Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN PUTERA/ PUTERI PONGGAL BAINUN 2014

Putera/ Puteri Ponggal Bainun merupakan pertandingan yang baharu dirancang dan diamalkan pada tahun ini. Inilah kali pertama ia dilaksanakan dan sambutan yang hangat yang diberikan oleh guru pelatih memberi keyakinan bahawa pertandingan ini akan diteruskan pada masa kelak. Pertandingan ini merupakan antara pertandingan yang ditandingkan sempena Pesta Ponggal 1 Malaysia 2014. Pertandingan ini juga telah membuka peluang kepada guru pelatih bukan India agar turut serta menyertai pertandingan ini. Kami sebagai pihak penganjur telah mewajibkan sekurang - kurangnya dua orang ( seorang lelaki dan seorang perempuan ) guru pelatih daripada setiap kelas dan kedua - dua orang tersebut diberi kewajipan untuk mencari dua orang peserta bukan India. Para peserta dikehendaki memperagakan budaya kaum India dimana termasuk pakaian kaum India iatu, sari bagi peserta perempuan dan juga dhoti bagi peserta lelaki dan juga gaya kaum india seperti cara berjalan, cara bersalam dan sebagainya. Empat orang juri yang teridiri daripada Pn Anbukarasi sebagai ketua juri, Pn. Kannagi, Pn. Nagammah dan Pn . Punitha telah menjadi hakim bagi pertandingan ini dan diberi kewajipan untuk memilih seorang Putera Ponggal Bainun dan seorang Puteri Ponggal Bainun bagi kedua - dua kategori iaitu, guru pelatih India dan juga guru pelatih bukan India. Pakaian, persolekan dan gaya merupakan antara ciri - ciri yang diadili oleh para hakim tersebut. Daripada 32 orang peserta Varatharasan dan Mohd Fitri merupakan Putera Ponggal Bainun 2014 dan Yogeswari dan Affaf merupakan Puteri Ponggal Bainun 2014. Penyertaan guru pelatih bagi pertandingan ini adalah amat digalakkan dan sokongan yang padu dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Laporan disediakan oleh,

______________________ ( SANGGITA RAMAKRISHNAN )

You might also like