Peraturan Permainan Batu Seremban

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PERATURAN PERTANDINGAN BATU SEREMBAN

1.0 FORMAT PERTANDINGAN 1.1. Format pertandingan ialah secara KALAH MATI. 1.2. Setiap unit dikehendaki menghantar wakil sebanyak dua orang untuk menyertai pertandingan ini. 1.3. Sebelum permainan berlangsung, peserta dan lawannya dikehendaki melakukan wan tu som. Mana-mana peserta yang mendapat 3 mata dahulu akan memulakan permainan dam haji. 1.4. Masa yang ditentukan bagi satu perlawanan ialah selama 15 minit.

2.0 CARA BERMAIN 2.1. Buah Satu: Kesemua buah hendaklah diselerakkan, di mana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara satu sama lain. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

2.2. Buah Dua: Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama. Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

2.3. Buah Tiga: Buah tiga ada sedikit perbezaan. Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.

Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

2.4. Buah Empat Buah ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

2.5. Buah Lima Buah lima akan dimainkan seperti buah empat. Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah di atas lantai dengan serentak. Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

2.6. Buah Enam Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

2.7. Buah Tujuh Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam. Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak. Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan. Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

2.8. Buah Lapan

Campakkan kelima-lima batu di atas lantai. Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas. Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain. Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus.

2.9. Timbangan Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata. Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan. Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan. Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula. Tangkap batu seremban yang ada di tangan. Batu yang dapat ditangkap = 1 mata Batu yang dijatuhkan = 0 mata. Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.

3.0 PERATURAN PERMAINAN 3.1 Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain. 3.2 Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.

4.0 PENENTUAN KEMENANGAN 4.1 Kemenangan diberikan kepada peserta yang memperolehi markah tertinggi dalam timbangan. Sekiranya ada peserta yang yang tidak dapat melakukan sehingga tahap timbangan, maka kemenangan diberikan kepada peserta yang dapat mencapai tahap tertinggi atau peringkat buah terbanyak.

You might also like