Sup Tulang Thai

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bahan-bahan; 1/2 kg tulang 5 ulas bawang merah [tumbuk] 3 ulas bawang putih [tumbuk] 1/2 inci halia [tumbuk]

1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang 1 sudu besar rempah sup serbuk [dikacau bersama sedikit air] 1 sudu sos ikan - saya guna 1 sb 2 biji ubi kentang -[potong 2] saya tak letak 4 biji cili padi [ketuk] 1/2 biji bawang besar kuning [hiris bulat-bulat] 1 biji perahan air limau nipis 1 biji tomato [dibelah 4] 1/2 batang saderi [hiris] Sedikit daun sup Sedikit daun bawang Sedikit bawang goreng Sedikit minyak untuk menumis Sedikit garam, gula dan bahan perasa Cara Menyediakan; 1.Rebuskan tulang bersama air selama 1/2 jam [saya rebus 1 1/2 jam] sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini. 2.Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau. 3.Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi. 4.Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit. 5.Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis. 6.Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula.Gaul dan sesuaikan rasa. 7.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/08/sup-tulang-alasiam.html#ixzz2seXKVFMu

You might also like