Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga binatang ternakan di ladang yang luas.

Sebaliknya,lebih daripada itu, menjaga alam sekitar tidak boleh dilakukan sendirian. Namun begitu, manusia tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebaiknya. Oleh itu, pelbagai isu alam sekitar telah muncul. Isu-isu ini termasuklah pencemaran udara, air, tanih dan sebagainya.

Pencemaran udara menyebabkan pelbagai penyakit seperti penyakit lelah, kanser, sakit jantung dan lain-lain. Penyakit-penyakit ini membawa ketidakselesaan kepada manusia dan seterusnya menjejaskan akti iti harian kita. Selain itu, jerebu yang juga merupakan pencemaran udara menjejaskan penglihatan kita.

Pencemaran tanih menyebabkan hakisan tanih. !esuburan tanah juga akan terjejas akibat penggunaan baja kimia. Seterusnya menjejaskan hasil pertanian. Secara tidak langsung, pencemaran tanih akan mengganggu keseimbangan sistem ekologi. Pencemaran air seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai boleh mengancam nyawa kehidupan akuatik. Semua kehidupan akan hilang punca mendapatkan air minuman yang bersih. Pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai menyebabkan sungai menjadi kotor dan busuk. "kibatnya, penyakit seperti demam kepialu dan taun yang merebak melalui air yang tercemar digalakkan. !esimpulannya, kita haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar berlaku lagi.

KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR


1. PERTANIAN

Pembangunan sektor pertanian melalui penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodi ersiti hutan serta hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir berlaku di kawasan tanah rendah. Pembangunan pertanian menyokong #S$%& bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap tahun diseluruh dunia. !ira-kira '&( daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti orgono)os)at dan organoklorin.

Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensi) ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak.

2. PEMBALAKAN

!esan-kesan pembalakan ialah akan menyebabkan kemusnahan habitat semula jadi bagi )lora dan )auna. #mum mengetahui bahawa hutan merupakan habitat semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies hidupan liar yang semakin pupus. !emusnahan hutan akan menyebabkan kemusnahan tempat tinggal bagi tumbuhan dan hidupan liar tersebut. Sebagai contohnya,banyak kawasan hutan yang dimusnahkan kerana pembangunan atau akti iti pembalakan secara haram. *anpa tempat tinggal yang selamat,haiwan-haiwan ini akan mati dan seterusnya pupus. Selain itu,hutan kaya dengan tumbuhan-tumbuhan yang menjadi sumber ubat at au penawar bagi pelbagai penyakit. !emusnahan hutan bererti kehilangan bahan-bahan yang berharga lnl. Seterusnya, kekurangan hutan akan menyebabkan suhu dunia akan meningkat. +al ini demikian kerana hutan berperanan untuk menyerap gas karbon dioksida dan membekalkan gas oksigen kepada hidupan di muka bumi. ,ika hutan ditebang dengan sewenang- wenangnya,maka peluang untuk menambah isi padu gas oksigen dalam udara akan berkurangan. Peratus gas karbon dioksida pula dalam udara akan terus meningkat. +al ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan suhu dunia. "pabila situasi ini berlaku,jumlah isi padu lautan juga akan bertambah sebagai akibat pencairan ais di !utub #tara dan !utub Selatan. Sebagai contohnya,)enomena pemanasan global berpunca daripada akti iti penebangan atau pengurangan kawasan hutan yang leluasa di dunia. Sebagai akibat )enomena ini kesan rumah hijau turut berlaku.

Selain itu,hutan-hutan yang diterokai menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah kepada pelbagai bencana alam.+al ini berpunca daripada hutan tidak lagi dapat ber)ungsi sebagai kawasan tadahan hujan. "pabila hujan lebat melanda sesuatu kawasan,air yang turun tersebut terus menghakis permukaan bumi yang gondol tersebut lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke dalam sungai. !ejadian ini dapat kita lihat,misalnya pada kejadian tanah runtuh. !ejadian ini berlaku kerana ketiadaan akar tumbuhan yang meneengkam tanah,terutamanya tebing atau tanah tinggi. Sungai pula akan menjadi semakin cetek sebagai akibat pemendakan tanah lumpur di dasarnya. !eadaan ini akan menyebabkan banjir kilat lebih mudah melanda.

3. PERINDUSTRIAN

Sektor perindustrian amat berkembang di Malaysia. Pelbagai jenis kilang telah menghasilkan bahan buangan ke dalam sungai,terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar daripada sektor ini. -i antaranya ialah pencemaran sumber air di kawasan tapak perkilangan. Pihak kilang akan biarkan sisa kumbahan serta bahan toksid yang beracun mengalir ke dalam sungai yang berdekatan.*indakan kilang tersebut secara langsung telah menyebabkan kehidupan sungai seperti ikan,udang mati.

Selain itu, pihak kilang turut akan melepaskan asap-asap yang hitam dan kotor ke udara atmos)era. Proses menghasilkan barang dari kilang secara besarbesaran akan menghasilkan asap hitam. "sap hitam tersebut yang mengandungi pelbagai ./. serta karbon diosida boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti mengakibatkan penyakit paru-paru jika seseorang itu dihisap.

4. PERIKANAN

Kesan menjalankan aktiviti perikanan pertamanya ialah kepupusan fauna dan flora lautan. Kegiatan akuakultur telah menyebabkan kepupusan kawasan paya bakau di tepi pantai. Contohnya, hutan paya bakau muara Sungai Pulai, Johor ditebang untuk penternakan udang galah. Penangkapan ikan secara berlebihan dengan penggunaan pukat tunda adalah ancaman terbesar terhadap habitat atau pertumbuhan terumbu karang. anya telah menyebabkan kira!kira"#$terumbu karang berada dalam keadaan terancam. Selain itu, pencemaran laut sering berlaku kesan tumpahan minyak daripada bot nelayan. %al ini menyebabkan pembiakan ikan tidak aktif dan akhirnya bilangan ikan akan semakin berkurangan. Pembuangan sisa!sisa dari kawasan petempatan ikan seperti Kampung &ir, Sabah mencemarkan air laut. Seterusnya, di kawasan perkampungan nelayan seperti 'enasi dan (eserah yang menjalankan industri kecil dan sederhana seperti belacan, cencaluk, ikan kering dan udang kering telah menyebabkan pencemaran bau busuk dikawasan sekitar. Penangkapan ikan secara besar!besaran akan menyebabkan terumbu karang menjadi pupus. )anpa ikan dan haiwan vertebrata laut, populasi karang akan digantikan oleh populasi alga. &lga mencegah penempelan dan pertumbuhan larva polip karang pada substrat. Penangkapan ikan secara berlebihan yang tersebar luas di &sia )enggara, dianggarkan mengancam terumbu karang di kawasan tersebut. Penangkapan ikan dengan menggunakan racun akan melepaskan racun sianida ke kawasan terumbu karang. a kemudian membunuh atau membius ikan. Karang yang diancam oleh sianida berulang kali akan mengalami pemutihan dan kematian.

You might also like