara memindahkan (sebahagian atau sepenuhnya) ke bahu subkontraktor; Keperluan di pihak kontraktor untuk mendapat kepakaran yang boleh dipercayai dan diyakini yang dimiliki oleh subkontraktor. Menurut Marsh, P.D.V.pula, bahawa aktiviti-aktiviti industri moden (maka ini termasuk industri pembinaan) adalah berasaskan pengkhususan dan penggabungan kemahiran dan kepakaran untuk mewujudkan integrasi tanggungjawab kontraktor maka dengan itu bahagian-bahagian tertentu kerja-kerja tersebut akan disubkontrakkan.

Secara ringkasnya, sebab-sebab kenapa pelaksanaan kerja disubkontrakkan ialah kerana: i. Kemahiran atau kepakaran khas yang ada pada subkontraktor. ii.Menjimatkan masa (dan tentunya kos). iii.Mengurangkan atau mengagihkan tanggungjawab atau risiko pelaksanaan. iv. Pengagihan modal kerja bagi kerja.

Marsh, P.D.V. sekali lagi menekankan bahawa di dalam industri pembinaan, cuma lebih kurang satu pertiga dari seluruh kerja kontrak yang dibuat oleh kontraktor sendiri. Selebihnya akan disubkontrakkan termasuk kerja-kerja memplaster, memasang jubin, pengetaran dan lain

TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR
Subkontraktor bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja subkontrak yang telah diberi sepertimana yang telah dijanjikan dalam peruntukan syarat-syarat kontrak antara pihak kontraktor utama dan pihak subkontraktor. Pihak subkontraktor pula mereka harus menyiapkan kerja dengan sempurna sehingga memuaskan hati pihak kontraktor utama sebagaimana yang telah diperuntukan dalam Fasal 27 (a)(iii) yang mana pihak kontraktor utama harus dipertanggungjawabkan jika kerja yang dilakukan oleh subkontraktor tidak memuaskan hati pihak majikan. Oleh sebab itu tanggungjawab subkontraktor adalah besar dalam menjaga kepentingan kontraktor utama. Antara beberapa tanggungjawab subkontraktor yang biasa wujud dalam subkontrak ialah :

1. Pematuhan kepada nilai kuantiti Kuantiti kerja subkontrak dan bahan yang digunakan perlu mengikut penentuan yang telah ditetapkan dalam dokumen kontrak yang telah ditanda tangani oleh subkontraktor. Ini kerana untuk menjamin kualiti binaan yang dibuat adalah terjamin dan selamat digunakan dengan baik dan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan. Telah diperuntukan dengan jelas bahawa pematuhan kepada mutu kerja dan nilai adalah amat penting . Oleh yang demikian menjadi satu kewajipan kepada subkontraktor mendapat bahan dan melaksanakan kerja subkontrak dengan baik.

2. Menjaga kepentinan awam Subkontraktor perlu sentiasa memastikan kepentingan awam tidak terjejas akibat dari kerja subkontrak yang dilaksanakannya dan ini secara tak langsung ia akan menjaga kepentingan kontraktor utama. Kepentingan ini merangkumi kerosakan harta benda, keselamatan, keselesaan dan seumpamanya. Dalam hal ini subkontraktor perlu menginsurankan kerja yang akan dibuat kemudian pula perlu mengemukakan polisi insuran terhadap kontraktor utama sebagai syarat terdahulu sebelum memulakan kerja. kontraktor perlu mengambil insuran sebelum memulakan sesuatu kerja pembinaan. kontraktor perlu mengambil insuran kerja sebelum memulakan kerja pembinaan. Peruntukan dan syarat undang-undang yang berkaitan kepentingan awam perlu dipatuhi untuk menjamin keselamatan serta kepentingan pihak awam.

3.

Menjaga Kebersihan Tapak Bina

Bahan buangan atau lebihan dari sesuatu kerja subkontrak yang dijalankan perlu dibersihkan semula oleh subkontraktor. Subkontraktor perlu memastikan hal ini dilakukan diakhir kerja subkontrak tanpa menjejaskan harta pihak lain ditapak bina. Jika tidak dilaksanakan kontraktor utama layak mengambil orang lain untuk melakukan obligasi itu dan potongan pembayaran akan dibuat mengikut perbelanjaan yang ditanggung.

Walau bagaimanapun subkontraktor tidak boleh dibebankan oleh pembersihan tapak akibat dari kerja pihak lain, contohnya subkontraktor lain.

JENIS-JENIS SUBKONTRAKTOR
Dari segi jenis pelaksanaan, terdapat dua jenis subkontraktor, iaitu : (a) Subkontraktor kerja yakni subkontraktor yang melaksanakan bahagian-bahagian atau segmen atau bentuk kerja kontrak itu sendiri. (b) Subkontraktor bekalan yakni subkontraktor yang menyediakan bahan-bahan untuk projek seperti membekal batu, pasir, simen, besi, alatan elektrik (kipas, pendingin hawa), permaidani, dan lain-lain.

Dari segi pihak pula, terdapat dua jenis subkontraktor iaitu : (a) Subkontraktor dinamakan yakni subkontraktor yang dinamakan oleh klien dan ia kemudiannya dilantik oleh kontraktor bagi melaksanakan apa-apa jenis kerja subkontraktor. Contoh subkontraktor dinamakan ialah subkontraktor yang dilantik di bawah fasal 28 Borang JKR 203 atau fasal-fasal 27 dan 28 Borang PAM 1998, atau dibawah Opsyen Modul C Borang CIBD 2000.

(b)

Subkontraktor domestik

yakni subkontraktor yang dipilih dan dilantik sendiri oleh kontraktor bagi melaksanakan apa-apa jenis kerja subkontrak. Jika perjanjian pihak-pihak adalah menggunakan Format Seragam JKR 203, fasal berkaitan ialah fasal 27. Jika pihakpihak menggunakan format seragam PAM 1998, fasal yang berkaitan ialah fasal 17(2). Jika menggunakan format seragam CIDB 2000, ianya di bawah fasal 40.4.

JENIS SUBKONTRAK

kontraktor masih lagi dan terus menerus bertanggungjawab sepenuhnya atas pelaksanaan kerja (mutu, kegagalan, perlanggaran syarat, pembayaran, idemniti dan penginsuranan dan lain-lain). Bagi subkontraktor dinamakan, bayaran kerja subkontraktor itu boleh terus dibayar kepadanya.

Subkontraktor (dinamakan atau domestik) boleh ditamatkan oleh kontraktor-kontraktor (atas kegagalan subkontraktor, dan lain-lain) dan kontraktor boleh menggantinya dengan subkontraktor lain. Jika kerja yang akan dilaksanakan itu adalah berbentuk yang memerlukan kepakaran, maka kontraktor sendiri perlu memastikan bahawa kerja-kerja itu diberi kepada subkontraktor yang kompeten. Kontraktor akan dikira cuai jika ia gagal menyemak (mempastikan) bahawa subkontraktor itu kompeten, atau jika ia gagal memberi arahan yang betul seperti mana yang diperlukan.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA DAN SUBKONTRAKTOR


Secara umumnya hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak ini akan berlandaskan kepada kontrak yang telah dipersetujui antara kedua dua pihak. Syarat-syarat kontrak yang terlibat ialah kontrak kerja subkontrak yang dibuat diantara kontraktor utama dan subkontraktor disamping kontrak utama.yang terbentuk antara kontraktor utama dan majikan. Syarat- syarat kontrak yang terbentuk antara pihak kontraktor utama dan subkontraktor ialah seperti subkontraktor akan melaksanakan semua kerja berdasarkan lukisan dan spesifikasi yang telah ditetapkan, membuat semua bayaran yang berkaitan dengan insuran dan wang tahanan, mengemukakanl mengambil pekerja yang komprehensif dan syarat-syarat tambahan yang lain jika terdapat peruntukan tersebut antara pihak kontraktor utama dan sub kontraktor.

Selain dari peruntukan syarat-syarat kontrak tersebut kedua- dua pihak juga perlu mematuhi common low dan statut (peruntukan oleh kerajaan persekutuan, negeri, tempatan). Peruntukan dibawah commmon low ialah seperti undang-undang contohnya kacau ganggu, peruntukan atau akta-akta tertentu untuk sesuatu perkara contohnya akta keselamatan sosial pekerja 1969. Dalam industri binaan jika sesuatu projek berkenaan adalah kepunyaan kerajaan maka ianya tertakluk kepada peruntukan common law dan statut manakala jika projek tersebut dibawah hak milik pihak persendirian maka ianya hanya tertakluk kepada statut sahaja. Hak dan tanggungjawab yang telah diperuntukan dan sepatutnya dilaksanakan adalah tertakluk kepada syarat- syarat yang ditandatangani atau dipersetujui oleh semua pihak.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR TERHADAP KONTRAKTOR UTAMA


HAK SUBKONTRAKTOR Subkontraktor mempunyai hak tertentu apabila ia menandatangani kontrak dengan kontraktor utama di bawah peruntukan yang dinyatakan sebelum ini. Diantara hak yang biasa wujud didalam sesuatu kontrak ialah:

1. Mendapat kemudahan dalam melaksanakan kerja subkontrak Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapat kemudahan melaksanakan kerja subkontrak dari kontraktor utama. Kemudahan ini termasuklah kemudahan peralatan dan pengurusan. Kemudahan peralatan ialah kemudahan menggunakan kelengkapan kontraktor utama untuk melaksanakan kerja subkontrak, manakala kemudahan pengurusan pula ialah berbentuk kemudahan untuk mendapatkan lukisan- lukisan kerja subkontrak, khidmat penyeliaan tapak, pejabat tapak dan sebagainya.

Jika subkontrak kerja keseluruhan digunakan maka hak untuk mendapatkan kemudahan hanya terhad kepada penggunaan akses jalan, peranca dan bekalan elektrik serta air. Manakala mempunyai hak yang lebih luas. Hak mendapat bahan dan peralatan yang sesuai serta kemudahan pengurusan perlu diberi oleh kontraktor utama.

Subkontraktor mempunyai hak yang sama dikalangan mereka. Jika berlaku ketidakadilan sehingga mengganggu perjlanan kerja subkontrak mereka boleh mengadu kepada kontraktor utama untuk kemudahan yang lebuh baik. Walau bagaimanapun subkontraktor tidak dapat mengambil tindakan dari segi kontrak kerana tiada peruntukan yang khusus. Ia hanya berlandaskan kepada perikemanusiaan dan amalan yang biasa di jalankan oleh ahli ikhtisas.

2. Mendapatkan bayaran Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran bagi kerja subkontrak yang telah dilaksanakan. Bayaran tersebut adalah merangkumi :
Bayaran interim Bayaran tambahan didalam perubahan kerja subkontrak Bayaran kerugian yang disebabkan oleh tindakan kontraktor utama

Kelulusan pembayaran ini akan tertakluk kepada kerja subkontrak yang dilaksanakan. Jika tidak memenuhi syarat kontrak maka subkontrak tidak layak menerima bayaran. Hak yang terlibat berkenaan dengan bayaran ini ialah:
Jumlah yang sewajarnya Tempoh sesuatu pembayaran Kaedah bayaran oleh kontraktor utama

3. Menagguhkan perlaksanaan kerja subkontrak Subkontraktor juga mempunyai hak untuk menagguhkan kerja subkontrak yang tidak mengikut kontrak asal. Diantara sebab-sebabnya ialah kegagalan kontraktor utama membayar kerja subkontrak bagi subkontraktor yang terlibat. dinyatakan bahawa jika kontraktor utama gagal membuat pembayaran terus kepada subkontraktor, arkitak akan membuat pembayaran terus, tetapi ini mungkin akan mendatangkan masalah kepada subkontraktor seperti masalah kewangan. Oleh sebab itu subkontraktor yang terlibat berhak untuk menangguhkan kerja buat sementara waktu sehingga selesai masalah yang dihadapi, mengikut persetujuan pihak yang majikan serta pihak-pihak lain yang bertanggungjawab keatas projek pembinaan yang dijalankan.

4. Mendapatkan Lanjutan Masa Lanjutan masa juga boleh diperolehi oleh subkontraktor jika ia berpunca dari sebab-sebab yang munasabah contohnya kejadian bencana alam seperti banjir atau hujan yang tidak berhenti yang menyebabkan kerjakerja pembinaan tidak boleh dijalankan. Selain dari itu lanjutan masa juga boleh diberi kepada subkontraktor yang mana kesilapan atau masalah yang menyebabkan kelewatan itu berpunca daripada kontraktor utama contohnya tiada bekalan bahan binaan yang mencukupi dari pembekal bahan binaan yang telah diberi tugas untuk membekalkan bahan-bahan binaan tempatan. Pada kebiasaannya lanjutan masa ini diperolehi jika berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti yang terdapat dalam peruntukan kontrak utama sebagaimana yang telah dinyatakan diatas.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA TERHADAP SUBKONTRAKTOR


HAK KONTRAKTOR UTAMA 1. Memeriksa kerja subkontrak Kontraktor utama mempunyai hak untuk memeriksa kerja subkontrak yang telah dilaksanakan oleh subkontraktor. Pemeriksaan boleh dibuat pada bila-bila masa diperlukan samada diminta oleh gunawan atau tidak. Walau bagaimanapun hak ini adalah tertakluk kepada kerja subkontrak yang telah dilaksanakan sahaja. Pemeriksaan ini tidak boleh dibuat keatas kelengkapan yang digunakan. Walaupun demikian kontraktor utama boleh menasihati bagi penggunaan peralatan yang sesuai demi kepentingan kerja subkonrak berkenaan. Sekiranya pihak subkontraktor gagal melaksanakan kerja dengan baik maka pihak kontraktor utama perlu bertanggungjawab jika pihak majikan tidak puas hati. Oleh sebab itu kontraktor utama berhak sepenuhnya untuk memeriksa kerja yang dilakukan oleh pihak subkontraktor dibawah pengawasannya.untuk memuaskan hati pihak majikan

2. Menolak kerja subkontrak Kerja subkontrak yang tidak memenuhi mutu yang telah ditetapkan dari segi bahan yang digunakan, penyempurnaan terhadap penyiapannya boleh ditolak oleh kontraktor utama. Kontraktor utama berhak membuat penolakan kerana kontraktor utama yang akan bertanggunjawab keatas kerja yang dilakukan oleh subkontraktor. Penolakan ini boleh didalam bentuk keseluruhan atau sebahagian daripada kerja subkontrak yang berkenaan. Penolakan oleh kontraktor utama ini akan menyebabkan samada subkontraktor akan membuat semula kerja yang tidak memuaskan hati kontraktor tersebut atau subkontraktor akan dikategorikan tidak dapat menyiapkan kerja dengan sempurna.

3. Menolak bayaran Menolak bayaran ini bermaksud menolak mana-mana wang subkontraktor yang perlu dibayar oleh pihak majikan kepadanya. Penolakan ini dibuat adalah dengan beberapa sebab seperti subkontraktor enggan memperbaharui insuran atau enggan menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan keatasnya yang mana ianya berkaitan dengan kontraktor utama atau pihak majikan. Pada kebiasaannya hak menolak bayaran sebahagian daripada bayaran kemajuan yang berupa wang tahanan boleh dilakukan. Kaedah penolakan ini sebenarnya dikenali sebagai set-off. Walaupun demikian penolakan wang tahanan tidak boleh melebihi nilai peratusan yang diperuntukan dalam kontrak utama. Kontraktor utama juga berhak menolak sesuatu bayaran jika subkontraktor gagal memenuhi obligasinya, samada dilakukan sendiri atau oleh kotraktor utama atau pihak lain yangg diambil oleh kontraktor utama.

4. Mengambil subkontraktor lain Hak mengambil subkontraktor lain untuk menyelesaikan kerja yang tertanggung oleh sesuatu subkontraktor boleh digunakan oleh kontraktor utama. Segala bayaran yang berkaitan boleh dipotong dari bayaran yang sepatutnya dibayar kepada subkontraktor yang pertama. Walaupun demikian ia perlulah menyatakan bahawa subkontraktor telah berlaku cuai sehingga menjejaskan kepentingan kontraktor utama dari pandangan gunawan serta pihak berkuasa yang lain.

Selain dari itu, pihak kontraktor tama juga boleh mengambil subkontraktor lain jika subkontraktor yang ada tidak mempunyai kepakaran didalam sesuatu projek yang terdapat pelbagi jenis elemen yang memerlukan kepakaran yang khusus.

5. Menamatkan kontrak Penamatan kontrak boleh dibuat oleh kontraktor utama jika kontraktor gagal menjalankan obligasi yang sepatutnya. Penamatan ini tertakluk kepada oblogasi yang besar mengikut syarat subkontrak sahaja tetapi tidak meliputi yang kecil contohnya tidak mengikut arahan dari segi kualiti bahan dan mengikut masa yang ditetapkan.

TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA


1. Menyelaras Subkontraktor Kontraktor utama mempunyai tanggungjawab untuk menyelaras semua subkontraktor dibawahnya. Langkah ini perlu dilakukan untuk memastikan perjalanan kerja subkontrak memenuhi kehendak kontrak utama dan subkontrak.

2.

Menyediakan kelengkapan kerja Kelengkapan kerja perlu disediakan oleh kontraktor utama kepada subkontraktor terutamanya subkontraktor kerja. Kelengkapan yang disediakan mestilah mencukupi dan sesuai dengan kerja dan produktif. Selain dari itu kontraktor utama juga perlu menghubungkan subkontraktor dibawahnya dengan pihak perunding. Hal ini perlu dilakukan untuk memudahkan pemeriksaan dan pengiktirafan kerja subkontrak yang talah dilaksanakan.

3. Menyelesaikan Masalah subkontraktor Kontraktor utama perlu menyelesaikan sebarang kerimitan yang timbul dikalangan subkontraktor. Kontraktor utama perlu menasihati dan menyelesaikan masalah yang dihadapi jika ianya berpunca daripada tindakannya.ianya akan menjamin kelancaran kerja dan tingkat kualiti akhir. 4. Mengawasi Kerja subkontrak Kontraktor utama juga perlu dari masa kesemasa mengawasi kerja subkontrak yang dilaksanakan oleh subkontrak yang dilaksanakan oleh subkontraktor. Sehubungan dengan itu kontraktor utama perlu menyediakan wakil ditapak untuk memudahkan subkonraktor mendapatkan maklumat yang sepatutnya.

You might also like