Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

TUGASAN PROJEK : INDIVIDU

PENULISAN REFLEKTIF PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

: :

NURFATIHA BT ROZLAN 2011142360155 820315105688 PPG AMBILAN JUN 2011 (MATEMATIK 6) PJM 3110 LIMA PN ZAIMAWATI BT ABDUL KADIR 27 SEPTEMBER 2013

NO.KAD PENGENALAN : KUMPULAN / UNIT :

NAMA MATAPELAJARAN: SEMESTER NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN : : :

REFLEKSI Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya, saya akhirnya dapat menyiapkan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya. Miskipun dalam keterbatasan waktu dan kesibukan melaksanakan tanggungjawab di sekolah dan keluarga, tugasan penulisan akademik melalui kertas PJM3110 ini dapat juga saya siapkan dalam tempoh masa yang telah diberi. Berkat kerjasama, kesepakatan dan kesefahaman antara rakan sekerja dan rakan seperjuangan, segala yang telah dirancang telah dapat dihasilkan. Tugasan ini bermula setelah saya mendapat taklimat yang diberikan oleh Pn Noor Izrain Bt Kamsiran di Dewan Tun Fatimah pada 30 Jun 2013. Walaupun begitu, pada peringkat awal tugasan ini, kami melalui beberapa kali penukaran arahan soalan tugasan daripada peringkat dalaman IPG. Semasa interaksi ke dua, iaitu 6 Julai 2013, saya bersama rakan yang lain berbincang bersama pensyarah pembimbing iaiatu Pn Zaimawati bagi memastikan kami mendapat arahan tugasan yang jelas dan tepat. Alhamdulillah, setelah kekusutan dapat dileraikan, saya dapat meneruskan penulisan akademik yang sebagaimana dikehendaki. Sebenarnya, dalam menyiapkan tugasan ini memang banyak cabaran dan kekangan yang terpaksa saya lalui. Antaranya ialah saya perlu mengadakan satu sesi pertemuan bersama-sama dengan guru Pendidikan Jasmani (PJ) di sekolah saya bagi

mengenalpasti pemasalahan yang di hadapi pada peringkat dalaman sekolah saya sendiri. Selain itu juga saya berbincang dengan Ketua Panitia PJ iaitu En Shabudin berhubung dengan bahan serta pandangan beliau mengenai tugasan ini bagi mendapatkan idea dan berkongsi pengalaman beliau sendiri. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu saya mendapatkan maklumat yang lebih jelas dalam tugasan saya nanti. Di samping itu juga, saya turut menemubual pihak pentadbir sekolah saya iaitu Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum iaitu Pn Salbiah bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas berhubung dengan pemasalahan yang dihadapi dalam sukan peringkat sekolah dan juga mendapatkan pandangan beliau tentang tugasan yang hendak saya lakukan. Hasil daripada perkongsian maklumat bersama dengan rakan-rakan di sekolah, saya turut juga berkongsi dan bertukar-tukar maklumat tentang tugasan ini bersama rakan sekelas disamping mencari sumber lain seperti buku, bahan di internet dan modul pengajaran pendidikan jasmani ini sendiri. Jelas menunjukkan

bahawa terdapat banyak bahan yang dapat kita perolehi di perpustakaan dan di internet. Walaupun begitu, saya perlu mengaplikasikannya dengan persekitaran di peringkat sekolah saya. Hal inilah yang menjadikan saya tertekan apabila saya terpaksa mengimbangi antara kerja di sekolah di samping menyiapkan tugasan penulisan akademik ini. Ia merupakan satu pengalaman pahit manis sepanjang melaksanakan tugasan ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran, usaha dan sokongan daripada rakan-rakan dapat juga saya akhirnya menyiapkan tugasan yang diberikan. Penulisan akademik yang perlu saya huraikan dalam bentuk esei ini meminta saya menjelaskan perkaitan di antara kriteria pemilihan aktiviti PJ dengan kepentingan PJ di sekolah. Hasil daripada pencarian maklumat ini telah memberi banyak manfaat dan ilmu serta pengalaman yang berguna kepada saya untuk digunakan dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) PJ di sekolah kelak. Antara ilmu yang diperolehi daripada tugasan ini ialah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kepentingan mempelajari PJ kepada saya dan murid-murid. Ia amat baik bagi saya kerana ilmu berkenaan mampu memberi panduan kepada saya untuk mengajar subjek PJ. Pendidikan Jasmani di sekolah amatlah penting kepada murid. Ini kerana ia dapat membentuk perkembangan diri murid dari segi kecergasan fizikal, intelektual, emosi, sosial dan efektif. Sekiranya kita tidak tahu kepentingan mempelajari PJ ini, sudah pasti kita hanya memandang sebelah mata sahaja tanpa mengambil kira kesan positif yang dapat dijana melalui aktiviti sukan dan permainan ini ke atas anak didik kita. Hal ini sudah pasti merugikan kita dan anak bangsa kita sendiri malah menjadikan masyarakat pada masa akan datang ke arah pembentukan diri yang tidak sihat akibat daripada kurang mendapat pendedahan aktiviti PJ di sekolah atau di rumah. Maklumat yang terkandung di dalam kurikulum PJ itu sendiri sebenarnya cukup jelas dalam

pembentukkan jati diri sesuatu bangsa ke arah kehidupan yang lebih sihat serta menjadikan amalan memperolehi maklumat kesihatan yang banyak mampu di sampaikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung semasa di dalam kelas mahupun semasa aktiviti fizikal di lakukan. Melalui tugasan ini juga, saya dapat mengetahui tentang cara merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan agar murid tidak merasa bosan. Ini merupakan salah satu kesan afektif yang mampu saya terapkan bagi membentuk sahsiah diri yang baik di kalangan murid. Melalui sesi perbincangan bersama guru pakar PJ serta melalui pembacaan, dalam

melaksanakan PJ kita seharusnya membuat pemilihan aktiviti yang bersesuaian untuk mengekalkan motivasi pelajar dalam meneroka aktiviti pengajaran yang dilaksanakan di samping memastikan objektif PdP Pendidikan Jasmani tercapai. Selain itu aktiviti yang dipilih mestilah mengambil kira aspek perbezaan kebolehan pelajar dan menyediakan program yang berperingkat demi mementingkan ciri-ciri individualistik pelajar. Sifat seseorang murid dengan murid lain adalah berbezabeza. Sebagai seorang guru PJ haruslah bijak dalam merancang PdP mengikut kebolehan pelajarnya. Ini kerana pelajar yang berkebolehan rendah mestilah melakukan aktiviti yang mengikut tahap kebolehannya. Sesungguhnya perancangan aktiviti yang baik mampu menarik minat murid untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh serta membentuk jati diri yang cemerlang. Selain itu ilmu tentang perancangan kewangan yang baik juga saya perolehi melalui tugasan ini. Pengurusan kewangan yang baik membantu melancarkan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pengajaran. Contohnya sekiranya guru ingin membeliperalatanpendidikanjasmaniseperti bola, guru tidak akan mengalami

masalah lagi untuk memohon peruntukkan daripada pihak sekolah kerana pembelian peralatan tersebut sudah ada dalam bajet belanjawan yang telah dirancang sejak awal lagi. Jadi pihak pentadbir sekolah tidak boleh menggunakan sesuka hati sumber kewangan untuk Panitia Pendidikan Jasmani. Tugasan ini juga telah memberi banyak kesedaran dan mengubah persepsi negatif saya terhadap subjek pendidikanjasmani. Selama ini saya hanya memandang rendah terhadap matapelajaran ini kerana matapelajaran ini tidak mempunyai nilai dari segi

peperiksaan umum. Selain itu saya juga tidak memahami dan menjiwai tentang matlamat utama pengajaran pendidikan jasmani dilaksanakan di sekolah. Setelah membuat tugasan ini sedikit demi sedikit saya memahami dan menjiwai tentang matlamatnya iaitu membina kecergasan diri pelajar melalui amalan-amalan gaya hidup sihat serta menjadikan aktiviti kecergasan dan sukan sebagai pendidikan sepanjanghayat. Malah dari situlah kita belajar bagaimana membina kondisi otot, koordinasi dan elemen-elemen sains sukan yang lain. Mulai saat itulah, ia banyak memberi kesedaran dan membuka minda saya agar terus berjuang dan memperkasakan subjek pendidikan jasmani demi kecemerlangan anak bangsa di masa akan datang. Melalui sikap guru yang profesionalisme dan berpandangan jauh akan melahirkan anak bangsa yang cemerlang dari seluruh aspek sama ada jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Tugasan ini juga memberi peluang kepada saya untuk mempelajari tentang cara menguruskan bilik sukan serta peralatan sukan dengan baik. Ilmu ini juga saya perolehi daripada temubual saya dengan guru pakar dalam pendidikan jasmani dan seorang jurulatih utama negeri Melaka dalam bidang pendidikan jasmani iaitu Encik Muhammad Shabudin bin Ismail. Beliau juga merupakan jurulatih pasukan hoki sekolah. Pengurusan bilik sukan dan peralatan sukan yang baik dan sistematik. Peralatan sukan perlulah disusun dengan teratur dan di tempat yang mudah diambil dan dilihat. Bilangan peralatan sukan perlulah dicatat di dalam buku stok. Di samping itu catatan mengenai keluar masuk serta penggunaan alatan juga perlu disediakan agar penggunaannya dapat berjalan dengan lancar. Dengan adanya sistem pengurusan bilik dan peralatan yang baik dan sistematik, segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan peralatan sukan juga sentiasa berada dalam keadaan baik dan teratur. Selain itu, tugasan ini juga mengajar dan memberi kesedaran kepada saya tentang pentingnya menjadi guru PJ yang berakauntabiliti. Guru yang bersikap akauntabiliti adalah guru yang mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab terhadap tugas mengajarnya dengan betul dan sempurna. Justeru, ini akan mewujudkan situasi pembelajaran yang bermakna bagi seseorang pelajar hasil komitmen guru yang berakauntabiliti. Setiap guru mesti mempunyai tanggungjawab terhadap menyampaikan pelajaran dan sepatutnya menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Ketrampilan guru dalam sukan sepatutnya dapat menggarap pelajar menyalurkan kemahiran bersukan serta dapat menggunakan ilmu pendidikan sukan semasa mereka menyertai pertandingan di peringkat sekolah, daerah atau negeri. Guru juga perlulah menjadi role model kepada murid agar mereka mencontohi sikap guru. Dengan kesedaran ini membuatkan saya berasa insaf dan berazam untuk menjadi seorang guru PJ yang berdedikasi dan berakauntabiliti, Insyaallah. Kesimpulannya, dapat saya simpulkan di sini bahawa tugasan penulisan akademik ini memberi banyak ilmu yang bermanfaat di samping memberi pengalaman yang sangat berharga. Dengan ilmu dan pengalaman ini, diharapkan dapat membantu saya menjadi seorang guru PJ yang berakauntabiliti demi kecemerlangan anak murid saya. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana memberi sokongan dan kerjasama serta tunjuk ajar semasa melaksanakan tugasan ini. Jasa dan

pengorbanan kalian amat saya hargai, dan hanya tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan dan kekhilafan saya sebagai hambanya. Sekian, terima kasih

Disediakan oleh,

Nurfatiha
(Nurfatiha Bt Rozlan) 820315 - 10 - 5688 PPG MATEMATIK 6

You might also like