Amalan Kebersihan Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

Pendidikan diberikan kepada ahli masyarakat bagi menjamin kesejahteraan kehidupan manusia dan sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak

mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia.Bermula di tahap kanakkanak pertengahan, individu diberikan didikan formal di sekolah dengan pelbagai nama.Tujuan utama kanak-kanak ditempatkan di institusi formal ini ialah untuk memastikan perhubungan mental, fizikal dan spiritual kanak-kanak berkembang selaras dengan nilai dan norma masyarakat yang dianggotainya.Persekitaran sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak.Proses pembelajaran formal yang berterusan bermula tahap pertengahan kanak-kanak hinggalah ke tahap akhir remaja akan mempengaruhi nilai, pengukuhan kendiri, tahap pencapaian,bentuk aspirasi dan lain-lain bentuk kemahiran sosial dan psikologi yang diperlukan dalam kehidupan individu.Persekitaran sekolah juga boleh menimbulkan pelbagai bentuk personaliti tidak sihat dikalangan kanak-kanak dan kumpulan remaja apabila kewujudannya disalahgunakan.

OBJEKTIF

Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan.Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah.Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.

KONSEP & RASIONAL

Program ini dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah. la bertujuan untuk mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria. Alam sekitar sedemikian sudah tentu mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses pembelajaran. Konsep ini berteraskan kepada lima komponen asas, bagi memastikan wujudnya suasana persekolahan yang sihat dan selamat iaitu Polisi Kesihatan Sekolah,Persekitaran Sekolah yang Sihat dan Selamat, Penglibatan Keluarga dan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

PIAWAIAN YANG DIKEHENDAKI

Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu bersih malah mesti berfungsi dan selamat.Persekolahan yang sihat dan selamat adalah salah satu nilai-nilai kesihatan yang perlu diserapkan ialah kebersihan dan keselamatan makanan.Peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali makanan dan sekolah perlu ditingkatkan.Ciri-ciri kebersihan dan keselamatan makanan hendaklah diserapkan di sekolah-sekolah, terutama di kantin dan dapur asrama sekolah.Kegagalan

mengamalkan kebersihan dan keselamatan makanan, menyebabkan pencemaran oleh kuman, bahan kimia dan bendasing dalam makanan.

Perkara-perkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan selamat ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Kebersihan bahan mentah. Pengendalian makanan yang bersih. Kebersihan diri pengendali makanan. Keperluan kemudahan asas yang mencukupi Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai. Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna. Penyediaan makanan yang betul.

Ciri-ciri Kebersihan Bahan Mentah

Bahan mentah mesti daripada sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak rosak, dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak dan perlu dibuat di tempat yang bersih.Bagi makanan di dalam tin, tin tidak kemek dan tidak berkarat.Bilik penyimpanan bahan mentah mesti bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan. Bahan mentah yang mudah rosak perlu disimpan dalam peti sejuk.Pengambilan makanan dengan tangan perlu dielakkan bagi menjamin mutu kebersihan makanan.Gunakan penyepit atau sudu/garpu untuk mengambil makanan. Lindungi makanan dari lalat, tikus, habuk dan bahan beracun.Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk.Semasa menghidang, jangan menyentuh makanan atau permukaan dalam pinggan mangkuk. Pastikan tidak menggunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidang makanan.Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk. Pastikan makanan mentah di simpan di tempat yang sama untuk menghindarkan pencemaran silang.Pinggan mangkuk dan peralatan lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan. Bahan bukan makanan hendaklah disimpan berasingan dari makanan.

Ciri-ciri Kebersihan Diri yang Baik

Membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan sebelum menyedia atau menghidang makanan.Kuku pendek dan bersih. Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan pastikan diri pengendali bersih dan kemas. berpakaian bersih, memakai apron dan tudung kepala yang bersih dengan betul.Jangan meludah, bercakap, bersin atau batuk ke arah makanan, jangan menghisap rokok semasa menyediakan makanan dan jangan mengorek hidung atau telinga ketika menyediakan makanan.Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur. Tong sampah bertudung, bersih dan sampah dibuang setiap hari atau mengikut jadual.Sistem pembuangan air limbah yang berkesan dan sesuai serta tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat.Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih perlu disediakan di premis makanan serta kemudahan membasuh tangan yang

mencukupi serta lengkap dengan sabun, berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan bagi pelanggan dan pekerja.

Ciri-ciri Reka Bentuk Premis Makanan yang Sesuai

Mempunyai ruang yang cukup dan berasingan bagi penyediaan, mempamer dan menyimpan makanan serta ruang untuk pelanggan yang selesa.Almari/rak menyimpan makanan ditutup rapi supaya lalat dan lipas tidak dapat masuk.Lantai mestilah mudah dicuci, tidak mudah rosak dan tidak menakung air. Siling dan dinding mestilah bersih, mudah dicuci dan bercat terang.Tempat membasuh peralatan sesuai dan mencukupi. Tempat penyediaan makanan mestilah dari jenis yang mudah dicuci dan kalis air.Peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan makanan yang mudah rosak dan berfungsi.Pencahayaan dan pengudaraan dalam premis makanan hendaklah

mencukupi.Peralatan yang digunakan hendaklah yang bersesuaian dengan fungsinya dan sentiasa dibersihkan dan kerosakan segera diperbaiki.Pihak pengurusan sentiasa mengawasi amalan kebersihan pekerja-pekerjanya.Kerjasama yang rapat di antara pekerja dan pengurus penting untuk memastikan amalan dan keperluan kebersihan dijamin.

Tanggungjawab Seorang Pengusaha Premis Makanan

Pastikan semua aspek kebersihan dipatuhi dan pekerja membuat pemeriksaan kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas.Pekerja yang sakit perlu mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja sehingga disahkan sihat.Melatih pekerja tentang kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke semasa.

Tanggungjawab Pekerja di Premis Makanan

Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.Lapor kepada majikan apabila sakit dan dapatkan rawatan segera.Elakkan dari perbuatan kotor (korek hidung/sentuh makanan rosak dengan tangan kotor).Belajar dan amalkan tabiat yang baik bagi tingkatkan kebersihan diri, amalan pengendalian makanan yang baik dan kebersihan kawasan tempat kerja.

Pemeriksaan Kantin

Pemeriksaan sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan pemeriksaan fizikal (ukuran suhu memasak/suhu penyimpanan/suhu penyajian) diutamakan.

PENGURUSAN & PELAKSANAAN

1. Kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah adalah sangat penting. 2. Penglibatan masyarakat dalam pelbagai bentuk sama ada dengan memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau pun bahan-bahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi role-model yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah. 3. Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah. 4. Amalan Kesihatan : (a) Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang dianggotai dan ahli PIBG di setiap sekolah. (b) (c) (d) Menubuhkan Kelab Kesihatan di kalangan pelajar di setiap sekolah. Mengadakan Biro Kesihatan dalam PIBG setiap sekolah. Mengamalkan Cara Hidup Sihat

POLISI KESIHATAN SEKOLAH

1. Satu penyataan jelas yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. 2. Sebagai piagam pelanggan bagi memberi panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar. 3. Polisi yang dipilih hendaklah dipamerkan agar semua warga sekolah serta pelawat tahu tentangnya. 4. Pihak sekolah hendaklah menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan polisi yang dipilih. 5. Setiap polisi yang dilaksanakan seharusnya diikuti dengan indikator pengukuran keberkesanannya. 6. Sekolah boleh memilih satu atau lebih polisi untuk dilaksanakan menurut kemampuan mereka. 7. Polisi-polisi ini juga boleh bertukar-ganti mengikut tahap pencapaiannya.

PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT

1. Keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat. 2. Pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas/fizikal di sekolah seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan, bilik darjah, tandas, asrama, parit, padang, kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, berfungsi bagi kegunaan murid-murid sekolah. 3. Selain dari itu persekitaran sekolah juga seharusnya bebas dari risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti denggi dan lain-lain.

PERSEKITARAN SOSIAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT

1. Persekitaran sekolah yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi cabaran. 2. Pihak sekolah seharusnya berusaha untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan di kalangan warga sekolah serta persekitaran sosial yang sihat untuk

perkembangan murid yang seimbang dari segi JERI. 3. Contohnya dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling, mengadakan

program membina ketahanan mental, keyakinan diri, aktiviti mengurangkan tekanan seperti PRS, rekreasi, punching bag, sudut pidato, papan conteng, mengadakan kursus-kursus singkat seperti kursus kepimpinan, kem ibadat dan lain-lain.

PENGLIBATAN KOMUNITI

1. Satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi kerajaan dan NGO serta masyarakat lain bagi tingkatkan tahap kesihatan warga sekolah seperti memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau bahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah. 1. Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi rolemodel yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah. 2. Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah.

KEMAHIRAN KESIHATAN DIRI

1. Satu usaha bagi membentuk sikap yang positif di kalangan warga sekolah ke arah pengamalan cara hidup yang sihat di kalangan warga sekolah. 2. Dijalankan dalam bentuk pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal. 3. Penekanan kepada kepentingan pelajaran kesihatan dan jasmani serta memupuk kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan warga sekolah. 4. Murid diajar mengenai kebersihan diri dan dipupuk supaya bertanggungjawab ke atas kebersihan diri sendiri. 5. Sekolah seharusnya memastikan supaya aktiviti penjagaan kebersihan mulut diajar dan diamalkan. 6. Penekanan juga diberikan kepada aspek senaman dan kecerdasan, makan secara sihat, pertolongan cemas, perkembangan mental, sosial serta anatomi dan fisiologi tubuh badan.

PERANAN PENGETUA/GURU BESAR DAN PENTADBIR SEKOLAH

1. Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan amalan kebersihan di sekolah. 2. Menubuhkan Jawatankuasa kebersihan dengan dianggotai oleh guru-guru, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-badan bukan kerajaan. 3. Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat. 4. Pengalaman murid-murid dan guru-guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan. 5. Kemahiran kesihatan,kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.

6. Kesedaran

murid-murid,

pelajar

pentingnya

kemahiran

kesihatan

serta

mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri. 7. Sumber-sumber yang sedia ada mengikut kemampuan sekolah. 8. Penglibatan badan bukan kerajaan.

PERANAN GURU

1. Memahami komponen-komponen. 2. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti HPS yang

dirancang oleh Jawatankuasa. 3. Memberi cadangan aktiviti-aktiviti kebersihan yang boleh dilaksanakan kepada jawatankuasa. 4. Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan Gaya Hidup Sihat. 5. Menggalakkan murid-murid dan pelajar menyertai aktiviti atau program dengan aktif. 6. Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai program amalan kebersihan.

PERANAN MURID/PELAJAR

1. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti/program BPS yang dirancang. 2. Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri. 3. Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktiviti kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah

PERANAN IBU BAPA

1. Libatkan diri secara aktif dan sokong aktiviti/program HPS. 2. Beri bantuan kepakaran, kewangan, barangan dan sokongan moral. 3. Beri galakan kepada anak-anak untuk sertai aktiviti HPS.

PERKHIDMATAN DI SEKOLAH

Program-program tersebut adalah seperti berikut: a) Pendidikan Kesihatan b) Perkhidmatan Kesihatan Sekolah c) Program Kesihatan Pergigian Sekolah d) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) e) Program Susu Sekolah f) Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah (Program 3K) g) Pendidikan Pencegahan AIDS Di Sekolah h) Program Anti Denggi Di Sekolah i) Program Sekolah Bebas Daripada Asap Rokok j) Program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja), dan sebagainya.

Program-program Adhoc berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program Anti Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.

PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH 1. PK tidak lagi wujud sebagai satu mata pelajaran tersendiri. Ia telah bersepadu dengan disiplin PJ dan dinamakan sebagai mata pelajaran PJK. 2. Walau bagaimanapun, nilai-nilai kesihatan dan beberapa aspek kesihatan masih terdapat di dalam pelbagai mata pelajaran lain seperti Sains,Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan sebagainya. Ini bermakna nilai-nilai kesihatan telah diterapkan merentasi kurikulum yang sedia ada. 3. Di samping usaha-usaha formal, pendidikan tidak formal juga dilaksanakan di sekolahsekolah. Ini biasanya dilakukan melalui beberapa aktiviti seperti Kuiz, ceramah, pameran dan kempen. 4. Selain usaha-usaha sekolah, Jabatan Kesihatan juga sering menganjurkan pelbagai usaha pendidikan kesihatan tidak formal seperti ceramah, kempen dan pameran.

PERKHIDMATAN KANTIN SEKOLAH

Bagi mengelakkan keracunan makanan, beberapa langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut: Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang makanan. Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih. Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia dan menghidang makanan dalam keadaan bersih dan kemas. Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang baik seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas

PERANAN SEKOLAH

Pihak sekolah juga diminta untuk: Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan memasak

makanan di dalam kawasan sekolah. Memastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga semalaman, terutama penyediaan makanan-makanan menggunakan santan. Menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi menyelia dan mengadakan pemeriksaan harian. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan premis makanan. Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan penggalakan kebersihan dan kesihatan.

Sekiranya

sekolah

mengesyaki

pelajar-pelajar

mengalami masalah

keracunan

makanan, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh sekolah: Laporkan dan bawa murid-murid yang disyaki ke klinik/ hospital yang berhampiran. Laporkan ke PPD/JPN. Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa murid-murid yang terlibat. Menyediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke JPN dan Kementerian Pendidikan. Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar.

PROGRAM KEBERSIHAN TANDAS Usaha sekolah dalam mewujudkan kamar Selesa (tandas selesa). Tandas sentiasa dijaga bersih dan dalam keadaan baik. Terdapat tong khas sanitari ditandas pelajar perempuan dan tandas guru perempuan/ pengetua untuk membuang tuala wanita. Sinki dan mangkuk tandas sentiasa dijaga bersih dan tidak tersumbat . Melukis mural serta meletakkan bunga-bunga hiasan yang bersesuaian

disetiap kamar selesa. Menampal arahan-arahan serta kata-kata nasihat termasuk bacaan doa masuk dan keluar tandas. Menyediakan jadual tugasan pembersihan yang perlu dilaksanakan sebanyak tiga kali sehari . Pewangi tandas diletakkan bagi memastikan kamar selesa khususnya tandas berbau segar. Bagi mengekalkan kebersihan kamar selesa, pihak sekolah mewajibkan pelajar menggunakan selipar khas untuk memasuki tandas. Pihak sekolah juga telah menyediakan bekas tissue dan sabun disetiap kamar selesa. Jawatan kuasa keceriaan tandas sentiasa Memastikan tiada unsur-unsur vandalism dalam kamar selesa.

Program kesedaran yang dilaksanakan oleh sekolah bersama pelajar. Mendisiplinkan pelajar peri pentingnya menjaga kebersihan tandas dengan motto Tandas Bersih, pakaian bersih, solat sah. Penerangan dan peringatan dari masa kesemasa setiap kali perhimpunan. Pelajar mengadakan gotong royong bersama guru. Menghafaz doa masuk dan keluar tandas. Melaksanakan adab sebelum, sedang dan selepas qada hajat.

CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan

keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak dalih. Oleh

itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah.

Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotongroyong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang. Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. Program Sekolah dalam Taman patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , sekolahku syurgaku. Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh

melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan. Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.

Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.

Pelan Tindakan Jangka Panjang Program Pembangunan 3K


PELAN TINDAKAN JANGKA PANJANG 5 TAHUN ( 2009 - 2013 ) PROGRAM PEMBUDAYAAN 3K ( KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN ) BIDANG PROGRAM SASARAN OBJEKTIF Aktiviti
Kerja Pembersihan Bilik Kelas - Pelajar membersihkan dan mengemaskan bilik darjah masing-masing mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan. 1. Memastikan bilik kelas Murid-murid sentiasa bersih sekolah dapat dan ceria bagi di bilik kelas mewujudkan yang bersih suasana dan ceria pembelajaran yang kondusif. - Guru bertugas harian memeriksa kebersihan semua bilik darjah setiap hari persekolahan.

PETUJUK PENCAPAIAN

1. Jadual pembersihan kelas disediakan di setiap kelas. 2. Pemantauan oleh guru bertugas harian dijalankan.

(A) Kebersihan Bilik Kelas KEBERSIHAN

3. Pengredan - Kebersihan bilik kebersihan kelas digredkan setiap kelas mengikut markah dijalankan. yang tertinggi. - Kebersihan kelas dipertandingakn. Sijil dan hadiah galakan diberi kepada para pemenang pada akhir tahun.

(B) Kebersihan Bilik Guru , Pejabat Am dan BilikBilik Khas

Guru-guru dan kakitangan sekolah dapat menjalankan tugas dalam

1. Memastikan bilik-bilik khas, bilik guru dan pejabat am dalam keadaan bersih dan ceria..

Kerja Pembersihan Bilik Guru, Pejabat Am dan Bilik-Bilik Khas

1. Jadual bertugas pembersihan disediakan.

keadaan serta suasana yang bersih dan ceria.

- Pekerja-pekerja am yang dikontrak menjalankan kerja-kerja pembersihan di bilik-bilik tersebut mengikut jadual bertugas. Kerja Pembersihan Tandas Sekolah - Pekerja-pekerja Am yang dikontrak menjalankan tugas pembersihan setiap hari ( dua kali sehari ).

(C) Kebersihan Tandas Staf dan Tandas Pelajar

Kebersihan tandas sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria.

1. Memastikan tandas staf dan tandas pelajar sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas - Jadual daripada baupembersihan bau yang tidak dipamerkan. menyenangkan. Panduan Penggunaan tandas dipamerkan.

1. Jadual bertugas pembersihan disediakan. 2. Kerja pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.

- Pemantauan dijalankan dari semasa ke Kerja Pembersihan Kawasan Sekolah - Guru-guru Bertugas Harian dan murid-murid menjalankan kerja pembersihan harian mengikut lokasi yang ditetapkan.

(D) Kebersihan Kawasan Sekolah

1. Memastikan kawasan Sekolah persekitaran berada dalam sekolah berada keadaan dalam keadaan bersih. bersih dan sifar sampah.

1. Jadual bertugas pembersihan disediakan. 2. Kerja pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.

- Menjalankan tugas kerja pembersihan mengikut jadual bertugas yang disediakan. - Pekerja-pekerja am yang dikontrak menjalankan tugas membersih longkanglongkang, pintupintu dan tingkap mengikut jadual yang ditetapkan. - Pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa. Kerja Pengurusan Kawasan Pembuangan Sampah - Guru-guru Bertugas Harian dan murid-murid menjalankan kerja pembersihan kawasan pembuangan sampah mengikut jadual bertugas yang disediakan. - Pekerja-pekerja am yang dikontrak menjalankan tugas membersih kawasan pembuangan sampah pada

Kawasan pembuangan (E) sampah Kebersihan bersih serta Kawasan pengurusan Pembuangan pembuangan Sampah sampah terutus

1. Memastikan kawasan pembuangan sampah diurus dengan sistematik.

1. Jadual bertugas pembersihan disediakan. 2. Kerja pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.

sebelah petang. - Mengutip sampah-sampah di kawasan sekolah. - Pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa. Kerja Penjagaan Kebersihan Kantin - Pihak pengusaha kantin menjaga kebersihan kantin dan mematuhi peraturan / polisi pengurusan kantin yang ditetapkan.

Kawasan kantin berada dalam (E) keadaan Kebersihan di bersih dan Kantin bebas LILATI ( Lipas, lalat, tikus )

1. Memastikan kawasan di kantin bersih dan bebas LILATI ( - Pihak lipas, lalat, tikus ) pengusaha kantin menjalankan langkah- langkah pencegahan LILATI (lipas, lalat dan tikus ) dengan alatan pencegahan. - Pemantauan dijalankan dari semasa ke

1. Kawasan kantin sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas LILATI 2 . Kerja pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.

You might also like