Hukum Jenayah Dalam Islam-Syed Othman

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

BAB: HUKUM JENAYAH DALAM ISLAM

Disediakan Oleh SYED OTHMAN B AHMAD ALKAFF

JENIS-JENIS KESALAHAN: Kesalahan dalam undang-undang Islam adalah berpunca drpd pencabulan maslahat atau kepentingan yg wajib di jaga oleh setiap muslim. Maslahat yg wajib dilindungi dgn mengenakan hukuman kepada pencerobohan adalah berpangkal kepada lima prinsip iaitu menjaga agama, nyawa,akal fikiran, keturunan dan harta benda. Ini ialah kerana kehidupan manusia di dunia ini bergantung kepada kepentingan-kepentingan tersebut.Tidak ada ertinya hidup manusia jika tidak cukup sempurna, atau terganggu maslahat-maslahat tersebut.
2

JENIS-JENIS KESALAHAN:

Oleh yg sedemikian jika berlaku pencerobohan di atas maslahat tersebut, maka permusuhan itu mestilah dilawan dgn hukuman yg setimpal. Berasaskan kepada maslahat yg tersebut itu Ulamak membahagikan kesalahan dan hukuman kepada tiga jenis iaitu Hudud, Qisas dan Takzir.

Hudud

Hudud dari segi bahasa ertinya cegah. Menurut istilah ialah mencegah manusia drpd melakukan kesalahan yg membawa kepada pelaksanaan hukuman itu. Jenayah hudud ini dihukum dgn hukuman yg ditentu atau yg ditetapkan Allah sahaja kerana ia dikira hak Allah. Hakim tidak mempunyai sebarang kuasa atau budi bicara untuk mengurangkan, menambah atau menggantikan hukuman itu. Perkara yg termasuk dalam jenayah hudud ialah:

Zina termasuk didalam pemeliharaan kelahiran dan pemeliharaan keturunan. Maksud zina di sini ialah berlaku persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan pernikahan atau perkahwinan yg ditetapkan syariat. Pasangan yg Muhsan (telah berkahwin) dihukum rejam dgn batu yg sederhana besarnya sehingga mati; dan yg bukan muhsan disebat seratus kali. (Lihat hadis riwayat Muslim dan AlQuran surah AnNur:2) Hukuman zina dikenakan dgn berat agar manusia dapat hidup dgn fitrahnya dan agar manusia tidak kehilangan harga diri, keluarga dan sanak saudara.

Qazaf termasuk didalam pemeliharaan akal dan pemeliharaan keturunan. Maksud qazaf ialah membuat tuduhan bahawa seseorang itu melakukan zina yg mana tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dgn empat orang saksi. Hukuman bagi kesalahan ini ialah sebat lapan puluh kali dan kesaksiannya ditolak selama-lamanya sehingga dia bertaubat atas perbuatannya itu. Hukuman ini diperuntukkan dalam firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 4, maksudnya: "Dan orang yg melemparkan tuduhan berzina kepada perempuan yg terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka Lapan puluh kali dan janganlah kamu terima kesaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka adalah orang-orang yg fasiq."
6

Qazaf termasuk didalam pemeliharaan akal dan pemeliharaan keturunan. Pesalah qazaf bukan sahaja dihukum disebabkan berdusta, tetapi disebabkan dia telah menjatuhkan kehormatan wanita yg tertuduh, menjejaskan kehidupan, pekerjaan, hubungan sosial dan sebagainya. Selain dikenakan sebat 80 rotan, penyaksiannya tidak diterima hinggalah ia bertaubat. lni memandangkan kesaksian sangat tinggi kepentingannya dalam undang-undang Islam.

Minum Arak termasuk di dalam pemeliharaan akal,pemeliharaan harta dan pemeliharaan nyawa. Peminum arak atau sebarang minuman yg memabukkan yg aqil baligh dan jika telah disabitkan bersalah hendaklah dikenakan hukuman hudud sama ada dia mabuk atau tidak. Sekiranya penjenayah itu seorang yg merdeka, ia hendaklah disebat empat puluh rotan dan untuk hamba, hukumannya ialah sebat dua puluh rotan. Prinsip ini ialah untuk menjaga kemurnian akal fikiran manusia yg sepatutnya digunakan untuk kebaikan serta pembaziran wang. Dari sudut perubatan, tabiat ini juga boleh mendatangkan penyakit yg berbahaya yg boleh meragut nyawa.

Sariqah termasuk di dalam memelihara harta,memelihara akal dan memelihara nyawa. Sariqah adalah perbuatan memindah cara bersembunyi harta alih drpd jagaan atau pemilikan tanpa persetujuan tuannya yg mana perbuatan itu dilakukan dgn niat hendak menghilangkan harta itu drpd jagaan atau pemilikan tuannya. Apabila sabitan jenayah dibuat, penjenayah akan dihukum dgn hukuman hudud, iaitu kesalahan pertama dipotong tangan kanan hingga ke pergelangan. Kesalahan kedua dipotong kaki kiri. Bagi kesalahan ketiga dan berikutnya dgn dipenjarakan selama tempoh yg difikirkan patut oleh mahkamah untuk menjadikan pesalah itu sedar dan menyesal. Sesiapa juga tidak berhak memberi keampunan atau menukar hukuman itu kepada hukuman yg lain atau diringankan. Firman Allah dalam surah al-Ma'idah ayat 38 yg bermaksud, "Pencuri lelaki dan wanita, potonglah tangan kedua-duanya, sebagai balasan atas perbuatannya dan hukuman 9 drpd Allah".

Hirobah termasuk didalam memilihara harta dan memelihara nyawa. Maksud Hirobah ialah merompak dgn mengambil harta atau membunuh atau mengugut dgn menggunakan senjata. Tempat berlaku atau kejadian hirobah itu tidak ada perbezaan samada dilakukan di jalan, di kedai, di rumah, di kampong, di Bandar, di tempat sunyi atau di tempat orang ramai. Asalkan ia melibatkan menakutkan manusia ia dikira hirobah samada ia mengambil harta atau tidak, atau orang terbunuh atau tidak dalam hirobah itu, maka ia tetap akan dihukum hudud seperti berikut: (a) Dihukum bunuh dan selepas itu disalibkan jika mangsa itu dibunuh dan harta mangsa diambil. (b) Dihukum bunuh sahaja jika mangsa kesalahan itu dibunuh dgn tidak ada apa-apa harta mangsa yg telah diambil.
10

(c) Dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya jika harta sahaja yg diambil dgn tidak menyebabkan kematian mangsa atau mencederakannya. Tetapi sekiranya harta diambil dan kecederaan dilakukan ke atas mangsanya maka diyat hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada hukuman potong tangan dan kaki. (d) Dipenjarakan selama tempoh yg difikirkan patut oleh Hakim. Hukuman terhadap hirabah dinyatakan dalam ayat dari surah alMaidah ayat 33 yg berikut, maksudnya: Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yg memerangi Allah dan rasul-Nya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka bertimbal balik atau dibuang negeri ..."

11

Riddah di dalam memelihara agama. Riddah atau Murtad dari segi bahasa ialah kembali dari sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yg lain. Dari segi syarak, murtad bermaksud keluar drpd agama Islam dan kembali kepada kekufuran, sama ada dgn perkataan, secara sengaja atau bergurau atau dgn perbuatan yg melampaui batas ajaran Islam, atau dgn iktikad (kepercayaan). Oleh itu, hukuman yg sangat berat dikenakan terhadap orang yg murtad. Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 106, yg bermaksud, "Barangsiapa yg kafir kepada Allah sesudah ia beriman dia mendapat kemurkaan Allah, kecuali orang yg terpaksa kafir pada hal hatinya tetap dalam iman (maka dia tidak berdosa)." Hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, yg bermaksud, "Barang siapa yg menukar agamanya (agama Islam) maka bunuhlah dia."
12

Riddah di dalam memelihara agama. Riddah atau Murtad dari segi bahasa ialah kembali dari sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yg lain. Dari segi syarak, murtad bermaksud keluar drpd agama Islam dan kembali kepada kekufuran, sama ada dgn perkataan, secara sengaja atau bergurau atau dgn perbuatan yg melampaui batas ajaran Islam, atau dgn iktikad (kepercayaan). Oleh itu, hukuman yg sangat berat dikenakan terhadap orang yg murtad. Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 106, yg bermaksud, "Barangsiapa yg kafir kepada Allah sesudah ia beriman dia mendapat kemurkaan Allah, kecuali orang yg terpaksa kafir pada hal hatinya tetap dalam iman (maka dia tidak berdosa)." Hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, yg bermaksud, "Barang siapa yg menukar agamanya (agama Islam) maka bunuhlah dia."
13

Bughat termasuk didalam memelihara harta dan memelihara nyawa. Baghy diertikan sebagai kezaliman yg melampaui had dan batasan. Ia juga dikenali sebagai penderhakaan, menentang pemerintah yakni orang2 Islam yg mendurhakai atau melawan Ulil Amri/pemerintah yg adil yg menjalankan hukum2 syariat Islam dgn tidak mematuhinya dan meninggalkan pimpinannya. Niat derhaka ini dilakukan dgn melampaui batas dan menjejaskan ketenteraman awam. Dalam hal ini Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Hujurat: ayat 9 yg bermaksud: "Dan jika ada dua golongan drpd mukmin berperang, maka damaikan antara keduanya. Jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya kepada golongan yg lain, maka perangilah golongan yg berbuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah." Jelaslah bahawa penjenayah baghy dihukum dgn hukuman bunuh. Ini adalah kerana jenayah ini menimbulkan kekacauan 14 dan mengganggu keamanan dalam negara.

2.

Qisas Jenayah qisas meliputi perkara pembunuhan atau kecederaan pada tubuh badan. Jika kita kaitkan jenayah qisas dengan pengawasan Maqasid Al-Syariah,ia melibatkan perkara kedua dari prinsip tersebut iaitu pemeliharaan nyawa. Qisas bererti persamaan dan keadilan (al-musawah wa al-tadil). Menurut istilah syarak, qisas juga adalah uqubah muqaddarah seperti hudud, Cuma yang berbeza kesalahan qisas melibatkan hak individu. Yang dimaksudkan dengan hak individu ialah jika mangsa diserang maka dia atau warisnya berhak menuntut supaya penjenayah dihukum atau diampunkan, hingga penjenayah boleh terlepas daripada hukuman asal (uqubah asliyyah).

15

2.

Qisas Qisas dalam erti kata istilah bermaksud persamaan balasan terhadap penjenayah dengan balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Jenis jenayah yang melibatkan hukuman qisas ialah membunuh orang dengan sengaja dan kesalahan mencederakan tubuh badan dengan sengaja. Mematikan manusia dalam qisas terbahagi kepada tiga jenis: (a) Qatl al- amd, iaitu menyebabkan kematian dengan sengaja hendak membunuh, hukuman dibalas bunuh. (b) Qatl syihhi al- amd, iaitu menyebabkan kematian menyerupai qatl al- amd, hukumannya membayar diyat* kepada wali mangsa. (c) Qatl al-khata iaitu menyebabkan kematian dengan tidak sengaja, hukumannya membayar diyat kepada wali mangsa.

16

2.

Qisas Bagi jenis kesalahan membunuh dengan sengaja diertikan sebagai sengaja membunuh orang dengan apa-apa alat atau senjata yang lazimnya mematikan. Tentang perkara ini Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 45, maksudnya, Dan kami telah menetapkan ke atas mereka di dalamnya bahawa jiwa dibalas dengan jiwa. Orang yang disabitkan melakukan kesalahan membunuh atau dikenakan qisas, dibunuh juga, ataupun dikenakan diyat jika waris orang yang terbunuh tidak menuntut qisas dilaksanakan. Hukuman ini telah disepakati oleh para fuqaha. Perbezaan pendapat timbul dari segi bagaimana qisas dilaksanakan. Mazhab Hanbali dan Hanafi berpendapat penjenayah itu mesti dipancung dengan pedang, tanpa merujuk kepada cara yang sama seperti yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya.
17

2.

Qisas Kumpulan yang pertama lebih mementingkan pelaksanaan hukuman qisas dengan cara yang mudah dan cekap. Kumpulan yang kedua pula lebih melihat soal persamaan, iaitu menyamakan cara pengambilan nyawa. Sebagai jalan penyelesaian, Syeikh Mahmud Syaltut berpendapat Baginda Rasulullah sendiri memerintahkan supaya cara pemhunuhan, antaranya cara penyembelihan binatang, dilakukan dengan cepat, mudah dan cekap. Dengan itu, pelaksanaan qisas, seperti yang telah ditetapkan oleh al-Quran itu dijalankan dengan apa jua cara yang mudah dan kurang menyakitkan.

18

2.

Qisas Bagi kesalahan mencederakan dengan sengaja, setelah sabit kesalahan tersebut penjenayah akan dihukum dengan hukuman qisas, aran seperti apa yang dilakukannya kepada mangsa. Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 45, maksudnya, Dan Kami telah menetapkan di dalamnya (Taurat) bahawa jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka (pun) ada qisasnya. Walaupun ayat ini dipersoalkan lantaran ia ditujukan kepada penerima kitab Taurat, Ibnu Kathir menyatakan, bahawa sharu man qablana syaruu lana, maksudnya undang-undang orang sebelum kita adalah undang-undang kita.

19

2.

Qisas Ada beberapa syarat untuk menjalankan qisas bagi keskes mencederakan ini, antaranya: a. 1. Pencederaan mestilah dengan sengaja, bukan tidak sengaja. b. 2. Bahagian anggota yang ingin diqisas mestilah sama dengan yang dicederakan (dengan keadaan yang sama). c. 3. Qisas mesti boleh dijalankan oleh orang yang mempunyai keahlian (pakar) untuk mengelakkan kesilapan.

20

*Pengertian Diyat Diyat adalah satu-satunya hukuman untuk pembunuhan secara sengaja (qatl shibhi al- amd). Ia juga adalah hukuman bagi pembunuhan sengaja jika waris si mati yang terdekat tidak menuntut qisas dilaksanakan. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, Untuk pembunuhan shibhi al- amd, diyatnya ialah seratus ekor unta yang 40 daripadanya mesti mengandung. Dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa seratus ekor unta itu ditetapkan untuk diyat pembunuhan secara sengaja. Dalam undang-undang Islam, mangsa dan waris serta walinya diberi kuasa memaafkan penjenayah yang dikenakan hukuman qisas. Ini adalah disebabkan kes-kes bunuh dan mencederakan anggota melibatkan hak manusia. Dalam pembunuhan secara sengaja, mereka berhak mengampun perbuatan pembunuh dengan meminta diyat atau tanpa sebarang bayaran.
21

3. Tazir Tazir merupakan kesalahan-kesalahan yang hukumannya dera iaitu penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Ia bergantung kepada budi bicara dan kebijaksanaan hakim yang menjalankan hukuman tersebut. Sama ada dari sekecil-kecil hukuman seperti didenda sehingga sebesar-besar hukuman iaitu mati (bunuh). Tazir termasuk dalam pemeliharaan agama seperti kesalahan meninggalkan sembahyang fardhu, puasa, zakat dan mempercayaai serta mengamalkan upacara khurafat. Dari segi bahasa ia bermaksud pengajaran dan penghinaan. AlMawardi mentakrifkan tazir sebagai deraan (hukuman) sebagai pengajaran terhadap orang yang melakukan kesalahan di mana bentuk hukuman tidak diperuntukkan dalam hudud dan qisas.
22

3. Tazir Ibn Qasim alGhaza pula menjelaskan tazir sebagai seksaan yang kadarnya tidak ditentukan, tetapi terpulang kepada pemerintah. Qalyubi dan Umairah berpendapat tazir ialah hukuman pada sebarang maksiat yang bukan hudud dan bukan kaffarah. Daripada definasi tadi, dapat dikatakan bahawa tazir adalah bentuk hukuman yang dikenakan ke atas kes-kes yang tidak melibatkan kesalahan hudud, qisas, diyat dan kaffarah dengan tujuan pengajaran dan pemulihan. Dalam konteks ini hakimi diberikan kuasa budi bicara yang luas.

23

Hukuman tazir bertujuan untuk memperbaiki, memberi pengajaran dan untuk menakutkan orang ramai supaya tidak melakukan jenayah. Ia juga bertujuan untuk membersihkan masyarakat daripada perbuatan maksiat yang merosakkan. Untuk mencapai tujuan ini, hukuman ke atas kesalahan ta zir perlu diisytiharkan kepada orang ramai, demi menjaga kesejahteraan umum, agar si penjenayah merasai kesan pelaksanaan undang-undang tersebut. Pertimbangan hakim terhadap hukuman tazir dibuat berasaskan kepada keadaan kesalahan yang dilakukan, rekod jenayah si pesalah, keadaan psikologi dan sebagainya. Hukuman tazir tidak terhad kepada hukuman yang telah biasa digunakan dalam teks undang-undang, tetapi apa juga bentuk hukuman yang berfaedah, sesuai dan tidak bertentangan dengan kaedah am syariah.
24

Antara contoh hukuman tazir yang lazim dijalankan adalah seperti berikut: 1. Alwaz iaitu memberi amaran dan peringatan kepada seseorang yang melakukan pelanggaran undang-undang dengan tujuan memberi peringatan kepada pesalah, memaklumkan jika dia tidak tahu bahawa di telah melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Misalnya peringkat awal dalam kes nusyuz (isteri yang tidak taat kepada suami). Al- Tawbikh, iaitu membuat celaan secara rasmi, 2. dengan kata-kata dan perbuatan yang dirasakan oleh hakim mencukupi untuk mencapai matlamat ta zir.

25

Al-Tahdid, iaitu hukuman dengan cara meminta pesalah 3. membetulkan perlakuannya dengan ancaman bahawa ia akan dihukum sekiranya mengulangi kesalahan terse but. Ia juga dilakukan dengan menjatuhkan hukuman, tetapi pelaksanaannya ditangguhkan hingga si pesalah melakukan lagi kesalahan lain (dalam jangka waktu yang tertentu). Hukuman ini mempunyai persamaan dengan suspended sentences yang banyak diamalkan dalam sistem undang-undang, antaranya English Criminal justice Act 1967 (Pindaan 1982). Al-Hijr, iaitu hukuman permulauan. Ini pernah 4. dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w dalam kes yang melibatkan seorang yang tidak mahu menyertai Perang Tabuk. Saiyidina Umar pula pernah menjalankan hukuman ini ke atas seorang yang suka membahas ayat mutasyabihah dalam al-Quran dengan tujuan mengelirukan orang ramai.
26

Al-Tashhir, iaitu pengisytiharan umum terhadap 5. hukuman yang dikenakan dan ini adalah hukuman yang penting sejak zaman awal Islam. Ia dilakukan dengan membawa pesalah ke semua bahagian dalam bandaraya (tempat). Pegawai dari jabatan kehakiman akan membawanya dan memberitahu orang ramai bahawa individu yang berkenaan telah melakukan kesalahan yang dihukum dengan hukuman tazir. Tujuan hukuman ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa pesalah itu tidak boleh dipercayai. Al-Qharamah wa al-Musadarah iaitu 6. hukuman denda dan rampas harta. Walaupun terdapat beberapa perbahasan antara golongan yang menyokong denda dan rampas harta dan golongan yang menentang pelaksanaan hukuman itu, tidak ada siapa pun yang dapat menafikan kepentingannya. Bentuk hukuman ini terus diamalkan, dan disesuaikan dengan 27 peredaran zaman.

Al-Habs, iaitu hukuman penjara. Seperti juga dalam 7. sistem undang-undang yang lain hukuman ini sama ada mempunyai had tertentu (definite) ataupun tidak ada had (indefinite). Mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali tidak menentukan kadar yang tetap bagi hukuman penjara tazir, kerana setiap kesalahan dan bagi setiap pesalah kadar hukuman yang dikemukakan berbeza. Bagi mazhab Syafii, hak maksimum ialah satu bulan untuk soal siasat dan enam bulan untuk hukuman dan had maksimum tidak melebihi setahun. Al-Jald, iaitu hukuman sebat. Lazimnya, hukuman tazir 8. jenis ini adalah untuk kes minum arak. Persoalannya ialah adakah sebat dalam kes-kes tazir dibolehkan melebihi jumlah sebat dalam kes hudud? Ada perbezaan pendapat daripada kalangan ulama tentang had minimum dan maksimum sebat kerana hukuman tersebut bergantung kepada keadaan kes dan 28 pesalahnya.

Al-Tazir bil Qatl, iaitu hukuman tazir dengan 9. dibunuh. Hukuman mati selalunya diperuntukkan untuk keskes yang serius, iaitu untuk dua kesalahan hudud (hirabah, murtad) dan hukuman qisas (bagi kes bunuh dengan sengaja). Walaupun ada fuqaha yang menentang tazir dengan cara bunuh, dalam sesetengah kes terdapat pengecualian. Antaranya ialah kes perhubungan sejenis yang sudah jadi tabiat, menjadi pengintip untuk musuh, dan sebagainya.

29

Memandangkan hukuman tazir ini telah diserahkan kepada kuasa budi bicara pemerintah Islam dan hakim, mereka mempunyai hak untuk menentukan beberapa jenis kesalahan dan bentuk hukumannya yang tidak dijelaskan dengan tetap dalam kes undang-undang. Antaranya kes riba, memberi kesaksian palsu, pecah amanah, mencela orang, rasuah dan lain-lain. Yang jelas matlamat tazir ialah menghukum perbuatan yang menyalahi undang-undang dan menjejaskan ketenteraman awam serta hak individu.

30

Melalui sistem kehakiman yang mantap dan cara pelaksanaan yang berkembang berasaskan keimanan ternyata hukuman tersebut dapat menangani persoalan semasa. Kerana matlamat mengenakan hukuman sebagai salah satu cara untuk memerangi jenayah atau mengurangkan jumlah jenayah, maka syariah Islam telah berjaya mencapai madamat ini begitu jauh dibandingkan dengan sistem undang-undang yang lain. Ini adalah kerana jenayah dicegah sebelum ia dilakukan, dan apabila sudah dilakukan, penjenayah dihakimi hingga ke peringkat terhapus segala kesan dan kemudaratannya.

31

Wassalam!

Wallahu alam

32

You might also like