Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

Topik X Jenayah

6
1. 2. 3. 4.

Hudud I

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menyatakan jenis-jenis jenayah-jenayah hudud; Menklasifikasikan unsur-unsur yang membentuk setiap jenayah hudud; Menghuraikan hukum asal, alternatif dan sampingan bagi jenayahjenayah terbabit; dan Membicarakan keadaan di mana hukuman asal digantikan dengan hukum alternatif.

X PENGENALAN
Dalam topik kelima yang lalu saya telah jelaskan jenayah qisas dan diat serta hukuman yang dikenakan ke atas jenayah tersebut. Dalam topik ini saya akan menjelaskan pula jenayah hudud dan hukuman yang dikenakan ke atasnya. Oleh kerana jenayah hudud terbahagi kepada banyak bahagian dan setiap bahagian itu pula mengandungi beberapa jenis jenayah, jenayah hudud ini dibahagikan kepada dua topik : (a) (b) Jenayah Hudud I yang akan dibincang dalam topik keenam ini, dan Jenayah Hudud II yang akan dibincang dalam topik berikut.

Ini dilakukan bagi tujuan memudahkan pembahagian masa kuliah sekalipun dalam penulisan fiqh fuqaha tidak membahagikan jenayah hudud kepada I dan II. Hudud adalah `uqubah atau hukuman keseksaan yang telah ditentukan oleh syarak kadarnya bagi menjamin hak Allah. Seperti yang telah dijelaskan sebelum

118

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

ini jenayah- jenayah hudud ialah zina, qazaf, minum arak, mencuri, menyamun, memberontak dan murtad. Berikut ini dibincangkan semua jenayah ini berserta hukumannya.

6.1

JENAYAH ZINA

Persetubuhan yang dilakukan dengan perempuan yang bukan isteri dan bukan hamba milikan.

Ia diharamkan melalui ayat 2 surah al-Nur. Firman Allah:

Maksudnya: Perempuan berzina dan lelaki berzina sebatlah kedua-duanya seratus sebatan.

6.1.1

Takrif Zina

Para fuqaha telah memberikan takrif yang berbeza dalam menjelaskan apakah yang dikatakan zina. Jadual 6.1 menjelaskan antara takrif itu ialah: (Paizah:174).
Jadual 6.1 : Antara Takrif-takrif Zina Takrif Al-Syirazi Keterangan Zina ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki Islam yang hidup di dalam negara Islam, waras, baligh, bebas dan tahu perbuatan zina itu haram, dengan seorang wanita yang haram disetubuhinya tanpa akad atau yang seumpama akad atau tanpa milik atau yang seumpama milik. Zina ialah nama kepada persetubuhan haram pada kemaluan perempuan yang hidup, dengan pilihan sendiri, di dalam negara Islam, oleh orang yang patuh kepada hukum Islam, tanpa hak milik atau seumpamanya dan tanpa akad nikah dan seumpamanya. Zina ialah menyetubuhi perempuan pada farajnya secara haram tanpa sebarang syubhat. Zina ialah persetubuhan seorang mukallaf pada faraj manusia, tanpa hak milik mengikut hukum, dengan cara haram.

Al-Kasani

Ibn Qudamah Al-Dasuki

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 119

Sekalipun pada zahirnya takrif-takrif ini berbeza, namun kesemuanya menjelaskan persetubuhan haram, dilakukan ke dalam faraj wanita yang masih hidup, tanpa akad nikah atau yang seumpamanya, tanpa hak milik atau yang seumpamanya. Ia dilakukan oleh orang yang mukallaf dengan pilihan sendiri. Fuqaha merumuskan unsur yang membentuk jenayah zina kepada dua unsur iaitu: (a) (b) Fizikal; dan Mental.

AKTIVITI 6.1
Kalau ada, cuba ceritakan pengalaman anda dengan orang yang mengalami tekanan akibat perbuatan zinanya atau anda mendengar cerita orang lain mengenainya.

6.1.2

Unsur Fizikal dan Mental

Jadual 6.2 menerangkan maksud unsur fizikal dan mental.


Jadual 6.2: Maksud unsur fizikal dan mental Maksud Unsur fizikal Keterangan Perbuatan bersetubuh itu sendiri. Ia dianggap sebagai persetubuhan sempurna apabila lelaki memasukkan hasyafah atau kepala zakarnya ke dalam faraj perempuan, keluar mani atau tidak, menggunakan kondom atau tidak. Unsur ini menjelaskan bahawa perbuatan selain daripada yang memenuhi unsur fizikal ini tidak dianggap zina, seperti liwat, lesbian, onani dan lainnya. Maksud ialah niat jahat untuk melakukan zina. Maksudnya ia dilakukan dengan sedar bahawa perbuatan zina itu adalah haram. Namun dakwaan jahil hukum oleh seseorang yang berada di dalam negara Islam tidak melepaskannya daripada hukuman. Unsur ini menjelaskan bahawa seseorang yang bersetubuh dengan seseorang yang dianggap isteri atau suami tidak dikenakan hukuman jenayah zina. Begitu juga seseorang yang bersetubuh dengan seorang yang dianggapnya ajnabi tetapi ternyata dia isteri atau suaminya, kerana dalam kedua-dua keadaan ini persetubuhan itu bukan persetubuhan haram.

Unsur mental

120

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

6.1.3

Hukuman Jenayah Zina

Hukuman dalam Fiqh Jinayat Islam, berbeza mengikut perbezaan jenayah yang telah ditentukan hukuman ke atasnya. Hukuman ini ditentukan bagi membanteras rancangan-rancangan khusus melakukan jenayah tersebut. Inilah caranya Fiqh Jinayat Islam memilih jenis hukuman dan kuantitinya. Rancangan atau perkara yang mendorong kepada pelakuan jenayah dibanteras dengan rancangan dan dorongan yang menghindarkannya daripada berlaku. Jenayah yang didorong oleh kelazatan dan syahwat dihukum dengan hukuman yang mendatangkan seksaan. Seseorang tidak akan menikmati kelazatan jika dia menanggung azab atau dia membayangkan akan menanggung azab. Dengan itu hukuman ini telah menjauhkannya dari berfikir untuk melakukan jenayah tersebut. Seterusnya, Fiqh Jinayat Islam dapat memerangi jenayah tersebut dari dalam diri seseorang sebelum ia memeranginya di dunia nyata. Fiqh Jinayat Islam juga telah menyelesaikannya dengan cara tunggal yang tiada cara lain mampu menyelesaikannya. Keadaan ini amat jelas dalam hukuman yang ditentukan bagi jenayah hudud, qisas dan diat, iaitu jenayah yang telah ditentukan syarak dan hukumannya juga telah ditentukan kadarnya. Oleh kerana hukuman bagi jenayah-jenayah hudud dan jenayah qias dan diat telah ditentukan kadarnya maka pemerintah berkewajipan pula menentukan hukuman jenayah-jenayah taazir. Hukuman yang dikenakan ke atas jenayah-jenayah ini dikenali sabagai hukuman hudud. Hudud adalah hukuman yang dikenakan sebagai hak Allah atau ia merupakan hukuman yang dikenakan demi memelihara kepentingan dan maslahat awam. Apabila fuqaha menyebut hukuman hak Allah, maksud mereka hukuman itu tidak boleh digugurkan daripada seseorang atau kumpulan orang. Mereka menganggap hukuman itu hak Allah apabila ia berkait dengan memelihara kepentingan dan maslahat awam. Maslahat awam ialah dengan menolak bencana dan menjana maslahat, kedamaian dan keamanan. Selain daripada empat ciri khusus yang menjadi keistimewaan kepada hukuman yang terdapat dalam Fiqh Jenayah Islam, hukuman hudud mempunyai tiga ciri keistimewaan lain. Tiga ciri keistimewaan itu ialah:

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 121

(a) (b)

Kedudukan peribadi penjenayah tidak diambil kira dalam menentukan hukuman yang dijatuhkan. Hukuman hudud dalam Fiqh Jinayat Islam adalah hukuman yang telah ditentukan syarak, tiada mana-mana pihak boleh menambah, mengurangkannya atau menggantikannya dengan hukuman lain. Dalam hukuman hudud dapat dilihat dengan jelas usaha memerangi unsurunsur yang mendorong jenayah dilakukan dengan unsur-unsur yang mendorong ia dihindarkan.

(c)

Dalam Fiqh Jinayat Islam jenayah zina ada tiga hukuman seperti di Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Hukuman jenayah zina

Sebat dan buang daerah adalah hukuman bagi jenayah zina tak muhsan, iaitu penzina yang belum berkahwin. Rejam sampai mati adalah hukuman bagi jenayah zina muhsan, iaitu penzina yang telah berkahwin. (a) Hukuman sebat Hukuman sebat dikenakan ke atas penjenayah zina tak muhsan. Bilangannya ialah seratus sebatan. Ia sabit dengan firman Allah ayat 2 dalam surah an-Nuur. Firman Allah:

Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka sebatlah setiap orang dari keduanya 100 kali sebat dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (melaksanakan) agama Allah.

122

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

Pendorong penzina melakukan zina ialah kenikmatan yang ada pada perbuatan zina. Penghalang tunggal yang dapat menghindarkan kelazatan zina ialah seksaan. Tiada perkara lain yang dapat mendatangkan kesakitan dan mempastikan azab lebih daripada sebat 100 kali sebatan. Fiqh Jinayat Islam tidak menentukan hukuman zina begitu sahaja, tetapi ia menentukannya atas dasar tabiat manusia dan berasaskan jiwa dan akal manusia. Dengan itu anasir-anasir yang mendorong kepada zina telah diperangi dengan unsur-unsur kejiwaan bertentangan yang dapat menghindarkan zina. Sekiranya anasir yang merancang zina dapat mengatasi anasir yang menghindarkannya dan penzina melakukannya sekali, maka seksa dan azab hukuman yang ditanggungnya menyebabkan dia melupakan nikmat dan kelazatan zina. Ini akan mendorongnya untuk tidak berfikir melakukannya sekali lagi. Hukuman itu juga dapat memberi amaran kepada orang lain yang berniat untuk melakukan jenayah ini. (b) Hukuman buang daerah Hukuman buang daerah dikenakan sebagai hukuman sampingan. Fiqh Jinayat Islam menghukum buang daerah setahun selepas hukuman sebat ke atas penjenayah zina tak muhsan. Sumber syarak hukuman ini ialah sabda Rasulullah S.A.W. Mafhumnya:


Maksudnya: (Zina) gadis (perempuan belum berkahwin) dengan teruna (lelaki belum kahwin) sebat 100 kali sebatan dan buang daerah satu tahun. Ulama berpendapat penzina dikenakan hukuman buang daerah mengatakan beliau hendaklah dibuang dari negeri di mana dia melakukan zina ke negeri lain dalam wilayah pemerintahan negara Islam. Hukuman ini mempunyai syarat tertentu iaitu dengan syarat jarak di antara kedua-dua tempat itu mestilah melebihi dua marhalah. Antara pendapat ulama ialah : (i) (ii) Imam Malik berpendapat beliau di penjara di daerah buangannya. Imam Syafi`ie berpendapat beliau diletak dalam perhatian di tempat dia dibuang daerah. dan

(iii) Imam Ahmad berpendapat beliau tidak dikenakan penjara. (c) Hukuman rejam Hukuman rejam ke atas penjenayah zina muhsan, lelaki atau perempuan.

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 123

Maksud rejam ialah rejam sampai mati dengan batu. Sumber syariat bagi hukuman ini ialah sabda Rasulullah S.A.W. Mafhumnya:

: .
Maksudnya :Darah seorang muslim tidak halal kecuali dengan tiga sebab: kufur setelah beriman, zina selepas ehsan dan mumbunuh satu nyawa tanpa (balas) nyawa. Baginda juga telah memerintahkan supaya Ma`iz dan al-Ghamidiyah direjam sampai mati. Ulama' ijma` telah sepakat menerima hukuman rejam. Seperti hukum-hukum lain, dalam hukum zina, juga syariat Islam mempunyai perjalanan yang sangat teliti, cermat dan adil. Penzina muhsan merupakan contoh buruk kepada orang lain. Dalam syariat Islam orang yang menjadi contoh buruk tidak berhak untuk kekal. Selain dari itu syariat Islam tegak atas dasar kemuliaan akhlak secara mutlak. Syariat Islam mengambil berat terhadap akhlak, memelihara kehormatan dan keturunan manusia daripada kekotoran dan campur-baur. Ia mewajibkan manusia mengekang nafsu syahwatnya dan tidak memenuhinya kecuali melalui perkahwinan yang sah. Syariat Islam mewajbkan manusia berkahwin sekiranya dia telah mampu memikul tanggungjawab perkahwinan demi mengelakkannya daripada terdedah kepada fitnah zina dan menanggung keadaan yang tidak mampu ditanggungnya. Jika dia tidak berkahwin dan tunduk kepada runtunan hawa nafsunya lantas melakukan zina, maka hukumannya ialah disebat 100 sebatan. Lewat kahwin memberikan syafaat kepada penjenayah zina. Dia hanya dihukum dengan hukuman yang ringan iaitu 100 sebatan sahaja. Namun apabila dia sudah berkahwin, syariat tidak lagi memberikan kepadanya sebarang ruang untuk melakukan zina. Syariat tidak memaksa perkahwinan kekal selama-lamanya sekalipun ia telah menjadi neraka dunia, sehingga dengan itu dia mungkin terdorong melakukan zina. Oleh itu, demi mengelakkan suami atau isteri daripada melakukan kesilapan dengan melakukan zina Islam mengharuskan mereka membubarkan perkahwinan dan mencari pasangan lain yang lebih sesuai. Dalam tempoh perkahwinan, syariat memberikan hak kepada wanita untuk memelihara kehormatannya. Syariat mengizinkannya menuntut cerai jika ditinggalkan tanpa nafkah zahir dan batin, sama ada kerana kemudaratan, sakit atau kemiskinan. Suami pula diberikan hak untuk menceraikan isterinya bila-bila

124

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

masa, membolehkannya berpoligami dengan syarat adil antara isteri. Dengan semua ini syariat Islam telah membuka ruang kepada lelaki dan perempuan muhsan kesemua pintu halal dan menutup semua pintu haram. Setelah semua alasan dan sebab yang mendorong kepada berlaku zina, sama ada sebab yang diterima akal atau sebab fitrah manusia maka adillah alasan yang boleh meringankan hukuman sudah tiada lagi. Malah, ia juga juga adil jika penzina muhsan dihukum dengan hukuman rejam sampai mati. Tiada hukuman lain yang setimpal dengan jenayah zina muhsan. Adalah menjadi kepentingan dan maslahat masyarakat setiap anggotanya mengetahui bahawa hukuman zina amat menyakit, menyeksa dan menakutkan. Oleh itu nas syarak mengenai hukuman ini datang dalam laras bahasa yang dapat menonjolkan nilai-nilai tersebut.


Maksudnya: Janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu. Ayat ini menjelaskan bahawa tiada sebarang belas kasihan yang layak diberikan kepada penjenayah zina muhsan.


Maksudnya: Dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan dari orang-orang yang beriman. Tidak cukup dengan larangan supaya jangan menyimpan rasa belas kasihan kepada penjenayah zina muhsan Allah memerintahkan pula supaya seksa dan azab hukuman yang mereka tanggung itu disaksikan orang ramai. Sudahlah menanggung seksa dan azab, ditambah pula dengan malu dan rasa terhina di hadapan khalayak.

6.1.4

Hukuman ke atas Beberapa Perbuatan Lain

Dalam perbincangan sebelum ini, kita telah dijelaskan secara umum bahawa liwat, lesbian dan onani bukan zina. Sekarang perbuatan-perbuatan ini akan kita bincangkan secara terperinci.

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 125

Liwat Liwat bukan zina. Liwat ialah persetubuhan sejenis antara lelaki dengan lelaki dengan memasukkan hasyafah ke dalam dubur. Istilah yang digunakan untuk perbuatan ini ialah homoseksual. Dalam Islam ia diharamkan melalui beberapa nas syarak. (a) Firman Allah dalam ayat 80-81 surah al-A`raf:

Maksudnya: Dan tatkala Lut berkata kepada kaumnya: Mengapa kamu mengerjakan perkara jahat itu yang belum pernah dikerjakan sesiapa pun di dunia ini sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu, bukan pada wanita, malah kami ini adalah kaum yang melampaui batas. (b) Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan al-Baihaqi:


Maksudnya: Apabila lelaki meliwat lelaki, maka kedua-duanya telah berzina. (c) Sabda Rasulullah S.A.W yang dinukil al-Syaukani:

Maksudnya: Siapa yang kamu dapati melakukan perbuatan kaum Lut maka bunuhlah yang melakukan (liwat) dan yang kena (liwat). Minoriti fuqaha berpendapat liwat adalah zina berdasarkan nas-nas syarak di atas. Namun, majoriti mereka berpendapat liwat bukan zina. Pandangan ini didasarkan tiga fakta.

126

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

(i)

`Uruf tidak mengatakan liwat itu zina, sebab itu orang yang bersumpah tidak akan berzina, kemudian dia melakukan liwat dia tidak dianggap telah melanggar sumpahnya. Para sahabat telah khilaf tentang hukuman ke atas penjenayah liwat. Kalau liwat itu zina tentu mereka tidak akan khilaf.

(ii)

(iii) Hadis yang dijadikan hujah oleh pendapat yang mengatakan liwat itu zina tidak menunjukkan pengertian zina sebenar, tetapi ia membawa maksud liwat adalah satu perbuatan dosa. Dari khilaf ini timbul pula khilaf dalam menentukan hukuman ke atas jenayah liwat. Mereka yang mengatakan liwat itu zina terbahagi kepada dua iaitu: x x Mengenakan hukuman zina ke atas peliwat sahaja, yang kena liwat hanya dikenakan hukuman sebat sahaja. Perbuatan meliwat dan kena liwat dikenakan hukuman zina iaitu rejam. Mereka yang mengatakan liwat bukan zina mengatakan hukuman ke atas penjenayah zina ialah takzir, sama ada yang diliwat itu lelaki atau perempuan.

Lesbian Lesbian bukan zina. Lesbian ialah wanita yang melakukan hubungan seksual dengan perempuan. Dalam perbuatan ini diharamkan melalui nas syarak. Antaranya (a) Sabda Rasulullah S.A.W yang dinukilkan al-Baihaqi. Mahfumnya:


Maksudnya: Apabila perempuan bersetubuh (melakukan hubungan dengan syahwat) dengan perempuan maka kedua-duanya adalah berzina. (b) Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Ahmad, Muslim, Abu Daud dan al-Tarmizi. Mafhumnya:

Maksudnya: Dan perempuan tidak boleh bergesel dengan perempuan dalam satu pakaian selimut.

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 127

Fuqaha sepakat tiada hukuman hudud dikenakan ke atas perempuan yang melakukan hubungan syahwat sejenis. Hukuman yang boleh dikenakan ialah hukuman takzir Onani Onani ialah mengeluarkan mani dengan tangan. Dilakukan sendiri atau oleh orang lain, lelaki atau perempuan. Apakah perbuatan onani dianggap sebagai zina yang boleh dijatuhi hukuman hudud? Pendapat fuqaha adalah seperti berikut: Sekiranya ia dilakukan orang ajnabi, lelaki atau perempuan ia bukan zina, tetapi maksiat, hukumannya adalah takzir. Sekiranya ia dilakukan sendiri fuqaha khilaf. Pertama onani dilakukan sendiri adalah haram berdasarkan firman Allah ayat 2931 surah al- Ma'aarij. Firman Allah:

Maksudnya:Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap para isteri mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka (dalam hal ini) tidak tercela. Barang siapa yang mencari di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang melampau batas. Menurut ayat ini memuaskan nafsu hanya boleh dilakukan dengan isteri atau hamba perempuan yang dimiliki. Lain daripada dua cara ini adalah haram. Kedua, onani haram jika ia dilakukan sendiri semata-mata untuk memuaskan nafsu. Walaupun begitu, sekiranya ia dilakukan dengan tujuan meredakan runtunan nafsu ia diharuskan. Pendapat ketiga, onani haram jika untuk memuaskan nafsu tetapi harus jika ia dilakukan untuk mengelak daripada terjatuh kepada zina. Pendapat keempat onani dimakruhkan sahaja. Namun dari sudut kesihatan, onani pasti ada kesan sampingan yang negatif, terutama jika onani melampau.

128

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

SEMAK KENDIRI 6.1


1. Bincangkan maksud ulama bila mereka mengatakan ada lima sudut yang dikongsi sama oleh bahagian-bahagian hukuman jenayah Islam. Nyatakan maksud zina muhsan dan zina tak muhsan, berapa jenis hukuman zina dan apa hukuman penzina tak muhsan.

2.

6.2

JENAYAH QAZAF

Barang kali anda semua dapat menyedari bahawa masyarakat kita sangat tidak sensitif terhadap jenayah qazaf. Terlalu mudah kita dengar orang menuduh seseorang melakukan zina, malah ada yang dibawa ke mahkamah dan ternyata ia tidak benar. Hal-hal yang mendorong pelaku qazaf melakukan jenayah qazaf adalah banyak. Antara lain ialah sifat hasad dengki, persaingan dan balas dendam. Namun, kesemuanya akan bersatu pada satu matlamat iaitu mendatangkan kesakitan dan penghinaan kepada yang diqazaf. Islam telah membahagikan qazaf kepada dua seperti di Rajah 6.2:

Rajah 6.2: Pembahagian qazaf

Seterusnya, kita akan membincangkan qazaf yang dikenakan hukuman hudud.

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 129

6.2.1

Takrif dan Dalil

Qazaf yang dikenakan hukuman hudud ialah menuduh orang muhsan (orang baik-baik) melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi atau seseorang fk b b ( k) k d d Di antara contoh qazaf adalah seperti berikut : (a) (b) A menuduh B yang dikenali masyarakat bukan bersifat fasik telah melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi. A menafikan B sebagai anaknya daripada isterinya C. Dengan penafian ini, sebenarnya A telah menuduh C melakukan zina. Cuma, oleh kerana C adalah isterinya, syariat Islam tidak mengistilahkannya sebagai qazaf. Ia diistilahkan sebagai li`an.

Nas syarak yang mengharamkan qazaf ialah ayat 4 surah An-Nuur. Firman Allah:

: : .
Maksudnya: Dan mereka yang menuduh wanita yang baik-baik (melakukan zina) kemudian tidak (dapat) mengemukakan empat orang saksi maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka selamalamanya. Dan mereka itu adalah orang-orang fasik. Dan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim. Mafhumnya:

Maksudnya: Kamu jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu. Sabda Baginda: Syirik kepada Allah `azza wajalla, syirik, membunuh satu nyawa tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling tadah dari medan perang jihad dan menuduh perempuan yang baik-baik dan beriman (melakukan zina).

130

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

6.2.2

Unsur Penting Jenayah Azaf

Daripada definisi qazaf di atas ada tiga unsur penting harus wujud untuk sesuatu tuduhan zina dan penafian nasab sebagai qazaf: menuduh zina atau penafian nasab, yang dituduh adalah muhsan (orang baik-baik) dan membuat dengan tujuan jahat. Jadual 6.3 menjelaskan tiga unsur penting tersebut:
Jadual 6.3: Tiga Unsur Penting Qazaf Unsur Keterangan Maksud unsur ini, seseorang mestilah membuat tuduhan dengan perkataan bahawa seseorang telah berzina atau seseorang menafikan nasab seseorang kepadanya. Contoh, dia mengatakan Awak berzina, Wahai anak zina atau Awak anak zina. Tuduhan-tuduhan selain zina tidak dianggap qazaf. Ia dianggap jenayah takzir. (a) Tuduhan sareh dan kinayah Tuduhan berzina boleh dibuat dalam apa bahasa, asalkan ungkapan yang disebut jelas membawa maksud zina. Namun, dalam penulisan-penulisan fiqh, fuqaha menyebut dua bentuk ungkapan tuduhan zina. Antaranya : x Sareh (jelas), tidak mengandungi maksud lain dari tuduhan zina, seperti ungkapan: Awak berzina . x Kinayah (sindiran), mengandungi maksud lain selain zina seperti ungkapan A kepada musuhnya B:

(a) Membuat
tuduhan zina atau penafian nasab

Memanglah!, awak bukan berzina, Memanglah!, orang bukan kenal engkau penzina, Hai anak haram atau
lain yang seumpamanya. Ungkapan-ungkapan seperti ini boleh bermaksud zina dan boleh bermaksud lain. Apakah ungkapan sindiran dikira qazaf? Fuqaha khilaf. Pendapat ulama adalah: x Imam al-Hanafi, sindiran tidak dikira qazaf, sekalipun yang berkata berniat qazaf. x Imam al-Maliki, ia dikira qazaf sekiranya ungkapan itu difahami bermaksud tuduhan zina berpandukan qarinah atau bukti, seperti wujud permusuhan antara penuduh dan yang tertuduh. x Imam al-Syafi`ie, dikira qazaf sekiranya yang menuduh berniat menuduh zina. Hanabilah ada dua riwayat, pertama ia qazaf kedua bukan qazaf.(Zuhaili, al-Fiqh 6:74-75) .

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 131

(b) Tuduhan liwat Seperti yang telah kita bincangkan dalam jenayah zina, fuqaha khilaf apakah liwat itu zina atau tidak. Oleh itu m,ereka khilaf dalam menentukan apakah tuduhan liwat dianggap qazaf atau tidak. Yang mengatakan liwat itu zina berpendapat menuduh liwat tanpa mengemukakan empat saksi adalah qazaf dan dihukum dengan hukuman qazaf. Mereka yang mengatakan liwat bukan zina berpendapat tuduhan liwat bukan qazaf. Ia hanya jenayah takzir dan dihukum dengan hukuman takzir. (Paizah 195 dan Zuhaili,al-Fiqh 6:75).

(b) Yang dituduh


seorang muhsan

Bermaksud yang mengharam dan menentukan hukuman qazaf mengandungi perkataan al-muhsanat ( ) . Al-Muhsanat dalam ayat ini bermaksud orang baik-baik, bersih daripada perbuatan zina, tidak pernah disabitkan tuduhan zina, (Zuhaili 6:78 dan Paizah 196), bukan bermaksud telah berkahwin seperti dalam jenayah zina. Tanpa ihsan yang menuduh tidak dianggap melakukan qazaf dan tidak dikenakan hukuman qazaf. Ia dianggap telah melakukan jenayah takzir dan dikenakan hukuman takzir. Orang yang membuat tuduhan zina mestilah dengan tujuan jahat. Dia boleh dianggap telah mempunyai niat jahat apabila tidak dapat mengemukakan empat saksi. Perkara asas dalam Fiqh Jinayat Islam, pendakwa mestilah mengemukakan saksi. Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim. Firman Allah ;

(c) Membuat
tuduhan dengan niat jahat


Bermaksud: Saksi wajib bagi pendakwa, sumpah wajib lagi yang ingkar. Hadis ini jelas menunjukkan pendakwa dalam mana-mana kes, termasuk qazaf, mestilah mengemukakan saksi terhadap tuduhannya. Jika tiada tuduhan itu dianggap mengandungi unsur niat jahat. Sebuah hadis lain yang berkait dengan tuduhan qazaf ialah kes di mana Hilal bin Umaiyyah telah menuduh isterinya berzina dengan Syarik bin Samha. Baginda S.A.W meminta beliau mengemukakan saksi, jika tidak dia akan dihukum had. Hilal cuba mempertahankan dirinya dengan bertanya sekiranya seseorang melihat lelaki di atas isterinya apakah dia perlu mencari saksi. Baginda mengulangi beberapa kali yang beliau perlu mengemukakan saksi. Hilal terus bersumpah bahawa dia benar dan Allah pasti akan menurunkan ayat yang menyelesaikan kesnya. Allah telah menurunkan ayat 6 8 surah

132

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

An-Nuur. Firman Allah:

Maksudnya:Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina) sedangkan mereka tidak mempunyai saksi-saksi kecuali diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia tergulung dalan golongan orang-orang yang benar Jelas bahawa sekiranya perempuan yang dituduh Hilal bukan isterinya dia mesti mengemukakan saksi. Jika tidak dia dianggap telah melakukan qazaf, kerana tuduhannya itu mengandungi unsur niat jahat.

6.2.3

Hukuman Jenayah Qazaf

Dijelaskan qazaf ialah menuduh berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi, kecuali suami menuduh isteri melakukan zina. Ia disebut li`an ( ) . Li`an mempunyai prosedur tersendiri dalam fiqh munakahat Islam. Dalam Fiqh Jinayat Islam, hukuman qazaf ada dua. Di mana, hukuman asal iaitu sebat dan hukuman sampingan atau iringan, ia tidak diterima kesaksian selama-lamanya. Sumber asal hukuman jenayah qazaf ialah firman Allah ayat 4 dalam surah An-Nuur. Firman Allah:

Maksudnya: Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baikbaik (melakukan zina) dan mereka tidak membawa empat orang saksi maka sebatlah mereka 80 sebatan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang fasik. Fiqh Jinayat Islam tidak mengenakan hukuman qazaf kecuali ia tuduhan dusta dan diada-adakan. Namun, sekiranya ia merupakan pembuktian kepada apa yang memang telah berlaku ia bukan qazaf. Jadual 6.4 menerangkan hukuman qazaf dengan lebih jelas.

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 133

Jadual 6.4: Dua jenis hukuman qazaf Hukuman qazaf Hukuman sebat Keterangan Berdasarkan ayat yang mengharamkan qazaf, penjenayah qazaf dihukum dengan 80 sebatan, tanpa mengira dia lelaki atau perempuan. Hukuman qazaf disyariatkan dalam Islam untuk memerangi matlamat keji penjenayah qazaf. Penjenayah qazaf bertujuan menyakitkan jiwa yang diqazaf dan menjatuhkan maruahnya, maka balasan yang setimpal ialah hukuman sebat, supaya dia merasa seksaan pada jasadnya. Ini paling berat kesannya pada jasad dan jiwa. Hukuman tidak diterima kesaksian Selain hukuman sebat di atas penjenayah qazaf juga dikenakan hukuman sampingan, iaitu kesaksiannya tidak diterima selamalamanya, sehingga dia mati. Penjenayah qazaf bertujuan menghina yang diqazaf, oleh itu dia perlu mendapat penghinaan yang setara dari masyarakat keseluruhannya. Penghinaan umum ini mestilah menjadi sebahagian daripada hukumannya, dengan itu sifat keadilannya digugurkan. Kesaksiannya tidak lagi diterima selama-lamanya. Beliau dicap dengan cap yang kekal sampai mati sebagai fasik.

AKTIVITI 6.2
Dari segi kepentingan semasa dalam masyarakat yang serba songsang ini, kenyataan mana yang anda pilih: Liwat itu zina atau Liwat itu bukan zina? Bincangkan dengan rakan sekuliah anda. Berikan hujah berdasarkan maqasid syariah dan fakta.

6.3

HUKUMAN JENAYAH MINUM ARAK

Minum arak telah menjadi budaya masyarakat manusia sejak dulu, kini dan mungkin selamanya. Mungkin anda tidak sedar bahawa Amerika Syarikat telah membelanjakan USD65 juta untuk kempen menjauhi arak, 9,000 juta halaman tulisan mengenai keburukan arak, USD10 juta bagi pelaksanaan undang-undang mengenai pengharaman arak, pada 1930 undang-undang mengenai pengharaman arak diluluskan, ia merangkumi pengharaman membuat, mengimport, membeli dan menjual, 200 orang dihukum bunuh bersabit jenayah arak, setengah juta manusia dipenjara, sebanyak USD 4 juta denda dipungut, USD 1000 juta harta dirampas, akhirnya negara itu gagal mengharamkan arak. Pada tahun 1933, undang-undang arak dimansuhkan, hanya setelah tiga tahun ia diluluskan (Abd

134

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

Karim Zaidan; Usul al-Dakwah 48). Namun, Islam berjaya memberhentikan tabiat meminum arak dengan hanya beberapa ayat dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W sahaja.

6.3.1

Takrif dan Dalil

Islam telah mengharamkan arak. Pengharamannya berlaku dalam tiga peringkat seperti di Rajah 6.5. Peringkat pertama melibatkan ayat 219 surah al-Baqarah yang menyatakan bahawa arak itu ada keburukan dan ada manfaatnya, tetapi keburukannya lebih banyak daripada manfaatnya. Firman Allah;

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya dosa dan manfaat kepada manusia dan dosa kedua-duanya lebih banyak daripada manfaat kedua-duanya. Peringkat kedua berlaku dalam bentuk larangan mendirikan solat dalam keadaan mabuk. Larangan ini berlaku apabila masih ramai lagi yang meminum arak sekalipun telah ada mereka yang meninggalkannya atas dasar keburukannya lebih banyak daripada manfaatnya. Akibatnya, apabila mereka mendirikan solat dalam keadaan mabuk mereka telah salah membaca al-Quran. Larangan ini mendidik dan membuat mereka tidak minum arak apabila hampir waktu solat kerana bimbang akan terus mabuk sampai masuk waktu solat. Larangan peringkat kedua ini membabitkan ayat 43 surah al-Nisaa'. Firman Allah :

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri (dirikan) solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, sehinggalah kamu tahu (sedar) apa yang kamu katakan.

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 135

Peringkat ketiga berlaku dalam perintah mengharamkan arak dengan tegas dan putus. Ayat 90 surah al-Maidah yang mengharamkan arak menggunakan laras bahasa yang mempunyai hentakan yang sangat dahsyat. Ia menyatakan bahawa minum arak itu perbuatan keji, amalan syaitan dan melarang meminumnya dengan menggunakan perkataan . Firman Allah:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala, bertenung nasib, adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan tersebut mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.
Rajah 6.5: Tiga peringkat takrif dan dalil pengharaman arak

Pengharaman arak juga disabit dengan hadis Rasulullah S.A.W. Terdapat banyak hadis-hadis baginda yang secara langsung mengharam dan menjelaskan hukuman minum arak, antara lain: Riwayat Bukhari, Muslim dan Darqutni, sabda Baginda. Mafhumnya:


Maksudnya : Semua yang memabukkan itu arak, dan semua arak adalah haram. Riwayat Imam Ahmad, sabda baginda. Mafhumnya:


Maksudnya: Semua yang (apabila) banyaknya memabukkan, maka yang sedikitnya juga adalah haram. Para fuqaha mendefinisikan arak () dengan definisi yang berbeza (Paizah 202). Majoriti mereka mentakrifkan arak sebagai semua bahan yang memabukkan, dinamakan arak atau tidak, diproses daripada bijirin atau tidak, memabukkan sekalipun sedikit atau perlu banyak.

136

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

Abu Hanifah dan muridnya mentakrifkan arak sebagai sejenis minuman memabukkan, diproses daripada anggur sehingga bergelora dan mengeluarkan buih. Perbezaan antara dua definisi dan kesannya dari segi hukum ini seperti di Jadual 6.6.
Jadual 6.6: Kesan Perbezaan Antara Dua Definisi Definisi pertama Ia menganggap semua minuman yang memabukkan adalah arak, tanpa membataskannya kepada perahan anggur sahaja dan tidak mensyaratkan ia bergelora dan berbuih. Paling penting ia memabukkan. Kesannya: Meminum sedikit atau banyak meminum yang memabukkan adalah haram, mabuk atau tidak; dan Definisi kedua Ia mengkhususkan arak kepada perahan anggur yang diproses sehingga bergelora dan berbuih.

Kesannya: Meminum arak diperbuat daripada perahan anggur sahaja yang diharamkan, sedikit atau banyak, mabuk atau tidak. Meminum minuman memabukkan lain yang diproses daripada bahan lain, bijirin atau lainnya tidak haram selagi tidak mabuk.

6.3.2

Unsur Penting Jenayah Minum Arak

Ada dua unsur yang menentukan jenayah minum arak iaitu perbuatan meminum arak dan niat jahat seperti diterangkan di dalam Jadual 6.7.
Jadual 6.7 : Dua Unsur Penting Jenayah Minum Arak Jenis unsur Perbuatan minum arak Keterangan Seseorang boleh dianggap telah melakukan jenayah minum arak apabila dia melakukan perbuatan minum arak. Cuma penentuan apakah yang dinamakan arak itu sehingga peminumnya boleh dianggap telah minum arak akan bergantung kepada definisi arak itu sendiri. Meminum yang lain daripada itu tidak boleh dianggap melakukan perbuatan meminum arak. Hukuman had hanya boleh dikenakan apabila peminumnya mabuk. Dia dihukum had bukan atas sebab jenayah minum arak, tetapi atas dasar mabuk kerana meminum minuman yang memabukkan. Syarak boleh menjatuhkan hukuman had ke atas peminum

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 137

arak Berikut adalah syarat-syarat yang perlu wujud untuk membolehkan peminum arak dikenakan hukuman had minum arak: (Zuhaili 6:150 dan Paizah 203)

(a) Bahan yang diambil itu ialah minuman. Oleh itu


mengambil bahan bukan minuman, seperti dadah tidak dikenakan hukuman hudud, tetapi dikenakan hukuman takzir.

(b) Peminum

meminum dengan bahan lain.

arak,

sekalipun

dicampurkan

(c) Peminum mestilah muslim, baligh dan berakal. (d) Perbuatan minum arak dilakukan dengan pilihan dan
kehendak sendiri, bukan kerana dipaksa.

(e) (f) (g) (h)


Niat jahat

Meminum dalam keadaan tiada darurat. Mengetahui bahawa minuman itu adalah arak. Tahu bahawa arak diharamkan. Mazhab pegangannya berpendapat diminumnya adalah arak. minuman yang

Unsur niat jahat dalam kes minum arak dianggap telah wujud apabila peminum mengetahui yang diminumnya itu adalah arak atau minuman yang memabukkan. Tiada unsur niat jahat jika meminum minuman yang tidak diketahui arak atau memabukkan

6.3.3

Hukuman Jenayah

Dalam Fiqh Jinayat Islam, jenayah minum arak dikenakan hukuman sebat. Sumber hukuman ini ialah sabda Rasulullah S.A.W riwayat Imam Ahmad. Mafhumnya.


Maksudnya: Siapa yang minum arak kamu sebatlah dia, jika dia mengulanginya kamu sebatlah dia. Dari sudut praktiknya, Anas bin Malik meriwayatkan satu kes di mana seorang yamg minum arak telah dibawa mengadap Rasulullah S.A.W. Baginda memukulnya dengan kasut sebanyak 40 pukulan. Di zaman Abu Bakar juga berbuat demikian. Namun, di zaman Umar beliau meminta pendapat para

138

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

sahabatnya tentang hudud. Ibn `Auf menjelaskan sekurang-kurangnya hudud iaitu 80 sebatan. (Paizah 205) Berdasarkan hadis ini fuqaha sepakat bahawa hukuman jenayah minum arak ialah disebat. Namun, mereka khilaf tentang bilangan sebatan itu, apakah ia 40 sebatan atau 80 sebatan. Majoriti fuqaha berpendapat peminum arak dikenakan hukuman 80 sebatan. Antaranya : (a) Pendapat ini didasarkan kepada kata-kata Ali (r):


Maksudnya: Apabila dia minum dia mabuk, apabila dia mabuk dia bercakap tidak keruan, apabila dia bercakap tidak keruan dia membuat fitnah, hukuman (orang) membuat fitnah (qazaf) 80 (sebatan). Mereka mengatakan tiada siapa-siapa yang membantah penjelasan Ali, oleh itu mereka telah ijma. (b) Imam Syafi`ie berpendapat peminum arak dikenakan hukuman 40 sebatan sahaja, dengan alasan bahawa tidak pernah sabit dalam hadis bahawa Rasulullah S.A.W menjatuhkan hukuman melebihi 40 sebatan ke atas penjenayah minum arak. Bagi Syafi`ie 40 sebatan itu bukan hukuman hudud, tetapi takzir. (Zuhaili 6: 151) Pendapat yang rajeh, bilangan sebatan tidak ditentukan. Namun seperti yang disebutkan di atas, di zaman pemerintahan `Umar bin al-Khattab, beliau telah bermesyuarat dengan para sahabat mengenai hukuman orang yang minum arak. Sayiddina Ali bin Abu Talib berpendapat, seseorang itu harus dihukum 80 sebatan, ini kerana apabila dia minum dia mabuk, apabila dia mabuk dia bercakap tidak keruan, apabila dia bercakap tidak keruan dia buat fitnah, hukuman orang membuat fitnah (qazaf) ialah 80 sebatan. Para sahabat Rasulullah S.A.W telah sepakat menerima pendapat tersebut. Dengan itu perbuatan minum sebagai jenayah sabit melalui nas al-Quran, maka hukuman sebat sabit melalui sunnah Rasulullah S.A.W dan kadar atau bilangan sebatan (80 sebatan) sabit dengan ijma .

(c)

(d)

(e)

Pendorong utama seseorang minum arak ialah untuk melupakan penderitaan dan kesukaran yang dialaminya. Dia ingin lari daripada penderitaan hakiki kepada kebahagiaan khayali yang dihasilkan rangsangan arak. Syariat Islam memerangi dorongan ini dari dalam diri peminum arak dengan hukuman sebat. Beliau ingin lari daripada penderitaan jiwa, tetapi hukuman minum arak mengembalikannya kepada penderitaan yang sama, malah menambah lagi penderitaannya, kerana hukuman itu menghimpunkan sekali gus seksaan jiwa dan seksaan jasad.

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 139

6.4

HUKUMAN JENAYAH MENCURI

Pernahkah anda mengalami kecurian sesuatu barang yang sangat bernilai dan berharga? Sekiranya ada, bagaimana perasaan anda ketika itu? Saya dapat bayangkan anda tentu sangat marah, kesal dan sangat kecewa. Pada ketika itu jika seseorang dapat membawa pencuri itu ke mahkamah dan mahkamah menjatuhi hukuman potong tangan ke atas pencuri itu apakah anda beranggapan hakim itu telah melakukan satu kezaliman, ataukah anda berpuas hati kerana orang yang membuat anda marah, kesal dan kecewa telah mendapat balasan. Berikut kita akan membincangkan jenayah mencuri dan hukuman ke atas pencuri mengikut Fiqh Jinayat Islam.

6.4.1

Takrif dan Dalil

Mencuri ialah mengambil harta orang lain secara senyap dan tersembunyi. Islam mengharamkan perbuatan mencuri melalui beberapa nas syarak. Antara lain ialah: Ayat 38 surah al-Maidah. Firman Allah:

Maksudnya: Lelaki mencuri dan perempuan mencuri, maka potonglah tangan kedua-duanya sebagai balasan kepada apa yang mereka lakukan dan sebagai hukuman dari Allah. Sesungguhnya Allah maha mulia lagi maha bijaksana. Amat banyak hadis-hadis yang diriwayatkan bersabit jenayah mencuri, baik yang menjelaskan perbuatan itu haram atau yang menjelaskan hukumannya. Bukhari meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda. Mahfumnya:


Maksudnya: Sesungguhnya orang sebelum kamu binasa kerana apabila orang kaya di kalangan mereka mencuri mereka membiarkannya. Dan apabila orang yang daif mencuri mereka laksanakan hukuman had ke atasnya.

140

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

Abu Hurairah meriwayatkan, seorang pencuri telah dihadapkan kepada Rasulullah SAW.. Baginda mengarahkan mereka membawanya, memotong tangannya dan mencelupkan tangan yang dipotong ke dalam minyak yang dipanaskan, selepas itu membawanya kembali mengadap baginda. Setelah dibawa mengadap, baginda mengarahkannya supaya bertaubat. Beliaupun bertaubat. Baginda menjelaskan bahawa Allah telah menerima taubatnya. (Zuhaili 6:99).

6.4.2

Unsur Penting Jenayah Mencuri

Terdapat empat unsur penting yang perlu wujud untuk sesuatu perbuatan mencuri itu dianggap jenayah mencuri yang berhak dihukum: x x x x (a) Perbuatan mengambil secara senyap; Barang yang dicuri lalu diiktiraf sebagai harta, Harta yang diambil daripada milik orang lain; dan Niat jahat. Perbuatan mengambil secara senyap Maksudnya, mengambil sesuatu tanpa pengetahuan dan tanpa kerelaan tuannya. Perbuatan mengambil sesuatu mestilah telah berlaku dengan sempurna. Ia dianggap pengambilan sempurna apabila: (i) (ii) Barang dicuri telah dikeluarkan dari tempat simpanannya; Barang itu dikeluarkan dari milik tuannya; dan

(iii) Barang itu dimasukkan ke dalam simpanan pencuri. Selagi, ketiga-tiga keadaan ini tidak berlaku dengan sempurna, pencuri belum boleh dianggap telah melakukan perbuatan mencuri. Dia boleh dituduh dengan jenayah takzir, iaitu cuba mencuri. Sebagai contoh: Jika A memasuki rumah B tanpa pengetahuan B, mengambil barang kemas, memasukkannya ke dalam buntil yang dibawanya dan keluar dari rumah tanpa disedari B, A sudah boleh dianggap melakukan jenayah mencuri. Namun, jika A tertangkap pada tahap pertama, kedua dan ketiga, sebelum dia sempat keluar rumah dia tidak boleh dituduh melakukan jenayah mencuri kerana perbuatan mencurinya belum sempurna. Sebaliknya, dia boleh dianggap melakukan kesalahan cuba mencuri dan dihukum dengan hukuman takzir. Dalam takrif di atas ada disebut mengambil. Perbuatan mengambil boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu:

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 141

(i)

Melakukan perbuatan mengambil, pencuri itu sendiri melakukan perbuatan mengambil barang itu dari tempat simpanannya dengan dia sendiri membawanya keluar, melemparkannya keluar atau dengan cara lain. Melakukan perbuatan menyebab mengambil. Maksudnya, bukan pencuri itu sendiri yang mengeluarkan barangan curi dari tempat simpanannya.

(ii)

(iii) Mengambil contoh kes A di atas, sekiranya dia telah mengambil barang kemas itu dari almari dan membawanya keluar, dia dianggap telah melakukan perbuatan mengambil. tetapi sekiranya dia tidak membawanya keluar sendiri malah diikat barang kemas itu ke tengkuk kucing yang kemudian dihalau keluar rumah atau dengan cara lain dia dianggap telah melakukan perbuatan menyebabkan mengambil. Fiqh Jinayat Islam tidak membezakan kedua-dua keadaan ini. Selain daripada tiga syarat di atas ada tiga syarat lain yang perlu ada pada barang yang dicuri. Barang dicuri itu mestilah: (i) (ii) Milik penuh tuannya; Diambil terus daripada simpanan tuannya atau pemegang amanahnya, dilantik pihak berkuasa, penyewa, peminjam atau lainnya; dan

(iii) Sebelum dicuri tidak diserahkan kepada si pencuri, secara paksa atau rela. (b) Barang dicuri adalah harta Barang yang dicuri mestilah diiktiraf sebagai harta, kecuali dalam kes menculik kanak-kanak berstatus merdeka belum mumaiyyiz. Penculik boleh dihukum dengan hukuman jenayah menculik, bukan hukuman mencuri. (i) Syarat harta yang dicuri Pencuri berhak dihukum dengan hukuman mencuri sekiranya terdapat empat syarat berikut seperti di dalam Jadual 6.8 di bawah.

Jadual 6.8: Empat Syarat Harta yang Dicuri

142

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

Empat Syarat Harta itu mesti harta mudah alih

Keterangan Harta yang dicuri mestilah harta mudah alih, kerana harta seperti ini sahaja yang boleh dipindahkan daripada simpanannya Walaupun harta yang dicuri pada asalnya jenis harta tak alih, tetapi dengan perbuatan pencuri ia boleh dialihkan, seperti mencuri tanah, mencuri bahan bangunan yang diambil dari bangunan yang dirobohkan, boleh dianggap telah melakukan jenayah mencuri. Hakikat memindahkan barang curian dari tempatnya telah berlaku. Maksud nilai dalam perbincangan ini ialah adalah nilai mutlak, bukan nilai nisbi. Contohnya babi. Nilai babi tidak mutlak, kerana bagi orang Islam ia tidak ada nilai. Babi hanya ada nilai bagi orang bukan Islam. Oleh itu, orang Islam mencuri babi tidak dikenakan hukuman jenayah mencuri. Ada fuqaha menambah syarat supaya harta itu bukan tapih (remeh, tidak begitu dipandang berat) dan tahan disimpan lama. Oleh itu orang yang mencuri pasu bunga biasa atau sekilo roti canai, dua kilo sawi atau yang seumpamanya tidak dihukum dengan hukuman mencuri. Fuqaha lain berpendapat sekalipun barangan itu tapih dan tidak boleh disimpan lama tetapi ia ada nilai dan boleh dijual beli.

Harta yang ada nilai, bukan tapih, tahan simpan lama.

Harta dalam simpanan

Maksudnya, barang itu dicuri dari tempat simpanan yang sesuai dengannya. Semua fuqaha menerima syarat ini. Syarat ini didasarkan kepada sebuah hadis muttafaq `alaih. Mafhumnya:


Maksudnya :Tiada hukuman potong tangan mencuri buah yang di pokok dan pelepah tamar. Ibn Majah meriwayatkan Rasulullah S.A.W ditanya tentang mencuri buah yang masih di atas pokoknya. Baginda menjawab:


Maksudnya: Siapa dari golongan berhajat yang mengambil dengan mulutnya, bukan menggendongnya maka tiada sesuatu (hukuman had) ke atasnya. Penulisan-penulisan fiqh menyebutkan menyimpan barangan berlaku dalam dua bentuk:

(a) Di simpan di tempat penyimpanan khusus


Maksudnya, barangan itu disimpan di tempat khusus yang disediakan untuknya seperti gudang, rumah, kepok atau lainnya, pada kebiasaannya digunakan untuk menyimpan barang atau tidak, berkunci atau tidak, berpagar atau tidak mengikut khilaf para fuqaha. (Sila rujuk Paizah 215 dan Zuhaili al-Fiqh 6: 107-114).

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 143

Sifat sebagai tempat simpanan terbatal dengan tiga perkara: x x x Tertuduh telah diberi kebenaran memasuki tempat itu; Membiarkan pintunya terbuka; dan Wujud lubang-lubang atau kerosakan pada tempat simpanan tersebut.

(b) Dikawal
Maksudnya, barangan itu tidak disimpan di dalam tempat simpanan khusus, tetapi ia diletakkan di bawah kawalan pihak tertentu, seperti pengawal keselamatan. Oleh itu, sekiranya barangan itu ditempatkan di tempat yang boleh dimasuki orang ramai tanpa perlu minta izin dan tanpa dikawal ia tidak dianggap barang dalam simpanan. Sifat terkawal di bawah kawalan dianggap telah tidak ada apabila pengawal tidak membuat kawalan sempurna atau berlaku kecuaian.

(c) Cukup nisab


Maksudnya, harta yang dicuri mencapai tahap kadar tertentu. Fuqaha khilaf dalam mensyaratkan cukup nisab untuk sesuatu perbuatan curi boleh dihukum hudud. Majoriti mereka mensyaratkannya tetapi sebahagian yang lain pula tidak mensyaratkannya. Mereka yang mensyaratkan cukup nisab mengasaskan pendapat mereka kepada hadis-hadis berikut:


Maksudnya: Tiada hukuman potong tangan pada (barang curian) kurang daripada sepuluh dirham.


Maksudnya :Tangan tidak dipotong kecuali pada (barang curian bernilai) satu dinar atau sepuluh dirham. Mereka yang tidak mensyaratkan nisab mengasaskan pendapat mereka kepada ayat 38 surah al-Maidah. Firman Allah;

Maksud: Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka potonglah tangan kedua-duanya. Bagi mereka, ayat ini tidak menentukan kadar nilai barangan curi tersebut. Oleh itu, tiada nisab bagi barang curian.

(d) Kadar nisab.


Fuqaha yang mensyaratkan nisab khilaf sama sendiri dalam

144

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

menentukan kadar nisab barang curian. Antaranya:

(i)

Abu Hanifah menentukan kadar nisab sebanyak satu dinar dan sepuluh dirham, berdasarkan hadis di mana Rasulullah S.A.W menyatakan tangan tidak dipotong kecuali pada satu dinar dan sepuluh dirham. Majoriti Imam al-Maliki, al-Syafie dan al-Hanbali menentukan kadar nisab barang curian ialah dinar emas, tiga dirham perak atau nilai sebanyak tersebut bagi narangan niaga atau binatang.

(ii)

(iii) Cuma Imam al-Maliki dan al-Hanbali menilai barangan selain emas dan perak dengan dirham. (Zuhaili,alFiqhu 6:102-103) (c) Harta dicuri milik orang lain Bermaksud, perbuatan mencuri itu dianggap jenayah mencuri, barangan dicuri mestilah milik orang lain sepenuhnya. Si pencuri tiada apa-apa hak ke atas barangan terbabit. Sekiranya dia ada hak atau kebenaran seperti dia ada kebenaran masuk ke tempat penyimpanan, penyewa, peminjam, penghutang yang mengambil kadar hutang daripada harta pemiutang yang tidak mahu membayar hutangnya atau lainnya dia tidak boleh dianggap mencuri. Harta dimiliki bermaksud juga barangan curi itu mestilah barang yang boleh dimiliki seperti emas, budak yang belum mumaiyiz berstatus hamba dan lainnya. Jika ia bukan barangan yang boleh dimiliki, seperti kanakkanak belum mumaiyiz berstatus merdeka, pengambilnya tidak dianggap pencuri, tetapi penculik. Pencuri mendakwa memiliki barang curi Sekiranya pencuri mendakwa barang dicurinya adalah miliknya, fuqaha berbeza pendapat: (i) Imam Malik berpendapat dakwaan itu tidak menggugurkan hukuman mencuri kecuali dia dapat membuktikan dakwaan milik itu adalah benar. Al-Syafi`ie dan al-Hanbali berpendapat dakwaan milik itu adalah satu keraguan. Hudud diabaikan sekiranya ada keraguan. Namun dia boleh dihukum dengan hukuman takzir.

(ii)

Harta tercicir Islam tidak mengharamkan sesiapa mengambil harta tercicir. Namun yang mengambilnya perlu mengisytiharkannya kepada orang ramai sebelum mengambilnya. Oleh itu, Fiqh Jinayat Islam tidak menganggap orang yang

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 145

mengambil harta tercicir sebagai pencuri, sekalipun dengan niat untuk memilikinya. Perbuatan itru dikategorikan sebagai jenayah takzir. Alasannya, mengambil harta tercicir tidak melengkapi unsur-unsur curi: ia diambil secara kebetulan, tidak ada niat terlebih dahulu, barangan itu tidak berada pada tempat simpan sebenar dan barangan itu diambil tidak secara sembunyi-sembunyi. (d)

Niat jahat
Unsur keempat untuk perbuatan mencuri dianggap jenayah. Iaitu niat mencuri ialah niat jahat untuk melakukan pencurian. Niat jahat ini dianggap telah wujud apabila si pengambil mengetahui dia haram mengambil barangan itu dan mengambilnya untuk dimiliki. Sekiranya dia tahu tidak haram mengambilnya, seperti dia mengambil atas anggapan pemilik membenarkan dia mengambilnya atau dia mengambilnya bukan dengan tujuan untuk memilikinya, seperti mengambilnya atas dasar memelihara keselamatan barangan dan akan mengembalikan kepada tuannya atau lainnya maka majoriti fuqaha berpendapat dia tidak boleh dianggap melakukan jenayah mencuri.

6.4.3

Hukuman Jenayah Mencuri

Fiqh Jinayat Islam mengenakan hukuman potong tangan ke atas jenayah curi. Sumber hukuman ini ialah firman Allah ayat 38 dalam surah al-Maidah:

Maksudnya: Dan lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri potonglah tangan kedua-duanya sebagai (balasan) kepada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Ulama sepakat bahawa perkataan tangan dalam ayat ini termasuk juga kaki. Apabila pencuri mencuri kali pertama dipotong tangan kanannya. Apabila dia mencuri kali kedua dipotong kaki kirinya. Tempat tangan dipotong ialah sendi pergelangan tangan yang memisahkan antara tangan dengan tapak tangan dan kekura tangan. Tempat kaki dipotong pula ialah sendi pergelangan kaki yang memisahkan kaki dengan tapak kaki dan kekura kaki. Ali bin Abu Talib memotong separuh tapak dan kekura kaki supaya ada baki yang tinggal untuk pencuri itu boleh berjalan. (Zuhaili, al-Fiqh 6:99) Hikmat potong tangan ialah kerana yang mendorong si pencuri untuk mencuri ialah menambah pendapatannya dengan mencuri hasil usaha orang lain. Dia tidak berpada dengan hasil usahanya, malah tamak pada hasil usaha orang lain. Dia berbuat demikian untuk menambah kuasa belinya, atau status kehidupan zahir atau kerana tidak mahu berpenat lelah atau untuk menjamin masa

146

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

depannya. Dorongan yang menjadi pemangkin dia mencuri ialah menambah pendapatan atau menambah kekayaan. Fiqh Jinayat Islam membanteras dorongan yang menjadi pemangkin ini dari dalam diri manusia itu sendiri dengan mengenakan hukuman potong tangan, kerana potong tangan dan kaki membawa kepada kurang daya usaha. Natijahnya, kurang kekayaan dan kurang kuasa beli. Sekali gus ini akan mendorong seseorang supaya berusaha bersungguh-sungguh dan bekerja keras mencari kekayaan, bukan mencuri, di samping bimbang masa depan yang gelap jika dijatuhi hukuman potong tangan dan kaki kerana mencuri. Dengan mengenakan hukuman potong tangan Fiqh Jinayat Islam telah berjaya membanteras unsur-unsur pemangkin seseorang melakukan jenayah curi dengan unsur-unsur dalaman manusia yang bertentangan dan sekali gus mampu menghindarkan jenayah curi. Sekiranya unsur-unsur pemangkin ini dapat menewaskan manusia dan dia melakukan jenayah curi sekali, maka kesengsaraan yang ditanggungnya akibat hukuman tersebut akan dapat membunuh keinginan mencuri. Dengan itu dia tidak akan kembali mencuri. Hukuman itu juga dapat menjadi amaran kepada orang lain yang cuba melakukan jenayah curi. Kenyataan membuktikan tiada hukuman lain yang dapat memerangi jenayah curi, statistik menunjukkan satu keadaan yang sangat membimbangkan, jenayah curi semakin meningkat dari masa ke semasa di seluruh dunia, sehingga jenayah mencuri seolah-olah diterima sebagai satu profesion rasmi seperti profesion lain. Kita sering mendengar dan melihat berita-berita jenayah curi yang dilakukan secara peribadi dan berkumpulan. Ia telah membentuk kegiatan curi yang sangat terancang dan strategi yang cukup licik. Ia telah berkembang luas sehingga membentuk rangkaian pencuri antarabangsa. Malah kadangkala rangkaian ini memiliki senjata dan peralatan yang tidak mampu dimiliki oleh sesetengah kerajaan. Ini menyebabkan banyak negara-negara yang tidak mampu memerangi jenayah ini. Semua ini disebabkan hukuman jenayah curi yang dilaksanakan tidak berkesan dalam memerangi jenayah ini.

SEMAK KENDIRI 6.2


1. Apakah yang anda faham mengenai ungkapan: tuduhan soreh dan tuduhan kinayah? 2. Nyatakan pembezaan memabukkan. antara arak dan minuman yang

3. Bincangkan maksud harta dalam kes jenayah mencuri.

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

W 147

Perbincangan dalam topik keenam ini telah memperkenalkan kita kepada sebahagian daripada jenayah hudud serta hukuman yang dikenakan ke atas jenayah-jenayah ini. Hasil perbincangan ini boleh dirumuskan seperti berikut: (a) (b) Jenayah zina, qazaf, minum arak dan mencuri adalah sebahagian daripada jenayah hudud. Setiap jenis jenayah ini mempunyai unsur-unsur terpenting untuk ia boleh diiktiraf sebagai jenayah hudud yang layak dihukum dengan hukuman hudud. Secara umum, unsur-unsur itu boleh dirumuskan seperti berikut: (i) (ii) Semua jenayah ini mestilah dilakukan dengan niat jahat Semua jenayah ini mestilah ada unsur fizikalnya, iaitu melakukan perbuatan jenayah itu sendiri (c) (i) (ii) Diambil secara senyap dan sembunyi; Ada nilai iaitu harta alih; Disimpan atau dikawal dalam simpanan atau kawalan yang sesuai; Cukup nisab; dan Harta orang lain.

(iii) Dalam kes mencuri, barang yang dicuri mestilah:

Setiap jenis jenayah ini telah ditentukan hukuman tertentu: Penzina tak muhsan disebat 100 sebatan dan dibuang daerah; Penzina muhsan direjam sampai mati;

(iii) Penjenayah qazaf disebat 80 sebatan dan tidak diterima kesaksian selama-lamanya; (iv) Penjenayah liwat, lesbian, homoseksual, onani dihukum dengan hukuman takzir yang ditentukan pemerintah; dan (v) Penjenayah minum arak disebat 80 atau 40 sebatan mengikut khilaf fuqaha Kali pertama dipotong tangan kanan Kali kedua dipotong kaki kiri Kali ketiga dipotong tangan kiri

(vi) Penjenayah mencuri

148

TOPIK 6 JENAYAH HUDUD I

(d)

Kali keempat dipotong kaki kiri

Ali bin Abu Talib tidak memotong kaki pada kali keempat dan memotong pada kura-kura kaki dengan meninggalkan sebahagian kirakura kaki dan tapak kaki untuk penjenayah boleh berjalan.

Buang daerah Harta alih Harta tak alih Liwat Qazaf

Rejam Sebat Tempat simpan sesuai Zina

You might also like