Lat Formula t3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

NAMA : _____________________________ TARIKH : _____________________________

TINGKATAN

: _________

Tuliskan formula bagi setiap sebatian yang berikut. BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. SEBATIAN Kuprum(II) oksida Magnesium oksida Natrium oksida Argentum oksida Ferum(II) oksida Ferum(III) oksida Kromium(III)oksida Plumbum(IV) oksida Kalium klorida Zink klorida Ferum(III) klorida Kalium sulfat Nikel(II) sulfat Ferum(III) sulfat Kuprum(I) nitrat Kuprum(II) nitrat Aluminium nitrat Natrium karbonat Kalsium karbonat Aluminium karbonat FORMULA

Seimbangkan persamaan kimia yang berikut. 1. Mg + O2 --------> MgO 2. N2 + H2 ----------> NH3 3. CuO + NH3 ---------> Cu + N2 + H2O 4. CaCO3 + HCl ----------> CaCl2 + CO2 + H2O Nyatakan juga keadaan fizik bagi setiap bahan dalam persamaan itu.

LATIHAN 1. Lengkapkan. Logam + oksigen ------> ________________________ 2. (a)Nyatakan hasil pemanasan logam kuprum dalam oksigen. (b) Tuliskan formula bagi oksigen dan kuprum(II) oksida. (c) Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi pemanasan logam kuprum dalam oksigen. 3. Gunakan maklumat daripada soalan 1, tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas berikut. (a) pemanasan logam magnesium dalam oksigen, (b) pemanasan logam natrium dalam oksigen, (c) pemanasan logam aluminium dalam oksigen, 4. Lengkapkan : Jika logam A lebih reaktif daripada logam B, maka, A + oksida B --------> _______ + _______ 5. (a) Nyatakan hasil bagi pemanasan campuran serbuk logam zink dan serbuk kuprum (II) oksida, (b) Tuliskan formula bagi zink oksida dan kuprum. (c) Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi pemanasan campuran serbuk logam zink dan kuprum(II) oksida. 6. Gunakan maklumat daripada soalan 4, tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi setiap tindak balas berikut. (a) Pemanasan karbon dengan plumbum(II) oksida, (b) Pemanasan kalsium dengan megnesium oksida, (c) Pemanasan aluminium dengan ferum(III) oksida, (d) Pemanasan gas karbon dioksida dengan magnesium, (e) Pemanasan gas hidrogen dengan kuprum(II) oksida, 7. Logam yang lebih elektropositif boleh menyesalkan logam yang kurang elektropositif daripada larutan garamnya. Jika logam A lebih elektropositif daripada logam B, maka Serbuk A(p) + larutan B sulfat (ak) -------> _____(p) + ________(ak) 8. Gunakan maklumat daripada soalan 7, tuliskan persamaan kimia bagi setiap tindak balas berikut. (a) Serbuk logam magnesium ditambahkan kepada larutan zink sulfat. (b) Serbuk logam magnesium ditambahkan kepada larutan aluminium nitart. (c) Serbuk logam aluminium ditambahkan kepada larutan stanium(II) klorida. 9. Lengkapkan . Asid + bes ---------> ________________ + _______________

10. Gunakan maklumat di atas, tuliskan persamaan kimia bagi setiap tindak balas berikut: (a) Serbuk kuprum(II) oksida ditambahkan kepada asid hidroklorik cair. (b) Serbuk aluminium oksida ditambahkan kepada larutan asid sulfurik cair. (c) Natrium hidroksida ditambahkan kepada larutan asid nitrik cair. 11. Lengkapkan Asid + logam -------> ________________ + _______________ 12. Gunakan maklumat di atas, tuliskan persamaan kimia bagi setiap tindak balas berikut. (a) Serbuk aluminium ditambahkan kepada larutan asid hidroklorik cair. (b) Serbuk magnesium ditambahkan kepada larutan asid sulfurik cair. (c) Serbuk kalsium ditambahkan kepada larutan asid nitrik cair. 13. Lengkapakan. Asid + garam karbonat -------> _____________ + _____________ 14. Gunakan maklumat di atas, tuliskan persamaan kimia bagi setiap tindak balas berikut. (a) Kalsium karbonat + asid nitrik cair, (b) natrium karbonat + asid sulfurik cair, (c) aluminium karbonat + asid hidroklorik,

MENGUASAI PENGIRAAN YANG MELIBATKAN JISIM ATOM RELATIF, KONSEP MOL, DAN FORMULA KIMIA. TIPS 1. Bilangan kali n atom P lebih berat daripada m atom Q = (n x J.a.r bagi P)(m x J.a.r. bagi Q) 2. Jika jisim n atom A = jisim m atom B, maka, n x jisim atom relatif A = m x jisim atom relatif B. 3. Hubungan antara jisim, bilangan mol, dan bilangan atom/molekul.

4. Jika formula empirik bagi suatu sebatian ialah XaYb dan jisim molekul relatifnya ialah m, maka, n (jisim formula XaYb ) = m, n[ a( J.a.r. bagi X) + b(J.a.r. bagi Y) ] = m. Latihan 1. Jisim atom relatif bagi titanium adalah 48. Jisim atom relatif bagi oksigen adalah 16. Hitungkan bilangan kali lebih berat satu atom titanium daripada atom okigen. [Jawapan: 3 ] 2. Berapa kali lebih berat 4 atom mangan daripada satu atom neon ? [J.A.R: Ne=20; Mn=55] [Jawapan :11] 3. Hitungkan bilangan atom magnesium yang mempunyai jisim yang sama dengan satu 3 atom bromin. [J.A.R : Mg=24; Br=80] [Jawapan : 10 ] 4. Satu atom unsur X adalah 4 kali lebih berat daripada satu atom nitrogen. Hitungkan jisim atom relatif bagi unsur X. [J.A.R : N=14] [Jawapan : 56 ] 5. Nyatakan jisim bagi , (a) 1 mol atom natrium , (b) 1 mol atom kalsium , (c) 1 mol atom argon.

6. (a) Hitungkan jisim bagi 2.5 mol plumbum. [J.A.R : Pb =207] (b) Hitungkan bilangan mol atom bagi 13 g sampel kromium [J.A.R: Cr=52] (c) Hitungkan bilangan atom bagi 0.5 mol atom kuprum. (d) Hitungkan bilangan mol bagi 3 X 1030 atom stanum. [Anggapkan nombor avogadro = 6 X 1023] 7. Hitungkan jisim dalam gram bagi, (a) 2.5 mol molekul oksigen, (b) 0.5 mol air, (c) 1.5 mol Mg(NO3)2 , (d) 0.8 mol Ag2SO4 . 8. Hitungkan bilangan mol sebatian yang terdapat dalam , (a) 2.12 g Na2CO3 , (b) 4 g CO2 , (c) 82 g Ca(NO3)2 , 9. (a) Berapakah jisim kromium yang mengandungi dua kali lebih banyak bilangan atom daripada 11.8 g nikel ? [J. A. R. :Cr = 52; Ni = 59] (b) Hitungkan bilanagan atom kalsium yang mengandungi 2 kali lebih banyak bilangan atom daripada 9.85 g emas(aurum). [J.A.R. : Au=197, Anggapkan nombor avogadro = 6 X 1023] [Jawapan : (a) 20.8 g (b) 0.1 mol atom atau 6 X 1023 atom ] 10. 0.02 mol atom unsur A berpadu dengan 0.06 mol atom unsur B untuk menghasilkan suatu sebatian. Hitungkan formula empirik bagi sebatian itu. [Jawapan : AB3 ] 11. Hitungkan formula empirik bagi sebatian yang terbentuk apabila , (a) 6 g karbon berpadu dengan 2 g hidrogen, (b) 11.2 g silikon berpadu dengan 30.4 g fluorin, (c) 0.6 g magnesium berpadu dengan 0.8 g sulfur dan 1.6 g oksigen. [ H=1; C=12; Si= 28; S=32; F= 19] [Jawapan :(a) CH4 (b) SiF4 (c) MgSO4 ] 12. Unsur X berpadu dengan unsur Y untuk menghasilkan satu sebatian yang mengandungi komposisi berikut : X, 56.04 % ; Y,43.96 % Hitungkan formula empirik bagi sebatian ini. [J.A.R. : X = 51, Y = 16] [Jawapan : X2Y5 ] 13. .Satu oksida sulfur mengandungi 40% sulfur mengikut jisim. Cari formula empirik bagi oksida itu. [ J.A.R. : S = 32 ; O = 16 ] [Jawapan : SO3]

14. Satu unsur M berpadu dengan fluorin membentukkan suatu sebatian MFx. Tentukan nilai x jika 2.28 g fluorin berpadu dengan 3.80 g unsur M. [J.A.R. : M = 190, F = 19 ] [ Jawapan : x = 6 ] 15. Satu sebatian mempunyai formula empirik CH. Jika jisim molekul relatif bagi sebatian itu ialah 78, tentukan formula molekul bagi sebatian itu. [J.A.R. : H=1; C=12] [Jawapan : C6H6] 16. 9.6 g karbon berpadu dengan 1.6 g hidrogen untuk menghasilkan suatu hidrokarbon yang mempunyai jisim molekul relatif 56. Hitungkan formula molekul bagi hidrokarbon ini. [J.A.R. : H=1; C=12] [Jawapan : C4H8 ]

TUTORIAL 3 MENGUASAI PENGIRAAN YANG MELIBATKAN KONSEP KEMOLARAN A. Pengiraan kepekatan dalam gdm-3 atau moldm-3 Tips (I) Kepekatan larutan dalam gdm-3 =

(ii) Kepekatan larutan dalam moldm-3 = 1. Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan yang berikut dalam gdam-3. a. 4 g zink klorida dilarut dalam air untuk menghasilkan 100 cm3 larutan. b. 25 g kalium nitrat dilarut dalam air untuk menghasilkan 500 cm3 larutan. c. Berapakah jisim natrium sulfat yang terkandung dalam 500 cm3 larutan yang kepekatannya 25 gdm-3 ?

2. Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan yang berikut dalam moldm-3. a. 0.3 mol litium sulfat dilarutkan dalam air untuk menghasilkan 100 cm3 larutan . b. 1 mol natrium klorida dilarutkan dalam air untuk menghasilkan 800 cm3 . c. Suatu larutan asid sulfurik cair mengandungi kepekatan 2 moldm-3 . Berapakah bilangan mol aisd sulfurik cair yang terdapat dalam 20 cm3 larutan itu. 3. Hitungkan (i) bilangan mol bagi setiap bahan yang digunakan, kemudian (ii) carikan kemolaran bagi setiap larutan yang disediakan. a. 5.85 g natrium klorida dilarutkan dalam 200 cm3 air suling. b. 33.2 g kalium iodida dilarutkan dalam 500 cm3 air suling. c. 2.7g kuprum(II) klorida dilarutkan dalam 250 cm3 air suling. d. 99.3 g plumbum(II) nitrat dilarutkan dalam 400 cm3 air suling. Jawapan : 1. (a) 40 gdm-3 (b) 50 gdm-3 (c) 12.5 g , 2. (a) 3 moldm-3 (b) 1.25 moldm-3 (ci) 0.04 mol . 3. (a) 0.1 mol, 0.5moldm-3 (b) 0.2 mol, 0.4 moldm-3 (c) 0.02 mol, 0.08 moldm-3 (d) 0.3 mol, 0.75 moldm-3

B. Pertukaran unit "gdm-3 " kepada unit "moldm-3 " dan sebaliknya. Tips

Kepekatan dalam moldm-3

kepekatan dalam gdm-3

4. Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan berikut dalam moldm-3. a. Larutan magnesium klorida yang mempunyai kepekatan 9.5 gdm-3. b. Larutan kalium iodida yang mempunyai kepekatan 33.2 gdm-3. 5. Hitungkan kepekatan, dalam moldm-3 , bagi satu larutan yang mengandungi 37 g magnesium nitrat dalam 1 dm3 larutan. [J.A.R. : N = 14, O = 16, Mg = 24] 6. Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan berikut dalam gdm-3. a. 0.1 moldam-3 larutan natrium sulfat. b. 2 moldm-3 larutan aluminium nitrat. , 7. Apakah kepekatan, dalam gdm-3, bagi larutan kuprum(II) nitrat 1.5 M ? , [ J.A.R. : N = 14, O = 16, Cu = 64 ] Jawapan : 4 (a) 0.1 moldm-3 (b) 0.2 moldm-3, 5. 0.25 M 6.(a) 14.2 gdm-3 (b) 426 gdm-3, 7. 282 gdm-3

C. Menghitung bilangan mol bahan larutan jika diberikan kemolaran larutan tersebut. Tips Bilangan mol bahan larutan yang terdapat dalam V cm3 M moldm-3 suatu larutan ialah mol.

8. Hitungkan bilangan mol ferum(II) sulfat yang terdapat dalam 80 cm3 larutan ferum(II) sulfat yang kepekatannya 0.2 moldm-3. 9. Berapa mol natrium nitrat yang terkandung dalam 25 cm3 larutan natrium nitrat 0.5 moldm-3 ? 10. Diberi 200 cm3. larutan kalium iodida 2 moldm-3 mengandungi x mol kalium iodida. Cari nilai x. 11. Berapakah jisim barium hidroksida, Ba(OH)2, yang dilarutkan dalam air untuk menghasilkan 50 cm3 larutan berair mempunyai kepekatan 0.1 M ?

12. X g plumbum(II) nitrat telah dilarutkan dalam 500 cm3 air suling untuk menghasilkan suatu larutan yang mempunyai kepekatan 0.6 moldm-3. Cari nilai X. 13. 53 g natrium karbonat telah dilarut dalam air untuk menghasil suatu larutan 0.25 moldm-3. Hitungkan isipadu larutan natrium karbaonat yang telah disediakan. Jawapan : 8. 0.016 mol, 9. 0.0125 mol, 10. 0.4 mol 11. 0.885g, 12. 99.3g, 13. 2000 cm3 , B. Pencairan suatu bahan Tips Jika suatu larutan V1 cm3 M1 moldm-3 dicairkan dengan air supaya terhasilnya larutan V2 cm3 M2 moldm-3 , maka M1V1 = M2V2 14. 10 cm3 larutan kalium bromida 1 M dicairkan dengan air suling untuk menjadikan 50 cm3 larutan. Apakah kepekatan larutan kalium bromida selepas dicairkan ? 15. Air suling telah ditambahkan kepada 80 cm3 larutan natrium karbonat 0.4 M.Berapakah isipadu larutan natrium karbonat cair yang telah disediakan jika kepekatan larutan yang terbentuk ialah 0.1 M ? 16. 150 cm3 larutan zink sulfat telah dicairkan dengan air suling untuk menghasilkan 450 cm3 larutan zink sulfat 0.6 moldm-3. Apakah kepekatan asal larutan zink sulfat ? 17. 20 cm3 larutan argentum nitrat 0.1 M dicairkan dengan air untuk menghasilkan larutan argentum nitrat 0.02 M. Berapakah isipadu air yang telah ditambahkan ? 18. 25 cm3 asid nitrik cair 2 moldm-3 dicairkan dengan air suling sehingga menjadi 250 cm3 larutan. Apakah kepekatan asid nitrik yang terhasil ? 19. Jika 200 cm3 larutan kalium hidroksida yang kepekatannya 2.8gdm-3 dicairkan sehingga 500cm3. Apakah kemolaran larutan yang terbentuk ?

Jawapan : 14. 0.2 M, 15. 320 cm3, 16. 1.8 M, 17. 80 cm3 , 18. 0.2 M 19. 0.02 M , E. Tindak balas peneutralan Tips Katakan A ialah suatu asid dan B ialah suatu alkali. , kedua-dua bahan itu bertindak balas mengikut persamaan berikut , aA(ak) + bB(ak) --------> Hasil Jika V1 cm3 M1 moldm-3 larutan A meneutralkan V2 cm3 M2 moldm-3 larutan B,

maka , 20. 15.0 cm3 larutan kalium hidroksida 1 M memerlukan 10 cm3 asid nitrik cair untuk peneutralan lengkap. Hitungkan kemolaran asid nitrik cair yang digunakan. 21. Hitungkan isipadu asid sulfurik cair 0.5 moldm-3 yang diperlukan untuk meneutralkan barium hidroksida 0.2 moldm3. 22. 0.2 M asid hidroklorik cair ditambahkan sedikit demi sedikit ke dalam sebuah bikar kecil yang mengandungi 40 cm3 0.5 moldm-3 larutan natrium hiodroksida dan 10 cm3 air. Berapakah jumlah isipadu larutan dalam bikar kecil itu supaya larutan menjadi setakat neutral sahaja ? 23. Suatu larutan asid hidroklorik 7.3 gdm-3 memerlukan 10.0 cm3 larutan kalium hidroksida 0.1 moldm-3 untuk peneutralan lengkap. Hitungkan isipadu asid hidroklorik yang telah digunakan. 24. 30.0 cm3 larutan natrium hidroksida 4 gdm-3 memerlukan 15.0 cm3 asid sulfurik cair untuk peneutralan lengkap. Hitungkan kepekatan asid sulfurik cair yang telah digunakan dalam moldm3 . Jawapan : 20. 1.5 M, 21. 20 cm3, 22. 150 cm3, 23. 5 cm3, 24. 0.1 M

You might also like