Rekabentuk Pengajaran... Model Assure

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

REKABENTUK PENGAJARAN Model rekabentuk pengajaran yang kami gunakan dalam untuk merancang pengajaran ialah Model pengajaran

ASSURE. Penggunaan multimedia secara interaktif dalam bidang pendidikan pada masa kini telah mendapat perhatian yang meluas terutamanya para pendidik. Gabungan animasi, audio, video dan grafik yang menarik menjadikan teknik pengajaran guru lebih menarik dan sangat sesuai digunakan di dalam bilik

darjah. Namun demikian, untuk mewujudkan teknik pengajaran yang berkesan dan menarik ini, sebagai seorang guru, kesesuaian bahan atau media yang digunakan adalah sesuai dengan pelajar ataupun sesuai dengan keadaan bilik darjah. Kesemua persoalan ini amat berkait rapat dengan model-model rekabentuk instruksional yang semakin tersebar. Tidak kira bidang pendidikan maupun sektor awam yang lain seperti bidang ketenteraan, perisian yang dihasilkan berasaskan model-model reka bentuk instruksional amat penting dalam proses penyampaian maklumat.

Model ini melibatkan enam fasa utama iaitu analisis, menentukan objektif, memilih kaedah, media dan bahan, menggunakan bahan dan media, penglibatan pelajar dan penilaian dan pengubahsuaian.

Fasa Analisis Dalam fasa ini, pembangun perisian akan menganalisis perisian ini kepada dua aspek utama: a) Kumpulan sasaran kumpulan kami telah menilai perisian yang akan kami gunakan dan perisian tersebut memenuhi keperluan pelajar sekolah rendah tahun dua. b) Kandungan Pelajaran Dalam pengajaran ini, kami memilih tema cerita berdasarkan kepada kandungan huraian sukatan pelajaran. Kandungan ini memberiri tumpuan kepada teknik mendengar dan bercakap dengan menggunakan bahasa inggeris.

Fasa Menyatakan Objektif ( State Objective ) Objektif pembelajaran yang kami jalankan ialah, pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat menyatakan beberapa karakter yang terlibat dalam cerita tersebut. Objektif kedua ialah, pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat menjawab sekurang-kurangnya lima daripada sepuluh soalan yang dikemukakan. Objektif ketiga ialah, pada akhir pembelajaran, pelajar dapat menyatakan atau menceritakan semula cerita dangan bantuan rangsangan.

Memilih media ( select method, media and materials ) Pengajaran yang berkesan seharusnya mempunyai teknik dan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Oleh itu, memilih kaedah dan media yang sesuai juga merupakan salah satu lagi ciri model ASSURE. Kumpulan kami telah menggunakan Power Point sebagai bahan bantu mengajar. Power Point ini mudah untuk disediakan. Kami juga menggunakan video yang mana ia dimasukkan ke dalam power point supaya mudah untuk dipaparkan semasa pengajaran pada masa akan datang.

Menggunakan Media ( Utilize media and Materials ) Menggunakan media dalam pengajaran dan pembelajaran sangat sesuai. Namun demikian, sebelum menggunakan media iaitu Power Point, kumpulan kami memastikan sama ada media yang kami gunakan itu tidak bermasalah. Ini bertujuan untuk melancarpan sesi pembelajaran. Kemudian kumpulan kami akan mengenal pasti lokasi pembelajaran iaitu, sama ada lokasi tersebut mempunyai ruang yang selesa, mendapat bekalan elektrik ataupun sebagainya. Selain itu, sebelum menggunakan media kami juga mengambil kira situasi pelajar dan media itu sendiri supaya media yang kami gunakan akan dapat memberikan pengalaman yang baru kepada pelajar.,

Tindak Balas Pelajar (Require Learner and Participation) Dalam model Assure, pada peringkat ini merujuk kepada tindak balas pelajar kepada pengajaran yan dilakukan oleh guru tersebut. Jika pelajar memberikan tindak balas positif dan aktif dalam kelas semasa sesi soal jawab selepas paparan media, bermaksud bahawa pelajar tertarik dengan paparan media iaitu power point yang digunakan. Sebaliknya jika pelajar tidak menunjukkan minat dalam pengajaran dan pembelajaran, maka penggunaan media tersebut tidak berkesan. Kumpulan kami juga memusatkan pembelajaran kepada pelajar dimana, pelajar akan memberikan tindakbalas terhadap gambar atau paparan video pada slaid. Sebagai contoh, pelajar akan menamakan haiwan-haiwan yang ditunjukkan. Ini menunjukkan pelajar

memberikan perhatian atau sebaliknya.

Menilai dan menyemak semula bahan ( Evaluate and Revise ) Penilaian perisian atau media yang digunakan boleh dilakukan setelah selesai pengajaran. Aspek yang dinilai adalah berkaitan keberkesanan atau kekuatan perisian atau media tersebutsecara menyeluruh. Walau bagaimanapun, terdapat bebrapa aspek yang harus difikirkan seperti yang disarankan oleh Yusup (2006): a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu prose pengajaran dan pembelajaran? c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul? d. Adakah suasana pembelajaran selesa? e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?

Proses menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan Perisian atau media pengajaran dan ia tidak akan berakhir di situ sahaja. Pembaikan media akan terus dilakukan sehingga media itu benar-benar sesuai dengan pelajar dan mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian formatif atau penilaian sumatif. Bagi kumpulan kami menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat

mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

REFLEKSI

You might also like