Laporan BIG Sem 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3/2013 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH K18 Kursus

Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu usaha ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pandidikan Guru (FPG). Jam kontrak bagi Program Bina Insan Guru Fasa 3 ini ialah selama 10 jam iatu 3 jam program bengkel dan 7 jam lagi ialah aktiviti khidmat masyarakat di sekolah. Pelatih guru yang terlibat bagi program ini ialah semua pelatih guru daripada unit K. Program BIG Fasa 3 ini telah dirasmikan oleh Penyelaras Program Bina Insan Guru iaitu Encik Mohd Radzi Bin Haji Johari. Program bengkel 3 jam telah diadakan di Dewan Seri Tanjung pada 25 Januari 2013. Proram ini telah dihadiri oleh semua pelatih guru unit K18 iaitu seramai 20 orang. Bengkel ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Taklimat Pro Forma BIG dan Taklimat Protokol dan Etiket. Taklimat Pro Forma BIG telah disampaikan oleh Encik Yusri Bin Mat Johor. Dalam taklimat ini pelatih guru didedahkan secara terperinci berkenaan dengan jumlah jam BIG iaitu selama 120 jam bermula daripada semester 1 hingggalah semester 6. Selain itu, pelatih guru juga diberi taklimat berkenaan dengan format folio BIG serta format pemberian markah. Seterusnya ialah ceramah Protokol dan Etiket dalam Pengurusan dan Menghadiri Majlis. Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Radzi Bin Johari. Ceramah ini adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang protocol dan etiket sebenar apabila menghadiri sesuatu masjlis rasmi. Dalam bengkel 3 jam ini juga terdapat pembetangan bersama tutor kelas masing-masing. Bengkel tiga jam ini berakhir pada pukul 11.30 pagi. Program Bina Insan Guru 7 jam yang berikutnya ialah berkaitan dengan khidmat pendidikan kepada komuniti. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih guru terhadap persekitaran komuniti sebenar. Pelatih guru dikehendaki untuk merancang satu aktiviti kemasyarakatan di sekolah. Pelatih guru terlibat bagi melaksanakan aktiviti kemasyarakatan ini ialah pelatih guru dari unit K18 iaitu seramai 20 orang. Program khidmat masyarakat yang telah dijalankan ialah berbentuk program motivasi. Program motivasi ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Program motivasi ini telah dijalankan pada hari Khamis iaitu bersamaan dengan 7 Mac 2013. Program

motivasi ini bermula pada pukul 7 pagi hingga 2 petang. Pensyarah pembimbing bagi program motivasi ini ialah mentor K18 iaitu Encik Zakaria Bin Nasiruddin. Pelatih guru unit K18 telah bergerak ke Kuala Kangsar dengan menggunakan bas IPG Kampus Ipoh bersama-sama dengan pelatih guru unit K19 kerana sekolah yang mereka pilih untuk melaksanakan program khidmat masyarakat ini adalah sekitar Lubok Merbau juga. Murid-murid yang terlibat untuk program motivasi di Sekolah Kebangsaan Tanah Rata ini ialah murid-murid daripada tahun 3 hingga tahun 6. Hal ini adalah kerana sekolah ini merupakan sekolah kurang murid (SKM). Jumlah keseluruhan murid yang terlibat ialah seramai 64 orang. Butiran jumlah murid bagi setiap tahun adalah seperti berikut : Murid Tahun 3 Murid Tahun 4 Murid Tahun 5 Murid Tahun 6 : 17 orang : 15 Orang : 14 Orang : 18 Orang

Program motivasi ini adalah berkaitan dengan motivasi umum (semangat untuk belajar), kepimpinan dan kerohanian. Program motivasi ini telah disusun dengan beberapa slot untuk dilaksanakan kepada murid-murid. Program bermula dengan pendaftaran dan setiap murid akan diberikan fail program. Slot yang pertama ialah slot pengenalan iaitu ice-breaking. Slot ini bermula dengan sesi pengenalan daripada ketua fasilitator iaitu Ismail Anas Bin Nurdin. Kemudian, sesi perkenalan dengan para fasilitator program. Seterusnya, murid-murid akan berpecah mengikut kumpulan (mengikut nama sewaktu pendaftaran). Setiap kumpulan akan diberikan seorang fasilitator. Dalam kumpulan, mereka akan berkenalan dan saling bertanyakan soalan mengenai nama manja, hobi, cita-cita dan tokoh dikagumi atau diminati.Kemudian, fasilitator akan bertanyakan soalan kepada mereka untuk menguji sejauhmana mereka kenal dengan rakan mereka. Slot icebreaking ini merupakan sesi perkenalan antara ahli kumpulan dan fasilitator.

Sesi pendaftaran peserta.

Ketua fasilitator memberikan taklimat kepada murid-murid.

Sesi perkenalan dengan fasilitator program.

Seterusnya adalah slot yang kedua iaitu slot motivasi umum yang memasukkan tiga aktiviti iaitu aktiviti pertama Bintang Kecil, aktiviti kedua Amekawwww dan yang aktiviti ketiga My Idol. Ketiga-tiga aktiviti ini merupakan aktiviti untuk mencungkil bakat serta minat murid supaya mereka terus berada dalam program ini. Slot ini telah dikendalikan oleh saudara Ahmad Nazrin bin Razak dan saudari Intan Aimi Syahirah binti Mad Saad. Aktiviti pertama iaitu Bintang Kecil merupakan aktiviti di mana murid -murid diberikan lagu tema mereka pada program motivasi ini untuk dinyayikan bersamasama. Lagu tema yang diberikan adalah Azam Yang Suci yang mempunyai unsur unsur keazaman untuk berjaya. Lagu tema ini mampu untuk membakar semangat murid untuk lebih berusaha dalam hidup mereka lebih-lebih lagi dalam pelajaran mereka di sekolah. Murid-murid menyanyi bersama-sama dengan fasilitatior mereka di dalam kumpulan masing-masing. Manakala aktiviti yang kedua adalah Amekawwww merupakan aktiviti di mana murid-murid perlu meniru trademark yang telah dihasilkan oleh fasilitator. Tujuan trademark ini dihasilkan adalah untuk memberi satu semangat di dalam diri murid-murid untuk meluahkan perasaan mereka di dalam kumpulan masing-masing. Bukan itu sahaja, aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan di mana kumpulan yang penuh semangat memberikan respons dalam aktiviti ini akan diberikan ganjaran oleh ketua fasilitator.

Murid-murid bersama fasilitator menyanyikan lagu tema Azam Yang Suci

Murid-murid menulis idola mereka

Seterusnya adalah aktiviti yang ketiga iaitu My Idol. Aktiviti ini dijalankan dengan meminta murid-murid untuk menyatakan secara umum siapakah idola mereka di dalam hidup ini. Masing-masing murid menzahirkan idola mereka dengan menulis di atas lembaran kertas yang telah disediakan oleh pihak fasilitator. Selepas sahaja selesai murid bercerita tentang idola mereka fasilitator menerangkan isola sebenar yang terbaik untuk diikuti kepada murid sepanjang hidup mereka iaitu Rasulullah s.a.w. Dalam aktiviti ini fasilitator meminta murid untuk menulis idola mereka dengan menggunakan tangan yang janggal iaitu menulis menggunakan tangan kanan bagi murid yang menulis menggunakan tangan kiri dan sebaliknya menggunakan tangan kiri jika mereka menulis menggunakan tangan kanan. Ini bertujuan memberikan gambaran terhadap murid bahawa baginda Rasulullah itu adalah seorang nabi yang tidak tahu membaca dan menulis. Mukjizat al-Quran yang diturunkan kepada baginda merupakan suatu mukjizat yang benar dan tidak didustakan dan tidak dituils oleh baginda Rasulullah. Melalui slot motivasi umum ini adalah untuk memberikan motivasi terhadap murid-murid secara umum agar hidup mereka sentiasa mempunyai iltizam untuk berusaha di samping memberikan satu kelonggaran kepada mereka untuk lari seketika daripada pelajaran pada hari tersebut tetapi dalam konteks yang bermanfaat dan berakademik. Murid-murid perlu untuk diberikan semangat motivasi setiap hari walaupun tidak mampu untuk seorang guru memberikan tetapi adalah cukup jika ibu bapa juga turut membantu memberikan semangat kata-kata motivasi terhadap anak mereka.

Slot seterusnya ialah slot kepimpinan. Slot ini diberi nama Anda Pasti?. Slot ini diadakan supaya murid-murid dapat mengenal pasti ciri-ciri seorang pemimpin, melatih murid-murid untuk membuat keputusan dengan betul dan melatih muridmurid untuk berani tampil ke hadapan. Slot ini telah dikendalikan oleh Ismail Anas Bin Nurdin dan Nurul Fatin Binti Abu Bakar. Slot ini dapat membantu murid dalam meningkatkan keyakinan diri mereka dalam melaksanakan sesuatu perkara. Aktiviti yang dijalankan ialah murid-murid diberi sehelai kertas mahjung bersama sebatang pen marker oleh fasilitator setiap kumpulan. Murid-murid membuat pemilihan salah seorang daripada mereka untuk dijadikan sebagai ketua kumpulan. Fasilitator memberi sedikit masa untuk murid-murid berbincang sesama mereka. Setelah selesai membuat perbincangan, murid-murid dikehendaki untuk menulis sebabsebab pemilihan ketua kumpulan tersebut di kertas mahjung dengan menggunakan pen marker. Setelah itu, salah seorang daripada mereka hendaklah

membentangkannya di hadapan murid-murid yang lain. Akhir sekali, fasilitator membuat kesimpulan mengenai ciri-ciri seorang pemimpin. Semua murid telah mengambil bahagian dalam menyiapkan peta minda ciri-ciri ketua kumpulan yang mereka pilih dengan baik.

Murid membuat peta minda ciri-ciri pemimpin yang dipilih.

Murid membentangkan peta minda ciri-ciri pemimpin yang dipilih.

Slot seterusnya ialah kerohanian yang dikendalikan oleh Muhamad Zharif bin Baddarudin dan Siti Nadhrah binti Ismail. Slot ini adalah bertujuan untuk menyedarkan murid-murid erti pengorbanan kedua-dua ibu bapa yang telah membesarkan mereka. Slot ini menyentuh hati dan perasaan murid-murid supaya mereka sedar dan dapat membalas jasa kedua ibu bapa mereka kelak. Semasa pelaksanaan slot ini, murid-murid disediakan dengan kertas kosong dan pensel/pen. Selepas itu, murid-murid dikehendaki untuk menulis kelebihan dan kelemahan diri di kertas kosong tersebut. Selepas itu, fasilitator menerangkan kepada murid tentang kelemahan diri yang perlu dihindarkan supaya murid-murid dapat berubah untuk menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya untuk ibu bapa. Fasilitator juga menaikkan semangat murid untuk meneruskan kelebihan diri masing-masing supaya murid-murid sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Selepas itu, dalam slot ini juga, fasilitator telah membuat muhasabah diri dengan memasangkan lagu yang menyentuh perasaan murid-murid mengenai ibu bapa. Semasa slot ini, fasilitator bijak menggunakan gaya bahasa dan intonansi yang dapat membuatkan diri murid-murid tersentuh apabila mengenangkan ibu bapa mereka yang banyak berkorban untuk melihat mereka berjaya. Terdapat beberapa orang murid yang sedih apabila fasilitator menceritakan pengorbanan ibu bapa

membesarkan mereka. Dalam pada masa yang sama, fasilitator memberi nasihat supaya murid-murid dapat mengaubah sikap mereka untuk berusaha menjadi pelajar yang cemerlang dan membalas jasa kedua ibu bapa mereka kelak.

Salah satu murid yang sedih dalam Slot Kerohanian ini

Salah satu kata-kata murid untuk ibu bapa mereka

Fasilitator yang mengendalikan slot Kerohanian

Laporan Di Sediakan Oleh,

(NURUL FATIN BINTI ABU BAKAR) SETIAUSAHA BIG FASA 3/2013

You might also like