Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

KUASA DAN KEPIMPINAN

TAKRIF KUASA Kuasa ialah keupayaan atau kebolehan perseorangan atau kumpulan mempengaruhi orang lain membuat sesuatu sebagaimana yang dihajatkan. Mengikut Davis kuasa seperti itu diperoleh oleh pemimpin atas dasar personaliti, aktiviti dan juga keadaan di mana ia beroperasi. Kuasa adalah berlainan dengan autoriti kerana autoriti yang ada pada seseorang adalah disebabkan oleh tindakan penyerahan kuasa formal oleh pihak atasan kepada mereka dan bukannya atas dasar kebolehan mempengaruhi orang lain. JENIS DAN SUMBER KUASA Kuasa ialah apa yang anda kawal yang membolehkan anda memanipulasi kelakuan orang lain. Terdapat beberapa jenis kuasa iaitu:

kuasa paksaan kuasa ganjaran kuasa pakar kuasa sah kuasa personal atau rujukan kuasa maklumat kuasa perhubungan

Kuasa Paksaan Berasaskan kepada ugutan atau ancaman yang boleh menimbulkan ketakutan di hati pengikut. Ia juga merupakan paksaan terhadap keakuran pengikut dalam menuruti perintah. "Encik Gedebe ialah pengurus Syarikat Paksarela Sdn Bhd. Beliau tidak popular dikalangan pekerjanya kerana beliau selalu menggunakan ugutan dan ancaman seperti menahan kenaikan pangkat, pemotongan elaun, pembatalan cuti tahunan dan sebagainya. Encik Gedebe berkuasa melalui kuasa paksaan." Contoh-contoh: Polis menyaman pemandu kereta kerana tidak mematuhi had laju Pensyarah menggantung pengajian pelajar kerana melanggar disiplin. Majikan memecat pekerja yang malas Presiden parti memecat ahli yang menyokong calon lawan Peristiwa Pembunuhan beramai-ramai Kumpulan Jim Jones

Kuasa ganjaran

Pemimpin yang memberi ganjaran kepada sesiapa yang menurut perintah dengan insentif yang positif. "Puan Zamrita amat berpuas hati dengan pencapaian seorang penyelianya yang bernama Dayang. Beliau telah mencadangkan kepada pengurus besarnya agar Dayang diberikan kenaikan pangkat. Puan Zamrita menggunakan kuasa ganjaran dalam kepimpinan beliau." Contoh-contoh: Pemimpin yang menguasai sumber dalam organisasi Pemimpin yang diberi kuasa untuk memberikan ganjaran Kuasa Pakar Pemimpin yang mengetahui dengan mendalam tentang sesuatu perkara di manakebolehannya tidak dapat ditandingi oleh orang lain. Berasaskan kepada kepakaran yang dimilikinya, pendapatnya didengar dan diikuti. "Encik Awang ialah seorang pakar komputer di sebuah syarikat swasta di sini. Beliau adalah lulusan luarnegeri dalam bidang komputer dan mempunyai 10 tahun pengalaman. Kepakarannya selalu diperlukan oleh badan-badan korporat dan tidak ramai yang dapat menandingi beliau." Contoh-contoh lain: Doktor pakar lebih berpengaruh dari doktor biasa kerana kepakarannya. Pensyarah lulusan PHD lebih berpengaruh dari pensyarah lulusan sarjana kerana kepakarannya. Kuasa sah Ialah kuasa rasmi yang diperolehi daripada autoriti pihak atasan melalui penyerahan kuasa yang memberikan ia sesuatu kedudukan dalam organisasi. "Siti ialah pengurus kewangan di Syarikat Antah Berantah Sdn Bhd. Beliau mula mmegang jawqatan tersebut sejak 1990. Pada tahun 1995 beliau telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus besar. Oleh itu kuasa sah yang ada pada Siti sebagai pengurus kewangan ialah dari tahun 1990 hingga 1995, dan kuasa sah sebagai pengurus besar pula bermula pada tahun 1995." Contoh-contoh: Jurulatih bolasepak berhak memilih dan menggugurkan mana-mana pemain berdasarkan kedudukannya. Bendahari berhak keatas sumber kewangan persatuan kerana kedudukannya.

Kuasa personal atau rujukan Pemimpin memiliki daya penarik yang memaparkan keyakinan terhadap apa yang hendak dicapai. beliau mempunyai karisma, popular dan mendapat sanjungan ramai. "Mat Senyum adalah pemimpin yang disukai ramai. Beliau pandai mengambil hati, berpelajaran dan selalu senyum di mana saja beliau pergi. Beliau juga berkemahiran dalam tugas kerjanya. Beliau selalu menjadi rujukan rakan-rakan sejawat dan orang-orang bawahan dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Beliau dikatakan mempunyai kuasa rujukan." Contoh-contoh: Pensyarah yang lebih mesra dengan pelajar lebih berpengaruh dari pensyarah yang tidak disukai pelajar. Pemimpin yang dekat di hati rakyat akan dikenang jasanya sampai bila-bila. Kuasa Maklumat Oleh kerana sesuatu maklumat itu penting, pemilik maklumat biasanya berkuasa. Pemimpin yang memiliki maklumat dapat mempengaruhi orang ramai. Kuasa Perhubungan Pemimpin yang mempunyai kuasa ini biasanya terserlah bila organisasi mempunyai masalah di mana masalah tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa. Kuasa perhubungan memungkinkan pemimpin tersebut menyelesaikan masalah tersebut. "Persatuan Bolasepak Negeri Antah Berantah mengalami masalah yang amat sukar untuk diselesaikan. Dengan kebijaksanaan Haji Senik, masalah itu selesai setelah dia menggunakan perhubungan baiknya dengan Menteri Besar dalam mencari penyelesaian." PENGGUNAAN KUASA Kuasa Paksaan Menerangkan kepada ahli peraturan organisasi, bentuk perlanggaran peraturan dan hukuman keatas sebarang perlanggaran peraturan Disiplin dijalankan secara adil, konsisten dan tidak bertangguh Sebelum menghukum sahkan ketepatan maklumat Sebelum menghukum, berikan amaran yang mencukupi dan ikut prosedur iaitu mulakan dengan amaran lisan, amaran bertulis dan seterusnya tindakan. Utamakan "progressive disciplinary". Kuasa Ganjaran Ganjaran diberi adalah munasabah dan menarik Pemimpin mesti mengotakan janji untuk memberi ganjaran Pemimpin perlu berhati-hati supaya ganjaran yang ditawarkan tidak dianggap sebagai "mempunyai udang di sebalik batu".

Kuasa Kepakaran Pemimpin menonjolkan imej diri sebagai seorang yang berwibawa dalam bidangnya. Pemimpin berusaha mengekalkan kewibawaannya dengan mengelakkan dari memberi komen terhadap perkara yang dia tidak berpengetahuan atau tidak mempunyai maklumat lengkap Bertindak dengan yakin dan tegas dalam menangani sesuatu krisis Berterusan memperlengkapkan diri dengan kepakarannya melalui kajian, pembacaan dan latihan. Kuasa Sah Kerap menggunakan autoriti dalam memimpin Memberi arahan dengan tertib, jelas, tegas dan yakin. Memastikan arahan yang diberi adalah di dalam bidang kuasanya. Memastikan arahan dipatuhi Kuasa Rujukan Sifat pemimpin yang menggunakan kuasa rujukan Pengikut mengidentifikasikan diri mereka dengan pemimpin Pemimpin mengajukan permintaan menggunakan "personal appeal" Pemimpin menjadikan diri mereka sebagai role model Kuasa Maklumat Mengetahui organisasi yang dipimpinnya dengan mendalam Mengetahui maklumat diri setiap ahli secara mendalam Mengetahui persekitaran dimana organisasiny beroperasi Mengetahui organisasi dan individu yang ada hubungan dengan organisasi yang dipimpinnya Kuasa Perhubungan Mempunyai imej mudah didekati Bersifat people-oriented dan mesra Mempunyai rangkaian perhubungan dengan individu-individu penting diluar organisasi. KAJIAN TENTANG KUASA Joseph S. Florelli Kuasa pakar adalah asas kuasa utama yang digunakan untuk memberi kesan kepada persetujuan di dalam pembuatan keputusan yang dibuat oleh individu dan kumpulan. Gary N. Powell Kuasa sah, ganjaran dan paksaan adlah lebih dimiliki oleh pemimpin yang menunjukkan gaya kepimpinan struktur daya usaha (iniating structure). Antara ketiga-tiganya, kuasa sah adalah paling dikaitkan dengan pemimpin ini. Manakala pemimpin be4rcorak pertimbagan, kuasa rujukan adalah kuasa utama yang dimiliki. Hersey, Blanchard And Meyer

Pada tingkat kematangan yang tinggi, kuasa pakar, maklumat dan rujukan paling sering digunakan manakal kuasa-kuasa paksaan, hubungan sering digunakan pada tingkat kematanaganyang rendah. PENGGUNAAN KUASA Menurut McCleland kuasa mempunyai dua wajah iaitu positif dan negatif. Pemimpin yang menggunakan kuasa bentuk negatif menganggap orang lain tidak penting dan boleh diperlalat bila-bila masa. Kuasa berbentuk positif pula bercirikan pencapaian di mana pemimpin menggalakkan individu membentuk kekuatan dan kecekapan. Terapat 6 cara yang digunakan untuk mempengaruhi pengikut.

melalui perasaan takut melalui tradisi melalui kepercayaan buta melalui kepercayaan rasional melalui penentuan bersama

Melalui Perasaan Takut Pengikut akan diingatkan tentang kemungkinan buruk yang akan menimpa diri individu dan organisasi sekiranya sesuatu tidak dilakukan. Pengaruh kuasa ini tidak sesuai digunakan. Melalui Tradisi Pengaruh kuasa berasaskan tradisi diserap dan disatukan pada personaliti secara menyeluruh sehingga mereka tidak merasa terkongkong. Melalui Kepercayaan Buta Pemimpin yang berkarisma berupaya menarik sokongan pengikut hingga ke tahap mereka memberikan kepercayaan buta (melulu). Melalui Kepercayaan Rasional Proses mempengaruhi melalui pendekatan rasional ialah proses yang paling kerap digunakan. Melalui Penentuan Bersama Apabila pengikut terlibat dalam pembuatan keputusan, mereka biasanya menyetujui sesuatu keputusan yang dibuat kerana mereka memahami apa yang diputuskan.

Kuasa Pengurusan dan kepimpinan penting bagi sesebuah organisasi. Kuasa pengurusan bersumberkan sesebuah organisasi, ia menggambarkan kestabilan,perintah, arahan dan penyelesaian masalah dalam strutur tersebut. Kuasa kepimpinan pula menggambarkan visi, kreativiti dan perubahan dalam sesebuah organisasi. Keberkesanan dan kecekapan pengurusan dan kepimpinan amat bergantung kepada pengikut pengurus atau pengikut pemimpin. Walaupun daya pengurusan dan kepimpinan dapat mempengaruhi tindakan pengikutnya, namun,kesanggupan dan kerelaan seseorang pengikut untuk diperintah merupakan faktor yang terpenting dalam memastikan kesinambungan organisasi. Kuasa biasanya dirujuk sebagai kebolehan seseorang dalam mempengaruhi kelakuan orang lain. Mintzberg (1983) pula melihat kuasa sebagai keupayaan untuk memberi kesan ke atas kelakuan orang lain. Sebagai contohnya, seseorang ketua boleh mengarah subordinatnya melakukan sesuatu dengan kuasa yang ada terhadapnya. Biasanya kuasa bagi seseorang pemimpindatang daripada kedudukannya dalam sesebuah organisasi. Kedudukanseseorang pemimpin memberi kuasa kepadanya untuk melakukan sebarang tindakan yang berkaitan dengan subordinatnya. Dalam sesebuah organisasi,terdapat enam jenis sumber kuasa yakni kuasa sah, ganjaran, paksaan,kepakaran dan rujukan dan maklumat (French dan Raven, 1959) selain kuasa karismatik. Huraian bagi lima jenis kuasa tersebut ialah: I.KUASA SAH Kuasa Sah atau kuasa legitimasi wujud kerana kedudukan rasmi seseorang dalam sesebuah organisasi. Kadang kala kuasa sah ini juga bergantung kepada hubungan yang dijalinkan antara subordinat dengan seseorang pemimpin.Walau bagaimanapun, kuasa ini mungkin dibatasi oleh sesetengah perjanjian yang formal. Contohnya, apabila seseorang subordinat enggan melakukan sesuatu kerja yang lebih dari diklasifikasikan. Oleh itu, pendekatan seperti Buat juga, sebab saya adalah bos, ini tidak patut dilakukan kerana ini akan mengurangkan daya kepimpinan seseorang pemimpin. Umumnya, seseorang memiliki kuasa sah jika berupaya : a)Membuat orang lain mempunyai komitmen untuk melakukansesuatu. b)Membuatkan orang lain merasakan bahawa mereka patutmemenuhi keperluan kerja. c)Membolehkan setiap pekerja merasakan memilikitanggungjawab yang perlu dipenuhi. d)Membuatkan orang lain tahu bahawa mereka mempunyaitugas yang perlu diselesaikan. II.KUASA GANJARAN Kuasa ganjaran datang dari kebolehan seseorang untuk mengurniakan ganjaran.Ia juga merupakan salah satu sumber kuasa yang berasaskan organisasi keranasyarikat secara amnya memberi kuasa kepada pemimpin untuk menaikkan gaji,mempengaruhi agar seseorang diberi kenaikkan pangkat

dan memberikanmanfaat khusus seperti bonus, elaun tertentu dan hari percutian. Pemimpin jugaboleh menggunakan ganjaran sosial seperti memberi pujian serta pengiktirafankepada subordinatsubordinatnya. Ganjaran material dan ganjaran sosial dapatmeningkatkan produktiviti dan prestasi dalam empat keadaan seperti berikut; e)Apabila ganjaran yang diberi sangat dihargai oleh orangyang menerimanya. f)Apabila ganjaran diberi selepas orang bawahannyamemenuhi syarat-syarat yang menjadi kriteria bagimenerima ganjaran itu. c)Kriteria untuk ganjaran itu mestilah terang, jelas dandifahami oleh orang yang bakal menerimaganjaran itu. d)Apabila peraturan dan kriteria bagi menerima ganjaran itusentiasa digunakan ke atas semua orang dan dalam semuakeadaan. V.KUASA PAKSAAN Kuasa ini berpunca daripada kawalan seseorang pemimpin melalui hukuman atau menolak pemberian ganjaran kepada subordinat. Selalunya, pemimpinmerupakan orang yang menurunkan pangkat, menurunkan gaji, menangguhkan bayaran ataupun mengugut subordinat kerana pencapaian mereka yang kurangmemuaskan. Pada zaman sekarang, kuasa paksaan lebih difokuskan kepadaaspek psikologi dan emosi. Walaupun undang-undang menghadkan kebolehanseseorang pemimpin menggunakan kuasa paksaan, ia masih sering digunakandalam kebanyakkan organisasi. Namun demikian, menggunakan hukuman untukmendapatkan kepatuhan daripada subordinat akan mendatangkan kesan negatif.Subordinat mungkin berdendam terhadap si penghukum. Lama-kelamaan, jurang akan menjadi semakin besar di antara pemimpin dan subordinat.Fenomena ini sudah tentu mengurangkan dedikasi seseorang subordinatterhadap organisasinya. Umumnya pengurus atau pentadbir memiliki kuasa ini jika: a) Membuatkan sesuatu kerja menjadi lebih sukar kepada subordinatnya. b)Memberikan kerja yang tidak disukai oleh pekerjanya. c)Membuat keadaan kerja menjadi tidak ceria ataumemberangsangkan. d)Mempengaruhi dalam kenaikkan pangkat. VI.KUASA KEPAKARAN Kuasa kepakaran wujud pada seseorang yang mempunyai kepakarandalam sesuatu bidang yang tertentu. Kuasa ini biasanya dipelopori oleh merekayang berkemahiran dan berpengetahuan dalam halhal seperti teknikal,pengurusan, pencarian sumber dan sebagainya. Sebagai contoh, seorang pakar komputer yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai cabang dalam teknologimaklumat seperti multimedia, pembangunan sistem dan pembangunan aplikasiadalah lebih berkuasa berbanding

seseorang yang hanya mendominasi hanyaaspek multimedia dalam bidang itu. Seseorang dikatakan memiliki kuasa ini jikaberupaya : g)Memberi cadangan teknikal yang baik h)Berkongsi pengalaman atau latihan lalu. i)Memberikan nasihat berkaitan dengan kerja yang baik j)Menyediakan pengetahuan teknikal yang diperlukan. VII.KUASA RUJUKAN Pemimpin yang mempunyai kuasa rujukan merupakan pemimpin yangmempunyai ciri-ciri yang menarik perhatian orang lain. Orang ramai sanggupmengikut arahannya disebabkan rasa hormat dan ingin mencontohinya. Kuasarujukan ini dimiliki adalah disebabkan pemimpin ini mempunyai ciri-ciri peribadidan sikap-sikap yang amat positif yang menyebabkan seseorang itu mempunyaiintegriti, kredibiliti dan karisma. Kuasa ini juga diperolehi sekiranya seseorang itumemiliki pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu perkara. MenurutFrench & Raven, untuk meningkatkan kuasa rujukan terdapat beberapa langkahyang perlu diambil ialah selalu bersikap positif dan berbaik sangka kepada oranglain, mempertahankan kepentingan orang lain dan memberi sokongan padamereka apabila diperlukan, tunjukkan sikap sanggup berkorban untukkepentingan orang lain dan tidak memperalatkan orang lain untuk kepentingandiri sendiri. Umumnya pengurus atau pemimpin yang memiliki kuasa iniberupaya: k)Menyebabkan pekerja rasa dihargai dan diterima l)Membuatkan pekerja berasa mereka juga penting. m)Membuat pekerja menyukainya. n)Menyebabkan pekerja berasakan mereka bernilai kepada organisasi. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, keberkesanan dan kecekapan dalam sesebuahpengurusan amatlah bergantung kepada corak kuasa yang diaplikasikan olehseseorang pengurus atau pengikut pemimpin. Walau bagaimanapun , matlamat,visi dan objektif yang sistematik dapat memastikan pembangunan sesebuahorganisasi akan lebih teratur dan berterusan dari masa ke semasa .

You might also like