Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

AMBILAN JANUARI 2011

KERJA KURSUS PENDEK


LITERASI NOMBOR
WAJ 3105

TOPIK:

UKURAN
DISEDIAKAN OLEH:
EN MOHAMMAD SHAMSUREE BIN SADAI
EN MOHD ARIS BIN AHMAD
PN SARIMAH BINTI MOHAMED
NORHADZLIN BINTI YAACOB

820825-02-5557
700812-01-5177
660217-01-5830
830613-04-5352

OPSYEN :
PPG REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

UNTUK PERHATIAN :
PN FATIMAH BINTI ABD. KADIR

TARIKH SERAHAN :
13 OGOS 2011

KELEMAHAN MENUKAR UNIT PANJANG


DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH
Mohammad Shamsuree Bin Sadai, Mohd Aris Bin Ahmad, Norhadzlin Binti Yaacob
Dan Sarimah Binti Mohamed
Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT)
IPGM Kampus Tun Hussein Onn

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan murid dalam tajuk
ukuran panjang dan mengenalpasti kesalahan lazim yang kerap dilakukan oleh murid
dalam penukaran unit panjang. Model yang digunakan untuk menilai penguasaan
pelajar dalam penyelesaian masalah ialah Model Polya 1957.

Model Polya

merangkumi 4 fasa penyelesaian masalah iaitu memahami masalah, merancang


penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak jawapan.

Pengenalan

Pendidikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ialah menekankan


penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek-aspek
yang terdapat dalam 3M merangkumi kemahiran pertuturan, pendengaran,
pembacaan dan penulisan serta amalan penggunaan empat operasi matematik iaitu
tambah, tolak, darab dan bahagi.

Pencapaian subjek matematik yang kurang memuaskan berpunca daripada


kesalahan lazim yang kerap dilakukan murid melibatkan tajuk-tajuk sukar dalam
subjek ini. Menurut Ong & Yoong, (2003) masalah yang berkait dengan kurikulum
sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk masalah
bersimbol dan masalah berayat. Contoh tajuk yang sukar dalam subjek matematik
ialah Ukuran Panjang. Tajuk Ukuran Panjang melibatkan unit asas sentimeter (cm)
dan meter (m) mula diperkenalkan kepada murid sekolah rendah bermula dari Tahap
1 iaitu Tahun 2 dan 3 seterusnya diperkukuhkan dengan unit kilometer (km) di Tahap
2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6.

Penyataan Masalah

Kesalahan lazim sering dilakukan oleh murid untuk subjek matematik khususnya
dalam menukar unit panjang bagi tajuk Ukuran Panjang. Perkara ini turut
menyebabkan murid menganggap subjek matematik sebagai mata pelajaran yang
susah. Oleh yang demikian, punca kesalahan lazim bagi tajuk ukuran panjang perlu
dikenalpasti.

Objektif Kajian

Punca masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran ukuran panjang perlu
dikenalpasti supaya langkah-langkah mengatasi dan penambahbaikan dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Antara objektif kajian ini:
i)

Menganalisi dan menilai tahap penguasaan murid bagi tajuk ukuran


panjang.

ii) Mengenal pasti jenis kesalahan lazim murid yang melibatkan penukaran unit
dalam tajuk ukuran panjang.
iii) Mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan murid bagi tajuk
ukuran panjang.
iv) Strategi penggunaan Model Polya telah berjaya mengatasi kelemahan
menukar unit panjang.

Kepentingan Kajian

Tujuan utama kajian ialah untuk menilai tahap penguasaan murid bagi tajuk ukuran
panjang.

Kajian juga perlu untuk mengenalpasti jenis kesalahan lazim yang

dilakukan murid.

Kajian untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi

penguasaan murid berdasarkan strategi Model Polya.

Kajian turut mempunyai

kepentingan tertentu kepada beberapa pihak.

Berdasarkan dapatan kajian ialah hasil analisis dapat membantu murid mengenalpati
punca kesalahan dan mengelak daripada melakukan kesalahan yang sama.
Seterusnya kajian ini dapat membantu guru mengetahui terlebih dahulu masalah

yang dihadapi murid. Justeru membolehkan guru-guru mencari idea dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai membimbing murid mengelak atau
melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Sementara itu bagi pihak sekolah.
Hasil kajian dapat membantu pihak sekolah menyediakan bahan bantu mengajar
yang sesuai untuk kegunaan guru dan murid ke arah proses pengajaran yang
berkesan.

Skop Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas murid Tahun 4. Skop kajian tertumpu kepada penilaian
penguasaan murid bagi tajuk ukuran panjang serta mengenalpasti jenis-jenis
kesalahan lazim dalam penukaran unit panjang.

Tumpuan kepada tajuk ukuran

panjang sahaja kerana soalan-soalan daripada tajuk ini sering di soal dalam
spesifikasi Ujian Penilaian SekolahRendah (UPSR).

Rekabentuk Kajian

George Polya (1957) berjaya membina satu model penyelesaian masalah matematik
yang dikenali sebagai Model Polya.

Mengikut beliau, penyelesaian masalah

matematik boleh dilaksanakan dalam empat peringkat, iaitu memahami masalah,


merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian, menyemak
masalah dan penyelesaian semula. Model ini dibina khusus untuk pelajar sekolah
menengah, walau bagaimanapun peraturan dan kaedahnya diubahsuai bersesuaian
dengan tahap murid sekolah rendah.

Model penyelesaian dilihat sebagai satu

proses yang linear seperti Rajah 1.


Memahami masalah

Melaksanakan strategi
penyelesaian
Rancangan berhasil
Menyemak

Penyel
esaian
semula

Merancang strategi penyelesaian

Rajah 1 : Proses penyelesaian masalah Model Polya(1957)


Analisis Data

Jadual I
Kesilapan menukar unit sentimeter(cm) kepada unit meter(m)
ITEM
Tukarkan 400 cm kepada m.

KESALAHAN
400 cm
= (400 10) m
= 40 m

Jawapan sebenar
400 cm
= (400 100)
=4m
Berdasarkan Jadual I, murid menghadapi masalah dalam menukar unit sentimeter
(cm) kepada unit meter (m). Murid gagal menghafal hubungkait antara unit
sentimeter (cm) dan unit meter (m).

Jadual II
Kesilapan menentukan kedudukan titik perpuluhan dalam penukaran unit meter (m)
kepada unit kilometer (km)
ITEM
Tukarkan 1200 m kepada km

KESALAHAN
1200m
= (1200 100)
= 12.00 km

Jawapan sebenar
1200 m
= (1200 1000)
= 1.2 0 0
= 1.2 km

Berdasarkan Jadual II murid menghadapi masalah dalam menukar unit meter (m)
kepada unit kilometer (km).

Murid gagal menetukan kedudukan titik perpuluhan

semasa operasi bahagi.


Jadual III
Kesilapan memahami bahasa matematik
ITEM
Tinggi Azmi ialah 150 cm.

KESALAHAN
i Azman

Azman pula 20 cm kurang = 150 cm + 20cm


daripada
Berapakah

tinggi
tinggi,

dalam m?

Azmi. = 170 cm
Azman = 170 cm 100
= 1.7 m

Jawapan sebenar
= 150 cm 20 cm
= 130 cm
= 130 cm 100
= 1.3 m
Berdasarkan Jadual III, murid menghadapi masalah dalam memahami bahasa
matematik yang merangkumi dua unsur utama iaitu istilah matematik dan simbol
matematik.

Perbincangan

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jaroslaw Mrozek (2000) di University of


Gdansk Poland, terdapat tiga perkara asas dalam memahami masalah matematik.
Tahap pertama ialah memahami tanda atau simbol dan istilah-istilah yang digunakan
dalam masalah matematik. Ahli matematik perlu mempunyai pengetahuan berkaitan
maksud setiap simbol dan istilah yang diberikan. Tahap kedua ialah memahami
struktur masalah di mana ia dapat membantu mengenal kegunaan simbol dan istilahistilah yang merupakan aspek penting dalam suatu masalah matematik.

Tahap

ketiga ialah memahami peranan objek yang berada dalam masalah matematik.
Cadangan Penyelesaian

Mengikut Bruner(1966), untuk mempelajari konsep matematik dengan berkesan,


bahasa matematik harus diperkenalkan daripada mudah kepada kompleks, mengikut
peringkat pekembangan kognitif kanak-kanak.

Berdasarkan Jadual I, didapati

sesetengah murid menggunakan cara yang betul tetapi melakukan kesilapan dalam
pengiraan.

Murid sepatutnya menukar unit sentimeter(cm) ke meter(m) dan

membahagi dengan 100. Sebaliknya mereka membahagi dengan 10. Kesilapan ini
berlaku kerana mereka menghafal hubungkait yang salah iaitu 10cm bersamaan 1m.
Apa yang perlu dilakukan oleh murid sebenarnya ialah menghafal hubungkait unit
panjang 100cm bersamaan dengan 1m.

Mengikut Piaget(1952), bahasa matematik merupakan perkara yang abstrak dan


hanya murid murid dalam peringkat operasi formal(di peringkat sekolah menengah)
sahaja boleh memahaminya secara langsung.

Berdasarkan Jadual II, murid

mempunyai kebolehan membuat generalisasi yang rendah. Segelintir murid dapat


mengecam pola yang dikehendaki tetapi mereka keliru dalam menyatakan istilah dan
simbol yang sesuai.

Permasalahan yang diperolehi ialah murid keliru dalam

menentukan kedudukan titik perpuluhan. Dalam menjawab soalan seperti ini, murid
seharusnya mengenalpasti di manakah kedudukan titik perpuluhan yang betul
selepas membuat penukaran unit m kepada km semasa melakukan operasi bahagi.

Mengikut Dienes(1963), kefahaman konsep dan penyelesaian masalah matematik


adalah dipermudahkan dengan penggunaan bahasa matematik seperti unit cm
dinyatakan sebagai sentimeter.

Berdasarkan Jadual III, kegagalan untuk

menyelesaikan masalah dengan berkesan bukan disebabkan kekurangan dalam


penguasaan isi kandungan matematik di kalangan murid.

Walau bagaimanapun

kesalahan berpunca daripada kegagalan murid memahami bahasa matematik


sebagai contoh perkataan kurang ialah merujuk kepada operasi penolakkan.
Sebagai langkah mengatasi masalah ini, guru perlu membimbing dengan memberi
penekanan yang lebih kepada murid dalam memahami istilah atau bahasa
matematik yang betul atau tepat

Rumusan

Kajian menunjukkan kesalahan lazim murid terhadap tajuk Ukuran Panjang terbahagi
kepada

iaitu

kegagalan

menghafal

hubungkait

unit,

kelemahan

dalam

menyelesaikan operasi asas bahagi dan kegagalan memahami bahasa atau istilah
matematik .

Justeru itu, usaha semua pihak sangat perlu untuk mengatasi

kesalahan lazim dalam penukaran unit panjang berdasarkan kepada cadangan


penyelesaian yang telah dinyatakan.

Melalui perlaksanaan dan cadangan kajian

yang diberikan, diharap murid dapat mengatasi masalah lazim dalam tajuk ukuran
unit panjang seterusnya berasa seronok dalam mempelajari subjek matematik.

BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang.(2001). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kumpulan


Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Asiah Binti Abu Samah (1983). Perkembangan Kurikulum Matematik Sekolah di


Malaysia Sejak Zaman Penjajah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abu Hassan Dan Meor Ibrahim Kamaruddin (2006). Ke Arah Pengajaran Sains dan
Matematik Berkesan. Universiti Teknologi malaysia.

Amir Awang (1986). Teori-Teori Pembelajaran. Penerbit fajar Bakti Sdn Bhd.
Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

Chan Yook Lean (2006). Total Reference Mathematics Year 4. Sasbadi Sdn Bhd.
Selangor.

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil 21.85-100, 2006.

http://eprints.utm.my

http://teknologimalaysia.academia.edu

http://www.oocities.org/gardner02_6/p.ilmiah.html

You might also like