Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Penerangan Bahan Media Powerpoint

Penggunaan bahan media powerpoint yang bersifat interaktif melibatkan penglibatan murid. Ia juga banyak membantu dalam menarik fokus dan perhatian murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu arif dalam menyusun dan memastikan penyusunan slaid-slaid berada dalam keadaan yang teratur dan sistematik. Saya akan menerangkan bagaimana menggunakan powerpoint yang telah saya dan rakan sekumpulan saya laksanakan.

Rajah 1: Slaid Pertama Rajah di atas menunjukkan slaid yang pertama apabila memulakan bahan media ini. Bagi memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru boleh terus klik pada gambar anak panah yang tertulis Klik untuk MULA! . Apabila selesai klik pada imej tersebut, slaid akan beralih ke slaid yang seterusnya iaitu menu utama.

Rajah 2: Slaid kedua (Menu Utama)

Slaid kedua merupakan menu utama yang menunjukkan kepada tiga pilihan pautan utama iaitu: 1. Apakah Keperluan Asas Haiwan? 2. Jom Nyanyi 3. Jom Jawab Ketiga-tiga pautan tersebut memberikan laluan pintas ke segmen-segemen tertentu. Sebagai contoh, jika klik pada kotak Apakah Keperluan Asas Haiwan?, slaid yang akan terpapar ialah:

Slaid ini merupakan pengenalan kepada topik pengajaran iaitu beberapa Keperluan Asas Haiwan yang akan dipelajari melalui powerpoint ini. Antara isi kandungannya adalah seperti berikut :

Guru perlu membiarkan murid menjawab dulu soalan, apabila mereka menjawab, baru lah guru menekan klik pada tetikus untuk jawapan. Klik seterusnya akan memaparkan gambar. Seterusnya, berbalik kepada menu utama dan melihat kepada l ink yang tertulis Jom Nyanyi. Link tersebut akan membawa anda ke segmen menyanyi sambil menonton tayangan video. Pengguna diminta untuk klik pada pautan Keperluan Asas Haiwan yang disediakan.

Selepas menyanyi, slaid berikutnya adalah menjawab soalan kuiz. Jika ke menu utama, guru boleh menekan pautan Jom Jawab. Slaid yang akan terpapar adalah:

Contoh soalan kuiz:

Jika pengguna menjawab soalan dengan betul, imej penghargaan akan muncul dan pengguna perlu meneruskan permainan dengan klik pada soalan berikutnya mengikut nombor soalan pada kotak di bawah slaid.

Imej respon jawapan

You might also like