Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SCE 3111 Penilaian dalam pengajaran Sains Kumpulan E Ahli kumpulan : Chia Shok Yen , Lee Hoay Chyi,

Ngui Siu Ting, Tiong Chiong Ing Nama Pensyarah : En. Mah Chee Wai ISL M6 Tajuk : 5.1 Renungan : Mengingatkan kembali ide utama a) Apakah tujuan menggunakan ujian sebagai alat pentaksiran? Ujian yang diberikan boleh mengumpul maklumat tentang tahap pelajar mengetahui sesuatu pengetahuan tersebut. Ini bertujuan untuk membanding beza hasil pelajaran pada hari tersebut. Ujian merupakan alat ukur yang digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Cronbac, pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk memberi perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor atau sistem yang berkategori.

b)Apakah perbezaan antara Taksonomi Solo dan Taksonomi Bloom? Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi) manakala Taksonomi Solo merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran Menurut Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Taksonomi Solo merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi. Solo dapat digunakan untuk mereka bentuk aktiviti p&p manakala Bloom berguna untuk guru dalam merancang menyoal dan memantau pembelajaran.

You might also like