Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

GALAH PANJANG

Di daerah riau daratan dikenali sebagai cak bur/belon.

1. Pemain dan tempat permainan 3-5 orang satu kumpulan dimainkan di tanah lapang 12 x 6 m

2. Peraturan permainan Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Menetapkan cara tangkapan : sentuh atau menangkap pemain. Jika ditetapkan cara tangkapan, penyerang dibenarkan meronta, tapi tidak dibenarkan menyerang pasukan bertahan secara body contact. Sekiranya penyerang berjaya melepaskan diri, penyerang boleh meneruskan permainan.

Pihak bertahan tidak dibenarkan menyadung kaki penyerang. Jika berbuat demikian, penyerang akan dibenarkan melepasi garisan ke garisan yang seterusnya.

Sekiranya penyerang keluar dari garisan permainan/sengaja melengahkan waktu dengan duduk, pasukan penyerang akan bertukar posisi dengan pasukan kesalahan. bertahan kerana penyerang dianggap telah melakukan

3. Cara bermain Ketua pasukan bertahan berada di tengah garis permainan (garisan menegak) manakala awak-awak akan menjaga garisan melintang. Giliran ditentukan secara wan tu som. Pasukan yang kalah menjadi pasukan bertahan, manakala pasukan yang menang menjadi penyerang. Permainan dimulakan apabila ketua dari kedua pasukan menyetuh tangan. Pasukan penyerang kena melintasi setiap garisan sehingga ke kawasan x (rujuk gambar rajah) dan berpatah balik ke garisan tamat. Setiap penyerang yang berjaya melepasi setiap garisan akan mendapat mata. Pemain akan bertukar giliran sekiranya pasukan bertahan melakukan kesalahan atau kesemua pasukan penyerang telah menyerang.

Rujukan: http://www.nkkhoo.com/2013/07/10/malaysian-traditional-game-galah-panjang-orlong-pole/ http://pmr.inform.gov.my/index.php/sosial/935-permainan-tradisional.html http://melayuonline.com/ind/culture/dig/997/permainan-galah

You might also like