Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 77

Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan

Kepimpinan
Ahli Kumpulan
GOH CHIEW CHEH LOW PIU KIAH NG WEI WEI TIONG LI YAU WOO SET MEI

Pengenalan

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi.

Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada semua golongan masyarakat. Kepimpinan merupakan suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan pengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga secara tersusun menuju objektif yang dirumus secara kolektif.

Kepimpinan juga memberikan perwatakan dan menerima perwatakan daripada media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi. Kepimpinan sentiasa aktif.

Kepimpinan mengambil prinsip-prinsip, kaedah dan sistem mengikut kadar yang pasti dan tetap secara yang disengajakan.

Pandangan islam dan barat tentang definisi kepimpinan

Pandangan Islam
1. Setiap individu yang mukallaf (orang yang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan

Pandangan Barat
1. Kepimpinan sebagai proses mempengaruhi tindak-tanduk individu atau kumpulan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat bagi situasi tertentu.

agama Islam serta menjauhi


larangan Allah atas dasar orang tersebut sudah mencapai usia

dewasa dan mempunyai akal [akil


baligh] serta telah sampai seruan agama [syariat Islam] kepadanya) berperanan sebagai pemimpin.

2. Kepimpinan

Islam

2.

Sebarang kegiatan yang melibatkan seseorang merujuk orang lain supaya bekerja dengan rela untuk mencapai matlamat

mengekalkan keadilan dan kesaksamaan masyarakat yang menjadi kewajipan bagi memberi

ruang kepada
pembangunan dan penyerlahan potensi diri.

kumpulan.

Konsep Kepimpinan

Konsep Kepimpinan
Manusia sebagai pemimpin/khalifah.

Sekecil pemimpin ialah ia memimpin dirinya sendiri.


Kepimpinan mempunyai sejarah yang sangat lama, termasuklah konsep kepimpinan dari Perspektif Islam dan konsep kepimpinan

dari konsep kepimpinan dari Perspektif Islam .


konsep kepimpinan dalam Islam berasaskan amanah san taqwa manakala dari perspektif Barat kepimpinan dilihat sebagai

fenomena yang melibatkan hubungan dan tanggungjawab antara


manusia.

Konsep kepimpinan dari Perspektif Islam


Kepimpinan dalam Islam berasaskan kepada amanah dan taqwa.

Kepimpinan merupakan satu tanggungjawab suci yang dipikul oleh


seorang hamba Allah dan seorang khalifah Allah di bumi untuk membawa manusia lain kepada matlamat hidup berasaskan kehendak Allah s.w.t.

Contoh kepimpinan Islam :Nabi Muhammad s.a.w. Yang mana Firman Allah yang bermaksud:

Dan kami jadikan mereka pemimpin (lelaki) berdasarkan pilihan kami


dan kami berikan mereka inspirasi untuk melakukan perkara ibadah, melakukan sembahyang seperti yang ditetapkan dan melakukan amal jariah dan secara berterusan mereka hendaklah setia kepada Kami sahaja. ( Anbiyaa 21: 73).

Konsep Kepimpinan Barat


Kepimpinan menurut Barat pula adalah berorientasikan

keadaan/situasi yang berubah-ubah. Memberi fokus kepada matlamat tertentu dalam aspek kehidupan dunia sahaja (sekular). Elemen-elemen penting dalam kepimpinan berdasarkan kepada kuasa dan pengaruh semata (ada kuasa semua

boleh buat).

Ciri-ciri

Kuasa dan pengaruh Mengikut prinsip dan kadar. Akhlak yang baik Berkemanusiaan Adil dan saksama Kematangan emosi

Kemampuan mental. Sihat dan berkemampuan Kemahiran berkomunikasi yang baik Kematangan Kekuatan motivasi Berkemahiran sosial yang baik Berkemahiran pengurusan

Jujur dan amanah Menghormati orang lain Pantas, Cergas dan Proaktif Berfikiran mendidik dan Mendorong Sedia membantu dan Bertimbangrasa Daya Imiginasi, Kreatif dan Inovatif Tegas, Arahan Jelas dan Bijak mengawal serta mengarah manusia

Kompetensi Kepimpinan

Kompetensi Kepimpinan Kecerdasan Emosi

Penjelasan Keupayaan pemimpin untuk mengerti dan melahirkan perasaan, menyerap emosi ke dalam pemikirannya, memahami dan berhujah dengan emosi, serta mengawal emosi Pemimpin mempunyai sikap berterus terang dan mengotakan apa-apa yang dikata

Integriti

Bertenaga
Motivasi Kepimpinan Keyakinan Diri Kecerdasan Pengetahuan tentang Perniagaan

Mempunyai ciri-ciri memotivasi dalaman yang mendorong pemimpin mencapai matlamat


Pemimpin memerlukan kuasa sosial untuk mencapai matlamat pasukan dan organisasi Kepercayaan kendiri pemimpin terhadap kemahiran kepimpinan dan keupayaan dalam mencapai objektif Keupayaan kognitif pemimpin untuk memproses maklumat yang banyak Pemimpin memahami persekitaran organisasi untuk membuat keputusan secara gerak hati

Kemahiran kemahiran yang Harus Ada pada Seseorang Pemimpin 1. Kemahiran Teknikal kecekapan dan kefahaman tentang satu aktiviti khusus, terutamanya yang melibatkan kaedah, proses, prosedur atau teknik. melibatkan pengetahuan yang khusus, kebolehan menganalisis dengan menggunakan alat-alat, dan teknik dalam bidang-bidang yang khusus.

2. Kemahiran Kemanusiaan keupayaan seseorang bekerja sebagai ahli pasukan dan membangunkan usaha sama dalam kalangan ahli pasukan yang dipimpinnya. Hal ini bererti seseorang itu perlu mempunyai kemahiran dari aspek perhubungan awam; memahami diri sendiri dan orang lain serta boleh bekerjasama bersama-sama dengan mereka dengan lebih baik

3. Kemahiran Konseptual Kebolehan seseorang melihat suatu usaha secara menyeluruh termasuk mengenali fungsifungsi berlainan dalam organisasi yang berkaitan antara satu sama lain dan memahami perubahan yang berlaku pada satu fungsi akan mempengaruhi fungsi yang lain.

Peranan Pemimpin

menetapkan matlamat menyusun mengarah dan menyelaras mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Runtuhkan segala halangan Menggunakan semua sumber tenaga kerja anda, segala kemahiran mereka, segala masa yang mereka ada untuk keberkesanan organisasi. Wujudkan perspektif dan asas pengetahuan (Budaya ilmu)

Wujudkan Organisasi Pembelajaran yang berteraskan rohani dan jasmani Bertindak Proaktif Mengurus perubahan Membuat tinjauan dan pemantauan berterusan Merujuk kepada mesyuarat atau perbincangan

Kepimpinan yang Berkesan

Mewujudkan strategi / pendekatan yang rasional Memastikan sokongan dan kerjasama semua ahli Memberi dorongan / motivasi

Memastikan kawalan yang berkesan Memastikan pencapaian matlamat yang dikehendaki Penerusan budaya kerja cemerlang Penyelesaian masalah yang efektif

Prinsip Kepimpinan

Prinsip Kepimpinan (Perspektif Barat)


1.Memahami diri anda sebagai pemimpin. 2.Menguasai kemahiran teknikal. 3.Mencari peluang untuk menjalankan tanggungjawab. 4.Berupaya menyelesai masalah dan membuat keputusan dengan cekap. 5.Memberi contoh yang boleh diikuti. 6.Fahami anggota pasukan. 7.Pastikan anggota diberikan maklumat apabila perlu. 8.Wujudkan hubungan manusia berasaskan rasa hormat satu sama lain. 9.Pastikan anggota faham akan langkah-langkah mencapai matlamat. 10.Memberi peluang latihan kepada anggota sebagai sebuah pasukan. 11. Menggunakan secara maksimum kebolehan anggota sebagai sebuah pasukan melalui semangat kekitaan yang tinggi.

Prinsip Kepimpinan (Perspektif Islam)


Kepimpinan bagi orang Islam begerak dalam paradigma yang berteraskan kepercayaan dan sepenuh penyerahan kepada Pencipta, yakni Allah S.W.T. Sarjana Islam melahirkan prinsip kepimpinan dalam Islam seperti berikut: 1. Kepercayaan dan pengabdian penuh kepada Allah. 2. Kepimpinan adalah pelaksanaan amanah yang menpunyai kesinambungan dengan tradisi kepimpinan para Anbiya dan Rasul.

3. Memberikan, memperlihatkan dan berkongsi hala tuju ataupun wawasan


dengan organisasi dan pengikut mereka. 4. Mengambil peranan utama dalam mencorakkan dan mengekalkan budaya organisasi mereka. 5. Berperanan wujudkan daya mapan organisasi untuk jangka panjang. 6. Mempunyai nilai-nilai murni kepimpinan seperti keyakinan, keadilan, pengorbanan, petah dan tegas membuat keputusan.

Fungsi Pemimpin
FUNGSI TUGASAN Memahami tugas dan merancang pelbagai rancangan bg menyelesaikan tugas secara menyeluruh FUNGSI KUMPULAN Pemimpin adalah contoh kepada kumpulan FUNGSI TERHADAP INDIVIDU Pemimpin mengawal individu dalam kumpulan

FUNGSI TUGASAN

FUNGSI KUMPULAN

FUNGSI TERHADAP INDIVIDU

9 PRINSIP KEPEMIMPINAN DALE CARNEGIE

PRINSIP KEPEMIMPINAN 1 : KALAU ANDA HARUS MENCARI KESALAHAN, Mulailah Dengan Pujian dan Penghargaan yang Jujur
PRINSIP KEPEMIMPINAN 2 : MENGKRITIK NAMUN TIDAK DIBENCI, Beritahu Kesalahan Orang Lain Dengan Cara Tidak Langsung PRINSIP KEPEMIMPINAN 3 : BICARAKAN KESALAHAN ANDA DULU SEBELUM MENGKRITIK ORANG LAIN

PRINSIP KEPEMIMPINAN 4 : TAK SEORANG PUN YANG SUKA DIPERINTAH, Ajukan Pertanyaan Sebagai Ganti Memberi Perintah Langsung PRINSIP KEPEMIMPINAN 5 : BERI KESEMPATAN ORANG LAIN UNTUK MENYELAMATKAN MUKA PRINSIP KEPEMIMPINAN 6 : BAGAIMANA MEMACU ORANG LAIN MENUJU SUKSES, Pujilah Peningkatan Sekecil Apa Pun dan Pujilah Setiap Peningkatan. Jadilah Tulus Dalam Penerimaan Anda dan Murah Hati Dalam Penghargaan Anda.

PRINSIP KEPEMIMPINAN 7 : BERI ORANG LAIN REPUTASI BAIK UNTUK MEREKA PENUHI PRINSIP KEPEMIMPINAN 8 : BUATLAH KESALAHAN TAMPAK MUDAH DIPERBAIKI PRINSIP KEPEMIMPINAN 9 : BUAT ORANG LAIN SENANG MENGERJAKAN HAL YANG ANDA SARANKAN

Gaya Kepimpinan

Gaya kepimpinan banyak bergantung kepada kepercayaan dan andaian seorang pemimpin terhadap orang orang yang ada di bawah organisasinya.

39

Gaya Kepimpinan sebenarnya melibatkan perkara berikut:


Berkait rapat dengan proses membuat keputusan

Keadaan memilih atau memaksa


Kepatuhan atau penentangan

Lingkungan kuasa mengikut penerimaan


Keberkesanan organisasi dan aktiviti
40

Membina budaya kerja cemerlang Mewujudkan budaya ilmu Mewujudkan perancangan strategik

Pembinaan pasukan / kolegialiti


Pemimpin merupakan pengurus berkesan
41

Gaya Kepimpinan

Demokratik
Autokratik Laissez faire
42

Kepimpinan Autokratik
Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik mempunyai misi dan visi yang jelas terhadap organisasi. Pemimpin jenis ini tahu dengan jelas apa yang perlu dilakukan dan bagaimana ia harus dilakukan. Kebiasaannya, pemimpin autokratik akan membuat keputusan secara bersendirian dengan mengambil hanya sedikit input daripada subordinat lain ataupun tiada langsung.

Jenis kepimpinan ini hanya sesuai diaplikasikan dalam situasi yang memerlukan keputusan dicapai dalam masa yang sangat singkat atau di mana pemimpin tersebut lebih berpengetahuan daripada subordinat dalam sesuatu perkara.

Gaya kepimpinan autokratik lebih fokus kepada work-centered.


Pemimpin hanya mengeluarkan arahan dan memastikan arahan tersebut dilaksanakan tanpa memberikan penjelasan.

Ciri-ciri
Cenderung untuk memimpin dan menggunakan kuasa secara paksaan. Mereka suka mendominasi. Terdapat kuasa mutlak di mana setiap orang bawahan mesti menerima akibat daripada keputusan yang dibuat sama ada baik atau buruk.

Lebih banyak memberi arahan dan sentiasa menentang sebarang bentuk pujian atau kritikan membina. Sentiasa memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa mengambilkira keperluan individu. Tidak prihatin pada perasaan pengikut, oleh itu mereka selalunya tidak digemari. Pengikut melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by fear).

Kesan kepimpinan autokratik


Orang bawahan mempunyai motivasi rendah Orang bawahan bekerja sungguh-sungguh semasa ada ketua sahaja Interaksi sehala Orang bawahan terlalu bergantung kepada ketua Suasana tegang

47

Kepimpinan Demokratik
Pemimpin demokratik akan menunjuk ajar dan memberi panduan kepada orang-orang bawahannya.
Mereka juga akan melibatkan diri dan memberi ruang kepada subordinat untuk menyatakan pendapat masing-masing.

Namun demikian, berbanding dengan gaya kepimpinan autokratik, kumpulan organisasi yang bekerja di bawah kepimpinan demokratik kurang produktif tetapi sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan adalah lebih baik, lebih kreatif dan lebih berkualiti.

Ciri-ciri
Lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara bersama dengan pemimpin. Penglibatan pemimpin dalam proses kerja dapat menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa ahli-ahlinya. Mengambil kira semua pandangan majoriti. Mementingkan keputusan bersama. Paling berkesan.

Kesan kepimpinan demokratik


Ahli dapat membina disiplin Menggalakkan semangat kerjasama, hormat dan hubungan yang mesra Ahli lebih bermotivasi Ahli sentiasa bekerja keras walaupun semasa ketiadaan ketua. Semangat kekitaan yang tinggi Interaksi 2 hala
51

Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan)


Pemimpin laisez faire jarang melibatkan diri dalam proses kerja dan membiarkan subordinat membuat keputusan.

Kepimpinan ini mungkin boleh berjaya sekiranya subordinat mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang masing-masing. Walau bagaimanapun ia biasanya akan mengakibatkan subordinat terbabit mempunyai motivasi yang rendah.

Ciri-ciri
Pemimpin tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Melibatkan penyertaan pemimpin yang sedikit sekali. Memberikan sepenuh kebebasan kepada ahli-ahlinya untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin memberi kebebasan untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya.

Subordinat bergantung kepada diri sendiri sepenuhya tanpa penjelasan daripada pemimpin. Subordinat perlu bersedia untuk bertanggungjawab membuat keputusan. Subordinat perlu mempunyai toleransi yang tinggi untuk melaksanakan kepelbagaian tugas.

Subordinat perlu berupaya untuk memahami dan mengenalpasti objektif organisasi.

Subordinat perlu mempunyai pengalaman untuk berhadapan dengan sebarang masalah dan mampu menyelesaikannya.

Kelemahan
Tidak realistik dan tidak matang apabila berhadapan dengan situasi di mana perkembangan pesat sedang berlaku dalam bidang kualiti dan keberkesanan, inovasi dan teknologi.

Pemimpin tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk menyelia. Pemimpin banyak bergantung kepada subordinat, tidak menetapkan matlamat yang jelas. Pemimpin tidak membantu subordinat untuk membuat keputusan.

Kesan kepimpinan laissez-faire


Wujud masalah disiplin Kualiti kerja sangat kurang Kadar motivasi kendiri sangat rendah Interaksi antara ketua dan ahli bebas atau tidak ada sempadan langsung. Semangat kekitaan sangat rendah.

59

Perbandingan antara Gaya Kepimpinan

Berkesan apabila..

Tidak berkesan apabila

I.

Subordinat tidak memberi respon kepada gaya kepimpinan yang lain

Autokratik

I.

Subordinat mula merasa takut dan tertekan

II.

Subordinat mahukan pendapat mereka didengar dan diambilkira

II.

Kerja perlu dikoordinasikan

III. Motivasi subordinat rendah dan masalah tidak

dengan jabatan lain


III. Pengurusan organisasi berada di

hadir ke tempat kerja.

tahap yang rendah.

Berkesan apabila.. I. Pemimpin dan subordinat sama-sama menunjukkan komitmen yang tinggi. I. Subordinat mempunyai kepakaran dan pengalaman yang tinggi. II. Subordinat berminat untuk melaksanakan

Tidak berkesan apabila

Demokratik

I.

Perlu membuat keputusan dengan pantas.

Laissez faire

I.

Subordinat merasa kurang yakin dengan ketidakhadiran pemimpin.

II. Pemimpin tidak boleh memberikan maklumbalas mengenai prestasi kerja

tugas yang diberikan


dengan cemerlang. III. Subordinat berbaloi untuk dipercayai.

subordinat.
III. Pemimpin tidak pandai berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan oleh subordinat

Jenis Kepimpinan

Kepimpinan arahan Menetapkan objektif latihan

Kepimpinan penyokong Ramah dan mudah ditemui Bertimbang rasa

Berorientasikan kerja dan menekankan pembangunan kemahiran Mengabaikan perasaan dan pandangan atlet

Kepimpinan penyertaan Berkongsi tanggungjawab dengan atlet Ahli kumpulan berpeluang menentukan matlamat sendiri Berbincang untuk menyelesaikan masalah dan perbezaan pendapat Berkongsi kejayaan dan kegagalan Mendelegasikan autoriti

Memberikan perhatian kepada atlet dan menggalakkan mereka memberikan pandangan Memberikan nasihat secara berterusan Mementingkan suasana harmoni dalam pasukan Menggunakan ganjaran positif dan bukan denda

Mengagihkan tanggungjawab kepada setiap atlet Mementingkan prestasi sukan Mengawal atlet dengan ganjaran dan denda

Mementingkan hierarki autoriti

Teori Kepimpinan

Teori Tret

Teori Tingkah laku

TEORI KEPIMPINAN Teori Kontigensi

Teori Kontemporari

Ia berasaskan kepada pendapat bahawa pemimpin adalah dilahirkan dan bukan dididik. Pemimpin sememangnya dilahirkan untuk memimpin. Sifat sifat pemimpin yang berkesan adalah: Bijak Berkeyakinan diri Bermotivasi tinggi Berpengetahuan berintegriti Emotional intelligence

Berdasarkan kepada tingkah laku atau tindakan yang dimainkan oleh pemimpin. Kontra kepada teori tret pemimpin berkesan boleh dilatih. Kajian Universiti lowa oleh Kurt Lewin : Kajian ini berhubung dengan gaya kepimpinan yang mana tiga gaya kepimpinan yang dikenal pasti ialah : Autokratik, Demokratik, dan Laissez-faire.

Kepimpinan yang berkesan mestilah fleksibel. Gaya kepimpinan perlu berubah mengikut situasi. Gaya A tak mungkin boleh digunakan dalam situasi B. Terbahagi kepada 3 model :
Kontigensi Fiedler Kepimpinan Bersituasi Laluan Matlamat

Kontigensi Fiedler

Kepimpinan Bersituasi

Kontigensi Fiedler 1. Kepimpinan beroreintasikan tugas 2. Kepimpinan berorientasikan hubungan


Kepimpinan Bersituasi Kepimpinan yang berkesan adalah menurut kepada kematangan/keupayaan pengikut. Laluan Matlamat Cara pemimpin mempengaruhi pengikut untuk mencapai matlamat

Laluan Matlamat

Terbahagi kepada beberapa teori kecil seperti disebelah


Teori Kognitif Teori Karismatik

Teori Transaksi & Transformasi

Teori Kognitif

Teori Karismatik

Teori Kognitif Pemimpin perlu menggunakan sumber kognitifnya seperti kecerdasan, kecekapan teknikal, pengetahuan dan kepakarannya dalam apa sahaja situasi Teori Karismatik Penonjolan unsur karisma dalam kepimpinan seperti keyakinan diri yang tinggi, berpengaruh dan bersungguh Teori Transaksi & Transformasi Transaksi - pemimpin mengambil peluang daripada hasil rundingan antara organisasi dengan pengikut (manipulasi yang membawa keuntungan peribadi). Transformasi - pemimpin yang dianggap sebagai penyelamat, membawa perubahan radikal dan keputusannya adalah mutlak.

Teori Transaksi & Transformasi

Soalan

1. Berikut yang manakah menunjukkan ciri gaya Kepimpinan Autokratik?


a) Pemimpin jarang melibatkan diri dalam proses kerja dan membiarkan subordinat membuat keputusan. b) Pemimpin mengambil kira semua pandangan majoriti. c) Pemimpin membuat keputusan secara bersendirian dengan mengambil hanya sedikit input daripada subordinat lain ataupun tiada langsung. d) Pemimpin membuat keputusan mengikut keputusan majoriti.

2. Berikut yang mana satu bukannya kelemahan pemimpin yang mengamalkan Kepimpinan Laissez-Faire?
a) Pemimpin banyak bergantung kepada subordinat, tidak menetapkan matlamat yang jelas. b) Pemimpin tidak membantu subordinat untuk membuat keputusan. c) Pemimpin tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk menyelia. d) Pemimpin cenderung untuk memimpin dan menggunakan kuasa secara paksaan.

3. Berikut yang manakah bukannya ciriciri kepimpinan yang berkesan?


a) Memastikan kawalan yang berkesan. b) Menafikan sumbangan yang diberikan oleh subordinat. c) Menghasilkan wawasan yang jelas. d) Memastikan pencapaian matlamat yang dikehendaki.

Sekian Terima Kasih

You might also like