Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Koir kanak-kanak autistik Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN n.jagatheswary@kosmo.com.

my

BARISAN kanak-kanak autistik menghiburkan audiens dengan persembahan mereka. KANAK-KANAK autistik sering ditafsir sebagai individu yang mempunyai tingkah laku yang sukar untuk berinteraksi dengan orang lain termasuk ibu bapa mereka.Walaupun mereka bukan tergolong dalam kelompok yang hilang pendengaran, namun mereka seakan-akan tidak mendengar dan tidak memahami apa yang diperkatakan kepada mereka. Mereka juga dikatakan hidup dalam dunia yang tersendiri. Ramai antara mereka langsung tidak tahu bertutur atau jika boleh pun pertuturan mereka sukar difahami. Tafsiran umum itu mungkin boleh berubah jika orang ramai bertemu dengan kumpulan koir Kidzcare. Kumpulan koir yang terdiri daripada 25 orang kanak-kanak autistik itu mampu menghiburkan seramai 800 audiens yang hadir ke Dewan Filharmonik Petronas di Kuala Lumpur. Barisan kanak-kanak yang dalam persalinan kemeja-T putih dan seluar trek itu mengatur langkah bersahaja manakala ada yang membuat aksi lucu sehingga gelak ketawa penonton menyelubungi dewan besar tersebut. Apabila tenaga pengajar kumpulan koir, Brian John Yim memberi isyarat untuk memulakan nyanyian, dengan penuh semangat kanak-kanak autistik itu membuat persembahan koir dan mendapat tepukan serta sorakan gemuruh para audiens.

ROSMAH (dua dari kanan) memberi sokongan kepada Kidzcare. Sungguhpun dilahirkan kurang sempurna namun ia bukanlah alasan untuk mereka tidak melakukan sesuatu yang terbaik kepada diri sendiri dan kaum keluarga masing-masing. Menurut Pengasas Kidzcare, Mike Plascow muzik merupakan sejenis terapi berkuasa yang mampu membuat seseorang gembira, sedih, teruja dan berkhayal. Menggunakan terapi yang sama Kidzcare ingin menyinari kehidupan kanak-kanak istimewa yang memerlukan perhatian dan kasih sayang masyarakat umum. Ekoran itu, Plascow dan beberapa rakan karibnya mengasaskan Kidzcare untuk membantu kanak-kanak istimewa dan insan-insan yang kurang bernasib baik. Sebagai inisiatif sulung, badan bukan kerajaan itu telah membuat keputusan membantu kanak-kanak autistik dan ibu bapa mereka di sekitar Kuala Lumpur. Dengan kolaborasi bersama Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia (NASOM) mereka menubuhkan kumpulan koir kanak-kanak autistik yang pertama di negara ini. Memandangkan kanak-kanak tersebut secara semula jadinya sukar berinteraksi, berkomunikasi dan tahap konsentrasi yang rendah maka pihak NASOM ragu-ragu terhadap idea berkenaan. "Namun tunjuk ajar pemain piano, Brian John Yim dan bantuan tenaga pengajar dari NASOM akhirnya berjaya melatih kanak-kanak ini membuat persembahan koir. "Bagi melatih dan mendisiplinkan mereka pelbagai alat seperti gelung digunakan supaya mereka mudah mengikut setiap arahan dengan tepat tanpa banyak kerenah," kata Plascow pada majlis perasmian Kidzcare di dewan tersebut. Majlis itu dirasmikan oleh Wanita Pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, berlaku senario apabila ramai yang tidak peka tentang autistik dan kekurangan penyebaran informasi terutama di selatan dan timur Malaysia. Beliau juga akan melancarkan laman web khas yang mengandungi pelbagai informasi seperti senarai nama, talian, senarai hospital, doktor dan lain-lain lagi. Dalam pada itu, sebanyak empat buah lagu telah dipersembahkan untuk tontonan audiens. Sementara artis undangan seperti Jaclyn Victor dan Joanne Yeoh turut membuat persembahan sebagai tanda sokongan kepada Kidzcare. SHARIFAH ALEYAH (kiri) turut teruja menyaksikan persembahan piano Zheng Wei (tengah) bersama ibunya.

Posted by PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN SJKC K16 at 10:04 PM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

You might also like