Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

ISI KANDUNGAN

PERKARA 1.0 PENGHARGAAN 2.0 PENDAHULUAN 3.0 BAHAN LETUPAN 4.0 KESIMPULAN 5.0 REFLEKSI 6.0 RUJUKAN 7.0 LAMPIRAN

MUKA SURAT 2 3 4 20 22 24 25

1.0 PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat saya siapkan kajian dalam bidang kepengakapan iaitu bahaya bahan letupan. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik suhaimi bin Sahat dan Encik Ismail bin Saiman kerana telah membantu saya dan rakan-rakan yang lain semasa menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih saya ucapakan. Sungguh besar jasa mereka dalam proses

menyempurnakan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepda rakan-rakan yang telah membantu saya menyiapkan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung. Sesungnya, bantuan yang telah mereka berikan banyak membantu saya. Tanpa mereka, tidak mungkin saya dapat siapkan tugasan ini dengan sempurna. Seterusnya, dikesempatan ini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada saya. Sekian, terima kasih.

2.0 PENDAHULUAN Dalam kajian ini, saya telah ditugaskan untuk membuat kajian secara terperinci tentang bahaya bahan letupan. Kajian yang dibuat adalah berdasarkan kemahirankemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap ahli pengakap. Untuk menjadi seorang ahli pengakap yang berwibawa dan berdedikasi, mereka perlu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan sebagai ilmu untuk dikongsikan bersama rakan-rakan. Salah satu cabang ilmu pengetahuan yang perlu dikuasai oleh setiap ahli pengakap ialah pengetahuan tentang bahan letupan. Mereka perlu mengenali bahan-bahan yang tergolong dalam bahan letupan. Hal ini bagi menghindari sebarang kemalangan semasa mengendalikan bahan-bahan letupan tersebut. Bahan letupan mempunyai banyak kegunaan. Walaubagaimanapun, kita perlu mengambil langkah berhati-hati semasa mengendalikan bahan tersebut kerana bahan tersebut boleh menyebabkan kecederaan yang serius malah boleh menyebabkan kematian. Oleh sebab itu, saya akan menjalankan satu kajian yang terperunci tentang bahaya bahan letupan. Saya berharap agar hasil kajian saya menepati kreatiria dan memuaskan hati pihak Tuan.

3.0 BAHAN LETUPAN

3.1 DEFINISI BAHAN LETUPAN Bahan letupan adalah sejenis bahan yang dari segi kimia atau tenaga tidak stabil dan menghasilkan pengembangan mengejut dan diikuti dengan penghasilan haba dan perubahan besar tekanan (dan biasanya juga kilatan dan/atau bunyi kuat) setelah dimulakan; keadaan ini dikenali sebagai letupan. Cas letupan pula merupakan ukuran kuantiti bahan letupan.(sumber rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahan_letupan) Letupan terjadi kerana tindak balas. Bahan-bahan kimia ini boleh terdiri daripada cecair atau pepejal. Letupan kimia berlaku bila sesuatu bahan kimia yang tidak stabil berubah / bertukar kepada ikatan atau keadaan yang lebih stabil pada tahap yang amat cepat. Keseluruhan pertukaran ini cuma mengambil masa yang amat sedikit. Ia disertai dengan penghasilan gelombang, bunyi bising dan suhu yang amat tinggi. Letupan kimia boleh berlaku samada bila ia terkurung (confined) atau tidak terkurung (unconfined). Di antara bahan letupan kimia yang menyebabkan letupan apabila diledakkan adalah pelbagai bahan letupan militari, seperti dinamit dan agenagen letupan (ammonium nitrate fuel oil AN-FO). Apabila letupan telah berlaku dalam sesebuah bangunan yang terbakar dan merebak luas, mekanisme letupan harus dititikberatkan. Pemahaman tentang apa akan terjadi dan mengapa adalah penting kepada pereka bentuk bangunan industri dan juruterea yang terbabit. Letupan boleh berlaku disebabkan oleh dua sumber :i. ii. debu boleh bakar (flammable dust), dan cecair dan gas boleh bakar (flammable liquid and gas).

(Sumber rujukan: http://www.oocities.org/collegepark/center/230/KebakaranKimia.html)

3.2 KEPENTINGAN PENGETAHUAN TENTANG BAHAYA BAHAN LETUPAN DALAM PENGAKAP

PENGAKAP KANAK-KANAK Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu kumpulan organisasi yang melibatkan ahli pengakap yang berusia di antara 7 hingga 12 tahun. Pengakap Kanakkanak merupakan ahli pengakap yang masih menuntut di sekolah rendah. Sebagai seorang ahli pengakap kanak-kanak, terdapat pelbagai kemahiran yang perlu dipelajri untuk mendapatkan lencana-lencana kemajuan diri di dalam pergerakan

berpengakapan. Kemahiran-kemahiran ini bukan sahaja penting kepada perkembangan diri dan mental seorang murid sekolah rendah, bahkan ianya juga penting dalam mendidik mereka sebagai seorang yang berdikari dan bertanggungjawab. Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak dihasilkal oleh Persatuan Pengakap Malaysia untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Pengakap Kanak-kanak ini akan

dianugerahkan dengan lencana-lencana tertentu untuk membuktikan bahawa mereka telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya.

LENCANA KEAHLIAN

Gambar 1 : lencana keahlian

Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapatkan Lencana Keahlian, seseorang ahli Pengakap Kanak-kanak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut bagi menentukan bahawa dia faham dan mengerti makna-makna tiap-tiap satunya : 1. Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.

2. Prinsip Rukunegara.

3. Tabik dan Hormat Pengakap, Isyarat Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap.

4. Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap dan Cerita Hutan.

5. Laung Agung.

LENCANA WAJIB

Gambar 2: lencana ahli penunggang basikal

Gambar 3: lencana ahli renang

Setelah mendapatkan Lencana Keahlian, (bagi faedah keselamatan dirinya) Pengakap Kanak-kanak itu wajib mendapat SALAH SATU dari Lencana Wajib di iaitu: 1. Lencana ahli penunggang basikal 2. Lencana ahli renang Kedua-dua lencana ini boleh dianggap sebagai lambang asas keselamatan ahli PKK. Lencana ini dipakai di bahagian atas lengan sebelah kanan baju pegakap.

LENCANA KERIS GANGSA

Gambar 4: lencana keris gangsa

Setelah berjaya mendapatkan lencana keahlian dan lencana wajib, pengakap kanak-kanak boleh mengambil ujian untuk mendapatkan lencana keris gangsa. Antara aspek-aspek yang diuji semasa ujian tersebut adalah : 1. Kesetian 2. Kesihatan dan keselamatan 3. Kecekapan 4. Penyertan 5. Perkhidmatan KESETIAAN: 1. Negaraku & Lagu Negeri 2. Bendera Malaysia & Negeri 3. Lambang sejagat Pengakap & cogankata Pengakap kanak-kanak 4. Rukunegara 5. Mengenali orang kenamaan 6. Persetiaan & undang-undang Pengakap 7. Hormat, isyarat dan salam pengakap 8. Nama kuasa penganjur / pemimpin 9. Sejarah kumpulan pengakap kanak-kanak di sekolahnya
8

10. Mengetahui agama-agama di Malaysia 11. Nilai-nilai beribadat

KESIHATAN DAN KESELAMATAN: 1. Kesihatan & kebersihan badan - gigi, kuku, rambut, kaki, tangan & sistem pernafasan 2. Bilik mandi & tandas, tempat sampah, kebersihan sumber minuman & keracunan makanan 3. Memakai kasut / selipar / jagaan 4. Bahaya menelan pil / gula-gula 5. Bahaya bermain mata pisau 6. Mengenali penyakit kulit yang berjangkit 7. Bahaya bermain bahan letupan 8. Mendapat bantuan pertolongan 9. Peraturan lalulintas 10. Sebab utama kemalangan jalanraya 11. Peti pertolongan cemas

KECEKAPAN: 1. Asas perbarisan 2. Mengetahui kemahiran asas untuk permainan permainan pasukan seperti a) Bola Sepak b) Bola Jaring c) Bola Tampar 3. Memanjat tali 4. Mengguna dan menjaga pisau kecil 5. Mengetahui kawasan sendiri 6. Mengetahui pakaian seragam pengakap 7. Isyarat-isyarat pengakap 8. Simpulan mengikat tali kasut Simpul Buku Sila & Simpul bungkusa PENYERTAAN:

1. Mengetahui cara perkumuhan kepada manusia, tumbuhan & haiwan Aktiviti (Sudahkan 2 sahaja) a) Menanam pokok bunga di pasu b) Menyubur pokok c) membuat batas d) Membantu / memlihara pokok 2. Cara-cara memelihara haiwan 3. Membaca buku memelihara binatang / haiwan 4. Menjadi ahli perpustakaan 5. Membuat rekaan 6. Menyembah drama / lakonan & tarian 7. Berlakon 8. Menempatkan koleksi 9. Membuat buku akau simpanan

PERKHIDMATAN: 1. Membantu ibubapa di rumah 2. Melawat ke rumah orang tua, kanak-kanak dan lain-lain 3. Bercerita melalui lisan / lukisan 4. Memainkan peranan melaksanakan undang-undang sampah di sekolah 5. Khidmat kemasyarakatan 6. Buku Log khidmat sukarela

Bahaya bahan letupan terdapat dalam aspek penilaian berkenaan kesihatan dan keselamatan. Pengakap kanak- kanak diminta untuk menerangkan tiga kesan bermain bahan letupan seperti mercun, meriam buloh, bunga api dan sebagainya.

10

3.3 SEJARAH PENCIPTAAN BAHAN LETUPAN

Apabila satu cerita disampaikan dari seorang ke seorang, ada bahagian cerita yang bertukar. Setelahbeberapa lama ia menjadi susah untuk menentukan berapa banyak daripada kisah itu adalah benaratau tidak. Itulah sebabnya cerita di sebalik salah satu daripada ciptaan yang mengujakan ini terus menjadi satu misteri.Sesetengah orang berkata bahawa orang Cina yang patut mendapat penghargaan kerana datangdengan idea ini lebih dari dua ribu tahun dahulu.

Kisah lain pula menceritakan tentang seorang rahibbernama Berthold Schwartz, yang tinggal di Freiburg, Jerman, pada abad keempat belas. Bertholdsuka membuat eksperimen dengan pelbagai kimia, menghancurkan dan mencampurkannya

untukmembentuk campuran yang baru.Selalunya dia membuat posyen untuk menyembuhkan penyakit petani-petani yang dudukberhampiran dengan biara. Pada satu hari, Berthold sedang sibuk membuat ubat. Bahan-bahannya terdiri daripada kimia yang mudah didapati sulfur, arang dan sodium nitrat. Setelah dia menghancurkannya menjadi serbuk halus, diamencampurkan serbuk-serbuk itu, Kemudian dia meletakkan batu di atas bekas itu sebagai penutuplonggar

Tidak lama selepas itu, bila Berthold pergi untuk menghidupkan api, dia menggores batu api. Dengantidak semena-mena beberapa percikan api melayang ke dalam bekas, menyebabkan campuran itudisambar api. Ia meletup dengan bunyi yang kuat dan mencampakkan batu itu ke atas dengantekanan yang sangat kuat sehingga ia menerjah melalui siling. Dengan tidak sengaja BertholdSchwartz telah menemui serbuk letupan, salah satu daripada bahan letupan yang terawal.Nasib baik rahib itu tidak tercedera dalam kemalangan itu. Malahan dia tidak berasa takut Sebaliknya dia berasa terpegun dengan letupan itu. Dia mencampurkan beberapa campuran serbuk itu dan menyalakannya.Biara yang aman itu bergegar dengan satu lepas satu letupan.

11

Selepas itu Schwartz membuat satu tiub besi yang tertutup di satu bahagian kecuali satu Iubang. Diameletakkan serbuk letupan ke dalam tiub itu dan meletakkan sebiji bola besi diatas bahagian yangterbuka.Kemudian dia menyentuhkan api pada lubang yang kecil itu. Campuran itu meletup, menggerakkanbola besi itu dengan kuat. Berthold telah mencipta senjata api yang pertama. Berthold Schwartztlah menukar perjalanan sejarah. Bukan sahaja dia telah berjaya mencipta senjata api yang bolehmenembak dengan jauh, tetapi dia juga telah mencipta bahan letupan yang begitu kuat sehinggaboleh meletupkan batu keluar dari dalam tanah. Akhirnya manusia mempunyai cara untuk mengalih gunung.

(sumber rujukan: http://www.scribd.com/doc/45159556/Sejarah-PeperanganMenggunakan-Senjata-API-Dan-Letupan)

12

3.4 CONTOH-CONTOH BAHAN LETUPAN

1. MERCUN DAN BUNGA API

Gambar 5: pelbagai jenis mercun dan bunga api

Mercun ialah sejenis perkakas letupan kecil yang direka terutamanya untuk menghasilkan bunyi bising yang amat kuat, terutamanya dalam bentuk dentuman kuat; apa-apa kesan visual turut bersampingan dengan tujuan ini. Mercun mempunyai sumbu dan dibalut dengan longsongan kertas yang sangat tebal agar dapat menampung letupan besar. Mercun, serta bunga api kini dipercayai berasal dari China.

Mercun secara umumnya digunakan semasa pesta ataupun cuti perayaan, seperti Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, Deepavali, Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Mercun juga digunakan oleh masyarakat Vietnam semasa pesta Tet terutamanya pada tengah malam Giao Thua (Malam Tahun Baru). Mercun dipercayai kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah. Sepanjang perayaan musim bunga pada tahun 2006, mercun dan bunga api sejumlah AS$ 124 juta telah dinyalakan di Tanah Besar China.

13

Secara umumnya, semua mercun diklasifikasikan sebagai bahan letupan berkuasa rendah. Oleh itu, terdapat beberapa negara yang mengharamkan pembakaran mercun kerana beberapa sebab, antaranya pencemaran bunyi, risiko kecederaan serta risiko kebakaran.

Di Malaysia, pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri seperti meriam buluh sebagai alternatif kepada mercun komersial. (sumber rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Mercun)

2. Meriam buloh

Gambar 6 : meriam buloh

Meriam buloh ialah sejenis meriam yang diperbuat daripada buloh. Meriam buloh biasanya dimainkan oleh kaum Melayu pada musim perayaan Aidilfitri. Buloh senang didapati di kawasan kampung. Oleh sebab itu, selain menjadikan buloh sebagai pelita, mereka juga menjadikan buloh sebagai meriam buloh.
14

Bahan letupan yang digunakan ialah sejenis bahan kimia yang dipanggil karbait. Nama saintifik bagi bahan tersebut ialah Kalsium karbida Orang dulu-dulu biasanya menggunakan Kalsium karbida untuk menghidupkan pelita. Penggunaan bahan ini lebih jimat daripada meggunakan pelita minyak tanah. Selain itu, ia juga digunakan utk cepatkan proses kemasakan buah seperti pisang, ciku, jambu, pelam dan lain. Kalau dibiarkan terdedah kepada udara, lama-kelamaan akan menjadi debu. Kalau terkena air, Kalsium karbida akan mendidih dan panas kalau dipegang. (sumber rujukan: http://qalish.com/2011/10/kesan-kalsium-karbida-ke-atas-kemasakanbuah.html)

Ganbar 7 : Kalsium karbida

15

3.5 BAHAYA BERMAIN MERCUN, BUNGA API DAN MERIAM BULOH

Sejak kebelakangan ini, ada saja berita mengenai kecederaan atau kes yang berlaku disebabkan mercun. Ada yang cedera parah, putus jari, tangan hancur dan banyak lagi. Antara mangsa main mercun ini, bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga mereka yang sudah dewasa. Pelik juga dengan sikap segelintir manusia, sudah terang lagi bersuluh bermain mercun merbahaya, tetapi masih juga berdegil untuk bermain mercun. Mungkin selama ini mereka tidak pernah tercedera semasa bermain mercun tapi perlu ingat malang tidak berbau. bermain mercun ini bukan seperti bermain bolasepak, kalau tersilap satu langkah sahaja akibatnya boleh membawa padah. Bermain mercun boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri dan juga orang lain. Keceraan boleh berlaku pada tahap yang kritikal sehingga boleh menyebabkan kecacatan kepada anggota badan. Hal ini dibuktikan melalaui siri-siri kemalangan yang disebabkan bermain mercun. Ada yang kudung jari, putus tangan, buta mata dan sebagainya. Gelombang yang dihasilkan oleh letupan mercun sangat kuat dan akan menyebabkan kecederaan kepada sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan letupan mercun tersebut. Disamping kecederaan serius, mercun juga boleh mengakibatkan kematian. Selain itu, bunyi mercun yang kuat dan nyaring juga menyumbang kepada pencemaran bunyi. Tidak semua orang suka mendengar bunyi letupan mercun. Terutama bagi golongan yang sudah berumur. Mereka menganggap bunyi mercun sebagai pengganggu kepada suasana yang tenang dan damai. Bagi bayi yang baru lahir pula, bunyi mercun yang kuat akan mengganggu mereka. Hal ini boleh menyebabkan mereka sukar untuk tidur pada waktu malam. Letupan mercun dan bunga api juga boleh menjadi punca kebakaran terutamannya letupan bunga api roket. Bunga api roket adalah sejenis bunga api yang meletup di udara. Jika kelongsong bunga api terbalik atau terjatuh semasa bunga api dicucuh, letupan mungkin berlaku pada kawasan yang tidak sepatutnya seperti di diwasan berhapiran rumah. Percikan bunga api tersebut boleh menyebabkan rumah tersebut terbakar.
16

Bermain meriam buloh merupakan satu acara wajib bagi kanak-kanak yang berada di kawasan kampung sebelum mercun diperkenalkan. Namun begitu, mercun buloh juga masih dimainkan oleh golongan kanak-kanak pada masa kini terutama kanak-kanak yang berada di kampung dan sukar atau tidak mampu untuk membeli mercun. Hal ini kerana bermain meriam buloh tidak memerlukan kos yang tinggi kerana bahan-bahan untuk membuat mercun buloh boleh didapati daripada sumber semula jadi iaitu buloh. Bermain meriam buloh boleh menyebabkan kecederaan kerana letupan yang kuat boleh menyebabkan buloh pecah. Serpihan-serpihan buloh yang pecah itulah yang menyebabkan kecederaan kepada si pemain. Risiko untuk mendapat kecederaan adalah sangat tinggi kerana pemain berada dalam jarak yang dekat dengan meriam buloh.

Gambar 8 : kesan-kesan bermain mercun

17

3.6 KESAN BAHAN KIMIA DALAM MERCUN

Pengendalian bahan letupan mempunyai risiko yang tinggi. Ramai tidak memahami cara pembuatan mercun serta bahan-bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Membuat mercun sendiri pastinya lebih berbahaya. Percampuran bahanbahan kimia dengan alat-alat yang direka sendiri (seperti batang paip) boleh mengakibatkan letupan. Orang ramai, khasnya ibubapa harus prihatin dalam masalah ini kerana bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan mercun boleh mengakibatkan keracunan jika termakan atau terhidu. Kalium nitrat, strontium nitrat, kuprum oksida, karbon perklorat, barium klorat, potasium perklorat, sulfur, serbuk aluminium dan arsenik adalah antara bahan kimia dalam mercun yang boleh menjejaskan kesihatan. Tujuan penggunaan pelbagai bahan ini adalah untuk memberi fungsi yang berlainan seperti membekalkan oksigen dan karbon, kesan bunyi dan warna. Tindakan kimia dalam mercun akan menghasilkan banyak asap hasil daripada bahan kimia beracun dan boleh membahayakan kesihatan. Bahan campuran klorat dan perklorat berbahaya kerana mudah terbakar. Klorat adalah ejen pengoksidan yang kuat dan boleh menjadi toksik jika terhidu atau termakan. Pendedahan kepadanya boleh menyebabkan hemolisis iaitu pemusnahan sel darah merah dengan pembentukan metemoglobin. Ia juga membahayakan buah pinggang. Terdedah kepadanya boleh menyebabkan muntah dan kesakitan pada perut. Sebatian barium menyebabkan keracunan dengan menunjukkan tanda-tanda seperti muntah, sakit pada bahagian perut, cirit-birit berdarah, kesesakan nafas, sawan, koma atau mati akibat kegagalan jantung atau pernafasan. Jika tersedut, ia boleh menyebabkan penyakit paru-paru, lumpuh otot-otot, darah tinggi dan kekurangan zat kalium dalam tubuh.

18

Sebatian nitrat pula menyebabkan hakisan pada tisu-tisu kulit serta pelbagai penyakit-paru-paru. Bahan nitrat mudah memasuki tubuh melalui kulit terutamanya jika kulit mengalami kecederaan akibat terbakar. Pendedahan kronik (lama) melebihi 5mg/kg/hari perlu dielakkan. Kajian menunjukkan mereka yang mengalami luka akibat kebakaran boleh menghadapi masalah gangguan darah yang teruk selepas terdedah kepada semburan kimia yang mengandungi nitrat. Keracunan nitrat berkaitan dengan pengsan, pening, keletihan, sesak nafas, mual, muntah, tekanan darah rendah dan sakit kepala. Sulfur boleh memasuki tubuh melalui pernafasan. Keracunan sulfur boleh menyebabkan rengsa kulit, mata, paru-paru dan saluran perut. Kesan-kesan lain ialah sesak nafas, batuk, rasa terbakar dan sakit dada. Bahaya bahan kimia yang lain dalam mercun ditunjukkan dalam Jadual 1: Jadual 1. Lain-lain Bahan Kimia dalam Mercun dan Bahayanya kepada Kesihatan Bahan Kimia Campuran karbon Kuprum oksida Asid pikrik Pendedahan Tanda-tanda dan Simptom

hidu dan rengsa kulit, kerosakan hati dan penyerapan melalui buah pinggang, sistem jantung kulit dan darah hidu rengsa saluran pernafasan, demam `asap logam', selesema, rengsa kulit

hidu dan gatal kulit, kerosakan hati dan penyerapan melalui buah pinggang kulit termakan muntah, sakit perut, najis berdarah, gangguan darah

Strontium

(Sumber rujukan:Utusan Malaysia, Sabtu, 24 Februari, 1996)

19

4.0 KESIMPULAN Sebagai seorang ahli pengakap, kesedaran tentang bahaya bermain bahan letupan ini harus dipupuk agar mereka menghindari perbuatan yang merbahaya ini. Dalam pengakap, amalan menjaga kesihatan dan keselamatan diri sangat dititik beratkan. Oleh sebab itu, hal ini perlu dididik semasa mereka menjadi pengakap kanak-kanak lagi. Pelbagai langkah perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya bermain bahan letupan. Kempen kesedaran tentang bahaya bahaya letupan adalah langkah yang perlu dilaksanakan. Program-program yang dianjurkan oleh persatuan Pengakap seharusnya diselitkan dengan nilai-nilai tentang bahaya bermain bahan letupan. Jika diteliti, kebanyakan kes kecederaan akibat bermain mercun yang menimpa kanak-kanak adalah akibat terkena serpihan mercun buatan sendiri. Biasanya mereka menggunakan batang besi atau buluh (meriam buluh) yang disumbat belerang. Inilah yang berlaku di Taman Bersatu, dekat Baling Kedah baru-baru ini. Dalam tragedi itu dua remaja berusia 13 dan 14 tahun menjadi mangsa mercun buatan sendiri dengan menggunakan besi paip yang disumbat belerang. Pihak kerajaan perlu memainkan peranan bagi mengatasi masalah ini. Kempenkempen melalui media massa perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya bermain bahan letupan. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan program kesedaran bahaya bahan letupan di peringkat sekolah. Oleh sebab itu, pihak sekolah perlu bekerjasama untuk menjayakan program-program kesedaran yang dianjurkan di peringkat sekolah. Pada pendapat saya, usaha mengatasi masalah mercun ini masih tidak dapat dikurangkan dengan berjaya. Hal ini kerana mercun sangat senanguntuk dibeli seperti membeli baju terutama pada musim perayaan. Jualan mercun yang tidak diluluskan ini akan menjadi semakin galak apabila hampir menjelang hari raya. Berbagai-bagai bentuk mercun seperti mercun roket, mercun robot, mercun bola dan pelbagai bentuk yang lain dijual secara berleluasa terutama di pasar malam. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan masih tidak memandang serius tentang gejala mercun
20

ini. Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti meningkatkan pemantauan, kawalan dan tindakan yang wajar ke atas mereka yang menjual dan membeli mercun. Antaranya langkah yang boleh dilakukan ialah meningkatkan kehadiran polis secara konsisten di kawasan yang dikenal pasti menjadi lokasi penjualan mercun.

Salah satu punca yang menyebabkan kanak-kanak bebas bermain mercun adalah kerana ibu bapa tidak melarang anak-anak mereka bermain mercun. Ramai ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka bermain mercun. Kadang-kadang mereka merasakan tidak mengapa kerana pada tanggapan mereka sesetengah mercun dirasakan tidak berbahaya tetapi mereka lupa bahawa malang itu tidak berbau. Jangan sampai sudah terjadi baru hendak menyesal kerana ketika itu nasi sudah menjadi bubur. Mungkin kegembiraan ketika saat-saat menjelangnya hari raya menyebabkan semakin ramai yang melupakan tentang bahayanya mercun. Ketika inilah ibu bapa akan membiarkan anak-anak membeli dan bermain mercun yang boleh mendedahkan diri mereka kepada bahaya.Malahan, ada juga ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka bermain mercun dengan membeli mercun kepada anak-anak mereka. Situasi ini sepatutnya dielakkan oleh semua ibu bapa. Oleh yang demikian, dapat saya simpulkan disini bahawa banyak keburukan bermain bahan letupan. Oleh itu, setiap pengakap kanak-kanak perlu diterapkan dengan ilmu ini.

21

5.0 REFLEKSI Sepanjang saya melaksanakan kajian ini, banyak yang saya telah pelajari. Banyak cabaran yang terpaksa saya hadapi namun itu semua mengajar saya menjadi seorang pemimpin Pengakap yang berwibawa. Individu-individu yang menjadi tunjang kepada kejayaan kajian ini ialah pensyarah-pensyarah pembimbing yang telah banyak membantu dan member tunjuk ajar. Saya telah ditugaskan untuk membuat kajian tentang bahaya bahan letupan. Antara halangan atau dugaan yang saya hadapi sepanjang proses melaksanakan kajian ini ialah berkaitan sumber rujukan yang terhad. Saya hanya mencari sumber daripada internet di mana tidak semua sumber tidak boleh dipercayai. Sumber buku di perpustakaan kampus ini adalah terhad, oleh itu sukar bagi saya untuk membuat rujukan. Berpandukan sumber internet, saya meneliti maklumat yang diperolehi dan membuat perbandingan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai laman sesawang. Tugasan ini telah mengajar saya nilai kesabaran. Hal ini kerana tugasan ini memerlukan kemahiran mencari dan mentafsir maklumat untuk dijadikan isi dalam kajian ini. Maka, saya memperuntukkan masa yang agak lama untuk menyiapkan tugasan ini. Kesabaran yang tinggi diperlukan semasa mengolah isi-isi penting yang akan dimuatkan dalam kajian ini Selain itu, melalui tugasan ini juga, saya belajar tentang nilai kerjasama. Saya rasa amat bertuah kerana kebanyakan kawan-kawan saya turut membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini. Mereka sentiasa memberi pandangan dan idea-idea yang bernas. Apabila saya menghadapi sebarang masalah, saya akan berbincang dengan mereka tentang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang berlaku. Melalui tugasan ini, banyak ilmu yang bermanfaat telah saya perolehi. Antaranya ialah ilmu tentang kepengakapan dan peringkat-peringkat lencana Pengakap Kanakkanak. Selain itu, saya juga mendapat banyak ilmu tentang bahaya bahan letupan.

22

Kesimpulannya, tugasan ini sememangnya membantu saya dalam pelbagai aspek. Segala ilmu yang saya pelajari semasa menyiapkan tugasan ini akan saya gunakan sebaik mungkin. Sebagai pemimpin Pengakap, saya akan mencurahkan segala ilmu yang telah saya pelajari kepada anak murid saya kelak.

23

6.0 RUJUKAN

1. bahaya main mercun. (2010, ogos 26). Retrieved februari 1, 2014, from adik adik ku.blogspot: http://adik2ku.blogspot.com/2010/08/bahaya-main-mercun.html 2. Ibrahim, D. M. (1996, februari 24). kesan bahan kimia dalam racun. Retrieved februari 3, 2014, from National Poison Centre Universiti sains malaysia: http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=35 3. lencana keris gangsa. (2009, ogos 17). Retrieved februari 2, 2014, from http://pengakapsksl.blogspot.com/2009/08/nota-lencana-keris-gangsarukunegara.html 4. pemasangan lencana keris gangsa. (2013, september 8). Retrieved januari 30, 2014, from http://scoutjempol.blogspot.com/2013/09/pemasangan-lencana-kerisgangsa-pkk_8.html 5. skim lencana Pengakap Kanak-kanak. (2012, april 30). Retrieved februari 1, 2014, from http://pengakapttdiwpkl.blogspot.com/2012/04/skim-lencanapengakap-kanak-kanak.html

24

7.0 LAMPIRAN

25

26

27

28

29

You might also like