Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

TOKOH-TOKOH TERKENAL TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TAMADUN

ISLAM - IBNU SINA DAN AL KHAWARIZMI

TAMADUN

CINA - KUNG FU TZE DAN SUN TZU


TAMADUN

INDIA - MAHATMA GHANDI DAN SHAH WALI-ULLAH

IBNU SINA

IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau adalah berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybiah dia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Daerah Bukhara Afghanistan. Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang ahli falsafah dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih.Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain.

AL-KHAWARIZMI

ABU Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi adalah Bapa Algebra. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada juga yang menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi. Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik. Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu AlJabrwa-al-Muqabilah.

Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi - yang mana beliau turut menulis buku mengenainya. Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang. Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12. Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina. Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud. Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat. Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang.Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah.Buku-bukunya turut menjadi buku teks di beberapa universiti sehingga kurun ke-16.

Kung Fu Tze

Kung Fu Tze melihat kekacauan dalam masyarakat, dimana terdapat banyak peperangan, yang mengakibatkan muncul masalah anarki sosial. Satu sisi Kung Fu Tze tidak setuju dengan pemikiran pada realis yang mendahulukan kekuatan atau kekerasan dalam menegakkan kesetiaan. Dilain pihak Kung Fu Tze juga tidak terlalu setuju dengan konsep cinta kasih yang dipaparkan oleh kaum Mohisme kerana cinta kasih yang tidak mengenal perbezaan akan menyebabkan kemerosotan nilai. Pada masa Kung Fu Tze, terjadi banyak peperangan dan penurunan moral. Kejadian ini disebabkan kerana telah menurunnya rasa kebersamaan yang diwujudkan dalam bentuk adat istiadat atau tradisi. Walter Lippmann mengatakan bahwa ketika tradisi mulai ditinggalkan dalam masyarakat maka masyarakat tersebut dalam keadaan terancam. Dan jika terputusnya kesinambungan tradisi itu tidak diperbaiki maka masyarakat tersebut akan terjerumus kedalam peperangan antara golongan.

Manusia dan masyarakat merupakan suatu elemen yang tidak dapat dipisahkan bagi Kung Fu Tze, seperti yang diungkapkan oleh Chen Jingpan bahwa Masyarakat harus menyesuaikan diri pada individu untuk menghindari stagnasi, dan individu pun harus menyesuaikan diri pada masyarakat untuk menjadi manusia, dan individu tidak boleh hidup atau berkembang tanpa bantuan masyarakat. Adat istiadat atau tradisi bagi Kung Fu Tze merupakan sumber perekat dalam masyarakat. Ia sendiri amat tertarik akan tradisi, sebagai jawapan sebenarnya terhadap masalah sosial. Kung Fu Tze percaya bahawa bangsa Cina pernah mengalami masa keselarasan yang agung dan tradisilah yang menciptakan abad gemilang tersebut. Tradisi ini akan berjalan baik dalam masyarakat apabila ada kesedaran dalam diri manusia yang ada dalam masyarakat. Dengan kata lain tradisi akan berjalan jika manusia yang ada dalam masyarakat mau menjalankannya secara sukarela tanpa paksaan dan sedar bahawa tradisi itu penting bagi kehidupannya dalam masyarakat.

Sun Tzu

Sun Zi/Sun Tzu (dikatakan lahir pada tahun 535 SM) adalah penulis Sun Zi Bingfa (Inggris: Sun Tzu's Art of War), sebuah buku falsafah ketenteraan China kuno yang sangat berpengaruh (sebagian besar isinya tidak berhubungan langsung dengan taktik). Dia juga salah seorang realis paling awal dalam bidang ilmu politik. Sun Tzu bukanlah nama asli, melainkan sebuah sebutan kehormatan seperti halnya Kong Tzu (Konfusius) atau LaoTzu(LaoTse). Satu-satunya sumber mengenai kehidupan Sun Zi yang masih tinggal adalah biografi yang ditulis pada abad ke-2 SM oleh ahli sejarah Sima Qian, yang mendeskripsikannya sebagai jeneral yang hidup di negara Wu pada abad ke-6 SM. Namun, biografi ini tidak konsisten dengan sumber-sumber yang lain tentang masa tersebut, dan bentuk dan konteksnya mengindikasikan bahawa biografi ini kemungkinan besar ditulis antara 400 SM dan 320 SM.

Sun Zi Bingfa, atau dikenal pula sebagai Sun Tzu Art of War, adalah sebuah buku falsafah tentera yang diperkirakan ditulis pada abad ke-6 oleh Sun Zi. Terdiri dari 13 bab di mana setiap bahagian membahas strategi dan berbagai kaedah perang. Karya ini merupakan karya tulisan tentera Tiongkok yang paling dihormati dan paling terkenal di luar negeri. Siapa yang menulis buku ini sampai sekarang masih diperdebatkan oleh para pakar sejarah. Beberapa ahli berpendapat bahwa Sun Zi bukanlah nama asli penulis buku ini, melainkan julukan yang diberikan orang kepada penulis tersebut. Sebab, kata "Zi" pada nama Sun Zi sebenarnya digunakan untuk menyatakan bahawa beliau seorang ahli falsafah. Buku ini juga menjadi salah satu buku strategi ketenteraan tertua di dunia dan banyak memberikan pengaruh dalam perencanaan strategi ketenteraan baik Dunia Timur maupun Barat, taktik perniagaan, dan banyak lagi. Buku yang ditulis sekitar tahun 400320 SM ini pertama kali diperkenalkan di Jepun pada tahun 716735 M. Sementara itu, di Eropah, buku ini diperkenalkan oleh Jean Joseph Marie Amiot, yang meterjemahkannya ke dalam bahasa Perancis. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Kapten E. F. Calthrop, seorang kapten berbangsa Inggeris.

Mahatma Gandhi

Mohandas Karamchand Gandhi (2 Oktober 186930 Januari 1948) juga dipanggil Mahatma Gandhi (bahasa Sansekerta: "jiwa agung") adalah seorang pemimpin spiritual dan politikus dari India. Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam Gerakan Kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui aksi demonstrasi damai. Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran", telah menginspirasi berbagai generasi aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. Gandhi sering mengatakan kalau nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan nonkekerasan (ahimsa).

Rakyat dari agama dan suku yang berbeda yang hidup di India kala itu yakin bahwa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza dapat mempunyai negara mereka sendiri. Banyak yang ingin agar para pemeluk agama Hindu dan Islam mempunyai negara sendiri. Gandhi adalah seorang Hindu namun dia menyukai pemikiran-pemikiran dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Dia percaya bahawa manusia dari segala agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kepada Gandhi karena ia terlalu memihak kepada Muslim. Nehru, Perdana Menteri India, menyebut Gandhi sebagai tokoh terbesar India setelah Gautama, sang Buddha. Ketika diminta untuk mengomentari tentang Gandhi, Einstein mengatakan: "Pada saatnya akan banyak orang yang tak percaya dan takjub bahwa pernah hidup seorang seperti Gandhi di muka bumi". Winston Churchill, Perdana Menteri Inggris, menyebutnya 'Naked Fakir'.

Shah Waliullah

Shah Waliullah menekankan pentingnya ijtihad, tanpa ijtihad adalah mustahil dapat menemukan pengetahuan baru dalam memahami Quran, Sunnah dan berhasil dalam Syariah. Kerana itu, Shah Waliullah memperkenalkan sebuah cara baru yang dinamis dalam memahami Quran. Hal itu diguna dengan membuat penyelidikan interpretif atas ayat-ayat Quran dengan cara yang bebas dari segala bentuk penafsiran dan yang secara semulajadi menekankan kebesaran Allah yang termanifestasi dalam ayat-ayat Quran yang sedang dikaji. Ilmu-ilmu Quran, iaitu, ilmu perintah (hukum-hukum), ilmu perbezaan (science of disputation) dengan kalangan polytheist, ilmu pertolongan Tuhan, ilmu tentang kejadian-kejadian khusus yang ditentukan Allah, dan ilmu Akhirat, yang hendaknya dikaji secara keseluruhan untuk memahami isikandung Quran dalam usaha memahami signifikasi Quran dalam kehidupan (lihat karyanya Al-Fauz al-Kabir fi Usul al-Tafsir). Dengan demikian, sebagaimana Imam Ghazali, Shah Waliullah adalah seorang sufi yang percaya atas kemampuan individual untuk self-annihilation (penghapusan diri) dalam rangka menuju pencapaian tertinggi dalam kehidupan seperti diperintahkan oleh syariah

Tidak sebagaimana Al Ghazali, Ibnu Taimiyah dan Ibnu Khaldun, Shah Waliullah percaya pada revolusi terhadap penguasa yang zalim dan korup demi mencapai perdamaian dan keadilan yang berpuncak pada kekuasaan syariah dalam Islam internasional yang akan datang. Oleh kerana itu, banyak tulisan-tulisannya tidak hanya menganjurkan Jihad pada Muslim untuk membentuk keadaan tersebut, tetapi juga menkritik keras pada para penguasa Muslim yang korup, dan kelompok-kelompok dalam masyarakat. Falsafahnya sangat berbeza dengan para sarjana Islam lain yang meniru Yunani dalam pemahaman mereka terhadap ilmu Quran. Premis ekonomi politik Islam, menurut Shah Waliullah, berada dalam epistemologi Tauhid dan Unifikasi Ilmu melalui interaktif-integratif-evolusioner dari model maujud kesatuan yang berakar dari pandangan Qur'an dan bukan pada pandangan sinikal para sejarawan. Oleh karena itu, ia membentuk sebuah pandangan dunia yang positif dari norma dan respons sosio-saintifik yang secara substantif berbeza dari pandangan Ibnu Khaldun, Al Tabari, Hegel, Marx, dan lain-lain.

Makam Shah Wali-Ullah.

TAMAT

You might also like