Manual Praktikum HA19 (Sepenuh Masa)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING 1.0 PENGENALAN 1.

1 Latar Belakang

Sejarah

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) telah ditubuhkan pada tahun 1996 dengan penawaran empat program iaitu Psikologi Industri dan Organisasi, Pembangunan Belia dan Komuniti, Psikologi Kaunseling dan Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga. Ketiga-tiga program iaitu Psikologi Industri dan Organisasi, Pembangunan Belia & Komuniti dan Psikologi kaunseling telah mengeluarkan graduannya pada kovokesyen pertama dan kedua UMS pada bulan September 1999. Bagi pelajar-pelajar Sarjana Psikologi Kaunseling, mereka dikehendaki menjalani Latihan Praktikum bagi memenuhi syarat Pengurniaan Ijazah Sarjana Psikologi (Psikologi Kaunseling). Oleh kerana Program Psikologi Kaunseling ini menekankan kemahiran dalam memberi pertolongan dan kemahiran pula biasanya diperolehi dengan cara penerapan maklumat dan ilmu pengetahuan dalam Latihan Praktikum, maka pendidikan lapangan adalah wajib bagi semua pelajar di bawah Program Psikologi Kaunseling. Latihan Praktikum ini memberi peluang kepada pelajarpelajar mengendalikan sesi kaunseling dengan klien di bawah penyeliaan dengan mendapat maklum balas daripada penyelia-penyelia lapangan dan penyelia akademik yang terdiri daripada tenaga pengajar di SPKS atau yang dilantik. Melalui Latihan praktikum, pelajar-pelajar dapat menggunakan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran yang dipelajari daripada kerja-kerja kursus yang telah selesai diambil. Setiap aspek dalam hubungan kaunselor-klien dikendalikan secara profesional dan menurut kod etika kaunseling. Dalam kes-kes yang memerlukan pemerhatian, kaunselor perlu mendapatkan kebenaran daripada klien. Hormat kepada individu setiap masa merupakan aspek penting dalam setting praktikum. Pelajar-pelajar boleh menjalankan Latihan Praktikum hanya selepas mereka mengambil kursuskursus yang telah ditetapkan di bawah Program Psikologi kaunseling dengan lengkap dan menduduki peperiksaan dengan jayanya.

Pendidikan Lapangan

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING 1.1 Objektif

Pada akhir Latihan Praktikum ini pelajar-pelajar berupaya menunjukkan kemahiran/kebolehan. 1.1.1 Memerhati, menganalisis dan menginterpretasi keputusan dan aktiviti-aktiviti kaunseling dengan penyelia lapangannya sebagai mentor dan mendemontrasikannya secara perbincangan di dalam seminar dan buku catatan pandangan personal. Menyumbang dalam pembelajaran secara aktif selaras dengan identiti seorang kaunselor professional. Menunjukkan ketrampilan diri sebagai kaunselor terlatih dengan menggabungkan segala pengetahuan yang dipelajari dalam kursus dengan kesedaran kendiri dan perkembangan personal.

1.1.2

1.1.3

2.0

DESKRIPSI LATIHAN PRAKTIKUM 2.1 KERJASAMA Perkara yang penting bagi Latihan Praktikum yang efektif ialah kerjasama dan penyelarasan matlamat serta kaedahkaedah untuk mencapai tujuan praktikum tersebut. Jalan kearah pecapaian matlamat praktikum ini berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran adalah tanggungjawab bersama semua pihak yang terlibat, iaitu institusi penempatan, penyelia lapangan, pelajar dan Universiti Malaysia Sabah yang diwakili oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. 2.2 MASA DALAM PRAKTIKUM Seorang pelajar akan menjalani Latihan Praktikum di sebuah tempat atau agensi yang menjadi matlamat pengkhususannya. Tugasan ini memakan masa selama 12 minggu bermula pada semester terakhir pengajian di UMS iaitu pada semester ke 6. Dari segi masa jumlah jam dimana seorang pelajar harus berada di setting institusinya adalah sebanyak 480-600 jam.

Kerjasama a) Institusi Penempatan b) Penyelia c) UMS

MASA DAN TEMPOH PRAKTIKUM

JUMLAH JAM

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING TEMPAT INSTITUSI PENEMPATAN DAN MINAT Pelajar-pelajar yang mengikuti program Psikologi Kaunseling datang daripada pelbagai latar belakang, peringkat umur dan pengalaman. Oleh sebab kepelbagaian latar belakang, kemahiran dan minat antara pelajar-pelajar ini, usaha akan dibuat untuk mendapatkan penempatan pendidikan lapangan yang selaras dengan minat mereka. Program Psikologi Kaunseling menggalakkan pelbagai pengalaman kaunseling untuk menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran pengalaman. Bagi mencapai matlamat di atas, penempatan pelajar adalah di pelbagai tempat seperti di sekolah dan organisasi yang memberi pengalaman dalam hal rawatan dan pemulihan penagih dadah, pemulihan dan pendidikan moral dan akhlak, hospital dan klinik, rumah anak-anak yatim dan sebagainya. Sekiranya seseorang pelajar ingin mendalami minatnya di bidang-bidang lain yang juga ada hubungan dengan kaunseling, beliau bolehlah berhubung dengan Ketua Program Psikologi kaunseling di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial untuk dipertimbangkan dan satu kemungkinan pengalaman pendidikan lapangan yang khusus baginya. Hal ini seelok-eloknya dilakukan awal lagi. 2.4 PENEMPATAN PENDIDIKAN LAPANGAN Seperti yang telah disebut, pengalaman pembelajaran yang didapati daripada penempatan Pendidikan Lapangan pada sebahagian besarnya bergantung kepada tempat atau institusi di mana pelajar ditempatkan. Pemilihan lapangan adalah berdasarkan beberapa faktor dan antara yang penting adalah: 2.4.1 Minat institusi atau agensi untuk melibatkan diri dengan universiti yang membantu program Psikologi Kaunseling dalam usaha untuk membekalkan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. 2.4.2 Penerimaan pelajar Psikologi Kaunseling sebagai seorang ahli keluarga oleh agensi atau institusi dengan melibatkannya dalam mesyuarat, perbincangan, aktiviti dan lainlain lagi. Setakat yang mungkin diharapkan, institusi yang berkenaan dapat berusaha melibatkan pelajar di dalam pentadbiran dan urusan hariannya supaya pelajar ini menjadi seorang kakitangan yang berfungsi. 2.3

TEMPAT PENEMPATAN DAN MINAT

INSTITUSI PENEMPATAN

KES KHAS

FAKTOR PEMILIHAN TEMPAT

a) Minat

b) Penglibatan Pelajar

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING 2.4.3 Peluang bagi pelajar untuk mendalami dan membina kemahiran tertentu yang diminatinya disamping memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan institusi dan pelajar. Peruntukan sedikit masa pegawai-pegawai institusi penempatan untuk memberi bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan seliaan kepada pelajar. Penyediaan ruang pejabat dan kelengkapan yang sesuai bagi pelajar berfungsi sebagai seorang pekerja yang akan menjalankan perkhidmatan kaunseling.

c) Kerjasama Institusi

2.4.4

2.4.5

Lawatan ke tempat penempatan akan dilakukan oleh Penyelia Akademik yang terdiri daripada tenaga pengajar Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial untuk mentaksir potensi pembelajaran bagi pelajar. Apabila penempatan telah dibuat, lawatan lanjutan ke tempat-tempat penempatan akan juga dilakukan oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam penyeliaan sebagai daya usaha untuk mengadakan komunikasi terbuka dan juga penyelarasan matlamat-matlamat pendidikan lapangan ini. 2.5 TUGAS DAN PERANAN PENDIDIKAN LAPANGAN 2.5.1 Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial Tugas utama Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial adalah untuk menentu dan menyelaras tempat Pendidikan Lapangan bagi semua pelajar Psikologi Kaunseling. Wakil sekolah mungkin akan melawat tempat yang berkemungkinan penempatan pelajar dan akan berbincang dengan penyelia lapangan untuk merancang pendidikan lapangan yang bermakna bagi pelajar. Untuk menolong sekolah menentukan minat dan keperluan pendidikannya, pelajar-pelajar digalakkan berbincang dengan pihak Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial mengenai keperluannya di awal semester lagi.

Lawatan Penyelia

Tugas Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING 2.5.2 Tugas dan peranan Penyelia Praktikum 2.5.2.1 Membimbing pelajar menilai kemajuannya dan menerokai falsafah dan kemahiran kaunseling. 2.5.2.2 Sentiasa berbincang dengan penyelia lapangan supaya mereka dapat memberi bantuan dan sokongan terbaik kepada pelajar dalam perkembangan profesionalismenya. 2.5.2.3 Menyemak dan menilai pita rakaman, video, nota kes, jurnal, dan buku log harian dan memberikan maklum balas, kritik dan sokongan yang diperlukan. Penyelia Lapangan Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini memerlukan penyeliaan dari tenaga pengajar Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan juga penyelia di tempat lapangan. Penyelia Lapangan adalah pegawai-pegawai yang berkelayakan, berminat dan mempunyai masa untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar. Penyelia lapangan akan ditentukan oleh institusi yang berkenaan. Penyelia lapangan yang mewakili institusi adalah bebas untuk mengemukakan jenis pengalaman pembelajaran yang beliau dan pelajar merasakan pengalaman tersebut memenuhi jangkaan kedua-dua belah pihak. Hal-hal berikut diandaikan dapat disumbangkan oleh penyelia lapangan/institusi: a. Memberi maklumat mengenai polisi, dasar dan tatacara institusi. b. Memberi gambaran yang menyeluruh tentang khidmat yang diberi oleh institusi. c. Memberi maklumat tentang falsafah institusi dan pendekatannya dalam hal kaunseling.

2.5.3

Tugas dan Peranan Penyelia Praktikum

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING d. Memperkenalkan pelajar kepada personaliti institusi dan kedudukan fizikal bangunan serta pejabatpejabat. e. Menolong pelajar menentukan matlamat dan objektif bagi latihan-latihannya dan juga menentukan senarai jangkaan prestasi dimana pencapaian objektif dapat dinilai. f. Menolong dan membantu pelajar menyediakan satu perjanjian mengenai praktikum yang termasuk didalamnya tarikh dan hari pelajar perlu berada di tempat penempatan, jumlah jam yang ditetapkan seminggu, objektif pendidikan dan senarai prestasi yang dijangkakan seperti yang dikehendaki oleh pelajar g. Menyelia pelajar melalui konferensi, pemerhatian terus atau menerusi cara-cara lain. h. Mengisi borang penilaian prestasi pelajar setelah tamat Latihan Pendidikan lapangannya. Contoh borang-borang Perjanjian antara pelajar dan institusi dan Penilaian Pendidikan lapangan adalah seperti di dalam lampiran B. 2.5.4 Pelajar Pelajar mempunyai tanggungjawab yang besar bagi pengalaman pembelajarannya. Sekiranya seseorang pelajar tidak diberi tugas yang cukup atau sebaliknya dibebani dengan tugas yang banyak, beliau seharusnya mencuba untuk menyampaikan perasaannya kepada penyelia lapangan. Pelajar juga diingatkan bahawa penyesuaian diperingkat awal mungkin kurang selesa bagi kedua-dua belah pihak. Hubungan komunikasi yang jujur dapat menolong mengatasi masalah ini sebelum ia menjadi besar. Di bawah merupakan senarai tanggungjawab pelajar ketika menjalani Latihan Praktikum. a) Oleh kerana pelajar yang ditempatkan di sesuatu institusi itu diandaikan menjadi salah seorang atau kakitangan institusi berkenaan seperti mematuhi waktu pejabat, peraturan-peraturan yang lain berkaitan dengan pakaian, tatatertib dan sebagainya. b) Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya seorang pelajar tidak mematuhi hal-hal di atas dan menunjukkan sikap yang tidak komited pada aspek praktikumnya.

Tugas Pelajar

Penyesuaian Pelajar dengan Institusi

Tanggungjawab pelajar di Institusi

Kandungan Kontrak

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING c) Masa yang dihabiskan oleh pelajar di institusi adalah termasuk bacaan, persediaan projek dan kerja luar institusi disamping tugas-tugas kaunseling. d) Dengan pertolongan dan bantuan penyelia lapangan, pelajar dikehendaki menghasilkan satu persetujuan antaranya dengan institusi tersebut yang mengandungi hal-hal berikut: i. Tarikh bermula dan berakhirnya Pendidikan Lapangan ii. Jumlah jam yang ditentukan seminggu di tempat penempatan dengan menentukan waktunya (jumlah masa pelajar berada di tempat penempatan mestilah 480-6000 jam.) iii. Senarai matlamat dan objektif pendidikan lapangan. iv. Senarai jangkaan prestasi yang boleh dinilai bagi setiap matlamat dan objektif. Persetujuan ini merupakan perjanjian bersama dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak (lampiran A). Satu salinan perjanjian ini mestilah dihantar ke Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial tidak lewat dari minggu kedua selepas pelajar berada di institusi. Satu salinan juga mesti diberi kepada penyelia lapangan. e) Mempelajari dan mendalami teknik-teknik kaunseling menerusi bacaan, perbincangan dengan penyelia lapangan dan personaliti institusi yang lain. f) Berusaha secepat mungkin memberi perkhidmatan yang bernilai tinggi mengenai tugas yang telah diamanahkan. g) Menjaga harta benda, maklumat dan kerahsiaan yang ada kaitannya dengan institusi dan kelayakan sebagai professional yang bertanggungjawab. Etika kaunseling mestilah sentiasa dipatuhi. h) Mengambil tanggungjawab memberitahu pihak Sekolah Psikologi dan kerja Sosial tentang tarikh dan hari cuti di institusi penempatan selain daripada cuticuti am yang diistiharkan oleh kerajaan. i) Mendapatkan kelulusan dan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah sekiranya terpaksa mengambil cuti (cuti kecemasan). Kebenaran ini mestilah diserahkan kepada pihak institusi untuk makluman dan tindakannya.

a) Permulaan Tamat

dan

b) 720-750 jam c) Matlamat d) Jangkaan

TEKNIK

KUALITI

AMANAH

CUTI

CUTI KECEMASAN

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING j) Menyediakan satu buku catatan/log harian yang mesti ditulis setiap hari. Buku log ini hendaklah diserahkan kepada pensyarah/penyelia setiap hari. Satu rumusan tugasan mestilah diserahkan kepada institusi penempatan pada setiap hari terakhir dalam setiap minggu. Semua borang rumusan tugasan ini mestilah disediakan dan diserahkan kepada Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial bersama buku log dan projek kaunseling seminggu sebelum tamatnya sesi praktikum. Kelewatan menyerahkan semua perkara di atas akan mengakibatkan pemotongan markah. k) Pelajar-pelajar sendiri bertanggungjawab dalam menguruskan makan minum dan perjalanan, persiapan serta lain-lain keperluan semasa penempatan. l) Pelajar dikehendaki berada di institusi selama 5 hari dalam seminggu sepenuh masa sehinggalah mencukupi 480-600 jam yang diperlukan oleh program kaunseling. Kehadiran pelajar di institusi hendaklah dicatat di dalam borang kehadiran pelajar (Lampiran B) dan buku catatan institusi juga jika ada. Hari Sabtu adalah hari pertemuan dengan penyelia dan perbincangan kes di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. Kehadiran pelajar-pelajar adalah wajib. Diharap pelajar dapat bertemu dengan pensyarah/penyelia masing-masing bagi menentukan masa pertemuan. Sekiranya pelajar dipanggil oleh pihak Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial untuk tujuan tertentu yang dianggap ada hubungan dengan Program Psikologi Kaunseling selain hari Sabtu, maka masa yang dihabiskan di atas kehendak Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial tidak diambil kira sebagai komponen daripada 480-600 jam yang ditetapkan. 3.0 REKABENTUK PENDIDIKAN LAPANGAN

BUKU LOG

URUSAN KEPERLUAN HARI DAN STATUS

Sabtu

SATU ASPEK PRAKTIKUM a) KAUNSELING

Pendidikan lapangan ini adalah sebahagian daripada aspek praktikum, iaitu: a) Rancangan Kaunseling Ciri utama pengalaman pendidikan lapangan ini adalah aspek pencegahan dan terapi atau pemulihan dengan penekanan khas kepada kaunseling dan lain-lain hal yang berhubung dengannya. Pelajar mempunyai pilihan pendedahan di beberapa bidang: rawatan pesakit-dalam (in-patient), pesakit luar (out-patient), usaha pemulihan,

AKTIVITI KAUNSELING
8

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING

kerja kumpulan, terapi individu, terapi kumpulan, terapi keluarga, bimbingan dan kaunseling atau sebarang kombinasi bidang-bidang di atas. Sekolah Psikologi dan kerja Sosial sentiasa menggalakkan pengalaman di berbagai-bagai bidang. Perlu juga disebutkan bahawa idea-idea lain mengenai pengalaman pendidikan lapangan juga perlu dipertimbangkan oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. 3.1 RANCANGAN KAUNSELING

RANCANGAN KAUNSELING

Bahagian ini mempunyai 4 aspek iaitu praktis kaunseling, aktiviti bimbingan atau kaunseling, pembentangan, kajian kes kaunseling dan buku log harian. 3.1.1 Praktis Kaunseling Bagi bidang ini pelajar dikehendaki memenuhi keperluan-keperluan berikut: 3.1.1.1 Menjalankan sesi kaunseling individu dengan kelayakan sebanyak lebih kurang 80-100 sesi. Seelok-eloknya setiap kelayakan melalui sekurang-kurangnya 3 sesi, yang paling baik adalah melebihi 6 sesi. 3.1.1.2 Menjalankan sesi Kaunseling Kelompok dengan klien sebanyak 15-20 sesi. Setiap kelompok dianggotai oleh 6-12 ahli. 3.1.1.3 Lima klien hendaklah dirakamkan sepenuhnya (audio visual) bagi tujuan perbincangan dan penyeliaan di dalam pertemuan dengan pensyarah/penyelia. 3.1.1.4 Pada setiap minggu selepas minggu pertama bermulanya pendidikan lapangan, pelajarpelajar dikehendaki membuat temujanji dan berjumpa dengan pensyarah untuk tujuan penyeliaan. Pelajar-pelajar dikehendaki membawa rakaman audio visual daripada tiga (3) klien individu untuk penyeliaan pada setiap minggu. Kekalkan dengan klien-klien yang sama untuk penyeliaan pada setiap minggu berikutnya. Aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan peribadi pelajar sebagai seorang kaunselor in the making akan dibincangkan. Persoalan-persoalan seperti sikap, kebimbangan, keyakinan diri, keraguan-keraguan yang ada, arah untuk bertindak, frustasi dan kecekapan akan diberi tumpuan.

Keperluan Bidang a) Kaunseling Individu

b) Kaunseling Kelompok c) Rakaman

d) Penyeliaan

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING Dengan ringkas perhubungan ini adalah juga dapat dianggap sebagai hubungan mentor dengan mentee. 3.1.1.5 Setiap sesi kaunseling samaada individu atau kelompok hendaklah dibuat laporannya di dalam borang laporan sesi yang berkenaan, sebaik-baik sahaja sesi kaunseling dijalankan. Format laporan adalah seperti di lampiran F dan G. 3.1.1.6 Borang Laporan sesi (Nota Kemajuan) terdiri daripada 2 jenis: a) Borang Laporan Sesi Kaunseling Individu b) Borang Laporan Sesi Kaunseling Kelompok 3.1.1.7 Kandungan Nota Kemajuan Individu: a) Tarikh b) Jangka Masa c) Nama orang terlibat disamping klien d) Sifat hubungan (i.e. sesi individu, panggilan telefon, sesi kumpulan) e) Kenyataan tentang: i) Isu yang dikemukakan oleh klien ii) Matlamat kaunseling (matlamat, sasaran semasa atau jangka panjang, dll) iii) Matlamat penilaian (penggunaan ujian psikologi, dll) iv) Maklumat proses kaunseling v) Tindakan vi) Tindakan susulan vii) Refleksi kaunselor viii) Tandatangan kaunselor 3.1.1.8 Kandungan nota kemajuan kaunseling kelompok perlu ditulis secepat mungkin selepas sesi kaunseling. Nota kemajuan dibuat untuk tiap-tiap ahli. Kandungan nota: a) Tarikh b) Jangka masa c) Jenis sesi (sesi kelompok) d) Sama seperti 3.1.17 (e) Nota kemajuan hendaklah disimpan di dalam fail klien dan meminta pensyarah melihat dan menandatanganinya apabila beliau datang melawat. Penulisan nota kemajuan adalah aspek penting yang tidak seharusnya diabaikan oleh seorang kaunselor.

i) Individu ii) Kelompok KANDUNGAN NOTA INDIVIDU

KANDUNGAN NOTA KELOMPOK

NOTA KEMAJUAN

10

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING 3.1.1.9 Borang maklumat peribadi klien hendaklah diisi selewat-lewatnya pada sesi kaunseling kedua. Sekiranya tidak ada borang yang disediakan oleh institusi penempatan, gunakan borang yang disediakan oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (Lampiran D dan lampiran E dimana bersesuaian) 3.1.1.10 Selepas berlaku 4 sesi kaunseling dengan klien, borang rancangan rawatan (jika perlu) hendaklah diisi. Rancangan ini hendaklah disemak untuk tujuan kemas kini dan apaapa perubahan yang diperlukan. 3.1.1.11 Pelajar dikehendaki mengemukakan laporan kes kaunseling (case review) sekurangkurangnya sekali di dalam kelas pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. Format laporan adalah seprti yang ditaklimatkan semasa taklimat praktikum. Setiap pelajar mestilah diberi satu salinan persembahan kes tadi sebelum persembahan dibuat. 3.1.1.12 Fail klien yang mengandungi segala catatan hendaklah disimpan baik-baik di tempatnya di institusi berkenaan dan tidak boleh dibawa keluar oleh kaunselor. 3.1.1.13 Selepas tempoh Latihan Praktikum Lapangan, fail-fail klien hendaklah dibawa balik dan diserahkan kepada pensyarah / penyelia masing-masing. 3.1.2 Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling 3.1.2.1 Tiap-tiap pelajar dikehendaki mengendalikan satu aktiviti atau kegiatan kaunseling yang boleh meningkatkan perkembangan peribadi atau profesionalisme. Aktiviti atau kegiatan ini boleh dimulakan sebelum praktikum dan dipersetujui oleh pensyarah. 3.1.2.2 Contoh-contoh aktiviti atau kegiatan termasuklah: Seminar, bengkel, kursus yang dihadiri Seminar, bengkel kaunseling yang dibantu pengendaliannya. Kertas kerja atau artikel yang ditulis didalam media massa (cetak). Ceramah, forum yang dianjur atau disertai

MAKLUMAT PERIBADI

LAPORAN KES

FAIL

KEGIATAN KE ARAH PENINGKATAN PROFESIONALISME

CONTOH AKTIVITI

11

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING Lawatan sambil belajar yang disertai dan penilaiannya. Penyertaan dalam kajian, projek dan lainlain. Draf manual praktikum kaunseling Lain-lain aktiviti yang sesuai untuk perkembangan peribadi/ profesionalisme. 3.1.2.3 Pelajar-pelajar diminta berjumpa dengan pensyarah penyelia untuk mendapat persetujuan untuk mendapat persetujuan sebelum memulakan aktivitinya. 3.1.2.4 Rancangan aktiviti ini hendaklah komprehensif dan antara lain perlu mengandungi aspek-aspek berikut: tarikh, tempat, taraf penyertaan, kegiatan, kandungan, prosedur, peralatan, kos dan lainlain. 3.1.2.5 Tarikh akhir penyerahan adalah seminggu sebelum bermulanya praktikum. Apa-apa perubahan, jika diperlukan dihantar seminggu selepas praktikum. 3.1.3 Pembentangan Kajian Kes Kaunseling 3.1.3.1 Setiap pelajar dikehendaki membentangkan satu kes kaunseling kepada kelas. Kes yang ingin dibentangkan hendaklah datang daripada salah satu kes-kes kaunseling yang sedang dikendalikan dan sudah melalui sekurang-kurangnya 8 sesi. 3.1.3.2 Setiap pembentang dikehendaki membuat salinan laporan kes bagi setiap pelajar. Salinan asal akan diserah kepada penyelia praktikum masing-masing. 3.1.3.3 Peruntukan masa untuk pembentangan ialah lebih kurang 20 minit. 3.1.3.4 Panduan format penulisan laporan adalah seperti disertakan dalam manual.

PERSETUJUAN PENSYARAH KANDUNGAN AKTIVITI

TARIKH SERAHAN

PEMBENTANGAN KES KAUNSELING

SALINAN LAPORAN KES MASA PEMBENTANGNA FORMAT PENULISAN

3.1.4 Buku Catatan Harian 3.1.4.1 Setiap pelajar dikehendaki menulis laporan ringkas praktikum pada tiap-tiap hari di dalam buku catatan harian atau dikenali sebagai Buku Log.

12

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING 3.1.4.2 Catatan harian merangkumi pengalaman mengadakan sesi kaunseling dan kerja-kerja yang dilakukan di tempat praktikum 3.1.4.3 Penyelia akan menyemak buku log catatan semasa lawatan.

CATITAN HARIAN

13

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING

Rumusan Penting 1. Pendidikan lapangan / praktikum adalah selama 12 minggu. 2. Jumlah keseluruhan jam adalah 480-600 jam. 3. Praktikum adalah terdiri daripada aspek: a) Rancangan kaunseling i) Bidang kaunseling ii) Aktiviti kaunseling iii) Pembentangan kes kaunseling iv) Buku catatan harian b) Cadangan penyelidikan komuniti kesihatan mental (Kedua-dua rancangan ini mesti diberi perhatian) 4. Untuk praktis kaunseling, anda disyaratkan menjalani sekurang-kurangnya 80-100 sesi Kaunseling Individu dan 15-20 sesi Kaunseling Kelompok yang dirakamkan. Pita-pita ini adalah untuk tujuan perbincangan dan pada akhirnya rakaman-rakaman ini diserahkan kepada penyelia apabila tamat praktikum. Tarikh akhir penyerahan ditentukan oleh pihak sekolah. Pelajar dinasihatkan untuk membuat salinan pita-pita ini untuk simpanan sendiri. 5. Laporan kes akan dibincangkan di dalam kelas semasa penyeliaan secara kelompok atau di dalam kelas yang akan ditentukan oleh penyelia. Buat salinan kes anda untuk diberi kepada rakan-rakan kelompok. Laporan kes biasanya bermula selepas minggu ketiga. Walau bagaimanapun, kepastian dan tarikh pembentangan ditentukan oleh pihak sekolah. 6. Jangan lupa untuk menulis nota kemajuan klien (Individu/Kelompok) selepas sahaja sesi kaunseling atau bimbingan dijalankan. Jangan lupa menurunkan nama dan tandatangan anda. 7. Buku catatan hendaklah ditulis setiap hari dan ditandatangani oleh penyelia. Serahkan juga buku ini kepada penyelia apabila praktikum telah tamat. Contoh buku log ini akan ditunjukkan oleh penyelia masing-masing. 8. Jangan lupa membuat Aktiviti Kaunseling dan menyerahkan kepada penyelia 9. Jika anda menghadapi masalah, berbincanglah dengan penyelia/pegawai kanan di tempat anda ataupun pensyarah dengan segera dan tidak menunggu saat akhir. 10. Hantarkan persetujuan (kontrak) antara anda dengan institusi pada minggu kedua dan menghantarkan salinan-salinan kepada pihak-pihak tertentu. 11. Tarikh penyerahan pita-pita rakaman, laporan kes-kes kaunseling, aktiviti program bimbingan kaunseling dan buku log adalah selewat-lewatnya pada minggu terakhir praktikum. 12. Adalah menjadi satu kesalahan besar bagi pelajar jika tidak berada di tempat praktikumnya pada masa praktikum berjalan. Pelajar hanya boleh berjumpa dengan penyelia pada hari yang ditetapkan iaitu Sabtu.

14

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING 3.0 Cara Menulis Rujukan Kertas Kerja Abdul Halim Othman dan Wan Rafaei Abdul Rahman(1980). Vocasional Training : (A Cross-Cultural Perspective, Kertas kerja dibacakan dalam persediaan Asian Regional Association For Vocational and Educational Guidance, Kuala Lumpur, 11 September. Buku Atan Long(1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Goerge, L.R. & Christiana. T.S. (1981) Theory, method and process of counselling and psychotherapy. Englewood, Cliffs, N.J.: Printice-Hall Makalah Home,L. (1969). What behavioural engineering is? Psychological record, 18, 425-434 Latihan Ilmiah/Tesis Suhana Sulaiman(1980). Sikap masyarakat Melayu yang tergambar dalam buku sejarah Melayu dan Novel Sandera. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan lagi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

4.0

Jadual Praktikum Kaunseling dan Penyelidikan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mula berada di tempat praktikum. Perjumpaa dengan pensyarah untuk penerapan tarikh-tarikh penyeliaan Serahan borang perjanjian antara pelajar dan institusi Perbincangan kes bermula Tamat praktikum Serahan semua dokumen Latihan Praktikum (yang disediakan semasa di lapangan atau tempat praktikum)

15

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING 5.0 Tenaga Pengajar

Tenaga Sekolah Psikologi dan Kerja sosial, seperti pada 1 Januari 2010 Dekan Dr. Murnizam Hj. Halik Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar Dr. Mohd Dahlan Hj. A. Malek Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi Dr. Balan Rathakrishnan Professor Prof.Dr. Rosnah Ismail (Timbalan Naib Canselor P&I) Prof.Dr. Md. Shuaib Che Din Pensyarah PM Dr. Chua Bee Seok Dr. Murnizam Hj Halik En. Ismail bin Maakip Pn. Nurul Hudani Md. Nawi En. Beddu Salam Baco Pn. Sharon Kwan Sam Mee Pn. Puteri Hayati Megat Ahmad En. Zall Kepli Md. Rejab En. Abdul Ghani bin Hj. Sulaiman En. Wan Anor bin Wan Sulaiman Cik Patricia Joseph Kimong Cik Norzihan bin Ayub Pn. Joki Perdani Sawai En. Mohd. Sharani bin Ahmad Pn. Suwaibah Zakaria En. Mohamad Azhar Mohammad Nor En. Risalshah Latif En. Peter Voo Su Kiong Tutor Pn. Razima Hanim Osman Cik Noorma Razali En. Ben Anderson a/k Melai

16

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING

Tenaga pengajar sekolah yang menyelia Praktikum Prof.Dr. Rosnah Ismail (Timbalan Naib Canselor P&I) Prof.Dr. Md. Shuaib Che Din Pn. Sharon Kwan Sam Mee Pn. Puteri Hayati Megat Ahmad En. Zall Kepli Md. Rejab En. Abdul Ghani bin Hj. Sulaiman En. Wan Anor bin Wan Sulaiman Cik Patricia Joseph Kimong Cik Norzihan bin Ayub

6.0

TAMBAHAN (MULAI 21 MAC 2006) Berdasarkan keputusan mesyuarat akademik bertarikh 2 Mac 2005, penstrukturan semula criteria pemarkahan Latihan Praktikum Kaunseling telah dilakukan. 6.1 Pemarkahan Latihan Praktikum BAHAGIAN A 20% BAHAGIAN B 30% BAHAGIAN C 50% 6.1.1 BAHAGIAN A 20% a. Laporan Keseluruhan Latihan Praktikum b. Pengurusan dan Pentadbiran i. Buku Log ii. Perancangan praktikum iii. Senarai kawalan a. Daftar sesi Kaunseling Individu b. Daftar progress sesi Kaunseling Individu c. Daftar sesi Kaunseling Kelompok d. Daftar progress sesi Kaunseling Kelompok iv. Rumusan mingguan v. Pengurusan dokumen vi. Pamplet vii. Aktiviti Bimbingan /Kaunseling c. Pembentangan Latihan Praktikum (Semua pelajar perlu membentangkan apa yang telah dijalankan semasa praktikum di hadapan panel penyelia Akademik selepas tamat pembentangan kes) BAHAGIAN B 30% a. Pembentangan kajian kes Klien b. Penulisan kajian kes

6.1.2

17

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING 6.1.3 BAHAGIAN C 50% a. Sesi Kaunseling Individu b. Sesi Kaunseling Kelompok c. Penyelia Lapangan

Lampiran (Tambahan dan yang telah diubahsuai)

Lampiran A Lampiran B Lampiran C Lampiran D Lampiran E Lampiran F Lampiran G Lampiran

Surat Perjanjian dengan Institusi Borang Kehadiran Latihan Praktikum Borang Rumusan Jam Borang Maklumat Peribadi Klien Borang Maklumat Peribadi Klien Laporan Sesi Kaunseling Individu Laporan Sesi Kaunseling Kelompok Rumusan Mingguan

18

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING LAMPIRAN A Tarikh: 09.12.2013 ____ SURAT PERJANJIAN PELAJAR DAN INSTITUSI : MARDIANAH BT. HJ. MOHD IBNO

NAMA PELAJAR

NAMA INSTITUSI

: AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN, KOTA KINABALU

Dengan ini dimaklumkan bahawa setelah berbincang diantara kedua belah pihak kami bersetuju tentang hal-hal berikut: a) Tarikh bermula praktikum di institusi ini ialah pada: jam hari

8.00 PAGI 2013

09

, bulan

12

, tahun

b) Tarikh tamat praktikum di institusi ini ialah pada: jam Hari

5.00 PETANG, 2013

01

, bulan

03

, tahun

(Jumlah jam ialah sebanyak 480-600 jam) c) Jumlah jam kehadiran pelajar seminggu ialah seperti berikut: Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Waktu Masuk Waktu Keluar Jumlah

8.00 PAGI 8.00 PAGI 8.00 PAGI 8.00 PAGI 8.00 PAGI

5.00 PETANG 5.00 PETANG 5.00 PETANG 5.00 PETANG 5.00 PETANG

8 JAM 8 JAM 8 JAM 8 JAM 8 JAM

Jumlah semua : 40 JAM/ MINGGU X 12 MINGGU

6 hari Sabtu X 3 jam Jumlah Jam Keseluruhan

= 480 JAM = 18 jam = 498 jam


19

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING d) Matlamat dan objektif Pendidikan Lapangan ialah : i) -memerhati, menganalisis dan menginterpretasi keputusan dan aktiviti-aktiviti kaunseling dengan penyelia lapangan sebagai mentor dan mendemonstrasikannya secara perbincangan. ii) -menyumbang dalam pembelajaran secara aktif selaras dengan identiti seorang kaunselor professional -menunjukkan ketrampilan diri sebagai kaunselor terlatih dengan mengabungkan segala pengetahuan iii) yang dipelajari dalam kursus dengan kesedaran kendiri dan perkembangan personel. e) Jangkaan prestasi pelajar adalah seperti berikut : i)
-Dapat melaksanakan sesi kaunseling individu sebanyak 135 - 152 jam. -Dapat melaksanakan sesi kaunseling kelompok sebanyak 30-40 sesi. ii) -Menjalankan kelompok bimbingan/ kelompok sokongan terhadap keluarga. -Dapat menamatkan intersnhip dengan sekurang-kurangnya mendapat iii) keputusan cemerlang Gred A

Sekian, terima kasih.

Tandatangan wakil institusi Nama:

Tandatangan pelajar Nama:

20

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING LAMPIRAN B BORANG KEHADIRAN LATIHAN PRAKTIKUM Nama Pelatih Institusi : : : : Hari Masa Bertugas Tandatangan Penyelia Lapangan Tandatangan Penyelia Akademik

Nama Penyelia Lapangan Nama Penyelia Akademik Minggu Tarikh

Minggu 1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Minggu 5

Minggu 6

21

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING

Minggu

Tarikh

Hari

Masa Bertugas

Tandatangan Penyelia Lapangan

Tandatangan Penyelia Akademik

Minggu 7

Minggu 8

Minggu 9

Minggu 10

Minggu 11

Minggu 12

Tandatangan Penyelia Lapangan

Nama dan cop

Tarikh:

22

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING LAMPIRAN C BORANG RUMUSAN JAM Latihan Praktikum Kaunseling
Kaunseling Individu Minggu Jumlah sesi Jumlah jam & minit Kaunseling Kelompok Jumlah sesi Jumlah jam & minit Aktiviti Bimbingan Jam dan Minit Pengurusan & Pentadbiran Dokumen (jam&Minit) Jumlah jam & Minit

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Jumlah

Tandatangan Penyelia Akademik Tarikh: Nama :

23

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING LAMPIRAN D MAKLUMAT PERIBADI KLIEN Nama : __________________________________________________________ Jantina : _____________________________ Umur : ________________________________________________ Agama : __________________________________ Darjah / Tingkatan : ____________________________________ Bangsa : __________________________________ Sekolah : ____________________________________________________________________________________________ Alamat : ____________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________ No. Tel. (R) :________________________________________ No. Tel. (P) : __________________________________ Pekerjaan Ibu : _____________________________________ pekerjaan Bapa : _________________________________ Bilangan adik beradik / kedudukan kelahiran : ____________________________________________________ Pencapaian akademik : ____________________________________________________________________________ Jawatan di sekolah : ________________________________________________________________________________ Kegiatan Ko-Kurikulum : ___________________________________________________________________________ Sejarah kesihatan : __________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ Sebab datang berjumpa kaunselor : ________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________________ Keterangan tentang keluarga : _____________________________________________________________________ Lain-lain : _____________________________________________________________________________________________

Tandatangan Kaunselor :

Tarikh :

_________________________

_____________________________

Nama Kaunselor : ___________________________________

24

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING LAMPIRAN E MAKLUMAT PERIBADI KLIEN Nama : __________________________________________________________ Jantina : _____________________________ Umur : ________________________________________________ Agama : __________________________________ Pekerjaan : ____________________________________ Taraf Pendidikan : __________________________________ Alamat : ____________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________ Sejarah Kesihatan : ________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________ Penampilan Diri : _________________________________________________________________________________ Sebab Datang Berjumpa Kaunselor : ______________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________ Keterangan Tentang Keluarga : ___________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________ Lain-lain : _________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Kaunselor :

Tarikh :

_________________________ ________

_____________________________

MARDIANAH BT. HJ. MOHD IBNO Nama Kaunselor : ___________________________________

25

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING LAMPIRAN F LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU


( Borang ini disertakan sekali dengan borang maklumat peribadi Lampiran D dan E )

Nama klien : __________________________________________________________________________________________ Sesi:_____________________________ Tarikh:_______________________ Masa:_______________________

1.

Isu yang diketengahkan (Butiran masalah/ konflik, emosi, tingkahlaku, dll)

__________________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________

2.

Matlamat Kaunseling (Matlamat, sasaran semasa atau jangka panjang, dll)

_____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________

3.

Maklumat Penilaian (Penggunaan ujian psikologi, dll)

_____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________

26

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING

4.

Maklumat proses kaunseling

_______________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________

5. Tindakan (Rancangan tindakan, prosedur, tugasan, latihan, dll) _______________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________

6. Tindakan susulan (Sesi susulan, rujukan lanjut, keperluan laporan, dll) ____________________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________

7.

Refleksi Kaunselor

_____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Kaunselor ______________________________ Nama:

27

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING LAMPIRAN G LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU


( Borang ini disertakan sekali dengan borang maklumat peribadi Lampiran D dan E )

Sesi:_____________________________

Tarikh:___________________

Masa:_______________________

Nama kelompok :________________________________________________

Bil

Nama ahli

Jantina

catatan

1.

Isu yang dibincangkan (Butiran masalah/ konflik, emosi, tingkahlaku, dll)

________________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________

28

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING

2.

Matlamat Kelompok (Matlamat, sasaran semasa atau jangka panjang, dll)

______________________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________

3.

Maklumat proses kaunseling kelompok

__________________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________________________

4. Tindakan (Rancangan tindakan, prosedur, tugasan, latihan, dll) _________________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________________________________

5.

Refleksi Kaunselor

___________________________________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________________________

29

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM KAUNSELING UNIVERSITI MALAYSIA SABAH RUMUSAN LAPORAN MINGGUAN

NAMA KAUNSELOR PELATIH : NO. MATRIK REKOD MINGGUAN : : MINGGU KE MULAI HINGGA

8.00-9.00 ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

9.00-10.00

10.00-11.00

11.00-12.00

12.00-1.00

1.00-2.00

2.00-3.00

3.00-4.00

4.00-5.00 5.00-6.00

JAM

RUMUSAN JUMLAH JAM


Jumlah Jam Minggu Ini Jumlah Jam Minggu-minggu Lepas Jumlah Jam Himpunan Keseluruhan

TANDATANGAN PENYELIA LAPANGAN

PENYELIA AKADEMIK

TANDATANGAN KAUNSELOR PELATIH

(Dibuat dalam tiga salinan. Satu salinan adalah untuk Institusi Penempatan, satu salinan untuk Penyelia Akademik dan satu salinan untuk simpanan Kaunselor Pelatih 30

You might also like