Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

3.

0 STRATEGI DALAM MENGATASI ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

3.1 Meningkatkan infrastruktur dan prasarana sekolah yang sedia ada

Pertama sekali, pihak kerajaan haruslah menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan terutama bagi masyarakat luar bandar, orang Asli, pedalaman dan peribumi. Infrastruktur dan prasarana bagi sekolah

pedalaman perlulah ditingkatkan dari semasa ke semasa agar dapat mencapai taraf yang sama dengan kemudahan di sekolah bandar. Contohnya, pihak kerajaan bolehlah memberi bantuan kewangan dalam memberi peluang kepada sekolah pedalaman menggunakan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, masyarakat pedalaman mempunyai peluang dalam menambah ilmu penggunaan ICT dalam

Selain itu, kerajaan juga tidak harus mengabaikan Sekolah Kurang Murid. Di Malaysia, sekolah bersaiz kecil ini biasaya merujuk kepada sekolah luar bandar di pedalaman seperti sekolah orang asli atau sekolah pedalaman kampung. Kewujudan ekolah bersaiz kecil ini sangat memerlukan tuntutan dan tanggungjawab sosial kerajaan yang memastikan bahawa setiap individu rakyat mendapat pendidikan percuma tanpa mengira perbezaan tara ekonmi, sosial, politik dan kaum.

Sekolah-sekolah dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman serta pusat akses akan dibina.

. Yang paling penting sekali adalah bekalan elektrik. Kerajaan perlu berusaha untuk membekalkan bekalan elektrik yang sepenuhnya ke kawasan pedalaman. Pada apa yang kita sedia meklum, bekalan elektrik di kawasan pedalaman masa sekarang hanyalah seketika sahaja. Terdapat juga beberapa sekolah di pedalaman hanya menggunakan generator untuk bekalan elektrik mereka. Jika masalah ini tidak diselesaikan, sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan terganggu. Selain daripada bekalan elektrik, kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh melancarkan kehidupan masyarakat-masyarakat di pedalaman.

Antaranya adalah bekalan air bersih dan juga klinik-klinik desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah itu sendiri untuk keselesaan pelajar dan juga guru.

3.2 Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat

Pelbagai usaha perlulah dijalankan bagi membasmi kemiskinan masyarakat pedalaman. Pihak kerajaan bolehlah memberi bantuan kewangan dalam menyokong penglibatan masyarakat pedalaman dalam kegiatankegiatan sara hidup mereka seperti menceburi bidang keusahawan, perniagaan dan lain-lain. Misalnya, pihak kerajaan telah memberi bantuan kewangan BRIM kepada yang miskin. Secara tidak langsung, apabila taraf sosioekonomi masyarkat pedalaman berjaya ditingkatkan, maka anak-anak mereka pun berpeluang untuk belajar di sekolah tanpa perlu ponteng sekolah bagi membantu menyara kehidupan keluarga.

3.3 Meningkatkan pengetahuan dan bilangan tenaga guru di kawasan pedalaman

Pihak Kementerian Pendidikan perlulah memberi perhatian dalam meningkatkan ilmu tenaga guru di kawasan pedalaman. Pihak kerajaan bolehlah menyediakan kursus-kursus yang berkaitan dalam

mempertingkatkan perkembangan diri mahupun menyediakan setiap guru di pedalaman mengusai penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana pengetahuan guru yang luas mampu merapatkan jurang pendidikan natara murid bandar dan luar bandar. Contohnya, apabila guru tersebut mahir dalam penggunaan ICT, maka ia memberi peluang kepada murid-murid pedalaman atau luar bandar berkenaan dengan isu-isu semasa dan meningkatkan daya pemikiran murid tersebut ke arah yang lebih urban dan meluas.

Kerajaan perlu befikir wajar untuk menempatkan guru-guru di kawasan pedalaman. Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman pada masa sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana. Kebanyakan mereka hanya inginkan elaun yang diberikan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memilih tenaga-tenaga pengajar yang betul-betul ingin ke kawasan pedalaman dan mereka ini perlu diberikan lebih elaun. Ini akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih kondusif.

3.4 Meningkatkan peruntukan bagi program pembangunan pendidikan.

Antara usaha yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuklah :

3.4.1 Rancangan makanan tambahan (RMT)

Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya

dalam usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program ini dapat memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan yang seimbang. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar bandar, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan ke semua kawasan di seluruh negara. Sejak tahun 1990an, taraf sosio ekonomi keluarga menjadi criteria utama pemilihan murid. Bermula tahun 2014, pelaksanaan RMT di sekolah rendah Sabah atau Sarawak adalah dalam kadar bantuan RM3/ murid/ sehari. Bantuan ini akan dapat membantu menyelesaikan masalah makanan harian murid yang tinggal di kawasan luar bandar. Dengan itu, murid mendapat keperluan makanan nescaya lebih berminat untuk pergi belajar di sekolah.

3.4.2 Bantuan perjalanan dan pengangkutan murid

KPM boleh menyediakan bantuan perjalanan dan pengangkutan untuk kemudahan pelajar. Bantuan boleh diberikan kepada pelajar dalam bentuk tambang pergi dan balik dari rumah ke sekolah dan sebaliknya. Sekolah yang mempunyai asrama harian boleh menggunakan peruntukan ini untuk program lawatan dan sebagai tambang ke sekolah agama atau ke masjid. Bagi sekolah-sekolah lain, bantuan ini digunakan untuk menyokong program lawatan sambil belajar. Selain itu, KPM juga perlu menyediakan jaket keselamatan kepada pelajar yang menggunakan pengangkutan air untuk pergi ke sekolah. Dengan usaha ini, ibu bapa tidak perlu risau akan masalah pengangkutan ke sekolah dan keselamatan anak mereka. Nescaya, murid-

murid luar bandar akan lebih bermotivasi untuk belajar dengan bersungguhsungguh.

3.4.3 Elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan.

KPM boleh memberikan elaun khas kepada murid-murid yang lebih miskin atau luar bandar bagi membantu kehidupan keluarga mereka seperti membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar tidak tercicir daripada sistem persekolahan akibat kemiskinan.

3.4.4 Skim pinjaman buku teks

SPBT disediakan kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM 2,000 dan ke bawah, bagi sekolah kebangsaan serta RM 1,000 dan ke bawah bagi sekolah jenis kebangsan dan sekolah menengah. Mulai tahun 2005, telah diperluas kepada anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Untuk menyelesaikan ketidaksamaan pendidikan di luar bandar, KPM boleh merancang memberi skim pinjaman buku teks secara percuma kepada semua murid yang tinggal di luar bandar. Dengan itu, mereka tidak perlu membeli buku teks dan terus boleh belajar di sekolah bersama-sama.

3.4.5 Skim Baucer Tuisyen

KPM menyediakan SBT kepada murid sekolah rendah yang lemah dalam pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sejak dilancarkan pada tahun 2004, seramai 450,000 murid telah menerima bantuan SBT setahun. KPM juga boleh memberikan skim baucer tuisyen sekolah kepada murid-murid di sekolah luar bandar. Dengan itu, mereka

dapat belajar dengan lebih banyak dan menghadiri kelas tuisyen di sekolah dengan sama taraf murid yang tinggal di bandar.

3.4.6 Bantuan biasiswa

KPM boleh memberikan biasiswa dalam bantuan membeli buku rujukan, alat tulis, dan lain-lain lagi yang berguna dalam pelajaran muridmurid di sekolah. KPM boleh melaksana dengan dua cara iaitu cara pertama memberi biasiswa kepada murid-murid yan menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang. Cara kedua pula adalah memberi biasiswa kepada murid yang gemar membaca buku yang lahir daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

3.5 Memantapkan infrastruktur institusi pendidikan KPM

Dalam memastikan pembangunan pendidikan yang adil dan seimbang, kemudahan infrastruktur merupakan elemen penting dalam perancangan pendidikan KPM. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada memantapkan kemudahan fizikal dan infrastruktur institusi pendidikan KPM seluruh negara. KPM perlu memberikan sokongan padu ke arah memastikan kemudahan bekalan air bersih dan elektrik ke sekolah terutamanya di kawasan pedalaman mengguna pakai sistem bekalan alternatif mengikut kesesuaian. Dalam rancangan KPM, pembinaan sekolah baru dan bilik darjah tambahan akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun. Perkara ini juga merangkumi pembinaan tambahan atau gantian seperti makmal sains, bengkel kemahiran, perpustakaan dan bilik pentadbiran yang lebih selesa. Langkah ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan persekolahan di lokasi yang masih tidak

mempunyai sekolah bagi memberi akses kepada pendidikan di kawasan luar bandar. Hal ini akan menjamin kesejahteraan murid di luar bandar dan seterusnya menyumbang ke arah kemenjadian murid.

3.5 Pendidikan Prasekolah dan pendidikan awal kanak-kanak.

Pendidikan Prasekolah amat penting untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak bagi menyediakan asas kukuh sebelum pendidikan formal. Tumpuan diberikan kepada meningkatkan penyertaan kanak-kanak kawasan luar bandar dalam prasekolah. Beberapa usaha boleh

dipertingkatkan bagi meluaskan lagi akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti. Antaranya termasuklah penyeragaman bantuan kepada murid prasekolah kerajaan, meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru, menambahkan bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin bandar, luar bandar dan pedalaman serta meningkatkan perkongsian pintar kerajaanswasta dalam pendidikan prasekolah. Selain itu, KPM memulakan

kemasukan awal ke Tahun 1 pada umur 5+ tahun. Hal ini dapat menyebabkan murid mencapai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) nescaya mempercepat proses pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Keperluan menyediakan program pendidikan awal kanak-kanak amat penting kerana pendedahan pendidikan awal akan memberikan pulangan yang besar pada masa hadapan. Justeru, masalah ketidaksamaan peluang pendidikan terutamanya kawasan bandar dapat diselesaikan.

3.6 Meningkatkan kesedaran pendidikan dalam kalangan ibu bapa.

Masyarakat luar bandar masih belum sedar akan pentingnya pendidikan kepada mereka. Seharusnya mereka perlu diberikan pendedahan akan kepentingan pendidikan supaya mereka mendapat pendidikan dan menjalani kehidupan yang sama taraf dengan masyarakat bandar. Dengan pendidikan juga mereka dapat menjaga kehidupan mereka dan hak-hak mereka tanpa ada orang tengah yang mengeksploitasi hak-hak masyarakat tersebut. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam pendidikan muridmurid. Biasanya ibu bapa di kawasan bandar amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak mereka berbanding luar bandar. Hal ini juga dapat dilihat melalui iniasiatif menghantar murid ke kelas tambahan dan banyak lagi. Masyarakat di luar bandar pula hanya memandang enteng pendidikan anak mereka. Kebanyakan ibu bapa luar bandar inginkan anak-anak mereka berhenti sekolah awal bagi membantu mereka dalam pekerjaan pertanian atau menyuruh anak mencari pekerjaan untuk menyara keluarga. Justeru, kempen atau ceramah kesedaran pentingnya pendidikan perlu sering dianjurkan bagi ibu bapa kawasan luar bandar. Dengan demikian, barulah mereka menyedari akan kepentingan mempunyai pendidikan yang tinggi untuk menyara hidup keluarga mereka dengan lebih berkesan.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, ketaksamaan peluang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar bandar merupakan tinggalan sejarah pembangunan pendidikan yang tidak setara antara lokasi. Secara tidak langsung, situasi ini akan menjejaskan perpaduan, keharmonian dan pembangunan Negara. Justeru, tidak kira samada pihak kerajaan, pihak swasta mahupun individu haruslah memberi komitmen yang tinggi dalam mengatasi masalah-masalah ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Anak Malaysia adalah tuggak utama dalam pembangunan Negara. Oleh itu, setiap individu haruslah mempunyai peluang pendidikan yang samarata. Dengan ini, kita barulah dapat bersaing di persada dunia dan mencapai aspirasi Negara.

You might also like