Petempatan Lestari

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PETEMPATAN LESTARI 1.

0 DEFINISI Definisi petempatan lestari, merujuk kepada gagasan untuk meningkatkan kualiti hidup bandar, merangkumi komponen ekologi, budaya, politik, institusi, sosial dan ekonomi tanpa membebankangenerasi akan datang.Dengan kata lain, petempatan lestari merangkumi pemantapan nilai, sifat, dinamisme,kemudahan dan prasarana lestari dari segi penggunaan sumber tenaga, bekalan air dan pelupusan sisa efisien, sistem pengangkutan canggih, rekabentuk bangunan dan prasarana mesra alam dengan dikelilingi kehijauan pelbagai flora dan fauna. Petempatan lestari juga seharusnya ditunjangi pelbagai aktiviti martabat tinggi dari segi keilmuan, penyegaran minda, penyuburan rohaniah, hubungan sosial dan kegiatan perdagangan. 2.0 CADANGAN USAHA USAHA UNTUK MEWUJUDKAN PETEMPATAN LESTARI Petempatan lestari merupakan satu kombinasi yang bersepadu dengan pelbagai unsur seperti Faktor fizikal, faktur ekonomi dan juga faktur sosial. Ia juga meliputi segala proses aktiviti manusia seperti tinggal di sesuatu tempat, bekerja, belajar, mendapatkan perkhidmatan kesihatan, budaya atau berekreasi di samping struktur fizikal sistem yang membantu kehidupan seperti :-. 2.1 Kegiatan ekonomi.

Petempatan lesteri perlu mempunyai kegiatan ekonomi yang baik yang boleh menjana pendapat penduduk secara beterusan dan kemajuan mereka meningkat dari tahun ke tahun. 2.2 Perkhidmatan bekalan elektrik,

Bagi mewujudkan petempatan lestari, bekalan elektrik perlu diadakan untuk kemudahan dan kegunaan penduduk dalam menjalani kehidupan seharian. Boleh dikatakan segala peralatan yang digunakan di rumah memerlukan bekalan elektrik untuk beroperasi. 2.3 Perkhidmatan bekalan air

Selain itu, kemudahan air bersih juga sangat diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian seperti mandi, memasak , membasuh, dan sebagainya. 2.4 Kemudahan ICT dan multimedia

Kemudahan telekomunikasi dan multimedia penting pada zaman sekarang untuk perhubungan dan mendapatkan maklumat serta bahan rujukan dalam proses pembelajaran. 2.5 Kemudahan Pendidikan

Petempatan lestari perlu mempunyai kemudahan pendidikan seperti sekolah rendah dan menengah. Bagi menyediakan pendidikan awal kepada penduduk. 2.6 Kemudahan Jalan Raya Dan Pengangkutan Awam

Kemudahan jalan raya dan pengankutan awam menjadi sangat penting dalam memastikan petempatan lestari. Hal ini kerana, ianya menjadi asas kepada mobilisasi penduduk untuk menjalankan kegiatan ekonomi, sosial, dan pembelanjaran. 2.7 Kemudahan kesihatan Kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik dan pusat kesihatan kecil perlu diwujudkan dikawasan petempatan lestari kerana dewasa ini penjagaan kesihatan telah menjadi satu keutamaan penduduk. 2.8. Keselamatan Kawasan petempatan yang berkekalan biasanya mempunyai ciri-ciri keselamatan dan kesejahteraan kepada penduduk. Oleh itu, kemudahan keselamatan seperti balai polis perlu diwujudkan. 2.9 Tempat beribadat

Kemudahan tempat beribadat seperti masjid adalah merupakan satu keperluan di kawasan petempatan lestari untuk menjalankan ibadat, tempat pembelajaran ilmu agama, dan tempat untuk mengeratkan silaturrahim diantara penduduk.

2.10 Kawasan perniagaan/pusat komersial untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Kemudahan kemudahan seperti pasar, kedai runcit, dan sebagainya amat diperlukan untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan lain selain daripada ianya menjadi tempat kegiatan ekonomi. 2.11 Kawasan rekreasi/taman permainan Dalam memastikan kelastarian sesuatu petempatan, padang permain kanak-kanak dan taman rekriasi harus diadakan untuk kegiatan sosial dan riadah agar kesihatan dan kesejahteraan penduduk dapat dipupuk. 2.12 Bentuk Muka Bumi Petempatan lestari yang berkembang biasanya berada dikawasan yang mempunyai muka bumi yang rata sehingga ke kawasan yang mempunyai kecerunan kurang dari 30 darjah. Hal ini kerana, ianya senang untuk membina kawasan penempatan dan menjalankan aktikiti harian

You might also like