Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM MENGENAL

PERAYAAN PELBAGAI KAUM DI


MALAYSIA - SAMBUTAN TAHUN BARU
CINA ( PERSEMBAHAN TARIAN SINGA)
ANJURAN OLEH :
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI (PPKI)
SK PEKAN DUA, RANAU
TARIKH :
13 FEBRUARI 2014
TEMPAT :
PERKARANGAN SEKOLAH

1.0

PENGENALAN

Persembahan Tarian Singa adalah salah satu daripada aktiviti yang diadakan
bagi menyambut Perayaan Tahun Baru Cina 2014. Sambutan perayaan Tahun
Baru Cina ini merupakan satu bentuk aktiviti yang dirancang oleh Panitia
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) sekolah. Ia adalah sebagai satu usaha untuk mendedahkan murid
pendidikan khas mengenai kepelbagaian kaum dan perayaan-perayaan yang
ada di Malaysia. Aktiviti ini juga secara tidak langsung akan menyemai semangat
perpaduan 1 Malaysia di kalangan semua warga sekolah. Ia juga akan dapat
mengeratkan lagi perhubungan dan komunikasi warga PPKI, para guru dan
murid di arus perdana kerana mereka turut terlibat dalam aktiviti ini.
2.0

OBJEKTIF

2.1 Objektif program ini dijalankan adalah seperti berikut :


a) Memberi pendedahan kepada murid pendidikan khas mengenai
sambutan perayaan-perayaan di Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama
b) Memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara
c) Memupuk kerjasama dan semangat 1Malaysia di kalangan murid
pendidikan khas dan seluruh warga sekolah
3.0

RASIONAL

Rasional penganjuran program ini diadakan adalah sebagai salah satu cara
untuk mendedahkan murid kepada kesedaran semangat perpaduan di mana
semua kaum di Malaysia tidak kira bangsa dan agama boleh turut sama
meraikan perayaan sesuatu kaum di Malaysia. Program ini juga mengajar murid
agar menghayati nilai patriotisme dan sayang kepada Negara seperti yang
terdapat dalam nilai-nilai murni dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral.

4.0

SASARAN

Sasaran untuk program ini adalah murid-murid pendidikan khas. Ia turut disertai
oleh murid-murid perdana dan semua warga sekolah.
5.0

TARIKH, MASA DAN TEMPAT

5.1 Tarikh : 13 Februari 2014


5.2 Masa

: 12.30 tengah hari

5.3 Tempat : Perkarangan Sekolah Sk Pekan Dua,


6.0

AHLI JAWATAN KUASA (AJK)

Penasihat : Datin Hjh Nurliah Hj Awang Tengah (Guru Besar)


Pengerusi : Puan Jonia Mopun ( Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Timbalan Pengerusi : En. Samli Maidi
Setiausaha : Puan Nor Sakinah binti Abu Seman
Bendahari : Cik Wati binti Rubin
Juru Gambar : En. Hamka Ahmad
Dokumentasi dan Laporan aktiviti : Ustaz Sauffpah Sarun
En. Hamka Ahmad
Makanan dan Minuman : Pn. Edieyana Ahmad
Pn. Jenindra Samudi
Pn. Rosnita Sair
Pn. Suhairah Abdullah
Kawalan Murid :

En. Nurul Hidayat bin Ahmad

En. Muhd. Irfan Wong


Pn. Velleriesia Japri
Cik Rosadilin Yontok
7.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Makanan murid :
RM 5 x 30 orang
= RM150
8.0

SUMBER KEWANGAN

Kos untuk pelaksanaan program adalah daripada peruntukan wang PCG murid
pendidikan khas di bawah mata pelajaran Pendidikan Islam/Pendidikan Moral.
9.0

TENTATIF PROGRAM

Berikut adalah tentatif program :


12.10

- Ketibaan para jemputan dan penari Tarian Singa

12.20

- Para penari Tarian Singa mengambil tempat

12.30

- Persembahan dimulakan

1.00

- Persembahan dijangka tamat

1.10

- Jamuan

1.30

- Majlis bersurai

10.0

PENUTUP

Besar harapan agar aktiviti ini akan mendapat sokongan dan kelulusan penuh
daripada pihak sekolah kerana ia adalah satu program yang sangat baik dan
bermanfaat bukan sahaja kepada murid pendidikan khas malah kepada seluruh
warga sekolah.

Disediakan Oleh,

Disahkan Oleh,

NOR SAKINAH BINTI ABU SEMAN


Setiausaha Program

Pen. Kanan Pendidikan Khas

Diluluskan Oleh ,

DATIN HJH NURLIAH HJ AWG TENGAH


Guru Besar
Sk Pekan Dua, Ranau.

JONIA MOPUN

You might also like