Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak, Kuala Lumpur

Dokumantasi

Merentas Desa 2012

Tarikh: 2 Julai 2012 (Isnin) Masa: 7.30 pagi 12.45 tengahari. Tempat mula: SMK. Tinggi Setapak. Tempat tamat: Padang Bola Sepak, Taman Tasik Titiwangsa.

Disediakan oleh: En. Mohd Nor Bin Mat Salleh, Pn. Sazlina Binti Othman

Kandungan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Laporan Kertas kerja Keputusan Jawatankuasa Surat menyurat Laporan bergambar Peta laluan Muka surat 3 5 6 7 14 20 22

Lampiran-buku aturcara.

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK. TINGGI SETAPAK 2012 Pada hari Isnin bersamaan 2 Julai 2012, SMK. Tinggi Setapak telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa dengan jayanya. Para peserta telah berlari dari pintu pagar sekolah dan berakhir di Padang Bola Sepak Taman Tasik Titiwangsa. Larian ini telah dilepaskan oleh Pengetua SMKTS, En. Naseh Bin Hassan. Pada jam 7.30 pagi pelajar berkumpul di tapak perhimpunan untuk membuat persiapan sebelum larian. Mereka berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing sambil memakai nombor peserta. Seterusnya taklimat oleh Penolong Setiausaha Sukan, En. Mohammad Nawawi Bin Che Ahmad mengenai laluan merentas desa. Selepas taklimat, para pelajar dibenarkan ke kantin bagi sarapan pagi. Pada jam 8.30 pagi para pelajar berkumpul semula di tapak perhimpunan dan dipecahkan kepada empat kumpulan iaitu Lelaki A (tingkatan 5 dan 6), Lelaki B (tingkatan 3 dan 4), Lelaki C (tingkatan 1 dan 2) dan Perempuan A (Tingkatan 6). Mereka dikehendaki melakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan bagi mengelakkan kecederaan semasa larian. Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan dilarang menyertai larian dan mereka secara suka rela membantu guru rumah sukan masing-masing. Sementara itu para pegawai yang bertugas di check point, penunjuk arah dan hakim penamat telah bersedia di tempat yang telah ditetapkan sebelum peserta dilepaskan. Tepat jam 9.10 pagi, peserta Lelaki B dilepaskan dan seterusnya pada jam 9.15 pagi peserta Lelaki C. Diikuti seterusnya peserta Perempuan A pada jam 9.20 pagi dan akhir sekali peserta Lelaki A pada jam 9.25 pagi. Pelepasan peserta dan jarak larian adalah seperti seperti di dalam jadual 1.0 di bawah: Jadual 1.0 Pelepasan peserta mengikut kategori dan masa. Kategori (tingkatan) Masa dilepaskan Jarak Lelaki C (1,2) 9.15 pagi 2.3 KM Perempuan A (6) 9.20 pagi Lelaki B (3,4) 9.10 pagi 3.6 KM Lelaki A (5,6) 9.25 pagi Para peserta memulakan larian dari pintu pagar sekolah di Jalan Ayer Jerneh ke Jalan Ayer Kering, Jalan Ayer Bersih, Lorong Ayer Bersih 4, Lorong Langkawi, Jalan Pahang, Jalan Temerluh, Jalan Kuantan(kategori lelaki A dan lelaki B sahaja), dan Jalan Tembeling. Para peserta perlu melalui setiap check point yang telah ditetapkan mengikut kategori masing-masing. Peserta yang telah menamatkan larian diminta berkumpul untuk mendapatkan makanan dan minuman dari guru rumah sukan masing-masing. Masa untuk 15 peserta terpantas bagi setiap kategori dicatatkan oleh hakim penamat. Selepas peserta terakhir sampai di garisan penamat, hakim-hakim penamat mengumpul data dari setiap check point untuk menentukan peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke-15. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada pukul 11.15 pagi di Padang Bola Sepak Tasik Titiwangsa. Seramai 15 peserta pertama dari setiap kategori diberikan hadiah pingat. Majlis penyampaian hadiah berlangsung dalam keadaan yang sungguh meriah dan ceria dengan sorakan dari pelajar-pelajar rumah sukan diikuti kibaran bendera masing-masing mengiringi setiap peserta yang dikalungkan pingat. Selesai majlis penyampaian hadiah, para
3

pelajar diiringi oleh guru-guru disiplin berjalan menuju ke sekolah. Pelajar berkumpul di kantin sekolah dan berehat sehingga jam 12.45 tgh. Tepat jam 12.50 tgh, pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti biasa sehingga waktu balik jam 1.50 petang. Sila rujuk LAMPIRAN yang terdiri daripada kertas kerja, keputusan, jawatankuasa kejohanan, surat menyurat, laporan bergambar, peta laluan dan buku aturcara (bercetak shj.). Disediakan oleh : Mohd Nor Bin Mat Salleh, email:mnbms14@gmail.com, Sazlina Binti Othman, email:sazlina69@yahoo.com

KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKTS 2012 MATLAMAT Kejohanan Merentas Desa merupakan satu acara tahunan dalam Takwim Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak. Tujuan Kejohanan Merentas Desa diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua pelajar untuk menunjukkan bakat mereka dalam acara larian jarak jauh, disamping memupuk semangat kerjasama, jati diri dan nilai bertanggungjawab di kalangan pelajar dan guru. OBJEKTIF Sesuai dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia satu murid satu sukan , objektif Kejohanan Merentas Desa adalah untuk menggalakkan penglibatan para pelajar dalam bidang sukan bagi melahirkan pelajar yang aktif dan cergas. Melahirkan semangat ukhwah dalam kalangan pelajar dan guru dalam melaksanakan sesuatu program. Melahirkan para pelajar yang berketerampilan dalam dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. TARIKH PELAKSANAAN

TARIKH MASA TEMPAT


SASARAN

: : :

2 JULAI 2012 7.30 pagi 12.50 tgh


MULA : SMK Tinggi Setapak TAMAT : Padang Bola Sepak Taman Tasik Titiwangsa

Semua Pelajar
Belanjawan Bil 1. Butiran Hadiah Peruntukan 1.1 Makanan 1.2 minuman Lain-lain perbelanjaan Harga (RM) RM 4.00 RM 1.00 RM 0.60 Kuantiti (Unit) 60 850 850 Jumlah (RM) RM240.00 RM850.00 RM510.00 RM300.00

Jumlah Keseluruhan

RM1900.00

KEPUTUSAN KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012

BIL

RUMAH SUKAN

KUTIPAN MATA

RUMAH OTHMAN

286

RUMAH LUKE

281

RUMAH DE SOUZA

267

RUMAH KHIR JOHARI

228

JAWATANKUASA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012 Tarikh : Hari Masa Tempat 2 Julai 2012 : : : Isnin 7.30pagi -1.50 tengah hari Mula : SMK Tinggi Setapak Tamat : Padang Bola Sepak Taman Tasik Titiwangsa Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Naib Pengerusi 4 Setiausaha sukan : : : : : : Pn. Hjh Esaah bt Ismail En. Nasaruddin b Abdullah En. Zuhir b Midon Tuan Hj Ibrahim b Abdullah Pn. Salbiah bt Md Noor En. Mohamad Aman b Mohamad Pn. Chong Pei Woon Pn. Nursheila Saida bt Abdullah

Setiausaha kejohanan : Bendahari :

BI L 1

JAWATAN KUASA Urusetia

BIDANG TUGAS Menguruskan pertandingan antara peserta Menyediakan suratmenyurat dan mesyuarat berkenaan kejohanan Menyediakan tempat duduk/kawasan pertandingan Menyediakan seorang pegawai di tempat penyelia peserta bagi membantu penyemakan Memastikan stadium/gelanggang dalam kedaan bersih selepas kejohanan.

CATATAN Pengerusi: Pn. Hjh Esaah bt Ismail (Pengetua) Naib Pengerusi 1: En. Nasaruddin b Abdullah Naib Pengerusi 2: En. Zuhir b. Midon Naib Pengerusi 3: Tuan Hj Ibrahim b Abdullah Naib Pengerusi 4: Pn. Salbiah bt Md Noor

Pengurus Kejohanan

Pengerusi Teknik dan peralatan

Memastikan kejohanan berjalan lancar Membantu membuat keputusan jika berlaku bantahan Membantu jawatankuasa pengelolaan Menyediakan peraturan kejohanan Menyediakan & mengedar jadual pertandingan Membantu jawatankuasa teknik dan peralatan menyediakan gelangang, peralatan dan kemudahan Mengadakan taklimat untuk ketua rumah sukan Mendapat senarai alatan keperluan kejohanan daripada Pengerusi Teknik Menyediakan alatan keperluan kejohanan yang mencukupi Memastikan alatan yang disediakan selamat digunakan Membantu Pengerusi Teknik dalam menguruskan persiapan padang Mengumpul borang penyertaan Membuat undian bagi setiap acara yang dipertandingkan Memproses borang penyertaan selepas diterima balik Menyediakan senarai nama peserta pusingan awal Memastikan semua

En. Mohamad Aman b Mohamad Penolong Pengurus En. Azman b Md Yassin

En. Azhar b Mat En. Mohd Hanif b Nazimuddin En. Mohaizam b Abdul Rashid

Pertandingan

En. Mohamad Nawawi b Che Ahmad En. Mohd Firdaus b Azman Pn . Nor Azwa bt Mokhtarudin

Marshall

En. Kamarulzaman
8

Penunjuk Arah

pegawai bertugas di setiap stesen telah bersedia sebelum melepas peserta Mengenalpasti peserta terakhir ke tempat penamat Memaklumkan kepada petugas kecemasan sekiranya terdapat kecederaan atau kecemasan kepada peserta larian atau pegawai bertugas dan mendapat bantuan dari urusetia sekiranya diperlukan Menguruskan keselamatan dan pergerakan kenderaan (lalu lintas) semasa peserta melalui jalan raya utama Berada di tempat yang telah ditetapkan sebelum pertandingan bermula Memastikan laluan di kawasan jagaan tidak merbahaya kepada peserta Memastikan peserta mengikut arah laluan yang betul dan tidak melencung ke tempat lain Menyedia papan penunjuk arah yang perlu dilalui peserta Berhubung dengan marshall untuk memastikan semua peserta telah melepasi laluan di bawah kawalan Meninggal tempat kawalan setelah menerima arahan daripada Marshall

En. Balasubramaniam a/l s Supiah En. Romaino Bt Esa

Penunjuk arah 1Cik Rohana bt Abdul Rahman YM Tengku Md Izudin b Tuan Ibrahim Penunjuk arah 2 Pn. Emiza Bt Alias Cik Faraihan Bt Rozak Penunjuk arah 3 Pn. Nor Azmira bt Salehhuddin Pn. Salina bt Polani

Penunjuk arah 4 Pn. Zawiah bt Abddullah Pn. Siti Nazirah bt Ishak Penunjuk arah 5 Pn. Ramona b Ramly Pn. Nasibah bt Ibrahim Penunjuk arah 6 Pn. Norshamsizar bt Abdul Jalil Pn. Farazilah bt Jaafar
9

Pegawai chek point

bertugas Mendapatkan gelang getah(rubber band) daripada pengerusi teknik mengikut warna yang telah ditetapkan mengikut stesen. Berada di stesen masing-masing sebelum pertandingan bermula. Memberi gelang getah kepada peserta yang melalui stesen jagaan yang telah ditetapkan. Meninggalkan stesen setelah menerima arahan daripada Marshal bertugas.

CP 1 En. Syazwan b Mohd Sidek Pn. Azlina bt mohamaed CP 2 En. Saravanan a/l Munusamy Pn Noriah bt Mohamad CP 3 En. Rahim b Alliudin Pn. Norihan bt Awang CP 4 Pn. Srinakumalar a/p Shiran Cik Ting chee Kuin CP 5 Pn. Ryena Bt Md Yunus Pn. Ramlah bt Md Said CP 6 Leelawathy a/p Kanaphaty Pn Nirmala a/p Ganesan CP 7 Pn. Rahaizan bt Mohamed Pn. Norfadhila bt Yaacob

Pencatat & statistik

Mencatat nama peserta,, masa yang dicatat bagi setiap peserta mengikut kategori yang tiba pada kedudukan 1 hingga 20 Mencatat segala keputusan rasmi dan yang bekaitan

Pn. Rohayati bt Zakaria Pn. Siti Amnah bt Che Soh Pn. Rusmawati bt Ibrahim Pn. Norsiah bt Md Nor Pn. Hanizan bt Taib Pn. Mugentheswery a/p Nagalingam Pn. Rosmawati bt Abu Bakar

Penjaga Masa

Mengambil jam randik daripada pengerusi teknik untuk menentukan masa para peserta bagi setiap kategori Mendapatkan catatan masa bagi peserta yang tiba pada kedudukan 1

Cik Thanapackiam a/p Ponomani Pn. Siti Hir Afidah Bt Tahir Pn. Norhayati bt Ibrahim Pn. Norizan bt Mohd Noh Pn. Vanaja Kavendapan Pn. Ng Geok Leong Pn. Chiew Wei Chin
10

10 Disiplin dan keselamatan

hingga 20 bagi setiap kategori Berhubung dengn pencatat unuk catatan masa yang dilakukan Mendapatkan kerjasama dari balai polis berdekatan (bagi merentas desa, minta bantuan dari balai polis jalan Bandar) Menyediakan peraturan keselamatan di kawasan pertandingan Mendapatkan pembantu dikalangan murid-murid untuk bertugas Memastikan penonton berada di tempat yang dibenarkan sahaja semasa pertandingan dijalankan Menentukan kebersihan tempat pertandingan Mendapatkan pembantu dikalangan murid-murid untuk bertugas sebelum dan selepas pertandingan Menempatkan petugaspetugas di tempat yang difikirkan sesuai Menyediakan peralatan pertolongan yang bersesuaian Menyediakan kenderaan jika berlaku kecemasan Menyediakan dan mengeluarkan buku aturcara kejohanan Memastikan buku acara mengandungi:- Kata-kata laluan - Aturcara kejohanan - Senarai ajak pengelola - Senarai pegawai -

En. Abdul Halim b Mohd Nor En. Jamali b Saat

11

Kebersihan

Pn. Chen Chee Fong Pn. Zainon bt Maskam Pn. Fauziah bt Sulaiman

12

Pertolongan Cemas

Pn. Siti Asmak bt Sudiman Pn Nurshahidah bt Ibrahim En. Yeoh Kok Soon PBSM ST. Jhon

13

Buku Aturcara

Lim Char Bo Pn. Maznah bt Ismail Pn.. Nisrin bt Ahmad Ramly

11

14

Hadiah, sijil & cenderahati

sukan - Senarai acara - Rekod kejohanan Menyediakan hadiah dan sijil Menjalankan penyampaian hadiah semasa kejohanan Menyediakan cenderahati untuk pegawai dan tetamu kehormat Mengambil gambar semasa pertandingan Menyediakan dokumentasi pertandingan Menerima pendaftaran peserta pada hari kejohanan Memastikan peserta memakai nombor ketika melapor diri Menyediakan PA sistem di permulaan dan penamat kejohanan Mengenal pasti jumlah guru dan pelajar yang terlibat dengan kejohanan Menyediakan minuman dan makanan untuk pegawai dan pelajar seperti yang ditetapkan Menempah minuman dan makanan berserta ais batu yang diperlukan Mendapatkan pembantu di kalangan pelajar bagi mengedar makanan dan minuman Menyediakan makanan vip Menjadi m/c sepanjang kejohanan berlangsung Membuat pengumuman dari semasa ke semasa

Ng Po Yok Pn. Suzaimah bt Safei Pn. Vijaya Leksmy a/p JC Ramalu

15

Fotografi & dokumentasi

En. Mohd Nor b Md Salleh Pn. Sazlina bt Othman

16

Penyelia peserta & pelepas

En. Fadzil b Ahmad Nazri En. Irenaeus a/l Anthony Martin Pn. Rosnani bt Saari

17

PA sistem

En Rahmat b Mohd Khatib En Zaihurin b Hussin Pn. Rosna bt Othman Pn. Noor Hanita bt Zakaria Pn. Norehan Bt Hanafi

18

Minuman & Makanan Pegawai , tetamu dan pelajar pembantu

19 Juruacara Majlis

Pn. Julaizah bt Md Jaiz Pn. Norasiha

12

20

Ketua rumah sukan dan penolong ketua rumah sukan

Menguruskan hal-hal berkaitan rumah sukan masing-masing

Rumah Othman(merah) Pn. Nurbaizura bt Abdul Lazak Cik Hamizah bt Ahmad

Cik Deepa a/p Thiagarajan


Rumah De Souza(biru) Pn. Zarini bt Hassan En. Mohd Hafiza b Md Jusoh En Mohd Husnul Naimi b Md Aziz Rumah Johari(hijau) Pn. Azizah bt Abdul Latif Cik Nurul Huda bt Abdul Ghani Pn. Asmak bt Yusof Rumah Luke(kuning) Pn. Monaliza bt Bauk Cik Norhana bt Md Yun

Pn. Naimah bt Che Isa

13

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI SETAPAK Jalan Ayer Jernih, Setapak, 53200 Kuala Lumpur Tel: 0340236191 Fax: 0340254380

Kepada, PENGURUS Taman Tasik Titiwangsa Jabatan Taman Rekreasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jalan Kuantan Kuala Lumpur.

21 Mei 2012

Tuan, Memohon Kebenaran Menggunakan Kemudahan Dan Kawasan Taman Tasik Titiwangsa Untuk Kejohanan Merentas Desa Smk Tinggi Setapak 2012 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah ini akan mengadakan kejohanan Kejohanan Merentas Desa Smk Tinggi Setapak 2012sebagaimana berikut: Tarikh : 2 Julai 2012 Masa : 7.30 pagi sehingga 1.00 tengahari Tempat : Padang Bola Sepak Tasik Titiwangsa Trek laluan : Laluan Jalanraya dan Sekitar Tasik 3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar perkara ini mendapat kerjasama dan kebenaran dari pihak tuan bagi tujuan tersebut. Kami sedia mematuhi segala peraturan yang akan ditetapkan oleh pihak tuan. 4. Segala kerjasama, perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya diberikan oleh pihak tuan, saya dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas, (Puan Hajah Esaah binti Ismail) Pengetua SMK Tinggi Setapak
14

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI SETAPAK Jalan Ayer Jernih, Setapak, 53200 Kuala Lumpur Tel: 0340236191 Fax: 0340254380

Kepada: KETUA BALAI, Balai Polis Setapak Kuala Lumpur

21 Mei 2012

Tuan, Makluman aktiviti Sempena Kejohanan Merentas Desa Tahun 2012 SMK Tinggi Setapak Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah ini akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa Tahun 2012 SMK Tinggi Setapak sebagaimana berikut: Tarikh Hari Masa Mula Tamat : 2 Julai 2012 : Isnin : 8.30 pagi : SMK Tinggi Setapak : Padang Bola Sepak Taman Tasik Titiwangsa

3. Sehubungan dengan itu, Segala kerjasama oleh pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. SUKAN UNTUK KECEMERLANGAN SETAPAK DI HADAPAN

Saya yang menurut perintah,

(Puan Hajah Esaah binti Ismail) Pengetua, SMK Tinggi Setapak Kuala Lumpur
15

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI SETAPAK Jalan Ayer Jernih, Setapak, 53200 Kuala Lumpur Tel: 0340236191 Fax: 0340254380

Pengarah , Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

23 Mei 2012

Tuan, Makluman aktiviti Sempena Kejohanan Merentas Desa Tahun 2012 SMK Tinggi Setapak Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah ini akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa Tahun 2012 SMK Tinggi Setapak sebagaimana berikut: Tarikh Hari Masa Mula Tamat : 2 Julai 2012 : Isnin : 8.30 pagi : SMK Tinggi Setapak : Padang Bola Sepak Taman Tasik Titiwangsa

3. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar pihak tuan dapat menyediakan pasukan perubatan jika berlaku kes-kes kecemasan. Segala kerjasama oleh pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. SUKAN UNTUK KECEMERLANGAN SETAPAK DI HADAPAN

Saya yang menurut perintah,

16

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI SETAPAK Jalan Ayer Jernih, Setapak, 53200 Kuala Lumpur Tel: 0340236191 Fax: 0340254380

Kepada, Tuan Komandan, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 KUALA LUMPUR. 2012 Tuan, PERMOHONAN UNTUK MENYEWA PADANG PULAPOL DAN MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN JALAN MASUK AYER PANAS DAN JALAN KELUAR KELAB GOLF PDRM TAMAN TASIK TITIWANGSA UNTUK KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK TINGGI SETAPAK 2011. Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan, pihak kami ingin memohon untuk menyewa padang di PULAPOL bagi mengadakan Sukan Tahunan Sekolah Tahun 2011 seperti butiran berikut: Tarikh Hari Masa : : : 7 Julai 2012 Sabtu 07.00 pagi hingga 1.00 tengahari

17 JANUARI

3. Sukacita dimaklumkan juga, pihak sekolah ini ingin memohon kebenaran menggunakan jalan masuk Ayer Panas dan jalan keluar Kelab Golf PDRM Taman Tasik Titiwangsa untuk Kejohanan Merentas Desa SMK Tinggi Setapak yang akan diadakan sebagaimana butiran berikut: Tarikh Masa Tempat : : : : 15 Jun 2012 7.30 pagi sehingga 12.00 tengahari Mula : SMK Tinggi Setapak Tamat : Padang Taman Tasik Titiwangsa

4. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap sekiranya pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini. 5 Oleh itu, kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.
17

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas,

(Puan Hajah Esaah binti Ismail) Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak

18

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI SETAPAK Jalan Ayer Jernih, Setapak, 53200 Kuala Lumpur Tel: 0340236191 Fax: 0340254380

KOMANDAN, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 KUALA LUMPUR. Tuan, MAKLUMAN SETAPAK 2012

25 JUN 2012

PERUBAHAN TARIKH MERENTAS DESA SMK TINGGI

Dengan segala hormatnya surat kami bertarikh 17 Januari 2012 dan surat kebenaran dari pihak tuan dengan nombor rujukan 10/8 bertarikh 30 Januari 2012 adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa, terdapat perubahan tarikh Kejohanan Merentas Desa SMK Tinggi Setapak 2012 seperti berikut:Tarikh Masa : 02 Julai 2012 (Isnin) : 08.00 pagi sehingga 12.00 tengahari

3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar kami sekali lagi mendapat kebenaran untuk menggunakan laluan jalan keluar masuk Kelab Golf ke Tasik Titiwangsa bagi Kejohanan Merentas Desa SMK Tinggi Setapak pada tahun ini. Selain itu, kami juga memohon kebenaran tuan untuk melalui jalan tersebut pada 28 Jun 2012 bagi lawatan ahli jawatankuasa bertugas dengan menaiki bas sekolah SMK Tinggi Setapak. 4. Oleh itu, saya amat berharap perkara ini mendapat kerjasama dan kebenaran daripada pihak tuan bagi tujuan tersebut. Kami juga sedia mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak tuan. 4. Segala kerjasama, perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya diberikan oleh pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Lampiran berkepil adalah berkaitan.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas, .
19

LAPORAN BERGAMBAR

Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan dan membuat persediaan sebelum larian.

Taklimat oleh En Mohammad Nawawi Bin Che Ahmad.

Pelajar diberikan nombor mengikut kategori

Aktiviti regangan dan memanaskan badan sebelum larian

Peserta Lelaki B sedia untuk dilepaskan.

Pelepasan peserta Lelaki C dimulakan di seberang jalan.

20

Peserta Perempuan A sedang berlari dengan sungguh bersemangat.

Peserta sedang melalui jalan di Taman Tasik Titiwangsa.

Peserta sedang menamatkan larian di padang Makanan dan minuman disediakan oleh guru bola sepak Taman Tasik Titiwangsa. rumah sukan masing-masing.

Pingat kepada 15 peserta pertama setiap kategori.

Pingat dikalungkan sendiri oleh Pengetua sambil diperhatikan oleh PK HEM dan PK. Kokurikulum.

Teks oleh: Mohd Nor Bin Mat Salleh & Sazlina Othman Gambar oleh: Mohd Nor Bin Mat Salleh, Sazlina Othman & Mohd Hafiza Md. Jusoh.

21

PETA LALUAN ACARA MERENTAS DESA SMK. TINGGI SETAPAK TAHUN 2012 Jarak larian bagi kategori Perempuan A dan Lelaki C ialah 2.3 KM.

Peta 1.0 Laluan larian merentas desa katogori Perempuan A dan Lelaki C. [sumber: Google Map Malaysia, 2012] Jarak larian bagi kategori Lelaki A dan Lelaki B ialah 3.6 KM.

Peta 1.1 Laluan larian merentas desa katogori Lelaki A dan Lelaki B. [sumber: Google Map Malaysia, 2012]

22

You might also like