Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 40

POLITEKNIK UNGKU OMAR

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH (C4644) GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN NAMA AHLI :
01PUT07F2017 01PUT07F2019 01PUT07F2036 01PUT07F2037 : DUT 5 : PN HJH RABIAH BT. AHMAD : 17.04.2008

MUHAMMAD ARIF B JAMAL AZMIR B OTHMAN NOR AFIQ B ABD RAZAK MARYATI BT SAMSUDIN KELAS NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

TUJUAN

Garis Panduan Umum ini disediakan untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam merancang keperluan perindustrian untuk semua jenis pembangunan.Garis Panduan Umum perlu dirancang dengan teliti dan berpandukan kepada prinsip-prinsip perancangan, piawaian dan garis panduan supaya dapat dijadikan rujukan kepada Pihak Berkuasa Negeri, Pihak berkuasa Tempatan serta perunding atau pemaju hartanah.

KAWASAN PERINDUSTRIAN

Latarbelakang Pembangunan industri adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kepesatan pembangunan industri ini telah meningkatkan pemajuan guna tanah. Terdapat beberapa masalah yang perlu diatasi melalui perancangan, antaranya ialah:

Kewujudan industri haram yang merbahaya serta tidak terkawal. Kesesakan kawasan perindustrian sedia ada serta kurangnya kemudahan yang disediakan. Kekurangan tempat yang sesuai untuk pembuangan sisa industri sehingga menyebabkan pencemaran.

Perindustrian Industri boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:


Industri ringan Industri sederhana Industri berat Industri khas Industri kecil dan sederhana (IKS)

GARIS PANDUAN UMUM


1 Komponen Perancangan Kawasan Perindustrian Perancangan Kawasan Perindustrian dibahagikan kepada beberapa komponen iaitu a. Perancangan Tapak Dan Pengezonan b. Keluasan dan Saiz Minimum Lot c. Tatatur Lot d. Anjakan Bangunan e. Had Ketinggian Bangunan f. Ruang Untuk Pemunggahan g. Tempat Letak Kenderaan h. Tempat Letak Lori dan Treler i. j. l. Sistem Rangkaian dan Heirarki Jalanraya serta Pengangkutan Tapak Pelupusan Sisa Toksid Asrama pekerja

k. Zon Penampan m. Rekreasi n. Kedai dan Pusat Peniaga Kecil (Hawker Centre) 2. Perancangan Tapak dan Pengezonan

Perlu bersesuaian dan mematuhi dasar dan garis panduan. Sesuai dari segi peletakan agar mudah sampai. Dielakkan dari menghadap arah laluan tiupan angin yang menghala ke kawasan bandar dan khususnya ke kawasan perumahan. Perlu bersesuaian dengan jenis industri dan kemudahan-

kemudahan yang diperlukan.

Mengambil kira kriteria pemeliharaan alam sekitar dan kawasan yang sensitif.

3. Keluasan dan Saiz Minimum Lot

Saiz minimum kawasan perindustrian tidak kurang daripada 8.0 hektar (20 ekar). Saiz lot perlu cukup besar bagi menyediakan anjakan bangunan, landskap, tempat letak kenderaan, ruang pemunggahan dan ruang penyimpan.

Saiz lot yang disediakan perlulah terdiri daripada pelbagai saiz agar memberi peluang kepada pemilik membuat pilihan serta ruang pembesaran di masa akan datang dan mengurangkan bentukbentuk lot yang ganjil.

Tatatur Lot a. Lot berbentuk empatsegi dengan bahagian yang kecil

menghadap jalan hendaklah diutamakan bagi mengurangkan kos infrastruktur dan utiliti b. Lot yang sempit dan berbentuk ganjil perlu dielakkan untuk memudahkan perletakan bangunan kilang c. Saiz dan bentuk industri hendaklah dipelbagaikan bagi

menampung bangunan-bangunan industri dan kilang yang berbagai saiz dan skil dalam kelas atau jenis yang sama. 4. Had Ketinggian Bangunan Ketinggian Bangunan dikelasifikasikan kepada 3 iaitu: a. Bangunan rendah - 1 3 tingkat b. Bangunan sederhana - 4 5 tingkat c. Bangunan tinggi - melebihi 5 tingkat

Pembangunan di dalam kawasan penyelidikan dan pembangunan hendaklah rendah iaitu maksimum tiga tingkat yang mempunyai 'setting parklike', alam sekitarnya berlandskap

Bagi semua jenis industri yang menghasilkan bahan buangan, had ketinggiannya tidak melebihi dua tingkat.

5. Ruang untuk Pemunggahan

Menyediakan ruang pemunggahan barang-barang berdekatan dan bersebelahan tangga serta lif kawasan utama pengangkutan. Menyediakan ruang pemunggahan barang yang besar di bahagian tepi bangunan untuk aktiviti pemunggahan bagi lori muatan besar (treler).

6. Tempat Letak Kenderaan

Menyediakan kemudahan ruang meletak kenderaan mengikut keperluan dan tempat kemudahan pekerja-pekerja industri. Reka bentuk tempat letak kenderaan bagi industri mempunyai tahap kemudahsampaian yang tinggi dan selamat, berhampiran dengan industri dan saiz tempat letak kenderaan yang bersesuaian dengan jenis kenderaan yang digunakan.

7. Sistem Rangkaian dan Hierarki Jalan Raya serta Pengangkutan

Jalan masuk utama ke kawasan industri hendaklah tidak melalui kawasan kediaman. Rangkaian jalan kawasan industri hendaklah mempunyai sistem hierarki yang nyata dan mudah dikenal pasti oleh pengguna.

8. Landasan Keretapi Landasan-landasan boleh disediakan ke dalam tapak industri sahaja dengan landasan susur di tepi bangunan dibawa landasan susur ke dalam bangunan. Jarak minimum yang diperlukan adalah seperti berikut: a. Jarak minimum diantara landasan utama ke sempadan bangunan bangunan ialah 6m (20 kaki) b. Jarak minimum di antara sempadan bangunan dengan landasan susur ialah ialah 3m (10 kaki) c. Jarak minimum di antara landasan utama dengan landasan usur ialah 9m (30 kaki) d. Jarak minimum di antara landasan susur dengan dinding bangunan sekiranya landasan susur dibawa ke dalam bangunan adalah 2.7m (9 kaki) 9. Zon Penampan

Zon Penampan merupakan kawasan jaluran hijau yang meliputi tempat letak kereta, driveways, laluan pejalan kaki dan kawasan khusus untuk penanaman pokok, landskap dan padang rumput.

Keperluan ruang zon penampan adalah mengikut cadangan Jabatan Alam Sekitar. Tidak kurang daripada 70% dari zon penampan yang disediakan perlu dijadikan penampan 'green'. Kawasan zon penampan perlu disediakan dengan jalur tanaman 30 meter untuk industri khas dan berat, 20 meter untuk industri sederhana dan 10 meter untuk industri ringan.

Pembangunan

yang

boleh

dipertimbangkan

di

dalam

zon

penampan fizikal tidak lebih daripada 30 peratus kawasan zon penampan yang disediakan adalah seperti berikut:-

a) Jalanraya; b) Longkang dan parit; c) Sungai dan tasik; d) Tempat letak kereta; e) Kawasan lapang; f) Industri perkhidmatan g) Gudang bukan makanan; dan h) Tanaman pertanian i) Rizab landskap selebar 1.5m (5 kaki) perlulah disediakan bagi bangunan serta tepi bangunan yang menghadap ke jalan utama

RAJAH 1 : PENAMPAN MENGIKUT JENIS INDUSTRI

10. Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Luas tapak adalah lebih kurang 0.3 hektar ( ekar). Tapak yang dipilih adalah bergantung kepada factor-faktor berikut
a. b.

Tidak mengandungi laluan air dan tidak terdedah kepada banjir Berdekatan dengan jalanraya dan landasan keretapi untuk kemudahan pengangkutan Berjauhan dari kawasan perumahan dan perkampungan Ianya harus mempunyai komponen-komponen seperti berikut:
o o o o

c. d.

Pondok Pengawal Pejabat Tempat Timbang Tempat Menyimpan Terbuka

11. Asrama Pekerja Penyediaan asrama pekerja boleh dipertimbangkan bagi industri yang mempunyai 30% daripada pekerja-pekerja asing dan bukan penduduk tempatan.

Kawasan perindustrian baru yang dengan keluasan 8 hektar (20 ekar) dan lebih dibolehkan untuk membina asrama pekerja dan 15% daripada kawasan industri dibenarkan untuk asrama.

Ketinggian dan anjakan bangunan tidak boleh melebihi ketinggian yang ditetapkan bagi kawasan berkenaan.

12. Rekreasi

Keluasan minimum bagi kawasan rekreasi ialah 10% daripada jumlah keseluruhan kawasan. Khusus untuk pekerja-pekerja industri beriadah ataupun pihak industri boleh menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi kepada kakitangan mereka di tempat yang telah dikhaskan.

Lokasi yang berdekatan dengan asrama pekerja dan jauh daripada industri yang mencemarkan.

13. Kedai dan Pusat Peniaga Kecil (Hawker Centre)

Keluasan minimum ialah 1% daripada keseluruhan kawasan. Kedai dan gerai ini hanya memberikan perkhidmatan kepada pekerjapekerja industri sahaja.

Lokasi mesti berdekatan dengan asrama ataupun kawasan lapang tetapi jauh dari kawasan industri mencemarkan.

GARIS PANDUAN KHUSUS


Garis panduan khusus ditetapkan untuk 4 jenis kawasan perindustrian seperti di bawah: i. Taman Industri Berteknologi (Hi-Tech)

Mesti mempunyai kualiti persekitaran yang tinggi dan aktiviti bercampur di dalam satu kawasan.

ii. Industri Bertingkat Dibangunkan di atas tapak yang telah dizonkan sebagai kawasan perindustrian. Perlu ada jalan keluar masuk yang sah ke tapak. iii. Industri perkhidmatan pusat servis kereta dan bengkel

Lokasi yang strategik dan terletak di kawasan pembangunan dan tidak jauh dari pusat pembangunan sedia ada.Kedudukan tapak hendaklah mudah dihubungi dengan jalan utama. Keadaan bumi dan tapak yang tidak menyulitkan proses pembangunan fizikal. Terdapat kemudahan asas dan infrastruktur seperti bekalan air, elektrik dan telekomunikasi di kawasan persekitaran. Saiz minimum ialah 2 hektar (5 ekar).

iv. Taman perdagangan (business park) Mesti mempunyai kemudahan pengangkutan, perumahan dan rekreasi yang baik.

GARIS PANDUAN UMUM


1) Perancangan Tapak a) Memaksimumkan kelebihan alam semulajadi seperti badan air, bekas lombong, saliran, bukit bukau dan kehijauan dalam merekabentuk imej kawasan taman; b) Memperuntukkan ruang dengan keluasan yang sesuai dengan fungsi, mencukupi dan mampu untuk menampung keperluan masa kini dan akan datang; c) Membangun dan mewujudkan sistem taman dalam bandar yang seimbang serta berkualiti; d) Menyediakan tanah lapang dan rekreasi dalam jarak berjalan kaki di dalam setiap unit kejiranan (Rajah 1.0)

RAJAH 1.0 : PERLETAKAN TANAH LAPANG DAN REKREASI YANG MEMENUHI PRINSIP KESELAMATAN, MUDAH SAMPAI DAN INTEGRASI

e) Mengekalkan persekitaran serta ekologinya dalam perancangan tapak yang merangkumi 7 hierarki tanah lapang dan rekreasi (sila lihat Rajah 2.0) iaitu; i. Lot Permainan

ii. Padang Permainan iii. Padang Kejiranan iv. Taman Tempatan/Bandar v. Taman Bandaran vi. Taman Wilayah; vii. Taman Nasional

RAJAH 2.0: HIERARKI TANAH LAPANG DAN REKREASI

f) Tapak yang dicadangkan hendaklah mempunyai sistem saliran yang baik dan bukan kawasan yang berpaya; g) Tapak yang dicadangkan juga hendaklah rata dan yang berkecerunan kurang daripada 9 darjah. Ini adalah bagi menjimatkan kos dan memudahkan kerja tanah kerana tapak perlu diratakan pada kecerunan kurang daripada 4 darjah untuk tujuan aktiviti sukan dan rekreasi; h) Taburan tanah lapang dan rekreasi adalah seperti berikut: i. Tidak kurang daripada 50 peratus daripada tanah lapang dan rekreasi hendaklah dikelompokkan di tapak yang sesuai dan strategik di tengah-tengah tapak pembangunan. Manakala selebihnya diagihagihkan mengikut kepadatan penduduk dan keluasan setiap zon dalam tapak pembangunan (sila lihat Rajah 3.0); ii. Jika 50 peratus daripada rizab tanah lapang dan rekreasi yang dikelompokkan berkeluasan 2.0 hektar (5.0 ekar) atau lebih, maka 20 peratus daripada jumlah keluasan hendaklah dikhaskan untuk aktiviti RAKAN MUDA.

2) Komponen Tanah Lapang dan Rekreasi a) Tanah lapang pelbagai guna perlu disediakan di setiap pusat kejiranan, khususnya untuk aktiviti-aktiviti seperti padang permainan kanak-kanak, pasar tani dan keperluan- keperluan masyarakat yang lain; b) Tanah lapang sebagai kawasan hijau disediakan di lokasi yang sesuai untuk pelbagai tujuan seperti jaluran penampan dan skrin visual; c) Tanah lapang yang berfungsi disediakan untuk aktiviti-aktiviti riadah.

RAJAH 3.0: PENGAGIHAN TANAH LAPANG DAN REKREASI DALAM PROJEK PEMBANGUNAN

3) Keperluan Minimum Tanah Lapang dan Rekreasi a. Kegunaan tanah lapang dan rekreasi yang boleh diambilkira sebagai perkiraan 100 peratus tanah lapang mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan), 1995 Akta (A933) ialah: Taman Bunga Awam; Taman Awam; Padang Sukan dan Rekreasi Awam; Tempat Makan Angin

b) Perkiraan

30

peratus

tanah

lapang

dan

rekreasi

dalam

suatu

pembangunan adalah bagi beberapa jenis rizab atau tanah lapang di bawah kategori berikut:

Tempat jalan kaki awam dan laluan basikal; Tempat awam Rizab kemudahan awam dan sosial; Rizab Kerajaan; Rizab sungai, parit dan pantai; Simpanan kolam takungan; Zon penampan; Rizab rentasan elektrik dan rizab Tapak Pencawang Elektrik; Kolam oksidasi dan loji rawatan kumbahan; Rizab tangki air; Rizab laluan paip gas

c) Saiz minimum sesuatu tanah lapang dan rekreasi hendaklah tidak kurang daripada 0.2 hektar (0.5 ekar). Saiz minimum ini ditetapkan bagi membolehkan kemudahan-kemudahan berikut disediakan; Kemudahan-kemudahan rekreasi untuk kanak-kanak; Kemudahan tempat duduk dan berehat untuk orang dewasa; Kawasan untuk tujuan landskap.

d) Bentuk tanah lapang dan rekreasi ini hendaklah seboleh-boleh berbentuk segi empat. Bentuk yang ujur dan tiga segi tidak digalakkan.

4) Aktiviti dan Kemudahan Sokongan a) Aktiviti dan kemudahan sokongan tanah lapang dan rekreasi mestilah mengambilkira kemudahan-kemudahan dan peluang berekreasi bagi golongan berpendapatan rendah dan golongan kurang upaya

b) Mengenalpasti

dan

menyediakan

mekanisma

yang

sesuai

untuk

pengawasan kawasan sensitif serta kawasan ekologi seperti wetlands, tanah-tanah tinggi dan tanah-tanah curam c) Tanah lapang dan rekreasi perlu memuatkan kemudahan penyelidikan dan pembangunan yang komprehensif seperti perpustakaan, pusat kajian, kiosk maklumat, panduan pembelajaran dan kesusasteraan d) Penerapan teknologi maklumat sebagai pendekatan pengurusan tanah lapang dan rekreasi yang cekap 5) Landskap a) 50 peratus daripada keluasan tapak dalam sesuatu plot tanah lapang dan rekreasi hendaklah merupakan landskap jenis lembut (soft landscape) b) Plinth Area bagi sesuatu plot tanah lapang dan rekreasi hendaklah tidak melebihi 50 peratus. 6) Kemudahan Awam a) iPembangunan tanah lapang dan rekreasi hendaklah menyediakan kemudahan awam untuk para pengunjungnya seperti tempat meletak kenderaan, tandas awam, surau dan wakaf, telefon awam, tempat perhentian bas dan teksi b) Penyediaan kemudahan awam hendaklah disediakan mengikut tahap pembangunan masing-masing dengan mengambilkira pembangunan persekitaran. 7) Rangkaian Laluan Pejalan Kaki a) Pembangunan tanah lapang dan rekreasi hendaklah menyediakan rangkaian laluan pejalan kaki yang mencukupi untuk kemudahan dan keselamatan pengguna mengikut tahap pembangunan b) Rangkaian pejalan kaki hendaklah boleh menghubungkan pengguna ke jalan raya

c) Kelebaran laluan ini hendaklah mengikut kehendak dan standard keselamatan yang ditetapkan. 8) Kiosk, Kedai dan Gerai Pembangunan tanah lapang dan rekreasi perlu mengambilkira dan menyediakan tapak bagi kiosk, kedai dan gerai bagi kemudahan pengguna mengikut tahap keperluannya.

GARIS PANDUAN KHUSUS


1. Lot Permainan i. Fungsi Lot permainan bagi kanak-kanak peringkat umur belum bersekolah. II. Lokasi Lokasi taman perlulah mudahsampai dan tidak banyak melintasi jalanjalan utama untuk keselamatan dan mesra kanak-kanak Dalam lingkungan tidak lebih dari 0.5km (0.3 batu) dari pengguna Keperluan untuk kawasan dalam lingkungan 3001,000 orang penduduk

iii. Keluasan Antara 0.2 hektar 0.6 hektar (0.5 ekar 1.5 ekar) iv. Rekabentuk Laluan pejalan kaki dan gili-gili yang menghala ke taman tersebut perlu direkabentuk berdasarkan kecerunan (gradient) yang mudah untuk pejalan kaki, dan menyediakan ramp untuk golongan kurang upaya Rekabentuk peralatan permainan mestilah berwarna-warni, cantik dan boleh merangsang pemikiran kanak-kanak serta memerlukan penjagaan dan pengawasan yang minimum seperti berikut
a.

Permainan pemanjat, gelungsur atau buaian;

b. c. d. e.

Kawasan berumput; Kawasan berpasir Kawasan permainan untuk berlari-lari dan permainan aktif Kawasan teduhan untuk aktiviti pasif atau elemen-elemen lain seperti tempat duduk, gili-gili, siar kaki yang lebar, kereta tolak bayi, kanakkanak berbasikal, pembahagi seperti pagar, pokok rendah dan tongtong sampah.

2. Lot Permainan

i.

Fungsi

a. Kemudahan bagi kegiatan permainan sama ada secara formal atau informal khususnya bagi kanak-kanak peringkat umur persekolahan rendah. ii. Lokasi Lokasi dalam lingkungan tidak melebihi 1.5km (0.9 batu) dari kediaman pengguna; Mudah dikunjungi tanpa perlu melintasi banyak jalan; dan Keperluan kemudahan dalam lingkungan antara 1,000 hingga 3,000 orang penduduk. iii. Keluasan Antara 0.6 hektar 2.0 hektar (1.5 ekar 5 ekar). Mudah dikunjungi tanpa perlu melintasi banyak jalan; dan Keperluan kemudahan dalam lingkungan antara 1,000 hingga 3,000 orang penduduk.

iv. Kemudahan Perlu disediakan satu taman permainan kanak-kanak dengan sistem peralatan modular bersepadu yang mengandungi:

Buaian Papan gelungsur Jongkat-jongkit 'Climber'; dan 'Adventure ground' perlu mematuhi standard specification for playground

b. Peralatan

equipment for parks, school and domestic use (MS 966: 1985/86 atau diluluskan oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd.) dan mempertimbangkan aspekaspek berikut:

Mengikut

skala

dan

proportion

untuk

kesesuaian

keupayaan fizikal dan emosi kanak-kanak pada peringkat umur dan juga pada golongan kanak-kanak kurang upaya; dan

Semua peralatan direkabentuk dan dibina dengan selamat,

bebas dari permukaan yang tajam, kukuh dan daya ketahanan yang tinggi. c. Kemudahan perlu mencapai hasrat berikut:

Koordinasi; Kreativiti; Kegembiraan; dan Membina keyakinan diri.

Tempat letak kenderaan.

3. Padang Kejiranan

i.

Fungsi a. Kegiatan sukan dan rekreasi pasif; dan b. Padang dan gelanggang sukan berserta taman untuk perteduahan, berkelah dan pengindahan.

ii. Lokasi a. Dalam lingkungan jarak pejalan kaki lebih kurang 1.5km (0.9 batu);

b. Keperluan kemudahan bagi 3,000 hingga 12,000 penduduk; c. Dalam atau pinggir pusat perkhidmatan kejiranan; dan d. Tapak semulajadi/buatan manusia. iii. Keluasan a. Antara 2.0 hektar 8.0 hektar (5.0 ekar) iv. rekreasi a. Kawasan turapan yang boleh digunakan untuk roller skate, permainan bebas dan permainan gelanggang seperti takraw, badminton, tenis dan lain-lain; b. Untuk aktiviti komuniti seperti padang bola sepak; a. Lot permainan kanak-kanak untuk permainan adventure bagi umur sekolah rendah.

Kemudahan

Membentuk skill binaan; Direkabentuk dalam ciri tempatan; dan

Permainan untuk golongan kurang upaya.

Kawasan teduhan untuk membaca, bercerita, permainan tradisional, berkelah dan handikraf.

4. Taman Tempatan

i.

Fungsi a. Intensiti penggunaannya harus meliputi aktiviti-aktiviti fizikal, sosial dan kebudayaan yang menarik penduduk tempatan, pelbagai guna serta aktiviti dan sukan dengan ruang penonton yang terbuka (open air theatre); b. Rekreasi pasif dan kegiatan sukan yang tersusun, untuk keseluruhan masyarakat tempatan; c. Sesuai untuk acara-acara bagi pertandingan sukan dan lain-lain aktiviti fizikal; dan d. Pusat yang boleh mewujudkan interaksi sosial dan kebudayaan setiap waktu.

ii. Lokasi a. Dalam atau berdekatan dengan pusat perkhidmatan atau pusat

kejiranan yang sentiasa mudah dikunjungi sama ada dengan berjalan kaki, berbasikal, pengangkutan awam dan kenderaan persendirian; b. Dalam lingkungan perkhidmatan antara 12,000 hingga 50,000 penduduk; dan c. Dalam lingkungan jarak lebih 3.0km (1.8 batu) dari kediaman pengguna. iii. Keluasan a. Antara 8.0 hektar 40.0 hektar (20 ekar 100 ekar).

iv. rekreasi

Kemudahan

a. Padang bola, gelanggang tenis, takraw, rekreasi ragbi, badminton, hoki, bola tampar, bola jaring dan lain-lain; b. Kolam renang; c. Kawasan taman dan padang permainan kanak-kanak. d. Kawasan berkelah, adventure ground dan lain-lain; e. Dewan tertutup; dan f. Tempat letak kereta. 5. Taman Bandaran

i.

Fungsi a. Pusat kegiatan sukan yang aktif dan tersusun (organised); b. Pusat tumpuan penduduk bandar bagi kegiatan rekreasi, sukan bermusim; dan c. Pusat yang memberi kemudahan dan peluang untuk menikmati keindahan semulajadi dan tinggi nilainya.

ii. Lokasi a. Dalam lingkungan kawasan yang mudah dikunjungi dalam jangka

masa setengah jam perjalanan; b. Dalam lingkungan jarak antara 5.0km hingga 10.0km (3 batu 6 batu); dan c. Keperluan kemudahan untuk 50,000 orang penduduk dan lebih.

iii. Keluasan a. 40.0 hektar 100 hektar (100 ekar - 250 ekar). iv. Kemudahan a. Padang untuk aktiviti sukan tersusun; b. Gelanggang permainan; c. Bangunan atau dewan sukan; d. Kompleks tennis, badminton dan lain-lain; e. Kolam renang; f. Golf practice range; g. Padang permainan kanak-kanak; h. Kawasan berkelah dan camping; i. j. Kemudahan sukan air seperti boating dan lain-lain; Hutan lipur, taman bunga dan lain-lain; dan

k. Tempat letak kereta dan bas. 6. Taman Wilayah

i.

Fungsi a. Pusat tumpuan bagi penduduk-penduduk bandar, luar bandar dan daerah lain untuk kegiatan pertandingan acara sukan yang tersusun, sukan yang bermusim atau menikmati persekitaran semulajadi; dan b. Keperluan mengekalkan alam semulajadi dan tumpuan terhadap

kegunaan penyelidikan adalah menjadi keutamaan.

ii. Kedudukan a. b. Kebiasaan di pinggir atau di luar kawasan kepadatan perbandaran; Tapak yang mempunyai ciri-ciri alam semulajadi dan mempunyai

tarikan pelancong; c. dan d. Keperluan kemudahan bagi keseluruhan penduduk bandar, Dalam lingkungan tidak lebih satu jam perjalanan berkenderaan;

bandaraya dan daerah sekeliling. iii. Keluasan a. 100 hektar (250 ekar ke atas). iv. Kemudahan a. Kemudahan rekreasi seperti tempat berkelah, 'camping, fishing, boating, hiking, jogging, jungle tracking, scenic drives dan lain-lain; b. Kompleks sukan terbuka atau tertutup atau stadium; c. Kemudahan sukan terhad dan bermusim seperti golf course, racing circuit dan lain-lain; d. Kawasan semulajadi yang menjadi tumpuan pelancong seperti air terjun, pantai, tasik, puncak bukit dan lain-lain; dan e. Mempunyai bahan-bahan semulajadi untuk rekreasi seperti hutan lipur, jungle tracking, camping, berkelah serta untuk tujuan penyelidikan sains yang mengekalkan wild life, ekologi dan lain-lain. 7. Taman Nasional

i.

Fungsi

a. Kepentingan pengekalan alam semulajadi adalah lebih diutamakan; dan b. Warisan kepada negara dan bahan terpenting untuk penyelidikan. ii. Kedudukan a. Kawasan yang unik dari segi keindahan landskap, kewujudan wild

life dan bahan-bahan bagi penyelidikan sains dan geologi; dan b. iii. Keluasan a. Tiada had iv. Kemudahan a. Setiap bahan ata alat yang perlu yang sesuai untuk tujuan mengekalkan alam semulajadi; dan b. Kemudahan-kemudahan untuk penginapan, pengangkutan yang baik tetapi tidak menjejaskan alam ekologi, wild life yang sedia ada. 8. Kemudahan Untuk Orang Tua dan Golongan Kurang Upaya Tiada had dari segi jarak dari penduduk-penduduk.

a.

Menyediakan ramps yang cukup lebar untuk penggunaan kerusi

roda di semua jenis taman permainan. Gradient ramp tidak digalakkan melebihi 5 darjah dan handrails disediakan di kedua-dua belah ramp. Bagi setiap 10m ramp yang curam perlu satu tempat yang rata sekurangkurangnya 1,350mm panjang untuk berehat; b. Jenis buaian khas yang boleh digunakan dengan kerusi roda;

c. Peralatan permainan yang bersesuaian dengan kanak-kanak yang cacat penglihatan;

d.

Rekabentuk lorong pejalan kaki-jarak maksimum berjalan kaki

tanpa rehat oleh kumpulan kurang upaya.


Pengguna kerusi roda 150 meter; Orang buta - 150 meter; Menggunakan tongkat - 50 meter, dan Orang cacat yang berjalan tanpa bantuan - 100 meter. Tempat duduk yang bersesuaian dengan ketinggian 420mm

e.

450mm atas lantai yang senang digunakan untuk kerusi roda mendekati dan menggunakan meja duduk.

PERBANDINGAN SEKITAR KAWASAN PERINDUSTRIAN TASEK, IPOH


Perancangan Tapak i. ii. Perancangan tapak bersesuaian dan mematuhi dasar dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Lokasi kawasan industri tidak sesuai dari segi perletakan mudah sampai kawasan sekitarnya dan kawasan semulajadi seperti kawasan tadahan untuk Bekalan air tidak terjejas dan keselamatan tidak terjamin tanpa gangguan; Kawasan perindustrian Tasek ini dapat mengelakkan laluan tiupan angin yang menghala ke kawasan bandar dan khususnya ke kawasan perumahan kerana dihalang oleh bukit; Zon industri ini mempunyai hubungan laluan yang baik dari kawasan kediaman bagi keselesaan pergi dan balik para pekerja;seperti gambarajah

iii.

iv.

Pengezonan i. Pengezonan bagi kawasan perindustrian Tasek bersesuaian dengan jenis industri dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan serta mengambilkira kriteria pemeliharaan dan alam sekitar. a. Kawasan perindustrian ini juga menyediakan beberapa kemudahan lain seperti kawasan perniagaan, kemudahan tempat letak kereta, lori dan treler. i. Terdapat kawasan asrama dan perumahan pekerja bagi kawasan industri yang besar ini dan telah diintegrasikan dengan kemudahan-kemudahan asas dan sosial dalam menambah-baikan proses pembangunan sosial masyarakat pekerja-pekerja kilang di kawasan ini.

Keluasan dan Saiz Minimum Lot Kebanyakan saiz lot di kawasan perindustrian di Tasek,Ipoh mempunyai saiz lot yang agak besar bagi menyediakan kemudahan pekerja meletak kenderaan serta ruang pemunggahan dan penyimpanan dan bagi memberi ruang anjakan bangunan untuk pembesaran. Tatatur lot perindustrian Tasek ini kebanyakan lot berbentuk empatsegi dan saiz bentuk industri berbeza-beza. Contoh gambarajah-gambarajah dibawah.

Had Ketinggian Bangunan i. Ketinggian Bangunan tidak seragam di kawasan perindustrian ini. Ruang Untuk Pemunggahan i. Terdapat ruang pemunggahan barang-barang berdekatan dan bersebelahan tangga serta lif kawasan utama pengangkutan. Ruang pemunggahan barang yang besar di bahagian tepi bangunan untuk aktiviti pemunggahan bagi lori muatan besar (treler) Tempat Letak Kenderaan i. Kemudahan ruang meletak kenderaan kemudahan pekerja-pekerja kilang. mengikut keperluan dan tempat

ii. Rekabentuk tempat letak kenderaan bagi industri ini berikut:

mematuhi syarat-syarat

a. Kemudahsampaian ke industri berkaitan adalah selamat b. Tempat letak kenderaan berhampiran dengan kilang c. Saiz tempat letak kenderaan bersesuaian dengan jenis kenderaan yang digunakan d. Penggunaan ruang yang optimum e. Laluan keluar masuk tidak melambatkan perjalanan kenderaan lain.

Contoh gambarajah tempat letak kenderaan di kawasan perindustrian Tasek

Sistem Rangkaian Jalanraya dan Pengangkutan Sistem Rangkaian Jalan Raya i. Jalan masuk utama ke kawasan industri ini tidak melalui kawasan kediaman; a. Rangkaian jalan kawasan industri Tasek mempunyai sistem hierarki yang nyata dan mudah dikenalpasti oleh pengguna dan terdapat pelan susunatur yang telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh seperti gambarajah dibawah. Pelan Susunatur Kawasan Perindustrian Tasek

Zon Penampan i. Terdapat Zon Penampan (buffer zone) di kawasan perindustrian Tasek ii. Mempunyai jaluran hijau yang meliputi tempat letak kereta, driveways dan laluan pejalan kaki. Kemudahan sokongan seperti bin centers, pondok pengawal dan pencawang elektrik utama, car porch and canopies juga terdapat di kawasan ini. iii. Green Buffer; merupakan kawasan jaluran dirizabkan khusus untuk penanaman pokok juga di wujudkan di kawasan perusahaan ini. Kedua-dua jenis kawasan zon penampan ini tidak termasuk kawasan rizab jalan yang akan dilandskapkan. Contoh gambarajah dibawah.

Kemudahan awam Di kawasan industri ini juga Majlis Bandaraya Ipoh menyediakan Perkhidmatan Kesihatan.

KESIMPULAN
Isu perindustrian sering dibangkitkan antaranya ialah perletakannya yang tidak sesuai, saiz yang tidak berfungsi dan dasar yang tidak konsisten. Ini berlaku kerana tiada garispanduan dan piawaian yang lengkap untuk memandu keperluan perancangan perindustrian. Garispanduan yang disediakan ini boleh membantu pihak yang terlibat di dalam merancang dan menyediakan kawasan industri dengan menyediakan dasar yang seragam, pelaksanaan piawaian perancangan yang lebih rasional dan dapat mencapai matlamat penyediaan kawasan perindustrian sebagai tempat industri yang lebih bermakna serta mampu memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

LAMPIRAN
Jenis-jenis perindustrian yang terdapat di kawasan perindustrian Tasek,Ipoh Industri Ringan

Industri Berat

Industri Sederhana

Industri Kecil Dan Sederhana

You might also like