Kertas Kerja Gotong Royong

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM MINI GOTONG ROYONG

2013 Anjuran:
Badan Permuafakatan Prasekolah Sekolah Kebangsaan Gersek

Pendahuluan Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu,berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi pelaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawap yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui 3K. Persekitaran prasekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, Badan Permuafakatan Prasekolah telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Program Mini Gotong-royong. bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini juga merupakan rancangan tahunan Badan Permuafakatan Prasekolah dan diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada ibu bapa tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik prasekolah. 1.0 Objektif 1.1 Merapatkan silaturrahim diantara ibu bapa murid prasekolah 1.2 Memberi peluang kepada ibu bapa bekerjasama dengan lebih optimum. 1.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan prasekolah agar lebih terjamin keselamatan murid-murid sewaktu belajar. 1.4 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti prasekolah sebagai institusi yang bersih,indah,selamat dan ceria. 1.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merialisasikan keberkesanan aktiviti. 2.0 Kumpulan Sasaran Ibu bapa murid prasekolah dan guru 3.0 Rasional Menjayakan Program 3.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan prasekolah. 3.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. 4.0 Justifikasi Ibu bapa dapat bekerjasama diantara mereka dan menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok mencantikkan kawasan prasekolah. 5.0 Lokasi Cadangan Bilik prasekolah,taman permainan prasekolah dan taman prasekolah

6.0 Tarikh Perlaksanaan 10 March 2013 (Ahad) 7.0 Cadangan aktiviti dan skop tugas Mengecat Dinding luar di bilik prasekolah akan dicat menggunakan warna-warna yang terang. Ini adalah untuk memberi kesan keceriaan pada bangunan prasekolah. Taman Permainan Pondok bacaan di taman permainan akan dicat dengan warna terang supaya menimbulkan kesan keceriaan. Alat alat permainan juga akan dicat kerana berkarat. Taman Prasekolah Tanah di sekitar taman akan dicangkul untuk mengemburkan tanah. Pokok bunga yang pelbagai jenis akan ditanam di sekitar taman. 8.0 Anggaran perbelanjaan a) Makan dan minum untuk 25 orang Sarapan pagi =(Nasi lemak+air the o) x RM1.50 x 25 =RM 37.50 Makanan tengahari =(Nasi putih+ayam kicap+sayur+air sirap) x RM 3.00 x 25=RM 75.00 JUMLAH: RM112.50 b) Peralatan dan Bahan Bil 1. Peralatan Cat dinding 5 liter Harga seunit (1 x RM50) Cat minyak 1 liter Harga seunit (1 x RM30) Cat dinding putih 5 liter Harga seunit (1 x RM50) Berus cat 5 unit Harga seunit (1 x RM7) Tanah untuk tanam pokok bunga Harga seunit (1 x RM3) Harga Bilangan tin yang diperlukan=2 unit 2 unit x RM50 =RM100 Bilangan tin yang diperlukan =6 unit 6 unit x RM30 =RM180 Bilangan tin yang diperlukan =1 Unit 1 unit x RM50 =RM50 Bilangan yang diperlukan =5 unit 5 unit x RM7 =RM35 Bilangan yang diperlukan =30 uit 30 unit x RM3 =RM90

2.

3.

4.

5.

6.

Pasu bunga Harga seunit (1 x RM5) Pokok bunga pelbagai jenis Harga seunit (1 x RM5) Lain-lain(plastik sampah,cawan polisterin,tisu)

Bilangan yang diperlukan =20 unit 20 unit x RM5 =RM100 Bilangan yang diperlukan =20 unit 20 unit x RM5 =RM100 RM 20 JUMLAH :RM675.00

7.

8.

JUMLAH BESAR: RM787.50

7.0 Struktur Organisasi Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari

:En Fadil b Ahmad :En Razil b Awang :Pn Thennarasi a/p Sabapathy :Pn Maimunah bt Mahat

Ahli Jawatankuasa Gotong-royong: Pendaftaran Jamuan :Cik Dzarifah @ Majidah :Pn Ruhaidah :Pn Maimunah :Pn Noranida :Pn Norhayati :En Fazdil :Pn. Noraini :En. Hussian :En. Norizan :En. Wan Kamal :En. Rizal :Pn. Hairulnizah :Pn. Redani :Pn. Norrani :Pn. Zalina :En. Azhar :En. Mahadzir :Pn. Noriza :Pn. Rafidzah :Mohd. Azemi

Alatan

Mengecat dinding pra

Menanam pokok bunga Keceriaan Mengecat pondok

8.0 Tentatif Program : MASA AKTIVITI 07.30 pagi Pendaftaran dan berkumpul di bilik prasekolah 08.00 pagi Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi 08.30 pagi Gotong Royong bermula 10:30 pagi Rehat 11.00 pagi Gotong Royong bermula 12.30 tengahari Jamuan 01.00 tengahari Bersurai 9.0 Penutup Program Mini Gotong Royong ini adalah satu program tahunan Badan Permuafakatan Ibu Bapa Prasekolah dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak. Semoga program ini dapat membantu menceriakan prasekolah agar mencapai slogan "Sekolahku, Rumahku".

Disediakan oleh,

.. Pn.Thennarasi a/p Sabapathy Guru Prasekolah Sk Gersek

Disemak oleh,

En Abu Bakar b Ahmad Guru Besar Sk Gersek

You might also like