Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ciri-ciri Ketidakupayaan ADD/ADHD Menurut Sousa (2001) seperti yang dilaporkan oleh Tileston (2004), terdapat tiga ciri

khusus Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) iaitu tidak dapat memberi tumpuan, hiperaktif dan impulsif. Menurut Bailey (2006), terdapat lapan ciri-ciri kanak-kanak yang tidak dapat memberi tumpuan. Antara ciri-ciri itu ialah kanak-kanak sering gagal memberi tumpuan yang teliti terhadap sesuatu perkara, tidak mematuhi arahan guru, mempunyai masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti, berasa ingin cepat menyelesaikan sesuatu tugasan, dan tumpuan mudah bertukar. Selain itu, kanak-kanak yang tidak dapat memberi tumpuan juga suka mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas. Seterusnya, selalu kehilangan barang dan mudah lupa sesuatu perkara. Kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada enam ciri-ciri tersebut dan ciri-ciri itu telah wujud sukurang-kurangnya enam bulan dikesan menghidapi Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD). Menurut American Psychiatric Association (1994), terdapat enam ciri-ciri bagi kanak-kanak hiperaktif. Antara ciri-ciri itu ialah kanak-kanak yang selalu gelisah dengan tangan dan kaki atau tidak boleh berada di tempat duduk, selalu meninggalkan tempat duduk dalam kelas atau dalam situasi yang diperlukan dan selalu lari atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai. Selain itu, kanak-kanak juga selalu mempunyai masalah untuk bermain dan terlibat dalam aktiviti masa lapang dengan senyap. Seterusnya, kanak-kanak selalu sibuk atau aktif bergerak dan selalu bercakap secara melampau atau berlebih-lebihan. Kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada enam ciri-ciri Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) dan enam ciri-ciri hiperaktif dikesan menghidapi Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Menurut Bailey (2006), terdapat lima ciri-ciri impulsif. Antaranya ialah selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan, kurang sabar atau menghadapi masalah ketika menunggu giliran dan sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain. Selain itu, kanak-kanak juga selalu membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan. Berdasarkan Ketidakupayaan Attention ciri-ciri Deficit Ketidakupayaan Attention Hyperactivity Deficit kami Disorder (ADD) dapat dan

Disorder (ADHD),

merumuskan

Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dengan impulsif merangkumi ciri-ciri tidak dapat memberi tumpuan, hiperaktif dan impulsif.

You might also like