Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Perancangan dan pengurusan bengkel.

Pengenalan Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas, penyusunan ruang untuk peralatan utama, penyusunan perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan penggunaan warna di dalam bengkel. Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan alatan dan bahan yang meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan (perancangan pembelian alat, pemilihan alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan; kaedah penyusunan dan penyimpanan alat; dan kawalan alatan). Pengurusan bengkel memerlukan guru-guru yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya kerjakerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini akan menyebabkan beban guru kemahiran Kemahiran Hidup Bersepadu bertambah. Di samping itu juga, pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang perlu ditekankan kerana aktivitiaktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja dan kepuasan kepada perlaksanaan program dan pengguna. Bengkel kemahiran hidup terbahagi kepada tiga bengkel utama iaitu bengkel kemahiran manipulatif, bengkel pertanian dan bengkel ekonomi rumah tangga. Di antara ketiga-tiga bengkel ini, bengkel kemahiran manipulatif yang paling banyak komponen dan paling sukar penyenggaraannya kerana ia mempunyai pelbagai alatan, bahan dan mesin. Di samping itu, bengkel kemahiran manipulatif turut dipecahkan kepada empat jenis bengkel iaitu bengkel kerja kayu dan logam, bengkel kerja paip asas, bengkel elektrik dan elektronik serta bengkel enjin (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam perancangan dan pengurusan bengkel ini. Antara aspek aspek tersebut ialah : Ruang Susun atur Keselamatan Tugas pelajar Organisasi stor Penyenggaraan Bengkel

1. Ruang Saiz bengkel adalah bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan di dalamnya. Keluasan bengkel yang sesuai ialah 20 meter x 25 meter. Antara ciri-ciri keluasan bengkel yang sesuai ialah : Boleh menampung bilangan pelajar seramai 20 orang atau lebih Membolehkan seseorang bergerak dengan bebas di dalamnya Lantai mestilah diperbuat dari bahan tahan lasak, mudah dibersihkan dan tidak menampung habuk serta tidak licin Mempunyai tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanyak mungkin serta pengudaraan yang bebas Mempunyai pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa kecemasan Mempunyai mejakerja yang tahan lasak berukuran di antara 1.2M x 1.5M dan tinggi 0.9M Mempunyai bekalan asas seperti bekalan elektrik bagi pencahayaan dan soket kuasa serta bekalan air siap dengan pili dan singki bagi pencucian Ada sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek 2. Susunatur Susun atur bengkel perlu kemas dan lengkap supaya kerja-kerja dapat dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan kerosakkan harta benda. Susun atur bengkel yang baik adalah seperti : Rak-rak dan panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan dengan baik Rak-rak bahan bantu mengajar yang kemaskini dan pelbagai Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan

3. Keselamatan UTAMAKAN KESELAMATAN sebagai teras amalan bagi memastikan kerjakerja di bengkel dapat dilakukan dengan lancer dan selamat. Aspek keselamatan yang dititikberatkan ialah : Menyediakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi badan

Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan Memaparkan nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis dan lain-lain

4. Tugas Pelajar Para pelajar akan dilantik untuk memegang beberapa jawatan penting di dalam bengkel. Antara jawatan yang dipegang oleh pelajar ialah ketua formen, ketua kebersihan, ketua alatan, ketua projek dan ketua keselamatan. Deskripsi tugas bagi setiap jawatan adalah seperti berikut :i. Ketua formen Bertindak sebagai Ketua Kelas dan bertanggungjawab terus kepada guru Kemahiran Hidup Memastikan semua penolong-penolong di bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan Melaporkan kepada guru berkenaan kejadian seperti kemalangan, alat-alat yang rosak atau hilang ii. Ketua Kebersihan Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya empat atau lima orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan membuang sampah dari tong sampah Memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir Melaporkan kepada Ketua Formen berkenaan kerja-kerja pemberihan yang dibuat iii. Ketua Alatan Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya mengagihkan alatan kepada pelajar-pelajar Memungut semula alatan dan meletakkannya pad arak panel alatan Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat alatan yang rosak, patah ataupun hilang iv. Ketua Projek Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya bagi

mengedarkan bahan projek kepada pelajar-pelajar semasa kelas dimulakan

Memungut semula projek terutama yang masih belum siap dan dimasukkan semula ke dalam rak projek/ almari/ tempat penyimpanan projek belum siap

Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat projek yang rosak, pecah ataupun yang hilang

v.

Ketua Keselamatan Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya bagi

memastikan bengkel dalam keadaan selamat Memastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan kipas ditutup, plag kuasa dimatikan dan ditanggalkan dari soket Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat tingkap yang pecah, kunci pintu yang rosak atau terdapat suis, kabel elektrik yang putus atau tanggal dari peralatan atau mesin elektrik Memastikan pili air ditutup ketat

5. Organisasi Stor Organisasi stor terdiri dari lima bahagian iaitu bahagian kawalan stok, bahagian legar/ lejar, bahagian penstoran, bahagian pembungkusan dan

penghantaran serta bahagian akaun. a. Bahagian Kawalan Stok Bahagian ini bertanggungjawab ke atas perancangan dan organisasi stok seperti :o o o o o Menentukan barang dikeluarkan secara teratur dan betul Menentukan kuantiti barang yang akan dikeluarkan Menentukan kod borang Menyediakan dan mengemaskini katalog Menguruskan pembelian barang

b. Bahagian Legar/ Lejar Bahagian ini bertanggungjawab dalam :o o Mencatit kad-kad lejar Mencatit harga ke atas Baucer Pemesanan Pengeluaran Barang-barang c. Bahagian Penstoran Bahagian ini bertanggungjawab untuk menerima, menyimpan,

mengeluar, mengangkut barang-barang dan lain-lain

d. Bahagian Pembungkusan dan Penghantaran Bahagian ini bertanggungjawab membungkus barang-barang dan menghantarnya ke destinasi berkenaan e. Bahagian Akaun Bahagian ini bertanggungjawab ke atas segala hal ehwal dan kewangan stor 6. Penyenggaraan Bengkel

Definisi Penyelenggaraan Penyelenggaraan bengkel boleh didefinasikan sebagai menjalankan kerja-kerja merancang dan mengurus aktiviti penyenggaraan.

Definisi Penyenggaraan Penyenggaraan boleh ditakrifkan sebagai melakukan aktiviti menjaga atau menservis sesuatu perkakasan, alatan, mesin mudah alih, perabot atau bangunan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.

Proses penyenggaraan bengkel boleh dikelaskan kepada dua bahagian utama iaitu jenis-jenis senggaraan dan langkah-langkah kawalan senggaraan. Jenis-jenis Senggaraan

I.

Senggaraan Kawalan Senggaraan yang paling berkesan kerana senggaraan ini dilakukan sebelum peralatan, mesin dan bangunan menjadi rosak. Ia dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa mengikut jadual senggaraan yang telah ditetapkan. Senggaraan ini lebih mahal untuk dilakukan kerana kerja senggaraan yang berterusan tetapi untuk jangka masa panjang, cara ini menguntungkan kerana kerosakan yang besar dapat dielakkan. Senggaraan kawalan meliputi :o o o Reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan yang digunakan Pemeriksaan logi dan alatan mengikut jadual untuk

mengelakkan kerosakkan daripada berlaku Membuat servis, baik pulih dan penjagaan alatan supaya sentiasa sempurna

Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan dan perlindungan seperti mengecat peralatan dan bangunan

II.

Senggaraan Pembetulan Senggaraan jenis ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan itu rosak. Kerja-kerja senggaraan ini tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan yang berlaku. Biasanya senggaraan ini dilakukan ke atas peralatan yang kecil dan yang tidak digunakan terlalu kerap. Walaupun kos senggaraan jangka pendek adalah rendah, namun untuk jangka masa panjang ia mungkin menjadi terlalu tinggi.

III.

Senggaraan Ramalan Senggaraan ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut jangkaan kerosakan. Biasanya peralatan seperti alat penganalisis gegaran dan amplitude, tolok audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu serta tolok rintangan digunakan untuk meramal kemungkinan berlakunya kerosakan. Senggaraan ini banyak dilakukan dalam industry yang melibatkan penggunaan alatan elektronik seperti computer kerana : Peralatan yang digunakan mempunyai bahagian yang kecil dan rumit untuk disenggara setiap hari Bahagian-bahagian pada alatan elektronik tidak membolehkan kerja-kerja servis dilakukan

Langkah-langkah Kawalan Senggaraan Keberkesanan sistem senggaraan bergantung kepada kerja-kerja merekod aktiviti senggaraan. Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja senggaraan yang lebih berkesan. Antara langkah-langkah yang diambil sebelum sesuatu kerja senggaraan dijalankan ialah :Arahan kerja Jadual kerja Kos senggaraan Belanjawan Rekod alatan

1) Arahan kerja Mandur akan memaklumkan tentang kerosakan yang berlaku. Ketua bahagian senggaraan akan mengeluarkan arahan kepada kakitangan bahagian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selepas kerja selesai, kakitangan akan merekodkan maklumat seperti kerja yang dilakukan, masa yang diambil, kos alat ganti yang digunakan, bilangan pekerja yang diperlukan dan sebagainya.

2) Jadual kerja Jadual Senggaraan kerja dengan disediakan bantuan oleh mandur. Penasihat Pihak ini Kawalan Bahagian

bertanggungjawab

mengganggarkan jumlah pekerja dan masa yang diambil untuk sesuatu jenis kerja senggaraan yang diperlukan. Tujuannya ialah memudahkan bahagian senggaraan mengagih-agihkan kakitangan sekiranya kerosakan berlaku serentak.

3) Kos Senggaraan

Kos Senggaraan = Jumlah kos pekerja + kos bahan ganti

4) Belanjawan Belanjawan dibuat setahun sekali. Jumlah wang yang diperuntukkan ke bahagian senggaraan bergantung kepada kos senggaraan yang telah dibuat dalam masa setahun. Biasanya hitung panjang kos senggaraan setahun akan dijadikan asas dalam jumlah peruntukan tahunan.

5) Rekod Alatan Rekod alatan adalah perkara penting dalam sesuatu program senggaraan. Rekod ini mengandungi semua data alatan seperti nombor siri, pembekal, kos membeli dan sebagainya.

You might also like