Titas 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

HTU 223 TITAS Semester 1 : 2012/2013

Disediakan oleh :
AMALINA BT AMRAN NORFAIZAH BT ZOLJESLI TENGKU NASUHA BT TENGKU JALAL NUR WAHIDAH BT MUHAMAD SAHAPINI

Disediakan kepada :
DR. SHOHANA BT HJ. HUSSIN

Pensyarah HTU 223

Pendahuluan Kaum India merupakan kumpulan etnik yang terkecil antara tiga kaum utama di negara malaysia. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat di Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum melayu, cina, india, orang asli, kadazan, bajau, murut dan sebagainya. Masyarakat india merupakan kaum yang ketiga terbesar .mereka hidup dalam persekitaran budaya yang yang tersendiri yang diwarisi yang dari turun-temurun. Dengan itu, secara tidak langsung wujudlah sosioekonomi dan politik yang tersendiri dikalangan mereka. Dalam pada itu, mereka bebas mengamalka adat istiadat mereka yang terangkum dalam hal ehwal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Disamping itu mereka juga mempunyai perayaan-perayaan yang khusus sebagaimana juga yang terdapat di kalangan masyarakat yang lain. Ketika ini jumlah mereka dianggarkan lebih 2.5 juta orang

MASYARAKAT DAN BUDAYA

Masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan kepada keluarga bahasa, iaitu orang Indo Arya dan orang Dravidia. Orang Indo Arya menetap di kawasan utara India manakala orang Dravidia menetap di kawasan selatan India. Orang Indo Arya dan orang Dravidia memiliki tradisi kebudayaan tersendiri. Pertembungan antara budaya yang berbeza sejak beberapa kurun sebelum masihi lagi telah melahirkan satu budaya yang dikongsi bersama, dianggap sebagai tamadun India.

SISTEM KELUARGA Bagi masyarakat india, keluarga merupakan unit asas dan terkecil dalam struktur masyarakat mereka. Mendirikan sesebuah keluarga adalah untuk mendapatkan teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta untuk melahirkan anak sebagai penyambung zuriat (keturunan).Sistem keluarga yang biasa diamalkan oleh masyarakat India ialah keluarga bersama (joint-family). Sistem ini dibentuk oleh keanggotaan semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri-isteri serta anak-anak mercka yang masih belum berkahwin. Bagi anak perempuan yang sudah berkahwin akan menjadi anggota keluarga suami dan bilangan anggota keluarga bersama adalah tidak terhad.Sistem ini disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta benda keluarga yang merupakan milik bersama. Perpaduan keluarga mereka dipelihara dengan nilai kasih sayang yang murni dan kepentingan setiap anggota keluarga dijaga. Hal ini termasuklah anggota keluarga yang tidak berkeupayaan untuk bekerja kerana usia tua, menghidap penyakit, kecacatan anggota dan sebagainya. Sekali gus keprihatinan dapat disemaikan dalam sesuatu keluarga bersama.sesuatu perkahwinan diatur oleh ibu bapa, juga jodoh bagi anggota keluarga dipilih oleh mereka. Walaubagaimanapu , masih terdapat perkahwinan berdasarkan percintaan yang direstui oleh keluarga. Dalam perkahwinan ini, khidmat nasihat daripada orang tua dapat dimanfaatkan terutama sekiranya berlaku perselisihan faham antara ahli keluarga.Kepercayaan dan budaya keluarga dipelihara dan diturunkan kepada generasi muda kerana hubungan antara datuk nenek dengan cucu mereka adalah erat. Sistem keluarga ini juga turut mengalami kemerosotan kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran-cabaran permodenan. Kewujudan sistem undang- undang moden, institusi-institusi moden, pendidikan barat, sistem

pemerintahan baru dan sebagainya menonjolkan konsep individu dan sekali gus membawa kemerosotan kepada sistem keluarga bersama.Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek hidup iaitu, ashrama dharma yang menjelaskan tentang empat tahap yang harus dilalui oleh setiap manusia dan , purusartha iaitu tentang empat objektif mulia hidup yang utama.

Ashrama Dharma

Tahap pertama, Brahmacharya yang bermaksud seseorang dikatakan masuk ke tahap ini secara formal pada usia 12 tahun dan berterusan sehingga usia 24 tahun iaitu merupakan zaman bujang. Dua belas tahun pertama menandakan tahap pembelajaran yang biasa (informal) dan dua belas tahun kedua menandakan tahap pembelajaran yang serius (formal).Tahap kedua, Grihasta yang bermaksud apabila tamatnya tahap pembelajaran, seseorang itu akan memulakan kehidupan berumah tangga. Dalam dunia perkahwinan ini, tamadun India mengesyorkan usia 21 tahun hingga 30 tahun sebagai usia perkahwinan untuk kaum lelaki manakala usia 18 tahun hingga 25 tahun sebagai usia perkahwinan kaum wanita. Seseorang itu diharapkan dapat menghasilkan ataupun mencari kekayaan yang secukupnya sebelum mendirikan rumah tangga. Mereka yang berumahtangga mempunyai hak untuk menikmati nikmat perkelaminan dan ia dilarang sama sekali untuk mencari keseronokan di luar rumah. Memelihara kesejahteraan keluarga merupakan tanggungjawab utama dalam tahap ini. Orang yang sudah berumahtangga dianggap sebagai teras masyarakat, kerana golongan inilah yang akan bertanggungjawab melindungi serta menyara golongan manusia yang lain seperti hrahmachariya, vanaprastha golongan wargatua) dan sonny asa (golongan alim) yang tersebut dalam sistem ashrama dharma.Tahap ketiga, Vanapmstya yang bermaksud golongan berumah tangga yang berusia antara 48 tahun hingga 72 tahun. Pada tahap ini, seseorang itu telah mencapai kearifan dan berkeupayaan untuk menasihati orang lain. Dalam lingkungan usia sebegini, seseorang itu hendaklah menyelesaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan berusaha untuk mendalami ajaran-ajaran agama serta menolak perkara-perkara duniawi.Tahap keempat, Sannyasa yang bermaksud seseorang akan memasuki tahap ini apabila berusia kirakira 72 tahun. Pada tahap ini seseorang hendaklah sama sekali dapat mengatasi nafsu dan

keinginan terutama perkara-perkara duniawi.Golongan warga tua yang penuh dengan ilmu ini dan golongan alim disyaratkan melakukan kerja-kerja amal terutamanya dalam usaha untuk menyebarkan ajaran agama mereka. Bagi mencapai tujuan tersebut, golongan ini kerap mengembara dari suatu tempat ke tempat yang lain.

Purusartha

Purusartha bermaksud empat objektif mulia yang harus diamalkan oleh manusia. Objektif pertama mulia, Aram/dharma yang bermaksud diperoleh melalui pendidikan yang bersifat kerohanian. Aram hendak ditanam pada hati seseorang sejak tahap brahmacharya. Dharma merupakan suatu peraturan moral dan etika yang bersifat kerohanian, contohnya melanggar etika kerja dianggap sebagai pelanggaran atau ingkar. Menyedari serta memiliki sifat-sifat dharma merupakan objektif pertama kehidupan ini.Objektif kedua mulia, Porul/artha iaitu kekayaan. Seseorang yang sudah memperolehi ilmu atau kemahiran yang cukup hendaklah mencari pekerjaan dan mengumpulkan harta. Namun begitu, objektif pertama mulia iaitu aram yang sudah ada pada diri haruslah menjadi asas dalam pengumpulan kekayaan dan haruslah diperolehi melalui cara yang halal.Objektif ketiga mulia, Inbam/kama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal berhak untuk menikmati kekayaan tersebut dengan berlandaskan lunas-lunas dharma. Isteri, anak, saudara mara, wargatua, orang alim dan sebagainya hendak dipelihara dengan kekayaan yang dimiliki. Perbelanjaan yang melebihi pendapatan pula dianggap sebagai perkara yang melanggar dharma. Sebahagian daripada kekayaan yang dikumpul hendaklah digunakan untuk menjalankan atau pun melakukan kerjakerja amal.Objektif keempat mulia, Vidu/moksha yang bermaksud pencapaian kebebasan kerohanian, iaitu mencapai kesempurnaan kesedaran kerohanian dan terlepas daripada lingkaran kelahiran serta kematian. Kegembiraan kerohanian dianggap sesuatu yang berkekalan lagi maha besar. Ini dapat dicapai pada tahap sannyasa mahupun sebelum itu.Sekiranya

seseorang itu melaksanakan tanggungjawabnya menurut ashrama dharma serta mengecapi aram/dharma, porul/artha dan inban/kama maka moksha/vidu akan dapat dicapai. Pelaksanaan tanggungjawab tanpa mementingkan diri akan membawa kepada moksha. Sembahyang, khidmat bakti serta keimanan yang kuat akan turut membawa moksha. Pertapakan yang diseitai dengan ilmu yang suci iaitu ilmu kerohanian juga dapat membawa moksha. Moksha merupakan pencapaian yang amat dicita-citakan oleh orang beragama Hindu.Sebagai kesimpulannya, ashrama dharma dan pumshrtha menjadi teras keluarga dalam masyarakat India.

KEDUDUKAN KAUM WANITA.

Masyarakat Indo-Arya

Pada zaman Veda Awal (1500SM-1000SM), kaum wanita begitu dihormati dan diberikan kebebasan serta keadilan seperti kaum lelaki. Terdapat bukti- bukti yang menunjukkan kaum wanita menjadi orang pertapa dan mereka dapat membawa mazmur-mazmur suci serta kitabkitab suci. Mereka juga diberikan peluang untuk mendapat pendidikan yang sama.Namun begitu, pada Zaman Veda Kemudian (1000SM-500SM) dan selepasnya didapati kedudukan kaum wanita merosot dan banyak sekatan dikenakan ke atas mereka. Peranan dan tanggungjawab mereka terhad dalam lingkungan urusan rumah tangga semata-mata. Malah mereka tidak lagi dibenarkan untuk membaca kitab-kitab suci ataupun menjalankan upacara keagamaan. Dari segi pendidikan,pendidikan asas memadai untuk kaum wanita dan ini kemudiannya seolah-olah menjadi undang-undang tidak bertulis.Selepas kehadiran dan

pengukuhan kuasa British di India, pergerakan- pergerakan reformasi Hinduisme telah membawa mengenai masalah kedudukan wanita kepada pihak British supaya ianya dapat dihalang atau diketepikan dengan meluluskan undang-undang. Dengan kerjasama pergerakanpergerakanreformasi seperti Brahmo Samaj, Prarthana Samaj dan sebagainya, kedudukan kaum wanita dapat dipulihkan pada kurun ke-19 dan kurun ke-20.

Masyarakat Dravida

Pada Zaman Sangam (kurun ke-3SM- kurun ke-3 TM), kaum wanita diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat India Selatan. Sifat keibuan yang ada pada mereka dihormati, disanjung dan dianggap sebagai suatu nilai yang mulia. Anak perempuan yang masih kecil dipanggil sebagai 'amma' bererti emak kerana anak perempuan itu bakal menjadi ibu apabila berkahwin. Dalam konteks ini, peranan kaum ibu amat penting dan mereka mempunyai segala kebebasan termasuk untuk mendapatkan pendidikan yang setinggi mungkin. Antara pujanggapujangga Tamil yang terkemuka pada zaman Sangam termasuklah beberapa pujangga wanita. Pujangga-pujangga wanita ini didapati berupaya membuktikan kebolehan mereka dengan mencipta puisi-puisi yang dianggap setanding malah adakalanya lebih baik berbanding dengan kaum lelaki. Di samping itu, terdapat juga kaum wanita yang pernah menjadi pertapa-pertapa yang disegani lagi dihormati dalam masyarakat tersebut.kesimpulannya, kedudukan kaum wanita mulai mengalami kemerosotan selepas Zaman Sangam. Masalah kemerosotan ini dapat diatasi atau dipulihkan semula selepas kedatangan dan pertapakan kuasa penjajah khasnya kuasa British di India. Di India Selatan juga pergerakan reformasi menjadi asas kepada pihak British untuk meluluskan undang-undang bagi melindungi serta menegakkan hak kaum wanita.

Perkahwinan Dalam adat dan budaya perkahwinan masyarakat Hindu, mereka mempunyai beberapa persediaan sebelum majlis berlangsung. Antaranya ialah kad jemputan memainkan peranan yang penting. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar.Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Selain itu,Thaaliatau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada

leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin.Thirumanan bermaksud penyatuan melalui ikatan perkahwinan antara suami dan isteri. Terdapat tiga jenis Thirumanan di dalam masyarakat India, ianya berbeza mengikut suku kaum masyarakat India itu sendiri iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam. Upacara perkahwinan akan dilakukan oleh Pedanda. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali ke leher pengantin perempuan. Kemudian kedua-dua pengantin akan memberi hormat kepada kedua-dua ibubapa dan mertua. Setelah selesai segala upacara keagamaan dan jamuan, pengantin perempuan akan ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas disahkan sebagai suami isteri.Kemudian pengantin lelaki akan dikehendaki ke rumah pengantin perempuan pula selama tiga hari.Tiga hari selepas majlis perkahwinan upacara meroboh khemah akan dilakukan. Sedikit jamuan akan dilakukan yang mana hanya melibatkan mereka yang terlibat sahaja.Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.Kelahiran seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian dihiasi dan jiran-jiran dijemput bersama meraikannya.Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur.Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut.Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. Upacara ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang

yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewadewa.Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

Penutup

Konklusinya tiada satu bangsa yang dapat membangun dalam acuan bangsa orang lain dan tiada satu negara pun dapat membangun dalam acuan negara lain.Cabaran hari ini perlu ditangani dengan memahami realiti masa kini , tetapi penuh berprinsip dan berdasarkan falsafah yang utuh. Dalam menghadapi suasana masa kini, negara memerlukan mereka yang berwawasan, tahu merancang secara strategik, memiliki adab dan akhlak yang terpuji dan menitik beratkan soal kekeluargaan untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab. Bermula dari keluarga akan lahirnya generasi akan datang yang lebih berwawasan dan bertaggungjawab.

Rujukan

1. 2.

R Raja Krishnan M.Raja Theran , Pengantar Tamadun India, Fajar Bakti. Shangitha a/p Sadayan, I.C NO 920209075014

You might also like