Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SKSP 1033 Evolusi Politik Malaysia

Kuliah 5: Ekonomi Politik Malaysia [24.10.2013] Rujukan: Nass. G.D. 1967. Bureaucy and rural development in Malaysia Golay, Frank. H. 1969. Under development dan economic nationalism in Southeast Asia Ungku Aziz. 1969. Renchana-renchana ekonomi dan kemiskinan Shamsul Amri. 1976. RMK: Tujuan dan pelaksanaan Mahathir. 1982. Delimma Melayu Osman Rani & Fisk. 1983. Ekonomi politik Malaysia Gale, B. 1984. Politics and public enteprise in Malaysia Jomo, K.S. 1988. Pembangunan ekonomi dan kelas sosial di Semenanjung Malaysia ------------- 1991. Masyarakat Malaysia cabaran sosio ekonomi Faaland, Parkinson & Rais Saniman. 1991/2005. DEB: Pertumbuhan dan Ketaksamaan *Konsep Nasionalisme Ekonomi buku halaman 26-29 *Sosio Ekonomi Melayu sebelum 1970 1920-1940an eksistensi ekonomi Melayu tidak menggalakkan kerana Malayu dikatakan mundur, terpinggir, tertinggal, daif, miskin. Kebanyakan Melayu sebagai petani, pekebun dan sektor perburuan, agak baik sedikit hanya sebagai guru dan peon (office boy). 1946 - usaha awal yang dilakukan oleh UMNO melalui Jabatan Ikhtisas > kedai runcit, kedai kopi, perkhidmatan bas, teksi, industri kecil di kampung-kampung, biasiswa secara kecil. Usaha ini gagal kerana: 1. tidak dapat sambutan masyarakat yang masih tidak terbuka - sistem hutang, sistem persen, sistem gadai 2. masalah kewangan UMNO sendiri 3. kurang tenaga sukarela *Pembentukan RIDA (Rural Industrial Development Authority) 1950 RIDA dibentuk oleh Inggeris dengan syarat UMNO kewarganegaraan bukan Melayu. Peranan yang dirancang: 1. Projek-projek kecil di kampung-kampung 2. Kredit jangka pendek/panjang, ejen pasaran (tembakau, jagung, padi) 3. Bina kilang-kilang kecil (padi, tepung) 4. Latihan kepimpinan 5. Meningkatkan infrastruktur (saliran, jalan)
1

longgarkan

syarat

SKSP 1033 Evolusi Politik Malaysia

*Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu 1950-1955 Dilancarkan oleh Inggeris serentak dengan beropersikan RIDA. Rancangan pembangunan ekonomi Tanah Melayu terawal oleh Inggeris selepas Perang Dunia II. Perkhidmatan masyarakat (penerangan melalui institusi ketua kampung). Pengolahan sumber-sumber negara (bijih, getah, padi). Mempelbagaikan sumber-sumber kewangan negara (selain bijih dan getah termasuk juga padi, jagung, tembakau). Perindustrian dan perdagangan - untuk kepentingan kapitalis supaya mereka selesa menguasai ladang-ladang dan lombong-lombong. Projek Kampung Baru (Briggs) untuk mengatasi masalah komunis. *Rancangan Malaya I (1955-1960) Pada 1956, Lembaga Kemanujuan Tanah Persekutuan (LKTP) dibentuk. LKTP adalah hadiah kepada pengundi-pengundi dan untuk menjaga hati pengundi. (Gibbons. 1972) Pada 1959, Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar diwujudkan untuk membaiki taraf sosio ekonomi Melayu secara intensif. Fokus RM I: 1. Menyediakan infrastruktur 2. Membaiki sosio ekonomi luar bandar 3. Sediakan peluang pekerjaan 4. Memperluas hasil pertanian 5. Mengelakkan kejatuhan harga getah 6. Mempelbagai sumber ekonomi supaya tidak terlalu bergantung kepada pertanian *Rancangan Malaya II Lanjutan dari RM I kerana pelaksanaan dan pencapaian yang belum memuaskan. Kerajaan sedar pergantungan kepada getah dan bijih semata-mata. Fokus: 1. Menggalak kepelbagaian tanaman pertanian 2. Tingkatkan keluarga beras 3. Meningkatkan perusahaan pembuatan (perahu, tembikar) di luar bandar 4. Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar 5. Menambah peluang pekerjaan

SKSP 1033 Evolusi Politik Malaysia

*Kongres Ekonomi Bumiputera I (1965) Tujuan: 1. Mencari jalan supaya Bumiputera terlibat dalam perniagaan. 2. Kegagalan RIDA mengatasi masalah sosioekonomi Melayu. 3. Sumber kewangan selepas merdeka tidak lagi diterima dari Inggeris. 4. Ketiadaan sumber professional /terlatih tempatan untuk meneruskan RIDA. 5. Inggeris anggap RIDA membazir wang tetapi hasil tidak tercapai. Fokus- pemasaran, modal, tanah, latihan, birokrasi (perkhidmatan), perniagaan, perdagangan (yang berskala besar). *Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) RM I menyeluh selepas kemasukan Sabah dan Sarawak. Fokus: 1. Mewujudkan perpaduan kaum 2. Meluaskan perusahaan 3. Memberikan projek-projek perintis (kerajaan memberi bantuan dalam bentuk modal, pinjaman) 4. Mengawal pertambahan penduduk 5. Mengiatkan penerokaan tanah baru Kongres Bumiputera II (7-8 September 1968) diadakan Resolusinya: 1. Menubuhkan syarikat perniagaan kebangsaan melalui (MARA, PERNAS, UDA) 2. Kerajaan terlibat dalam peranan memajukan perniagaan Melayu *Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dilaksanakan selama 20 tahun di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (19701990) yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk: 1. mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan 2. mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

You might also like