Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

1.

0 PEDAGOGI

1.1 Apa Itu Pedagogi?


Teaching at Harvard in the 1890s, William James defined pedagogy as "the art and science of teaching". A hundred years later - after over two decades of reform ranging from curriculum to administration to testing education systems, schools and teachers are focusing again on what matters most: teaching and learning in classrooms. At the same time, schools face new contexts and conditions for pedagogy. These include the challenges of rapidly changing disciplinary fields, the emergence of new knowledge, new technologies, and the challenges posed by linguistically and culturally diverse, students. These are difficult and challenging times but there is a new spirit of innovation and enterprise in pedagogy emerging internationally (Conference on Pedagogy 2005).

Perkataan pedagogi berasal daripada perkataan greek pedagogue pendidik/tutor yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugas-tugas pengajaran secara berkesan. Pada masa sekarang perkataan pedagogi berm aksud sains/seni pengajaran yang melibatkan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar serta proses pengajaran.

Mengikut Mok Soon Sang (2002) Pengertian pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar, merangkumi proses pengajaran yang optimum.

Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.

Mengikut

Woolfolk

(1980)

dalam

Educational

Psychology

for

Teachers,

pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

Mengikut Mergen dan King dalam bukunya introduction to psychology, pembelajaran ialah sebrang perubahan tingkahlaku yang agak kekal akibat pengalaman yang di perolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang di jalaninya. Pembelajaran ialah perubahan tingkh laku yang agak tetap dan ia berlaku kerana pengalaman atau latihan yag diteguhkan.

Menurut Guy Le Francis di dalam buknya, psychological theories and human learning (1982), pembelajaran merangkumi semua perubahan tingkah laku yang agak kekal yang dihasilkan melalui pengalaman.

1.2 Apakah skop kajian Pedagogi?

Skop kajiannya luas. Skopnya merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, seperti pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran, organisasi sekolah dan pengurusan bilik darjah, kurikulum dan sukatan pelajaran, pengujian dan penilaian, pemulihan dan pengayaan dan sebagainya.

Di institusi pendidikan guru seperti Institiut Pendidikan Sultan Hasanal Bolkiah, UBD, pedagogi merupakan aspek terpenting dalam kurikulum perguruan. Ianya dikaji dan dipelajari oleh setiap guru pelatih atau bakal-bakal guru bagi menguasia kemahirankemahiran dan teknik-tenik berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran dalam
2

bilik darjah. Penguasaan kemahiran mengajar ini merupakan syarat yang mutlak bagi membantu seseorang guru dalam manjalankan tugasnya secara professional.

Mengikut Mok Soon Sang (2001), Diploma Perguruan Malaysia, Kursus Pedagogi membincangkan topik-topik berikut: 1. Konsep kurikulum dan peranan guru dalam pelaksanaan kurikulum 2. Strategi Berfikir dan Alat Berfikir 3. Pengurusan bilik darjah sebagai sebuah organisasi, 4. Kominikasi berkesan dalam dan luar bilik darjah 5. Interaksi dalam bilik darjah 6. Pengajaran Mikro I 7. Konsep Pengajaran 8. Model-model Pengajaran 9. Pendekatan, startegi, Kaedah dan Teknik 10. Pengajaran Mikro II 11. Perancangan untuk mengajar 12. Perancangan Penyampaian Pengajaran 13. Perancangan penilaian 14. Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan 15. Perangkaan Asas 16. Pemulihan dan Pengayaan 17. Pendidikan Inklusif 18. Refleksi Pasca Praktikum 19. Penyelidikan Tindakan

1.3 Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,
3

membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

1.4 Apakah ciri-ciri Pengajaran?

guru dan murid, guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar, hanya bermakna apabila ada pembelajaran, melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman, melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol, ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian, boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan gurumurid serta berpusatkan sumber, meliputi rancangan mengajar (KOPI), proses yang melibatkan interaksi dua hala, ada unsur sains dan seni.

2.0 KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

2.1 Definisi Kaedah Mengajar Para sarjana Pendidikan Islam telah mengemukakan berbagai-bagai definisi tentang kaedah mengajar. Walaupun pada zahirnya terdapat sedikit perbezaan, tetapi perbezaan tersebut saling melengkapi antara satu sama lain. Antaranya adalah : 1. Mohd.Athiyyah Al-Ibrasyi, (t.t.) mentakrifkan kaedah mengajar dalam bukunya Ruh Attarbiyyah Wattaalim sebagai jalan yang kita ikuti untuk memudahkan kefahaman kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah perancangan yang disusun sebelum memasuki kelas dan

dilaksanakan di dalam kelas. 2. Ghunaimah, Mohd. Abd. Rahim, Prof. (1953) mentakrifkan kaedah mengajar sebagai cara-cara praktis yang menjelaskan tujuan-tujuan dan maksudmaksud pengajaran. 3. Ali Al-Jumbalathy, Prof. dan Abu Al-Fath Attawanisy (1971) mentakrifkan kaedah mengajar sebagai cara-cara yang diikuti oleh guru untuk

menyampaikan maklumat kepada murid-murid. 4. Salleh Abd. Aziz, Prof. dan Abd. Aziz Abdul Majid, Dr. (t.t.) mengemukakan dua pengertian yang diberi oleh Kilpatrick (pendidik Amerika Syarikat), iaitu pengertian yang ringkas bertujuan menyampaikan maklumat dan makna yang luas dan menyeluruh, iaitu memperoleh maklumat ditambah dengan pandangan, kebiasaan berfikir dan lain-lainnya dan pandangan-pandangan atau sikap seperti cinta pada ilmu, guru dan sekolah, menghormati dan mencintai orang lain dan bertanggungjawab pada diri sendiri. 5. Edgar Bruce Wesley (1950), mentakrifkan kaedah dalam bidang pendidikan sebagai urutan kegiatan terarah bagi guru yang menyebabkan timbulnya proses belajar dalam kalangan murid atau ia ialah proses yang

pelaksanaannya secara sempurna menghasilkan proses belajar atau ia ialah jalan kea rah pengajaran yang lebih berkesan. 6. Mangantar Simanjuntak (1982), satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan.
5

7. Parera (1986), satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan. 8. Ishak Ramly (2006), satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Mengikut Ahmad Mohd Salleh dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, kaedah merupakan satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu

pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Kaedah merupakan langkahlangkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan

kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran.

Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran, guru-guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai, terutamanya kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid-murid. Oleh itu, guru-guru sepatutnya dapat merancang prosedur; mereka perlu dapat menggambarkan dengan jelas dalam fikiran mereka ciri-ciri atau sifat-sifat sejati kaedah berkenaan.

2.2 Panduan Menentukan Kaedah Pengajaran 1. Guru perlu mengaplikasikan kaedah pengajaran yang berbeza dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. 2. Gaya pembelajaran yang berbeza wujud daripada sifat perbezaan antara individu dan nilai-nilai keunikan yang terdapat dalam diri setiap pelajar dalam usaha mendapatkan ilmu. 3. Guru perlu terlebih dahulu memahami gaya pembelajaran pelajar sebelum menentukan jenis kaedah pengajaran yang akan digunakan. 4. Melalui gaya pembelajaran, guru berpeluang mengenal pasti segala kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.

5. Gaya pembelajaran adalah gambaran kepada ciri-ciri kognitif, efektif dan tingkah laku fisiologikal seseorang pelajar dalam bertindak balas dengan apa yang ada di persekitaran pembelajaran. 6. Gaya pembelajaran mempunyai perkaitan rapat dengan persekitaran fizikal dan emosi pelajar. 7. Penentuan kaedah pengajaran berdasar gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar adalah penting dan perlu kerana setiap pelajar mempunyai perbezaan dari sudut kekuatan, kelemahan, kebolehan, minat dan

kecenderungan. 8. Kaedah yang berbeza memberi peluang kepada pelajar bagi membuat aktiviti di dalam kelas secara bebas dan aktif, sama ada dengan aktiviti perbincangan, pertukaran idea, pemindahan buah fikiran, keupayaan berhujah dan mengeluarkan pendapat.

2.3 Jenis-jenis Kaedah Pengajaran Pengajaran mempunyai beberapa tujuan tertentu. Antara tujuan yang utama adalah perubahan tingkah laku murid serta pencapaian objektif-objektif yang disediakan bagi satu-satu pengajaran. Oleh itu, adalah perlu bagi seseorang guru merancang dengan baik tentang satu-satu kaedah yang hendak digunakan bagi satu pengajaran. Pemilihan kaedah yang sesuai akan membawa pengajaran yang

berkesan serta pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan.

1. Kaedah Sokratik Objektif pengajaran sokratik yang utama ialah pertanyaan. Apa yang dipentingkan ialah perkembangan kemahiran menyoal yang menuju kepada kebenaran. Sokratik mengajar pengikutnya cara bagaimana sesuatu definisi dicapai. Kaedah ini berbentuk elektif, iaitu perbualan, peranan guru mengemukakan soalan dan murid pula menyusun pengalaman-pengalaman lampau untuk menjawab soalan-soalan.

2. Kaedah Projek Kaedah projek merupakan suatu kaedah di mana murid-murid menjalankan sesuatu uji kaji atau kegiatan di dalam situasi sebenar bertujuan mendapatkan sesuatu hasil. Contohnya projek bercerita, melibatkan pembelajaran menikmati cerita dalam berbagai-bagai bentuk, lisan lagu, muzik dan gambar.

3. Kaedah Dapatan Atau Penyelidikan Dengan kaedah ini, murid-murid belajar menyelidiki sendiri melalui pemerhatian, percubaan dan ujian. Dalam mata pelajaran Sejarah, misalnya murid-murid akan belajar mencari fakta-fakta tentang zaman yang dipelajari mereka, contohnya : Bagaimana kehidupan sesuatu kaum? Apakah bahasa yang digunakan? Apakah kemajuan yang dicapai oleh kaum itu?

4. Kaedah Penyelesaian Masalah Kaedah ini merujuk pendekatan-pendekatan pengajaran berdasarkan kaedah penyiasatan yang saintifk. Kaedah penyelesaian masalah melibatkan lima langkah, iaitu : Mengenalpasti masalah Mengenalpasti maklumat Membuat hipotesis Menguji hipotesis Menilai dan membuat rumusan

5. Kaedah Terus - Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak.

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu: Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada. Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan. Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

6. Kaedah Semulajadi Hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan.

7. Kaedah Oral-Aural Kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur. Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul.

8. Kaedah Linguistik Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah

diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Memulakan aktiviti

dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).

9. Kaedah Hafalan Contohnya guru membacakan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan jelas. Kemudian guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru. Manakala muridmurid yang lain pula diminta mengikut bacaan dalil kewajipan Khutbah Jumaat dengan suara yang kuat sambil melihat slide. Semua ini antara tujuannya supaya pelajar dapat mengingat dalil tersebut.

Kaedah hafalan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan ingatan secara langsung. Kaedah ini dianggap penting untuk menguat dan mengembangkan ingatan dan ia memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingatkan apa yang dipelajari melalui lisan dan bertulis.

Kaedah hafalan merupakan kaedah pembelajaran yang penting dalam pendidikan Islam. Kaedah ini digunakan dalam pengajaran al-Quran. Pada peringkat hafalan, guru tidak menghuraikan maksud disebabkan ketidakmampuan kanak-kanak memahaminya.

10. Kaedah Syarahan / Kuliah Contohnya guru menerangkan definisi Khutbah Jumaat kepada murid. Kaedah kuliah atau syarahan merupakan kaedah penyampaian pengajaran yang umumnya digunakan di pusat pengajian tinggi. Pada hari ini, kaedah tersebut semakin popular. Kaedah ini merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian, penjelasan serta penerangan daripada pihak pelajar.

10

11. Kaedah Soal Jawab Contohnya guru menyoal murid : Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan tersebut? Lalu, murid-murid pun memberikan pelbagai jawapan. Jawapan yang tepat adalah tentang khutbah Jumaat.

Kaedah ini adalah sejenis kaedah interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Tujuan kaedah ini adalah untuk merangsang pemikiran. Menyoal merupakan sebahagian daripada setiap interaksi pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar. Soal jawab dapat dilakukan sepanjang masa pengajaran, sama ada pada peringkat awal, tengah ataupun akhir bagi menguji dan menilai tahap kognitif pengetahuan ataupun pemahaman. Menurut Salihan Slais (1993), kaedah ini dapat membangkitkan kecerdasan dan

menggalakkan berfikir. Fenomena ini akan dapat menumpukan perhatian dan fikiran tentang apa yang diingati.

12. Kaedah Perbincangan Contohnya Murid diminta berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat. Tujuan kaedah ini dalam konteks pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik yang sudah ditentukan akan berlaku. Kaedah ini juga bertujuan bagi menggalakkan perkembangan mental para pelajar.

Tujuan perbincangan hendaklah jelas dan guru perlu memberitahu pada pelajar sebelum memulakan perbincangan supaya pelajar dapat membuat persediaan dan matlamat perbincangan dapat dicapai. Kemudian guru mengemukakan tajuk. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Peranan guru menerusi kaedah ini adalah bagi merancang ataupun menentukan semua isu utama dalam topik yang akan dibincangkan. Guru juga perlu memastikan setiap pelajar berpeluang memberikan pendapat ataupun mengemukakan soalan.

11

13. Kaedah Permainan Contohnya guru memberi arahan kepada murid supaya bersedia untuk menjawab teka silang kata. Teka silang kata juga sebenarnya merupakan salah satu daripada kaedah permainan.

Permainan menjadi satu keperluan semulajadi bagi kanak-kanak. Situasi bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektifobjektif pendidikan. Permainan adalah satu cara bagi melatih pelajar memperoleh sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di sebalik permainan yang dijalankan. Kaedah bermain sesuai untuk pendidikan pra sekolah dan sekolah rendah. Kaedah ini boleh digunakan dalam pengajaran pendidikan Islam. Ia dapat menjadikan pengajaran di sekolah menjadi menarik dan praktis.

Permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan tahap mereka. Kaedah permainan bukan sahaja dapat menghiburkan hati pelajar malah turut membantu mereka bagi menguasai pemahaman berkaitan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Antara kelebihan kaedah ini ialah: 1)murid tidak berasa bosan 2) melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka 3) guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid dan kelemahan murid semasa bermain

Kelemahan kaedah ini pula ialah: 1) menambah atau membebankan guru untuk menyediakan ABM
12

2) Tidak semua tajuk pelajaran dapat menggunakan kaedah ini 3) Menambahkan penggunaan wang sekolah

14. Kaedah Latih Tubi Contohnya guru meminta murid mendengar rakaman tentang Khutbah Jumaat dan meminta murid menyenaraikan rukun Khutbah Jumaat yang terdapat dalam rakaman tersebut. Di akhir pengajaran, guru telah memberikan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan di rumah.

Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam kaedah latih tubi. Ia adalah corak pengajaran bagi memberi kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan. Demikian juga kemahiran pergerakan otot. Contohnya membaca al-Quran diajar dengan kaedah latih tubi ini.

Ia adalah kaedah latihan yang bertujuan menyampaikan kemahiran dan kecekapan kepada pelajar. Kaedah latih tubi dapat dibahagi kepada 2 bentuk iaitu secara bertulis ataupun secara pertanyaan terus kepada pelajar semasa proses pengajaran. Latih tubi secara bertulis adalah pengedaran soalan yang bercetak kepada semua pelajar dan pelajar akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh guru. Manakala latih tubi secara pertanyaan terus pula adalah guru akan memberi soalan terus kepada semua pelajar di dalam kelas. Kemudian pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh guru.

15. Kaedah Bercerita Contohnya selepas menayangkan video berkaitan Khutbah Jumaat, guru boleh bercerita tentang suasana khutbah Jumaat. Dalam pedagogi, guru dilatih supaya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita untuk disesuaikan dengan orang yang mendengar cerita tersebut. Bercerita sahaja tanpa menguasai prinsip-prinsip dan kemahiran tertentu adalah sia-sia kerana tidak akan memberi kesan.

13

Dalam pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan bercerita semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak mulia. Oleh yang demikian, sewajarnya cerita-cerita yang dipilih itu adalah cerita-cerita yang baik dan banyak memberikan contoh teladan. Pencerita pula mestilah orang yang dapat dijadikan teladan. Janganlah teladan baik yang diceritakan itu tidak pula tergambar pada sahsiah guru di samping penggunaan bahasa dan gaya yang sesuai.

Ia adalah satu kaedah yang berkesan bagi digunakan oleh setiap guru dalam pengajaran. Tujuan kaedah ini adalah melatih kemahiran mendengar di kalangan pelajar di samping mengulang sebut fakta daripada cerita yang disampaikan oleh guru.

16. Kaedah Ulangan Contohnya guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru. Kaedah ulangan ialah melakukan pembacaan ataupun mengingat sesuatu perkara secara berulang kali ataupun berterusan. Kaedah ini menajamkan daya ingatan dan menambahkan kefahaman pelajar apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini berpusatkan pelajar dan guru. Guru akan menggunakan kaedah ini dengan cara mengulangkaji pelajaran yang lepas, sama ada bertanya kepada guru ataupun persendirian.

17. Kaedah Halaqah Kaedah ini biasanya dilakukan dengan para pelajar duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan untuk mendengar syarahan daripada guru. Pada kebiasaannya, guru bersandar pada dinding atau tiang masjid dengan menghadap kiblat.

14

18. Kaedah Induktif Kaedah ini bertujuan untuk membimbing pelajar mengetahui fakta-fakta dan hukumhukum umum melalui jalan pengambilan kumpulan induksi. Guru yang

menyampaikan kaedah ini memberi contoh-contoh dan butir-butir yang kecil, kemudian ia membanding dan menentukan sifat-sifat persamaan antaranya untuk mengambil kesimpulan dan membuat dasar umum yang berlaku kepada bahagianbahagian dan contoh-contoh yang diberi dan belum diberi.

Kaedah ini sangat berfaedah bagi murid-murid untuk membiasakan mereka berfikir, membanding, menimbang antara bahagian dan mengambil kesimpulan dan prinsipprinsip umum dari bahagian yang disampaikan itu.

19. Kaedah Tunjuk Cara atau Demonstrasi Kaedah ini merupakan satu cara menyediakan bahan pelajaran iaitu objeknya atau prosesnya. Dalam kaedah ini, ia mengutamakan pemerhatian murid secara langsung terhadap sesuatu objek atau proses, kemudian membuat kesimpulan tertentu.

Kaedah ini memerlukan penglibatan kedua-dua belah pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Kaedah ini membolehkan pelajar mencontohi sesuatu dengan lebih mudah dan tepat. Ia juga dapat menarik minat pelajar di samping berpeluang untuk belajar bukan sahaja secara teori tetapi juga melakukan sesuatu secara praktikal.

20. Kaedah Amali kaedah ini melibatkan penglibatan dua hala iaitu antara guru dengan pelajar dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan. Dalam kaedah ini, penyertaan dan pemerhatian pelajar secara langsung pada sesuatu projek ataupun proses diutamakan. Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada pelajar sepanjang
15

pengajaran melalui kaedah ini. Setelah latihan amali dilakukan, mereka akan membuat sendiri kesimpulan di sebalik kerja itu, sama ada yang membawa kepada peningkatan pengetahuan ataupun kemahiran. Kaedah ini dapat membantu pelajar bagi mengukuhkan ingatan mereka pada pengajaran yang disampaikan kerana mereka sendiri sudah melihat dan mengikuti segala proses, peristiwa dan fenomena yang dialami. Kaedah amali dapat memberikan pelajar-pelajar peluang untuk berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran. Mereka akan memperoleh pengalaman langsung dalam memperoleh kemahiran, pengetahuan, kesimpulan dan celik akal dalam unit-unit pembelajaran berkenaan.

Tujuan kaedah ini juga adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau fenomena dalam keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajar-pelajar mendapatkan maklumat tanpa penglibatan guru.

21. Kaedah Pengalaman atau Pendedahan Kendiri Kaedah ini melibatkan pengalaman guru atau pengalaman pelajar itu sendiri. Setiap pengalaman yang disampaikan itu mempunyai perkaitan dengan objektif

pengajaran. Pendedahan kendiri dapat memberi peluang pada pelajar supaya belajar berkongsi cerita ataupun pengalaman dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Melalui pengalaman dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Melalui pengalaman yang ada dapat dikaitkan dengan sesuatu topik pengajaran dan realiti pengalaman pelajar ataupun guru lebih memudahkan pelajar bagi memperoleh maklumat.

22. Kaedah Simulasi Ia adalah salah satu situasi yang serupa dengan situasi yang sebenar bagi tujuan menjalankan latihan bagi menyelesaikan permasalahan. Ia digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memberi latihan pada pelajar supaya mampu melakukan lakonan dengan cara yang sistematik, terkawal dan teratur supaya satu16

satu isu ataupun permasalahan yang timbul dalam pembelajaran dapat diselesaikan. Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran adalah sosiodrama dan main peranan.

23. Kajian Kes Kajian kesakan mendedahkan pelajar kepada situasi hidup yang sebenar. Pelajar akan menganalisis situasi yang diberikan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Guru bertindak sebagai pembimbing. Biasanya guru lebih cenderung untuk tidak membicarakan isu secara aplikasi sebaliknya memimpin dengan cara konseptual sahaja. Sesuatu kajian kes akan memastikan pelajar dapat membuat keputusan, cadangan ataupun pelan tindakan. Kajian kes ini boleh menjadi panjang, sekadar kajian ringkas ataupun pendek.

24. Kaedah Luar Kelas Kaedah ini bertujuan mengubah suasana biasa pengajaran dan pembelajaran iaitu semasa berada di dalam kelas. Perubahan suasana pengajaran dan pembelajaran akan membolehkan pelajar mendapat pendedahan secara realiti pada topik yang hendak disampaikan oleh guru. Kaedah ini membantu memudahkan mereka memahami secara lebih menyeluruh dengan topik yang hendak diajar.

25. Kaedah Pengembaraan/ Lawatan Kaedah lawatan sering diberi pengertian sebagai kaedah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara melakukan kunjungan atau lawatan sambil belajar di luar kelas biasa. Dalam pelaksanaan kaedah yang dilakukan, guru secara langsung dapat memberi gambaran yang jelas tentang apa yang dilihat dan dialami oleh murid-murid pada waktu itu, di samping perkara yang dapat dilihat secara kebetulan semasa dalam perjalanan.

17

3.0 PERANCANGAN PENGAJARAN SEBELUM DAN SELEPAS

Perancangan adalah proses pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi aktiviti-aktiviti penentuan topik dan isi yang hendak disampaikan, kebolehan sedia ada murid-murid serta objektif pengajaran yang hendak dicapai selepas sesuatu aktiviti pengajaran. Perancangan merupakan bahagian yang penting dalam proses pengajarannya, kerana sesuatu perancangan yang baik dan rapi jika dilaksanakan dengan betul akan menghasilkan pencapaian objektif pengajaran yang optimum .

Pada peringkat ini, beberapa perkara perlu di kumpul atau disediakan oleh guru bagi merancang penyampaiannya secara lebih efektif. Perkara-perkara tersebut ialah maklumat mengenai murid, kelas dan mata pelajaran, topik aktiviti, pengetahuan sedia ada dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

a. Maklumat Umum Maklumat umum yang perlu diketahui ialah kelas (tahun/tingkatan), tahap, masa, bilangan dan purata umur murid. Guru perlu tahu kelas yang akan diajar kerana kelas yang berbeza biasanya menunjukkan tahap kebolehan yang berbeza. Masa atau waktu pengajaran pula akan membezakan kesediaan pelajar dan guru perlu merancang aktiviti yang sesuai. Misalnya waktu pertama dan kedua (pagi) dan waktu terakhir (tengah hari). Murid biasanya lebih cergas dan lebih bersedia menerima pelajaran daripada waktu tengah hari. Tempoh waktu pengajaran sama ada satu waktu atau dua waktu berkembar dan pengetahuan mengenai bilangan dan purata umur pelajar juga akan membantu guru merancang aktiviti yang bersesuaian.

b. Topik dan Isi Topik dan isi yang hendak disampaikan dalam proses pengajaran dan kemahirannya haruslah mengikut kurikulum yang dipilih daripada buku teks yang disediakan, kerana isi pengajaran terkandung dalam buku teks yang diakui oleh Kementerian Pendidikan adalah dirancang mengikut kurikulum tertentu. Walau bagaimanapun seseorang guru itu boleh memilih sendiri isi pelajaran daripada sumber-sumber lain
18

sebagai bahan tambahan. Isi pelajaran tambahan ini biasanya disampaikan dalam bentuk aktiviti pengayaan, pemulihan dan pengukuhan

Guru juga perlu tahu topik serta subtopik yang akan diajar serta aktiviti yang berkaitan dengan topik tersebut supaya guru dapat merancang kesesuaian tempoh masa, strategi pengajaran, sumber atau alat bantuan mengajar yang berkaitan. Ia jiga dapat membantu guru dalam menentukan objektif pengajaran dan

pembelajaran.

c. Pengetahuan Sedia Ada Menentukan kebolehan sedia ada murid dalam pengajaran adalah sangat penting khasnya digunakan untuk merancang strategi pengajaran yang berkesan. Muridmurid tidak akan boleh belajar dengan berkesan sekiranya mereka tidak diajar menulis perkataan sebelum mereka menguasai kemahiran menulis huruf abjad. Demikian juga bagi murid-murid yang belum menghafal sifir darab dengan betul diajarkan dengan operasi bahagi. Oleh itu dalam usaha menyediakan isi pengajaran untuk disampaikan dengan berkesan guru haruslah menentukan kebolehan murid yang sedia ada terlebih dahulu. Isi pengajaran baru yang hendak disampaikan hendaklah disediakan berdasarkan kebolehan murid yang sedia ada. Dengan cara yang demikian, barulah murid dapat belajar mengikut kebolehan mereka .

Pengetahuan sedia ada merujuk kepada pengalaman, pengetahuan dan kebolehan yang sudah ada pada murid sebelum pelajaran baru yang dirancang oleh guru. Pengetahuan ini boleh merujuk kepada topik-topik yang sudah disampaikan kepada murid sebelum ini, mungkin melalui mata pelajaran yang berlainan atau tahun yang berlainan, dan juga pengalaman murid sendiri. Pengetahuan sedia ada murid akan membantu guru mengaitkannya dengan pelajaran baru (biasanya dalam set induksi), dalam menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, memilih bahan atau sumber pengajaran dan memilih strategi dan kaedah yang sesuai.

d. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Sebelum seseorang guru itu menyampaikan sesuatu pengajaran ia mestilah mengetahui apa yang ingin dicapainya dalam pelajaran itu. Taraf pencapaian ini dapat ditunjukkan dengan jelas sekiranya keputusan dan kesan pengajaran itu
19

dinyatakan mengikut perlakuan dan prestasi murid selepas pengajaran itu. Justeru itu, sesuatu penyataan objektif itu bukan sahaja membayangkan kehendak pengajaran guru dan pencapaian murid, bahkan menuju ke arah tujuan yang dikehendaki. Dalam konteks KBSR dan KBSM, penentuan objektif pengajaran biasanya berdasarkan kemahiran yang dihuraikan dalam sukatan pelajaran serta kebolehan murid yang sedia ada. Isi pelajaran yang kemudian dipilih dan dirancang untuk disampaikan akan berdasarkan kepada objektif pengajaran yang telah ditentukan Objektif pengajaran ialah suatu keterangan mengenai performance yang perlu ditunjukkan oleh pelajar sebelum dianggap berupaya (compotent). Ia adalah huraian cadangan hasil daripada pengajaran dan bukannya proses pengajaran (Mager 1990). Objektif ini perlu bagi seseorang guru menentukan kandungan dan prosedur pengajaran, menyusun strategi dan aktiviti dan menilai serta mengukur

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan kesenian seperti Pendidikan Seni dan Muzik, guru perlu mengambil kira objektif yang berbentuk ekspresif. Objektif juga perlu dipelbagaikan bagi kelas yang muridnya mempunyai pelbagai keupayaan.

20

You might also like