Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

10.

0 ACARA LARI BERGANTI-GANTI

10.1 Pengenalan

Acara lari berganti-ganti yang biasa dipertandingkan adalah 4x100 meter, 4x200 meter dan 4x400 meter. Suatu pasukan terdiri daripada empat pelari yang bergilir-gilir berlari dalam satu pusingan balapan dengan membawa baton di tangan dan dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari seterusnya. Jika baton terjatuh, ia mesti dipungut oleh pelari yang menjatuhkannya. Selepas baton dihantar, pelari harus berada dalam lorongnya sehingga laluan di balapan tidak berhalangan.

10.2 Peralatan dan Kelengkapan

a) Blok Permulaan Blok digunakan bertujuan untuk menghasilkan suatu daya tolakan yang lebih berkesan apabila pelari mula bergerak ke hadapan. Blok permulaan digunakan oleh pelari pertama. Cara

menyediakan blok adalah seperti berikut.

i.

Jarak blok dari garis mula hendaklah memberi keselesaan, imbangan dan kecekapan mekanikal kepada pelari ketika dalam keadaan sedia.

ii.

Jarak di antara bahagian hadapan blok dengan garis mula ialah 30cm hingga 40cm.

iii.

Jarak di antara bahagian belakang blok dengan bahagian hadapan blok adalah bergantung kepada jenis dekam yang digunakan.

iv.

Melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok dan jaraknya yang paling baik untuk pelari adalah perlu.

v.

Tentukan terlebih dahulu kaki mana yang akan digunakan untuk memijak bahagian belakang blok.

vi.

Pastikan blok dipasang dengan ketat dan kuat.

Rajah 68: Blok Mulaan

b) Baton

Baton berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin diperbuat daripada kayu, logam atau apa jua bahan yang keras. Baton hendaklah sebatang penuh, berukuran tidak lebih daripada 30cm dan tidak kurang daripada 28cm. Ukur lilit baton hendaklah antara 12cm dan 13cm yang beratnya tidak kurang daripada 50gm. Baton wajar diwarnakan supaya senang dilihat ketika dibawa berlari. Baton hendaklah dipegang sepanjang

larian. Penyerahan baton kepada rakan sepasukan dilakukan di dalam zon penukaran.

c) Kasut berpaku (spike) Kasut berpaku sangat sesuai digunakan untuk membantu cengkaman kaki pelari ketika berlari di trek.

10.3 Pasukan lari berganti-ganti

Suatu pasukan lari berganti-ganti terdiri daripada empat pelari yang bergilir-gilir antara satu sama lain. Mereka berlari dalam pusingan balapan dengan membawa baton di tangan dan dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari seterusnya. Selepas baton dihantar, pelari harus berada dalam lorongnya sehingga laluan di balapan tidak berhalangan.

Rajah 69: Lari berganti-ganti

10.4 Zon Pertukaran Baton

Pada tanda 100m, 200m dan 300m di balapan 400m, ditandakan tiga zon penukaran baton. Setiap zon berukuran 20m panjang. Baton mesti bertukar tangan di antara dua pelari di dalam zon ini. Satu zon lagi yang dipanggil zon pemecutan ditandakan pada 10m di belakang zon penukaran baton. Pelari yang akan menerima baton boleh mula berlari

dalam zon pemecutan, tetapi baton mesti diterima dalam zon penukaran baton.

Rajah 70: Zon Pertukaran Baton

10.5 Acara dalam Lari Berganti-ganti

a) Acara 4x100m Pelari berlari dalam lorong-lorong di balapan bulat berukuran 400m. Balapan tersebut mempunyai lapan lorong. Pelari pertama akan memulakan perlumbaan daripada garisan permulaan yang diatur secara beranjak. Dia berlari ke arah pelari kedua dan menyerahkan baton. Prosedur ini dilakukan daripada pelari kedua kepada pelari ketiga dan akhirnya kepada pelari keempat yang akan mengakhiri perlumbaan tersebut.

b) Acara 4x200m Pelari masih berlari dalam lorong-lorong balapan yang berukuran 400m. Perbezaan acara 4x200m dengan acara 4x100m adalah setiap pelari harus berlari sejauh 200m. Semua prosedur dan teknik adalah sama dengan acara 4x100m.

c) Acara 4x400m Acara 4x400m berbeza dengan acara 4x100m dan 4x200m. Perbezaan acara ini adalah dari segi prosedur dan teknik larian. Dalam acara ini, pelari pertama memulakan larian dengan prosedur yang sama dengan acara 4x100m dan 4x200m. Perbezaan acara ini dapat dilihat pada pelari kedua. Selepas berlari sejauh 100m, pelari kedua boleh memasuki lorong pertama bersama dengan pelari-pelari yang lain. Pelari ketiga bagi setiap pasukan akan menunggu pelari kedua masing-masing di lorong yang pertama dan prosedur ini diteruskan oleh pelari yang keempat.

10.6 Teknik Penukaran Baton

a) Teknik Penukaran Baton Di dalam teknik penukaran baton, terdapat dua cara yang digunakan.

i. Gaya selang-seli tanpa pandang Gaya ini biasa digunakan oleh pelari 4x100m. Dalam gaya ini, pelari pertama dan ketiga diperlukan untuk membawa baton dengan menggunakan tangan kiri dan pelari seterusnya kedua dan keempat menerima baton dengan tangan kanan. Pelari tidak menoleh ke belakang ketika larian. Apabila pembawa baton sampai di tandaan, pelari yang sedang menunggu akan mula berlari. Seterusnya pembawa baton akan memberi isyarat supaya pelari hadapan bertindak cepat menghulurkan tangan ke

belakang dan bersedia menerima baton dari pembawa.

Rajah 71: Menerima baton gaya selang seli tanpa pandang

ii. Gaya selang-seli cara pandang Gaya ini dinamakan gaya pandang kerana semasa pertukaran baton dilakukan, penerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan bertanggungjawab pembawa baton. baton Pembawa ke dalam baton tangan

menyerahkan

penerima sebaik mungkin.

Rajah 72: Menerima baton gaya pandang

b) Cara memberi baton Kepantasan larian terus dikekalkan semasa menerima baton. Pembawa baton hendaklah memberi isyarat kepada penerima. Tangan dihulurkan lurus semasa penyerahan baton dan perhatikan tangan penerima untuk meletakkan baton tepat pada batonnya. Setelah mendengar isyarat daripada pembawa baton, penerima hendaklah segera menghulurkan tangan secara lurus ke belakang. Semasa penyerahan baton ini, kedua-dua pembawa dan penerima mestilah peka dan memastikan pegangan baton dilakukan kuat di pangkalnya untuk mengelak baton jatuh.

Rajah 73: Cara memberi baton

c) Cara menerima baton Penerima baton mestilah dalam keadaan yang sentiasa bersedia. Penerima boleh menoleh ke belakang untuk melihat pembawa baton. Penerima perlu bersedia di tandaan dan bersedia untuk memecut sebaik sahaja pembawa baton sampai di tandaan. Jika menggunakan teknik tanpa pandang, penerima tidak boleh menoleh ke belakang.

Rajah 74: Cara menghulur dan menerima tangan kanan-kiri

10.7 Panduan Mengatur Pelari

Pelari Pertama

Mampu memulakan larian dengan baik Memiliki kepantasan dan kemahiran berlari di bahagian selekoh

Pelari Kedua

Pelari yang boleh berlari di lorong lurus Mempunyai keupayaan dan kecekapan menerima dan memberi baton dengan tangan kiri

Pelari Ketiga

Mampu berlari pantas dan mahir berlari di bahagian selekoh Memiliki keupayaan dan cekap menerima baton dan memberi baton dengan tangan kanan

Pelari Keempat

Pelari yang paling pantas dalam pasukan Memiliki ciri orang tidak putus asa, azam yang tinggi dan tenang ketika larian akhir

Rajah 75: Panduan Mengatur Pelari

You might also like