Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA JALAN GUAR NANGKA 02500 MATA AYER, PERLIS.

Tel : 04-9863562 Fax : 04-9862091

Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua 2013


Tarikh Masa Tempat Pengerusi : : : : 5 Julai 2013 3.00 pm 6.30 p.m Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Guar Nangka Puan Noorizah bt Shuid Guru Besar

Kehadiran

1. Noorizah bt Shuid Guru Besar 2. Dalila bt Awang Penolong Kanan Pentadbiran 3. Osman bin Omar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 4.Chatri a/l Sing 5. Ainun Kamaliyah binti Kamarulzaman 6.Athiyah bt Shuid 7.Azizah bt Hassan 8.Fauziah bt Musa 9.Hartina bt Rosdi 10.Hasnah bt Wahab 11.Shahriyah bt Hassan 12.Hayati bt Yahaya 13.Isa bin Mat 14.Jamalulhaslina bt Fuad 15.Juniza bt Hashim 16.Mohammad Sofi bin Hassan 17.Muhamad Ridzuan bin Hj. Ismail 18.Noreiza bt Seron 19.Norliza bt Kadir 20.Nur Adila bt Mohd Fadzil 21.Nur Nasihah bt Abdullah 22.Ramlee bin Hussain 23.Rohisyam bin Abidin 24.Rosli bin Hassan 25.Nurul Habibah Md Saad 26.Sharizah bt Abdullah 27.Suraiza bt Abdullah 28.Suriany bt Idris

29.Nur Syamim Diyana 30.Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe 31.Yusrizal bin Yusoff Tidak Hadir Bersebab : 1. Siti @ Lebar binti Rejab 2. Pn Sopiah bt Omar

1.0

PERUTUSAN PENASIHAT(Guru Besar) 1.1 Ucapan alu-aluan Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru dan meminta guru-guru mencatat perkara-perkara yag dibincangkan. Tindakan : SEMUA GURU 1.2 Mesyuarat Panitia Pengerusi meminta semua panitia mengadakan mesyuarat masing-masing sebanyak bilangan yang sepatutnya. Tindakan: KETUA PANITIA 1.3 Pencerapan Pencerapan guru-guru sedang dijalankan Tindakan : SEMUA GURU 1.4 UPSR Peperiksaan UPSR bermula 10hb September 2013 hingga 12hb September 2013. Tindakan : GURU TAHUN 6 Persediaan Buku Ringkasan Mengajar Persediaan Buku Ringkasan Mengajar guru-guru adalah baik. Refleksi perlu ditulis. Tindakan : SEMUA GURU

1.5

2.0 Ucapan PENGERUSI (Penolong Kanan Pentadbiran) 2.1 Ucapan alu-aluan Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat. Dasar MMI

2.2

Dasar MMI menghendaki mesyuarat samaada kurikulum atau kokurikulum atau HEM mesti diadakan pada sebelah petang. Tindakan: SEMUA GURU 2.3 Aktiviti Kurikulum Banyak aktiviti kurikulum telah dijalankan pada penggal pertama. Terdapat kekuatan dan kelemahan pada aktiviti-aktiviti yang diajalankan. Kelemahan-kelemahan tersebut perlulah diambil tindakan yang sepatutnya. Tindakan : SEMUA GURU

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL 1 TAHUN 2013 Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Hartina bt Rosdi dan disokong oleh Encik Sofi Bin Hassan.

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MESYUARAT YANG LEPAS) 4.1

(MAKLUM

BALAS

MINIT

Kebenaran keluar dari kawasan sekolah dan dasar-dasar kerajaan 4.1.1 Tuan Guru Besar meminta guru-guru menyatakan tempat yang dituju secara khusus ketika mengisi Borang Kebenaran Keluar Dari Kawasan Sekolah. Tindakan : SEMUA GURU

4.2

NILAM 4.2.1 Puan Jamalulhaslina memaklumkan bahawa NILAM Tahun 1 baru bermula manakala NILAM bagi murid Tahun 6 berakhir pada bulan Mac. Secara amnya, NILAM bagi kelas-kelas Cemerlang adalah memuaskan sementara NILAM bagi kelas Amanah adalah agak kurang menggalakkan. Tindakan : GURU BAHASA MELAYU DAN INGGERIS

4.3

Gambar 4.3.1 Puan Ainun meminta agar guru-guru yang belum menyerahkan gambar agar berbuat demikian. Tindakan : SEMUA GURU

4.4

PA system 4.4.1 Encik Redzuan meminta PA system baru yang lebih efisyen. Tuan Guru Besar meminta Encik Chatri membuat tinjauan harga PA system. Puan Norliza menyarankanh agar semua warga sekolah menjaga perlatan sekolah bersama-sama. Tindakan : ENCIK CHATRI

5.0 5.1

ANALISIS PKBS BULAN MEI (PERTENGAHAN TAHUN) Pembentangan PKBS Pertengahan Tahun Puan Sharizah membentangkan keputusan PKBS Pertengahan Tahun 2013 seperti Lampiran A. POST MORTEM DAN PELAN TINDAKAN Post Mortem Puan Dalila menyatakan bahawa Sektor Akademik JPN meminta pihak sekolah menyediakan Post Mortem dan Pelan Tindakan bagi Tahun 4, 5 dan 6. Puan Sharizah memaklumkan bahawa data pada computer Bilik Peperiksaan telah hilang kerana diformat semula. Oleh itu guru-guru berkenaan diminta menyediakannya semula. Tindakan:KETUA PANITIA

6.0 6.1

6.2

Pelan Tindakan Puan Dalila menyatakan bahawa Jadual Waktu Anjal telah pun dibentuk dengan mengambil kira matapelajaran PAI. Murid Tahun 6 juga telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Latih tubi juga diberikan kepada murid-murid. Tindakan: GURU TAHUN 6

7.0 7.1

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Maklumat Terkini PBS Puan Azizah memaklumkan bahawa Sistem PBS online sedang diselenggara. Beliau meminta agar guru-guru memasukkan data-data berkenaan kedalam rekod. Sistem PBS telah dipermudahkan dimana telah diwujudkan button eviden yang lebih mudah untuk guru-guru menggunakannya. Sebarang pembetulan maklumat boleh dirujuk kepada Puan Guru Besar. Eviden bagi subjek agama juga telah dikurangkan. Terdapat tiga subjek yang digugurkan daripada PBS iaitu KT, KH dan PSK.

Tindakan : GURU KSSR 7.2 Penyimpanan Data Dari Masa Ke Semasa Puan Dalila memaklumkan bahawa pada perjumpaan PK1 di Sektor Akademik meminta semua guru yang terlibat dengan PBS agar memasukkan data PBS dari masa ke semasa dan mengelakkan memasukkan data disaat-saat akhir. Tindakan: GURU KSSR 7.3 Mengetahui Maklumat Sistem Terkini Tuan Guru Besar menyatakan bahawa guru-guru perlu mengetahui semua sistemsistem terkini yang melibatkan guru-guru. Guru yang terlibat secara langsung dengan kssr diminta merujuk kepada Puan Azizah. Tindakan : GURU KSSR 8.0 8.1 ANALISIS LINUS Pembentangan LINUS Puan Hayati memaklumkan bahawa Linus Saringan 1 telah dijalanka pada Bulan Mei dan keputusannya adalah seperti di Lampiran 2.

8.2

Program Peningkatan LINUS di Tasoh Encik Osman memaklumkan bahawa seramai 12 orang murid LINUS dari Sekolah Kebangsaan Guar Nangka akan mengikuti Program Peningkatan tersebut pada 8 10 Julai 2013. Tindakan : ENCIK OSMAN CIK SUARIZA LINUS dan LINUS 2.0 Puan Dalila memaklumkan bahawa guru-guru perlu menyediakan evidens bagi setiap saringan atau aktiviti yang dijalankan. Data perlu dimasukkan pada masa yang ditetapkan. Guru-guru perlu memastikan ada perubahan pada Saringan 2. Saringan bagi murid yang tidak hadir perlu diadakan dirumah murid berkenaan dan laporan perlu disediakan. Markah dan evidens perlu disimpan sehinggalah diarahkan untuk dihapuskan. Tindakan : GURU LINUS

8.3

8.4

Pencerapan Tuan Guru Besar menyatakan bagi tujuan pencerapan, guru-guru LINUS diminta menyediakan RPH Linus. Tindakan : GURU LINUS

9.0 9.1

HAL-HAL LAIN Dasar MMI Puan Dalila memaklumkan dasar MMI memerlukan keberadaan guru-guru disekolah pada waktu pagi. Guru-guru boleh melayari laman web berkenaan untuk maklumat lanjut. Tindakan : SEMUA GURU Slip Guru Ganti Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa guru ganti perlu mengisi borang khusus yang dikepilkan bersama-sama Nota Slip Guru Ganti. Tindakan : SEMUA GURU

9.2

9.3

Penempatan PK disetiap blok SKGN Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa Penolong Kanan akan ditugaskan secara bergilir-gilir disetiap blok bagi memudahkan guru-guru dan staff SKGN berhubung secara terus. Tindakan : SEMUA PK

9.4

Tempoh Ujian Linus Puan Hartina menyatakan bahawa tempoh satu minggu untuk saringan LINUS adalah tidak mencukupi kerana ujian lisan memerlukan masa murid membaca dan memberi jawapan. Tindakan :

9.5

Penyimpanan Rekod Murid (KSSR) dikelas-kelas Puan Azizah mencadangkan agar Rekod Murid diletakkan dikelas-kelas untuk memudahkan guru-guru memasukkan evidens terkini. Oleh itu almari diperlukan untuk menempatkan Rekod-Rekod Murid tersebut. Tuan Guru Besar meminta guru-guru mendapatkan almari-almari yang sedia ada sekiranya masih boleh digunakan. Tindakan : GURU KELAS Pertandingan Keceriaan Kelas Puan Fauziah memaklumkan bahawa Pertandingan Keceriaan Kelas telah pun dimulakan. Semua kelas boleh mula menghias kelas. Tindakan : GURU KELAS

9.6

9.7

Penguatkuasaan Buku rekod Disiplin Puan Norliza meminta guru-guru mencatat salah laku murid-murid didalam Buku Rekod Disiplin yang telah disediakan di semua kelas. Beliau juga meminta guru kelas memaklumkan kes ponteng murid-murid kelas berkenaan kepada beliau. Tindakan : SEMUA GURU

9.8

Murid Ponteng Sekolah Encik Rosli memaklumkan murid bernama Shafiq tidak hadir ke sekolah sekian lama. Puan Guru Besar memaklumkan bahawa ibunya hadir ke sekolah memberitahu bahawa anaknya akan bertukar sekolah. Guru Besar menyatakan bahawa masalah murid ponteng semakin bertambah dan tidak mendapat respons daripada ibubapa berkenaan. Beliau akan membuat analisa murid ponteng bagi setiap kelas dan mengeluarkan surat. Encik Osman memaklumkan bahawa kes ponteng telah pun laporkan ke Jabatan Pelajaran Perlis. Tindakan : GURU BESAR My SMS School My SMS School menyediakan perkhidmatan SMS sejumlah RM5 bagi tempoh 6 bulan untuk 30 SMS. Kemudahan ini akan diedarkan kepada guru dan murid-murid yang berminat. Tindakan : SEMUA GURU

9.9

10.

PENUTUP 10.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru

Mesyuarat ditangguhkan : 6.30 pm

........................................................ Disediakan oleh : Naib Setiausaha Kurikulum Sekolah Kebangsaan Guar Nangka Tarikh : 5 Julai 2013

Minit ini dicatat oleh : Nur Nasihah bt Abdullah Naib Setiausaha Kurikulum Sekolah Kebangsaan Guar Nangka

You might also like