Transkrip Temubual - Masalah Pendengaran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Transkrip Temubual Pada 31 Oktober 2012 yang lalu, saya dan seorang rakan pergi ke rumah responden untuk

menemu bual ibunya yang terletak di No 36 Jln 2 Taman Bukit Belimbing Indah, 45000 Kuala Selangor. Beliau tidak mahu perbualan ini dirakam. Berikut ialah transkrip temu bual saya bersama ibu Arif, Puan Hasnah binti Kasim : Saya : Assalamualaikum, puan Hasnah.

Puan Hasnah : Waalaikumussalam. Saya : Apa Khabar Pn. Hasnah.

Puan Hasnah : Sihat alhamdulillah Saya : Tujuan saya datang ke sini untuk mendapatkan maklumat mengenai Muhammad Arif Solehin Bin Rosli bagi menyempurnakan tugasan tentang kanak-kanak bermasalah pendengaran. Bolehkah puan membantu saya? Puan Hasnah : Oh boleh. Tiada masalah. Saya : Sebelum tu boleh saya gunakan panggilan kakak, lebih mesra rasanya.

Puan Hasnah : Boleh, apa salahnya. Saya : Pertama sekali, boleh kakak ceritakan bagaimana Arif dilahirkan?

Puan Hasnah : Arif dilahirkan tidak cukup bulan iaitu ketika usia kandungan genap 8 bulan. Dia dilahirkan secara pembedahan di Hospital Besar, Klang sebab akak mengalami masalah uri ke bawah. Saya : Adakah akak mengalami masalah lain seperti darah tinggi, kencing manis atau demam panas ketika mengandungkan Arif? Puan Hasnah : Tidak ada masalah. Saya : Apakah punca Arif menghidap masalah pendengaran dan adakah akak telah mengetahuinya semasa mengandung?

Puan Hasnah : Menurut doktor, punca Arif menghidap masalah pendengaran disebabkan lahir tidak cukup bulan dan akak tidak mengetahuinya semasa mengandung. Saya : Bilakah doktor mengesahkan Arif menghidap masalah pendengaran?

Puan Hasnah : Ketika Arif berusia satu tahun. Sepanjang tempoh itu sehingga Arif berusia dua tahun, Arif sering demam dan selesema dalam masa dua atau tiga bulan sekali. Bila umurnya tujuh tahun barulah kesihatannya beransur pulih. Saya : Adakah keturunan akak atau ayah Arif menghidap masalah pendengaran?

Puan Hasnah : Tiada Saya : Bagaimana perkembangan Arif semasa kecil. Adakah lambat atau sama seperti kanak-kanak normal? Puan Hasnah : Perkembangannya adalah agak lambat berbanding kanak-kanak normal yang lain. Dia mula boleh berjalan dan bercakap walaupun kurang jelas ketika berumur tiga tahun. Saya : Adakah Arif pernah mengikuti program PDK? Bagaimanakah perkembangan pembelajarannya? Puan Hasnah : Ya Arif sedang mengikuti program di PDK sejak umurnya empat tahun. perkembangannya banyak di antaranya ialah ada keyakinan diri, pandai bergaul dengan adikberadik, sepupu dan rakannya. Kalau sebelum itu, dia suka mengacau orang dan bersikap agresif. Sekarang pun masih agresif tetapi kurang sedikit berbanding dulu. Saya : Di rumah adakah Arif boleh mengurus diri?

Puan Hasnah : Arif boleh mengurus diri seperti makan, memakai dan membuka baju dan pergi

ke tandas sendiri. Tetapi masih memerlukan pengawasan orang lain. Saya : Bagaimana cara Arif makan? Adakah dia menyuap sendiri?

Puan Hasnah : Arif boleh menyuap dengan tangan. Saya : Adakah Arif dapat membantu akak membuat kerja rumah?

Puan Hasnah : Boleh melakukan kerja yang mudah seperti mengangkat pakaian di ampaian, menyiram pokok bunga, simpan pakaiannya dalam almari, dan susun bantal di tempat tidurnya. Saya : Apakah yang dilakukan sewaktu di rumah?

Puan Hasnah : Arif suka melihat gambar dalam buku, majalah atau surat khabar. Dia tidak suka bermain permainan. Arif juga suka mentonton televisyen rancangan kartun. Saya : Adakah akak membawa Arif pergi bersiar-siar atau keluar makan?

Puan Hasnah : Ada. Akak hendak dedahkan dia pada dunia luar. Saya : Apakah makanan kegemarannya?

Puan Hasnah : Dia suka makan nasi ayam, nasi lemak dan mi goreng. Saya : Ada tak dia menerima perkhidmatan Doktor Pakar?

Puan Hasnah : Tiada. Cuma menjalani pemeriksaan biasa di Klinik Desa. Saya : Apakah pendekatan yang akak gunakan untuk mengajar Arif?

Puan Hasnah : Di rumah akak belikan buku-buku yang bergambar, dan kartun. Saya : Apakah pendekatan akak sekiranya Arif mengamuk?

Puan Hasnah : Akak gunakan pendekatan memujuk dan belaian manja kerana Arif akan merajuk, menangis, dan mengamuk jika dimarah atau dipukul.

Saya

: Baiklah itu sahaja soalan saya. Terima kasih di atas kerjasama yang akak berikan. Saya minta diri dulu.

Puan Hasnah : Sama-sama.

You might also like