Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

DEFINISI Kepelbagaian biologi atau biodiversity didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari

daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.(sumber:estidotmy,February 2007)

KEPENTINGAN A.KEPADA ALAM

1.PENGEKALAN KITAR HIDROLOGI Hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerapan.Air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi.Hutan,padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikitbila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.

2.MODIFIKASI IKLIM Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim.Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu.Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

3.KAWAL HAKISAN TANAH Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan.Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah.Selain itu,akar berfungsi mengikat tanahdan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi.Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah.Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan puklan ketika rebut.Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.

4.SELENGGARA KITAR OKSIGEN DAN NITROGEN Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan.Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah.Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

B.KEPADA MANUSIA 1.NILSI INSTRUMEN Berguna kepada manusia-kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser.Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini.Ini jelas bahawa kekayaan kepelbagaian sepsis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. CONTOHNYA, ANTHROPOSENTRIK-digunakan dalam memajukan BANK GENETIK khasnya untuk memajukan sector pertanian ,perhutanan,akuakultur dan penternakan.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumgang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi Negara.

2.NILAI INTRINSIK Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai NILAI TERSENDIRI dan HAK UNTUK HIDUP.Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai hak asasimasing-masing.Benda hidup mempunyai ingatan,emosi dan kesakitan.

MASALAH 1.KEGIATAN MANUSIA YANG MENGUBAH DAN MENGHAPUSKAN TEMPAT KEDIAMAN MEREKA. Banyak aktiviti yang boleh merosakkan yang berlaku menyebabkan terjejasnya biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada di antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori sepsis terancam.Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selamanya.

2.PENGEKSPLOITASIKAN HUTAN TROPIKA OLEH NEGARA MEMBANGUN YANG KAYA DENGAN BIODIVERSITI BAGI TUJUAN UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN. Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semulajadi atau pelancongan eko adalah satu aktiviti penting yang bolkeh mendatangkan hasil kepada negara membangun.Namun andainya pelancongan eko tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity.Kemusnahanhabitat akibat penukaran tanah untuk pertanian,perlombongan,penempatan,pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.

3.PERUBAHAN IKLIM DAN BENCANA ALAM seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia.

4.PENGGUNAAN SUMBER BIOLOGI SECARA TIDAK LESTARI DAN BERLEBIHAN seperti aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi.

LANGKAH\USAHA UNTUK MENGATASI 1. MENGADAKAN BENGKEL MENGENAI PENGURUSAN BIODIVERSITI.ISU DASAR DAN CABARAN KEPADA MALAYSIA TELAH DILANGSUNGKAN PADA 17 Ogos 1999 dianjurkan bersama oleh Institut Kajian Pembangunan (SABAH),Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER) dan Queens University, Kingston,Canada.Bengkel tersebut dibiayai oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (CIDA), NGOs dan badan-badan swasta.Antara isu yang disentuh adalah mengenai biodiversity,bioprospek,pengurusan dan pengawasan pelancongan eko dan perlindungan sepsis terancam.

2. Malaysia adalah salah satu antara 120 negara yang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL ATAU NAMA SINGKATNYA CBD.Konvension tersebut yang berkuatkuasa pada 29 disember 1993 memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang.Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.

3.MENGGALAKKAN DAN MEMPERBANYAKKAN PENUBUHAN PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.

4.MENGETATKAN KAWALAN DAN MENJALANKAN PEMANTAUAN YANG LEBIH TELUS.Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi,pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan Negara. KEPENTINGAN BIODIVERSITI DAN LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN KESEIMBANGAN BIODIVERSITI

Biodiversiti penting kepada semua hidupan yang ada di bumi ini. Justeru, pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya. Bincangan. Pendahuluan : Biodervisiti merangkumi semua bentuk kehidupan flora dan fauna. Isi : A) Kepentingan Biodiversiti : 1. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan pelbagai Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di Pahang. Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam. Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting di Institusi Pengajian Tinggi. 2. Membekalkan makanan. Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan. Rantaian makanan akan terpelihara. 3. Sebagai sumber perubatan. Tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif. Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu. Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah tinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis. 4. Mengekalkan habitat. Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi. Tempat perlindungan hidupan liar. Tempat pembiakan semulajadi. 5. Sebagai penstabil cuaca. Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis. Menstabilkan kitaran hidrologi.

Memberikan keseimbangan suhu. Mengurangkan kesan rumah hijau

Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti : 7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi. Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti. Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak sumbu. Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan. 8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit. Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakala sisanya pula diproses menjadi kertas. 9. Pembangunan lestari. Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam). Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) 10. Pendidikan sains dan biologi Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang memberikan penekanan tentang keperluan pengekalan biodiversiti. Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas kurikulum). 11. Program kitar semula. Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam. Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca. Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula.

12. Penggunaan teknologi mesra alam. Menggunakan teknologi mesra alam. Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa dan biogas kelapa sawit. Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan air atau sisa kumbahan.

Penutup : Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang Majalah estidotmy, February 2007 menulis definisi biodiversiti sebagai kepelbagaian biologi atau biodiversity didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.

Kepentingan atau peranan biodiversiti ini terbahagi kepada 2 iaitu : Kepentingan kepada manusia dan kepentingan kepada alam.

Kepentingan Kepada Alam : Biodiversiti sangat penting untuk mengekalkan kitaran hidrologi. Hal ini demikian kerana hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerapan. Air dari tanah akan dibebaskan melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikitbila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir dan kejadian bencana alam lain seperti tannah runtuh, banjir lumpur dan sebagainya.

Selain itu, biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim (modifikasi iklim). Tumbuhan misalnya, juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Keadaan ini akan mempengaruhi keadaan iklim dan sekaligus menyederhanakan suhu. Oleh itu, kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

Biodiversiti juga mempu menghalang hakisan tanah. Hal ini demikian kerana, daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Keadaan ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah.Selain itu, akar berfungsi mengikat tanahdan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak, paya bakau berfungsi mengurangkan kesan puklan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa. Oleh itu, kepelbagaian biologi boleh mengawal dari berlakunya bencana alam.

Tumbuhan juga boleh menghasilkan oksigen untuk pernafasan dan respirasi. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversiti juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur

Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah. Dengan kata lain, biodiversiti berperanan menyelenggara kitaran Oksigen dan Nitrogen.

Kepentingan Kepada Manusia : Biodiversiti berguna kepada manusia. Hal ini demikian kerana, kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini. Contohnya, ANTHROPOSENTRIK, digunakan dalam memajukan Bank Genetik khasnya untuk memajukan sktor pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan. Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumbang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi negara. Jelas bahawa kekayaan kepelbagaian spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.

Selain itu, kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai nilai intrinsik" atau nilai yang tersendiri dan setiap benda hidup di atas muka bumi ini mempunyai "hak untuk hidup. Setiap benda hidup tidak kira haiwan, tumbuhan dan manusia mempunyai hak asasi masing-masing. Benda hidup mempunyai ingatan, emosi dan kesakitan. Oleh itu, ia perlu dijaga kerana mempunyai hak dan peranan sebagaimana manusia.

KEPENTINGAN 1. Pengekalan kitar hidrologi Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerapan air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.

2.Modifikasi iklim Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim. Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

3.Kawal hakisan tanah

Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi mengikat tanahdan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.

4. Selenggara kitar oksigen dan nitrogen Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

B.KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA

1. NILAI PERUBATAN Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai anti-kanser. Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubatubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti tongkat ali (eurycoma longifolia), misai kucing (orthosiphon staminues) dan kacip fatimah (labisia pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.

2. BEKALKAN BAHAN MENTAH KEPADA MANUSIA Pemeliharaan biodiversiti membekalkan makanan dan minuman kepada manusia. Misalnya laut yang terpelihara membekalkan makanan laut yang secukupnya kepada manusia. Glasier membekalkan air mineral kepada penduduk di sekitarnya. Turut dibekalkan ialah bahan mentah untuk kegunaan industri seperti minyak, petrol, getah, fiber, resin, gris, aluminium dan sebagainya.

3. BIODIVERSITI JUGA MENJADI TEMPAT RIADAH. Seisi keluarga boleh mengadakan aktiviti seperti bersenam dan melihat spesis burung. Hutan hijau tenpat rekreasi untuk menjamin kesihatan manusia. Keindahan pantai dan dasar laut mendatangkan ketenangan mental.

4. NILAI INTRINSIK Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai NILAI TERSENDIRI dan HAK UNTUK HIDUP. Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai hak asasi masing-masing. Benda hidup mempunyai ingatan, emosi dan kesakitan.

MASALAH KEMUSNAHAN BIODOVERSITI

1.Kegiatan manusia yang mengubah dan menghapuskan tempat kediaman mereka. Banyak aktiviti manusia merosakkan biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori spesis terancam. Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selama-lamanya.

2. Pengeksploitasian hutan tropika. Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semula jadi atau eko-pelancongan mendatangkan hasil kepada negara membangun. Namun jika tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity. Kemusnahan habitat akibat penukaran tanah untuk pertanian, perlombongan, penempatan, pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.

3. Perubahan iklim dan bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia. Kecairan glasier menyebabkan banyak kawasan rendah ditenggelami air dan banjir lebih kerap berlaku.

4. Penggunaan sumber biologi secara tidak lestari dan berlebihan. Aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi. Tangkapan ikan dengan teknologi canggih menyebabkan bekalan ikan pupus.

LANGKAH SELAMATKAN BIODIVERSITI

1. Persidangan pengurusan biodiversiti.

Bengkel mengenai biodiversity, bioprospek, pengurusan dan pengawasan eko-pelancongan dan perlindungan spesis terancam. Tahun Biodiversiti Sedunia 2010 memberikan peluang kepada masyarakat dunia untuk memahami kepentingan peranan biodiversiti dalam mewujudkan suatu suasana kehidupan yang mampan. Aktiviti yang terancang lebih tertumpu kepada aspek galakan kepada orang awam untuk mengurangkan kemusnahan biodiversiti, di samping meningkatkan pemahaman terhadap kepentingan biodiversiti kepada manusia. 120 negara tentang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL (CBD). memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang. Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.

2. Menggalakkan dan memperbanyakkan penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih. Pemuliharaan kepelbagaian biologi dapat dibantu dengan kaedah-kaedah bioteknologi seperti penyelamatan embrio, perlakuran protoplas, kriopengawetan dan perpustakaan DNA. Bioteknologi juga boleh digunakan untuk menilai variasi ginetik yang terpendam, iaitu melalui teknik RFLP dan elektroforesis gel.

3. Mengetatkan kawalan dan menjalankan pemantauan yang lebih telus.Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi, pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan Negara. Kepelbagaian biologi yang meliputi keanekaan organisma di peringkat genetik, spesis dan ekosistem, wajar dianggap sebagai harta pusaka sesebuah negara berdaulat. Khanazah ini seharusnya dipulihara untuk generasi sekarang dan sebagai warisan generasi-generasi yang akan datang.

Pendidikan secara formal dan informal merupakan pendekatan yang terbaik dalam menyedarkan masyarakat betapa pentingnya memelihara kepelbagaian biodiversiti ini.

Pendidikan Formal 1. Mata pelajaran sains dan biologi

Pengenalan biodiversiti dalam mata pelajaran sains atau biologi, mengenalpasti spesis haiwan dan tumbuhan, peranannya dalam kehidupan seharian dan kebaikan sesuatu spesis tersebut kepada manusia.

2. Aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum Melalui aktiviti seperti mencipta syair, pantun, berpidato, ceramah, kuiz, projek kelas, penyediaan buku skrap, lukisan, permainan alam sekitar, kajian biodiversiti dan sebagainya dapat mendekatkan para pelajar kepada kepentingan dan keperluan biodiversiti dalam bentuk karya, ilustrasi atau objek yang menarik. Ini dapat menggalakkan para pelajar mempelajari dan menghayati kekayaan biodiversiti di dunia ini dengan lebih berkesan.

3. Penulisan biodiversiti Dengan memperbanyakkan pembacaan artikel, jurnal, majalah alam sekitar dan dokumentari berkaitan dengan biodiversiti mampu menambahkan ilmu pengetahuan kita dalam usaha memelihara biodiversiti di sekeliling kita. Selain itu dapat memupuk perasaan kasih sayang dan menghargai kepentingan kepelbagaian biodiversiti di dunia ini.

Pendidikan Tidak Formal 1. Lawatan luar Dengan mengadakan sesi lawatan ke kawasan hutan simpan, taman negara, zoo negara, kawasan hutan bakau, taman burung dan taman herba dapat membantu para pelajar akan kepentingan fungsi biodiversiti dalam kehidupan seharian. Muzium biodiversiti seperti muzium siput, muzium hidupan akuatik, muzium spesis pokok dan muzium haiwan dapat menginsafkan diri kita betapa ruginya kita sekiranya kehilangan spesis-spesis yang berharga kepada negara akibat daripada kerakusan manusia dalam mengejar arus pemodenan dengan memusnahkan habitat asal spesis haiwan dan tumbuhan tersebut.

2. Aktiviti biodiversiti Aktiviti seperti menanam pokok, penanaman semula pokok seperti pokok api-api dan perepat, pokok kayu jati, merbau dan sebagainya dapat mengembalikan semula kitaran biodiversiti.

3. Program kesedaran Program-program kesedaran seperti aktiviti mengutip sampah sarap di kawasan persisiran pantai dan hutan simpan, mengitar semula barangan terpakai seperti botol plastik, kaca dan suratkhabar,

menjalankan aktiviti pembersihan sungai dan pelbagai lagi aktiviti kesedaran mampu menarik masyarakat di negara ini untuk bersama-sama memelihara dan memulihara biodiversity dan alam sekitar dengan lebih berkesan.

KEPENTINGAN Biodiversiti adalah kepelbagaian hidupan biologi atau biodiversity iaitu kepelbaian organisma hidupan dari sumber daratan mahupun lautan dan lain-lain.Biodiversiti merangkumi ekosistem akuatik dan dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya

SUMBER MAKANAN DAN PROTEIN Kepelbagaian sepsis tumbuhan dan haiwan menjadi sumber makanan dan sumber protein kepada manusia. Manusia mendapat pelbagai sumber makanan yang boleh didapati daripada tumbuhtumbuhan contohnya sayur-sayuran dan beras yang menjadi makanan asasi penduduk Malaysia. Selain itu,manusia juga mendapat sumber protein daripad spesis haiwan daratan dan lautan seperti ikan, ayam,dan lembu.

SUMBER PERUBATAN Biodiversiti berguna kepada manusia. Hal ini demikian kerana, kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini. Contohnya, ANTHROPOSENTRIK, digunakan dalam memajukan Bank Genetik khasnya untuk memajukan sktor pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan.Selain itu tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu.Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darahtinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumbang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi negara. Jelas bahawa kekayaan kepelbagaian spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.

SUMBER TENAGA Penghasilan tenaga baru iaiutu tenaga biojisin yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan najis haiwan dan mendapan pulpa dapat membantu manusia dalam mencari pengganti kepada tenaga api yang semakin berkurangan.Selain itu, penggunaan tenaga biojisim juga dapat memelihara alam

sekitar kerana bahan tenaga biojisim tidak mengeluarkan gas Co2.Tenaga biojisim tidak akan menjejeskan alam sekitar dan mungkin juga penyelesaian kepada masalah alam sekitar seperti kesan rumah hijau.

SUMBER AIR TAWAR Pencemaran air tawar bukan saahaja memudaratkan manusia malah hidupan liar juga.Pembuangan sisa -sisa minyak dan bahan asing ke dalam sungai akan menjejaskan ekosistem sungai dan mencemarkan sumber air bersih kepada manusia.

SUMBER GALIAN DAN MINERAL Pengurusan sumber yang baik bukan sahaja menjamin keperluan sumber dimasa hadapan malah menjamin sumber ekonomi negara dan memastikan bekalan sumber mineral negara mencukupi dimasa akan datang.

STABILKAN EKOSISTEM LAUT Penanaman pokok bakau akan menstabilkanekosistem laut.Poko yang unik ini bukan sahajamenjadi tempat pembiakan bagi hidupan laut seperti ikan dan udang,malah tumbuhan ini akan menghalang hakisan ombak dan pukulan ribut kencang daripada berlaku.

SUMBER R&D Pemuliharaan ekosisten juga dapat membantu dalam penyelidikan. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam.Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting diInstitusi Pengajian Tinggi. Kesimpulannya,penjagan biodiversiti adalah penting kerana biodiversiti mempunyai pelbaig kepentingan daripada segi sosial,dan ekonomi.Biodiversiti dapat memastikan kita mendatan segala keperluan dan juga membantu dalam penjanaan ekonomi negara.

You might also like