Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal 1. Masalah/Peristiwa

: Ke- 1 :1 : 27/1 31/1/2014 : Tinjauan Keadaan Sekolah

Pada minggu pertama saya di sekolah, saya telah membuat satu tinjauan ke beberapa tempat khusus di sekolah. Terdapat beberapa halangan terhadap perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang tealah dapat saya kesan.

2. Analisis Antara kekangan yang paling ketara ialah keadaan kemudahan yang disediakan tidak mencukupi termasuk bengkel kemahiran hidup. Sekolah tersebut telah dipindahkan dari tapak asal yang berhampiran dengan tapak sekolah kini namun bengkel kemahiran hidup dikekalkan di tapak sekolah lama. Maka pengajaran berasaskan amali terpaksa dijalankan di luar kawasan sekolah. Hal ini merunsingkan saya berhubung dengan keselamatan murid sekiranya berlaku kemalangan kerana terpaksa melintasi jalan raya dan keadaan bengkel lama yang telah usang.

3. Cadangan Tindakan Susulan Tindakan yang boleh diambil bagi memastikan keselamatan murid sentiasa dalam kawalan ialah i. Menjalankan kerja amali di dalam bilik darjah dengan membawa alatan dan bahan kerja-kerja amali ke bilik darjah lebih awal. ii. Sekiranya amali tersebut terpaksa dijalankan di dalam bengkel, saya akan meminta bantuan pengawasan daripada guru pembimbing sepanjang PdP dilaksanakan di bengkel. iii. Menggantikan kaedah pengajaran amali kepada bentuk demonstrasi dan tunjuk cara.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Mengikut perancangan yang telah diatur, saya akan berbincang dengan lebih lanjut bersama-sama guru pembimbing supaya perancangan yang rapi dijalankan sebelum PdP dapat dilaksanakan dalam keadaan yang selamat dan terkawal.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ............................................... Tandatangan : ................................................. Nama Tarikh : .............................................. : ............................................... Nama Tarikh : ............................................... : .................................................

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal 1. Masalah/Peristiwa

: Ke- 2 : 2 : 3/2 7/2/2014 : Kawalan Murid Tahun 1

Pada praktikum kali ini saya dikehendaki untuk mengajar murid tahun 1 bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Ini merupakan pengalaman baru kepada saya kerana terpaksa mengajar murid yang baru memasuki alam persekolahan. Terdapat beberapa masalah yang saya telah saya kesan setelah mengajar mereka selama dua waktu yang diperuntukkan.

2. Analisis Kawalan kelas bagi tahun 1 ternyata berbeza berbanding murid-murid di tahun yang lain kerana mereka sudah biasa dengan keadaaan dan suasana di alam persekolahan. Sepanjang pengajaran saya, saya mendapati beberapa murid berkelahi sesama sendiri ekoran dari ejekan dan gangguan daripada rakan sekelas. Saya mendapati murid tahun 1 lebih sukar untuk dikawal ketika di padang kerana sudah biasa bermain tanpa arahan sewaktu di pra sekolah dahulu. Aktiviti yang berbentuk pengajaran kemahiran sukar dilaksanakan dan permainan kecil sahaja yang dapat menarik minat murid.

3. Cadangan Tindakan Susulan Antara cadangan tindakan susulan yang boleh diambil ialah dengan membina kumpulan bagi permainan kecil bagi aktiviti pemanasan badan. Dengan pengagihan murid kepada kumpulan kecil mungkin sedikit sebanyak membantu murid berkomunikasi dengan rakan sekelas dengan lebih baik dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan melaksanakan penambahbaikan pada kelas yang akan datang. Saya berharap dengan tindakan yang diambil dapat meningkatkan lagi pengawalan dan pengawasan bilik darjah saya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ............................................... Tandatangan : ................................................. Nama Tarikh : .............................................. : ............................................... Nama Tarikh : ............................................... : .................................................

You might also like