Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEPENTINGAN SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA SEBAGAI PENCETUS SEMANGAT PATRIOTISME.

Semangat patriotisme merupakan intipati keutuhan negara dan kesejahteraan rakyatnya. Menanam semangat patriotisme adalah menjadi sebahagian daripada aspek pendidikan menyeluruh dan bersepadu. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru, semangat patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Semangat patriotisme mesti ditanam di jiwa rakyat negara ini kerana semangat itulah yang mengikat rakyat Malaysia sebagai satu bangsa tanpa mengira keturunan dan kaum atas dasar cintakan tanah air. Bagi memastikan semangat patriotisme ini ditanam di hati rakyat negara ini, rakyat perlu mempelajari sejarah negara, perjuangan dan susah payah membangunkannya. Bangsa yang tidak mengenali sejarah hanya hidup untuk mencari makan atau bersikap materialistik seperti imigran-imigran yang dibawa oleh British ke negara ini sebagai buruh paksa suatu masa dahulu Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah bersama-sama mengambil sikap yang serius mengenai soal taat setia dan cinta yang tidak berbelah bagi kepada negara. Sesuatu bangsa akan menjadi mulia dan dianggap berdaulat sekiranya merdeka. Justeru itulah kemerdekaan negara ini perlu diisi dengan pelbagai pembangunan supaya Malaysia menjadi negara yang berdaulat dan bermartabat. Sebagai anak merdeka, kita perlu sentiasa sedar bahawa ini ialah negara kita, dan kitalah yang akan menentukan apa yang terbaik untuk kita. Golongan bukan Melayu khususnya mesti diperjelaskan bahawa mengkaji sejarah negara ini tidak boleh dipisahkan daripada melibatkan sejarah orang Melayu. Sejarah negara adalah sejarah Melayu yang bersifat kebangsaan dan meliputi semua kaum. Ini sama dengan perjuangan kemerdekaan yang digerakkan oleh nasionalis Melayu tetapi ia adalah perjuangan kebangsaan untuk semua kaum. Sejarah negara ini tidak boleh dipisahkan daripada tiga perkara iaitu orang Melayu, institusi Raja-raja Melayu dan agama Islam. Kalau kembali kepada sejarah, sudah tentu tidak wujud prasangka antara kaum di negara ini kerana sejarah telah menggariskan hak masing-masing tanpa berkorban apa-apa atau mengambil apa-apa daripada orang lain. Apabila mereka tahu sejarah asal usul masing-masing, tidak timbul lagi sekian banyak tuntutan yang tidak masuk akal. Kegagalan mengenal sejarah yang berkaitan dengan negara sendiri akan melunturkan kecintaan kepada tanah air. Orang-orang Melayu pula perlu benar-benar memahami dan sedar bagaimana negara Malaysia ini yang dahulunya bernama Tanah Melayu, berada di rantau Melayu, kini telah menjadi Malaysia iaitu sebuah negara di rantau Melayu yang warganegaranya masyarakat majmuk yang terdiri dari etnik Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lainlain. Orang Melayu perlu tahu dan faham sejarah bagaimana orang bukan Melayu mendapat hak sebagai warganegara. Jika orang Melayu tidak faham dan tidak sedar, tidak mustahil suatu hari nanti etnik Melayu akan menjadi etnik minoriti di tanah air sendiri. Sekarang ini, di mana-mana pelusuk negara ini kita dapat lihat pelbagai etnik bukan Melayu, bukan Cina, bukan India, bukan juga bumiputera Sabah dan Sarawak, tetapi mereka adalah etnik dan bangsa lain yang dahulunya sangat asing bagi kita dan hanya dapat dilihat di kaca televisyen sahaja. Tidak mustahil mereka ini akan mendapat hak kewarganegaraan. Mahukah kita rakyat Malaysia melepaskan negara ini kepada mereka. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga perlu memahami susur galur atau rentetan sejarah pembentukan Malaysia. Kemajuan dan kemakmuran negara pada masa ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa pengorbanan dan darah pejuang-pejuang bangsa zaman dahulu.

Selama 446 Tanah Melayu dijajah sejak penaklukan Portugis ke atas Melaka pada 24 Ogos 1511. Ini bukanlah satu tempoh masa yang singkat dan stigma penjajahan sebenarnya telah agak sebati dengan jiwa rakyat baik dulu mahupun sekarang.( Mila:2008 ) Setiap tahun kita meraikan kemerdekaan negara. Namun dalam kalangan kita rakyat Malaysia sekiranya ditanya tentang maksud kemerdekaan pasti ramai yang tercengang-cengang dan kelu lidah seribu bahasa. Hanya sebahagian daripada kita sahaja yang boleh menjawab pengertian kemerdekaan dengan penuh semangat dan patriotisme. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak tertentu terutama ibu bapa, para pendidik dan para pemimpin untuk menyemaikan semangat patriotisme di jiwa rakyat Malaysia. Ini sudah tentu melalui pengetahuan tentang sejarah penubuhan Malaysia, kemerdekaan dan sistem pemerintahan Malaysia. Kemerdekaan bermaksud kebebasan, kedaulatan dan keharmonian yang dikecapi oleh rakyat dan negara. Kita bebas dan berdaulat dari segi pemerintahan dan pentadbiran negara. Sebagai rakyat Malaysia kita menjalani kehidupan dengan harmoni, dalam keadaan aman damai dan alam sekitar yang indah dan nyaman. Tanpa semangat patriotisme yang tinggi tidak mungkin kita mampu memberikan pengertian kemerdekaan yang jelas dan tepat. Hakikatnya banyak sumber rujukan yang kita boleh perolehi dengan mudah. Sumber yang paling mudah adalah di internet. Namun begitu dalam melayari internet kita perlu berhati-hati kerana artikel-artikel yang kita perolehi dan baca di internet bukan semuanya benar. Terdapat banyak fakta-fakta palsu kerana apa yang dipaparkan melalui internet tiada tapisan. Selain dari itu kita juga boleh membaca dari buku-buku sejarah Malaysia, Perlembagaan Malaysia, buku-buku kenegaraan dan banyak lagi. Namun apa yang penting ialah sikap dan amalan kita perlulah positif untuk mendapatkan sumber-sumber ini. Sekiranya kita berpeluang, kita juga boleh menghadiri kursus atau seminar kenegaraan seperti Kursus Bina Negara yang dianjurkan oleh Jabatan Biro Tatanegara. Kita mesti mengenali tanah air, bangsa dan kerajaan Malaysia terlebih dahulu sebelum dapat mewujudkan semangat patriotisme dalam diri kita. Menerusi semangat patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani serta memiliki kekuatan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan negara. Kesimpulannya, bak kata pepatah Melayu, "Tak kenal maka tak cinta". Kita mesti mengenali tanah air, bangsa dan Kerajaan Malaysia terlebih dahulu sebelum dapat mewujudkan semangat patriotisme dalam diri kita. Apabila kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah dan kedaulatan negara, barulah semangat patriotisme itu akan muncul secara semulajadi dalam diri kita seterusnya bersama-sama membangun negara.

You might also like