Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

FAIZRUL SURIOKI BIN ABU BAKAR 920527-13-6863 5PISMP MATEMATIK 2

TAJUK

: AMALI 2

NAMA BAHAN BANTU BELAJAR : PEMBILANG FUNGSI BAHAN BANTU BELAJAR PEMBILANG 1. Murid murid dapat menguasai fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi dengan lebih baik. 2.Mewujudkan rasa seronok dalam diri pelajar kerana dapat memegang dan merasa kerana benda tersebut adalah benda maujud 3. Murid-murid lebih mudah untuk menguasai apa yang telah dipelajari. 4. Proses mengingat benda yang dipelajari akan lebih lama. CARA MENGGUNAKAN BAHAN BANTU BELAJAR PEMBILANG 1. Terangkanbahawa pembilang ini mempunyai pelbagai jenis seperti guli, bola ping pong, pen, pensel, pundi kacang dan lain-lain. 2. Tunjukkan cara penggunaan ataupun buat demontrasi di hadapan kelas bagaimana benda tersebut digunakan. Contohnya, selesaikan soalan 6 x 2 menggunakan pundi kacang. Guru menjadikan nombor 2 sebagai rumah dan nombor 6 sebagai bilangan pundi kacang yang setiap rumah akan dapat. Jadi setiap rumah akan dapat 6 dan campurkan kedua-duanya dan itulah jawapan yang akan diperolehi.

Penerangan bagi fakta asas tambah menggunakan bahan bantu belajar pembilang: 1. Sediakan beberapa biji guli.

2. Selesaikan soalan 6 + 3 menggunakan biji guli sebagai pembilang. 3. Bilang dan kira 6 biji guli terlebih dahulu.

4. Kemudian, kira 3 biji guli pula.

5. Campurkan kedua-dua bilangan tersebut dan kira satu persatu bilangan guli yang ada.

5. Jawapannya ialah 9 biji guli.

Penerangan bagi fakta asas tolak menggunakan bahan bantu belajar pembilang: 1. Sediakan beberapa biji guli.

2. Bahagikan murid-murid dalam kumpulan berpasangan.

3. Setiap pasangan akan mendapatkan 7 biji guli

4. Bagi arahan kepada setiap pasangan untuk menyelesaikan masalah berikut. Pak Ali ada 7 biji guli dan dia bercadang untuk memberi kepada Abu 3 biji guli daripadanya. Jadi, berapa biji gulikah yang tinggal? Dan suruh seorang daripada mereka menjadi Pak Ali dan seorang lagi menjadi Abu.

5. Dalam tangan Pak Ali ada 7 biji guli dan 2 daripadanya diberi kepada Abu.

5. Jadi, jawapannya ialah 5 biji guli yang tinggal dengan Pak Ali.

Penerangan bagi fakta asas darab menggunakan bahan bantu belajar pembilang: 1. Sediakan beberapa biji guli.

2. Selesaikan contoh soalan 3 X 2. 3. Buat pendaraban dengan menggunakan kaedah pengumpulan. 4. Susunkan dalam bentuk 3 kumpulan dan masukkan setiap kumpulan 2 biji guli.

5. Kumpulkan bilangan kesemua guli yang ada dan kira satu persatu.

6. Jadi, jawapannya ialah 6 biji guli.

Penerangan bagi fakta asas bahagi menggunakan bahan bantu belajar pembilang: 1. Sediakan beberapa biji guli.

2. Selesaikan contoh soalan 6/2. 3. Buat pembahagian menggunakan kaedah 4. Susun 6 biji guli dalam keadaan selari ataupun mendatar.

5. Mulakan pembahagian dari belah kiri dan bentuk 2 kumpulan.

6. Jawapan yang diperolehi ialah 3.

You might also like