Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PAS : NEGARA BERKEBAJIKAN

Prepared by:
MUHAMMAD HAFIZ BIN AHMAD
MUHAMMAD KAMARUL BIN SETAPA

Prepared for :

EEE 110158

Pendahuluan
Parti Islam Semalaysia (PAS) merupakan sebuah parti politik di Malaysia. PAS merupakan parti
yang menjadi suatu wadah kepada mereka yang ingin memperjuangkan Islam selaras dengan
matlamatnya membina sebuah negara Islam. Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat
sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang
dilaksanakan oleh UMNO. Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada
tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan
pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November
1951).Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan
tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS
ditubuhkan. Analisis ini bukanlah tertumpu kepada organasasi PAS tetapi terhadap idea dasar
Negara Berkebajikan yang dicadangkan oleh PAS. Dasar Negara Berkebajikan adalah dasar yang
ingin dilakukan oleh PAS jika PAS menguasai kerajaan persekutuan. Analisis ini akan mengupas
dengan lebih lanjut mengenai idea Negara Berkebajikan dari aspek definisi, konsep, polisi,
kelemahan dan kritikan.
Sebelum PAS mengemukan idea Negara Berkebajikan, PAS telah meperkenalkan satu konsep
iaitu Negara Islam. Pada tahun 2003 pula, Abdul Hadi Awang bersama Haron Din telah
mengeluarkan satu dokumen yang bertajuk Dokumen Negara Islam. Dokumen tersebut
menjelaskan secara terperinci prinsip perjuangan PAS dalam menegakkan negara Islam. Konsep
Negara Islam diketengahkan oleh PAS sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 11 pada
tahun 2004. PAS menggunakan dasar ini sebagai asas untuk menghadapi pilihanraya umum.
Keputusan pilihanraya umum ke 11 memberi tamparan hebat apabila PAS kalah dengan begitu
teruk. PAS kehilangan penguasaan di negeri Terengganu dan hampir tewas di negeri Kelantan,
negeri yang dikuasai PAS semenjak 1990. PAS juga tidak mendapat sokongan kaum bukan
Melayu. Keputusan ini menunjukkan yang dasar Negara Islam yang diketengahkan PAS gagal
menarik sokongan bukan sahaja pengundi Melayu tetapi PAS semakin dijauhi pengundi bukan
Melayu. PAS harus mengemukan satu dasar baru yang lebihmoderate jika PAS berhasrat untuk
kekal relevan di persada politik negara. PAS harus melihat realiti masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dan agama.

Perbezaan antara Negara Islam dan Negara Berkebajikan PAS .


Sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut mengenai idea Negara Berkebajikan, kita harus
mengetahui perbezaan antara dasar lama iaitu dasar Negara Islam dan Negara Berkebajikan.
Namun setelah muktamar PAS ke-57 baru-baru ini telah memperlihatkan PAS dengan tema
barunya iaitu membina negara berkebajikan. Oleh kerana PAS berada dalam posisi parti Islam,
maka timbul tanda tanya mengenai kenapa PAS beriya-iya untuk menubuhkan negara
berkebajikan pula? Apakah sebenarnya matlamat dan tujuan PAS? Oleh itu, untuk melihat tujuan
tersebut, perlu diteliti dahulu apakah sebenarnya perbezaan negara Islam dan negara
berkebajikan PAS?

Perbezaan dalam definisi dan maksud.


Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awang (2008) mendefinisikan negara berkebajikan Islam
yang ingin dibawa PAS merupakan sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan
keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara. Negara Berkebajikan
mementingkan pembangunan, tetapi matlamatnya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.
definisi negara Islam ialah sebuah negara kebajikan yang dipimpin oleh kepimpinan bertaqwa
yang diasaskan atas prinsip syara dengan melaksanakan segala syariat dan hukum Allah demi
mendaulatkan Islam sebagai ad-deen yang lengkap sempurna menuju kebahagiaan dunia dan
akhirat. Dapat disimpulkan bahawa negara Islam lebih tertumpu dan menekankan dari aspek
syariat dan hukum Islam berbanding dengan negara berkebajikan. Negara berkebajikan dilihat
lebih terbuka berbanding Negara Islam. Maksud keterbukaan itu dilihat menerusi negara
berkebajikan lebih bersifat inklusif berbanding negara Islam dilihat lebih kepada exklusif kepada
orang Islam sahaja.

Antara perbezaan ciri-ciri Negara Islam Pas dan Negara Berkebajikan PAS.
Ciri Negara Islam PAS

Ciri Negara Berkebajikan PAS

(Abdul Hadi Awang dan Haron Din, 2003)


1) Negara berdaulat
- Kedaulatan negara boleh dicapai melalui
kesetiaan kepada kepimpinan Negara selagi
mana tidak bercanggah dengan perintah Allah

(Abdul Hadi Awang, 2011)


1)

Memastikan imbangan kuasa

pemerintahan dalam Negara berada pada tahap


terbaik dengan berlakunya pemisahan kuasa
antara kehakiman, perundangan dan eksekutif.

s.w.t.
2) Menegakkan Makruf dan Mencegah

2) Sifat pemimpin dan Negara ialah

Mungkar

melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar

-Seluruh warganegara akan menegakkan


kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam

dengan bertanggungjawab kepada tuhan dan


beramanah sesama manusia.

kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan


bernegara
3) Melaksanakan syariah bagi menjamin lima

3) Negara berkebajikan adalah sebagaimana

asas kehidupan

yang diiktibarkan dalam al-quran, as-sunnah

i. agama/kepercayaan

dan sejarah kecemerlangan umat Islam.

ii. nyawa
iii. akal
iv. maruah dan keturunan
v. hartabenda

Berdasarkan penelitian terhadap ciri-ciri tersebut, dapat disimpulkan bahawa negara


berkebajikan tidaklah mempunyai perbezaan yang amat ketara dengan negara Islam

Beza antara welfare state dan Negara Berkebajikan

Negara berkebajikan yang dibawa PAS dikatakan berbeza dengan welfare state yang
diamalkan di negara Britain dan Sweden atau liberal welfare state yang diamalkan di Negara
Scandinavia. Secara khususnya, perbezaan yang agak ketara dapat dilihat berdasarkan aplikasi
negara kebajikan lazim yang meninggalkan aspek rohani atau pembangunan jiwa. Tetapi Negara
berkebajikan yang diamalkan PAS memahami akan konsep hamba Allah dengan melakukan
ibadah dan khalifah Allah dengan mentadbir urusan dunia menggunakan panduan Islam (Abdul
Hadi Awang, 2011). Presiden PAS menambah perbezaan itu dapat dilihat menerusi makna istilah
tersebut. Negara berkebajikan bermaksud kerajaan dan rakyat bersama-sama berusaha
melakukan kebajikan yang disokong oleh sistem yang cekap dan menguntungkan semua pihak.
Berbeza dengan negara kebajikan hanya kerajaan yang melakukan program kebajikan. Ini akan
melahirkan rakyat yang sentiasa bergantung kepada ihsan kerajaan dan orang lain yang ada
kalanya membebankan kerajaan dan merugikan semua pihak. Ia juga berbeza apabila terdapat
penambahan ber di hadapan yang bermakna ada perbuatan dan memiliki sifat pada diri.
Encyclopedia Britanica, welfare state ialah concept of goverment in which the state plays a key
role in the protection and promotion of the economic and social well-being of its citizens. It is
based on the principles of equality of opportunity, equitable distribution of wealth and public
responsibility for those unable to avail themselves of the minimal provisions for a good life.
Definisi ini merujuk kepada liberal walfare state yang diamalkan oleh Negara-negara Barat.
Negara berkebajikan PAS seperti tercatat dalam karya Konsep Asas Negara Berkebajikan pula
mempunyai beberapa perkara asas yang perlu diteliti. Pertama, berkenaan ciri-ciri asas negara
berkebajikan seperti dalam rajah 1.0 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan berkenaan
tasawur pelaksanaannya. Pelaksanaan negara berkebajikan menurut Abdul Hadi Awang (2011)
dari aspek fizikalnya mungkin ada kesamaan atau selari, tetapi tamadun Barat ini meninggalkan
aspek rohani atau pembangunan jiwa. Selaras dengan pandangan Muhammad Syukri Salleh
(2003), beliau amat menekankan konsep tasawur dan acuan pembentukan pembangunan itu
sendiri sama ada berasal dari Barat ataupun tidak. Antara ciri yang ditekankan dalam negara
berkebajikan ini ialah segala pengaplikasiannya seharusnya mengikuti panduan al-quran dan
hadith yakni berdasarkan syariat Islam

Kesimpulan
PAS dalam memperjuangkan negara Islam telah menghadapi cabaran, sama ada ditangkap,
dipenjara, terbunuh seperti di Memali dan sebagainya. Cabaran tersebut dihadapi dengan
pelbagai strategi sehinggalah mampu bertahan sehingga sekarang. Apabila berlaku transisi dari
negara Islam kepada negara berkebajikan ini, mereka perlu berhadapan dengan tentangan
kefahaman masyarakat yang telah sekian lama memahami perjuangan negara Islam PAS. Konsep
Negara Berkebajikan PAS adalah langkah politik yang tepat diambil oleh PAS dalam arena
politik Negara. Berbanding dengan dasar sebelumnya iaitu dasar Negara Islam yang dilihat
eksklusif hanya kepada orang Islam dan arahnya tidak begitu jelas dan kabur. Melalui dasar baru
Negara Berkebajikan yang dilihat lebih moderate ini, PAS mendapat manfaat politik yang
besar apabila orang bukan Islam yang selama ini begitu jauh dengan PAS tetapi menyokong kuat
perjuangan PAS. Melalui dasar ini PAS dilihat lebih inklusif dan terbuka. Situasi ini belum
pernah berlaku sepanjang penubuhan PAS.
Sudah tentu dasar baru yang lebih terbuka ini mengundang kritikan dari lawan politik PAS iaitu
UMNO. Pelbagai tuduhan yang bersifat politik dilemparkan kepada PAS kononnya PAS telah
kurang sifat Islamnya , PAS sudah lari dari matlamat asal, PAS tunduk kepada bukan Melayu,
PAS telah mengadai perjuangan Islam demi undi. PAS harus bijak menangani persepsi politik ini
dengan memberi pemahaman jelas mengenai dasar baru ini. Dasar sebelum ini dasar Negara
Islam, tuduhan politik dilemparkan tidak seteruk Dasar Negara Berkebajikan. Dengan tuduhan
politik bertalu-talun diterima oleh PAS menunjukan yang PAS berada dalam dasar yang tepat.
When enemy is silent about you, its means you are doing something wrong .
Berdasarkan pengamatan terhadap dasar Negara Berkebajikan PAS, dapat disimpulkan bahawa
matlamat negara berkebajikan PAS ini mempunyai tiga asas utama. Pertama, memastikan
golongan atas pagar dan golongan bukan Islam dapat menerima PAS dengan hati terbuka.
Kedua, untuk memenangi pilihan raya ke-13. Ketiga, untuk merealisasikan matlamat negara
berkebajikan yang telah dicanang selama ini.

You might also like