Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Bhg. A dan Bhg. B: Latihan Mengenal pasti Kehendak Soalan Arahan: Kenal pasti kehendak soalan-soalan berikut.

Senaraikan apakah isi yang sesuai yang dikehendaki oleh soalan-soalan tersebut. 1. Bahasa menunjukkan bangsa. Bincangkan peribahasa ini dalam konteks Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini. (SS 1, STPM 2005) Arahan Soalan: _____________________________________________ 2. Akhir-akhir ini banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai berkaitan dengan perkhidmatan kaunter dan penyampaian sehingga pihak berkenaan sering ditegur supaya memperbaikimperkhidmatan yang diberikan. Bincangkan kepentingan perkhidmatan kaunter dan penyampaian yang baik serta kesannya jika keadaan yang menimbulkan rungutan itu dibiarkan berterusan. (SS 2, STPM 2005) Arahan Soalan: _____________________________________________ 3. Kebelakangan ini jangkitan penyakit dalam kalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan terutamanya di negara-negara mundur. Justeru, pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk mengawalnya. Bincangkan. (SN 3, STPM 2005) Arahan Soalan: _____________________________________________ 4. Mengikut laporan UNESCO sejak tahun 1970-an, bekalan air bersih dunia didapati semakin berkurangan. Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan. (SN 4, STPM 2005) Arahan Soalan: _____________________________________________ 5. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu program yang baik untuk memperkasa generasi belia di negara ini dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran pada masa ini dan masa hadapan. Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan program tersebut dan cadangkan cara-cara lain untuk mencapai matlamat di atas. (SS 1, STPM 2006) Arahan Soalan: _____________________________________________ 6. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Malaysia tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya. Berikan ulasan tentang pernyataan di atas. (SS 2, STPM 2006) Arahan Soalan: _____________________________________________

7. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk merealisasikan konsep mesra alam bagi mengatasi masalah alam sekitar. Bincangkan. (SN 3, STPM 2006) Arahan Soalan: _____________________________________________ 8. Ilmu sains dan teknologi dapat membantu manusia mengatasi masalah jenayah. Dengan mengemukakan contoh yang berkaitan, bagaimanakah aplikasi ilmu tersebut dapat membantu kita menangani masalah jenayah? (SN 4, STPM 2006) Arahan Soalan: _____________________________________________ 9. Belakangan ini banyak projek perumahan terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan. (SS 1, STPM 2007) Arahan Soalan: _____________________________________________ 10. Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan. (SS 2, STPM 2007) Arahan Soalan: _____________________________________________ 11. Nuklear biasanya dikaitkan dengan kemusnahan dan kecelakaan, namun hasil penyelidikan pakar-pakar dalam bidang ini telah mengubah persepsi terhadapnya. Bincangkan. (SN 3, STPM 2007) Arahan Soalan: _____________________________________________ 12. Tanaman ubah suai genetik didapati berupaya meningkatkan sektor pertanian negara, namun pada masa yang sama tanaman ini turut menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan. (SN 4, STPM 2007) Arahan Soalan: _____________________________________________ 13. Dalam usaha meningkatkan sistem perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya. (SS 1, STPM 2008) Arahan Soalan: _____________________________________________ 14. Kesepaduan sektor pelancongan dengan alam semula jadi telah mencetuskan aktiviti pelancongan yang dapat memberikan manfaat kepada negara. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan aktiviti ini berterusan. Bincangkan pernyataan ini. (SS 2, STPM 2008)

Arahan Soalan: _____________________________________________ 15. Kawasan tanah bencah (wetlands) sangat penting kepada alam sekitar. Bincangkan pernyataan ini. (SN 3, STPM 2008) Arahan Soalan: _____________________________________________ 16. Masalah jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negara ini adalah manifestasi perbuatan manusia sendiri dan masalah ini boleh memberi kesan yang memudaratkan. Bincangkan pernyataan ini. (SN 4, STPM 2008) Arahan Soalan: _____________________________________________ 17. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Begitulah pepatah orang tua kita yang memberikan gambaran bahawa belia ialah golongan yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri yang perlu ada pada golongan belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini. (SS 1, STPM 2009) Arahan Soalan: _____________________________________________ 18. Selain keupayaan negara menghasilkan pelbagai produk hiliran, kejayaan sektor pertanian negara dipengaruhi juga oleh faktor-faktor lain. Bincangkan pernyataan ini. (SS 2, STPM 2009) Arahan Soalan: _____________________________________________ 19. Bahan kimia banyak digunakan sebagai salah satu kandungan dalam makanan yang diproses. Walau bagaimanapun, penggunaannya boleh mendatangkan kesan sampingan. Jelaskan pernyataan ini. (SN 3, STPM 2009) Arahan Soalan: _____________________________________________ 20. Kawasan hutan tanah tinggi banyak kepentingannya. Penerokaannya boleh mendatangkan impak kepada kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan pernyataan ini. (SN 4, STPM 2009) Arahan Soalan: _____________________________________________

Cadangan Jawapan Bagi Mengenal Pasti Arahan Soalan: Sila Ke POST SINI, KLIK SINI! Bhg. D: Latihan Mengenal pasti Kehendak Soalan Arahan: Kenal pasti bentuk jenis graf / carta dalam soalan-soalan berikut. Cadangkan apakah graf yang PALING SESUAI.

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut objek bagi tahun 2002 dan 2003. (S 7, STPM 2005) Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran kadar perubahan indeks harga pengguna di negara-negara ASEAN dari tahun 1996 hingga 2000. (S 8, STPM 2005). Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 3. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kutipan hasil cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan bagi tahun 1998 hingga tahun 2001. (S 7, STPM 2006). Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 4. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi perkhidmatan sosial dan ekonomi terpilih pada tahunj-tahun yang dinyatakan. (S 8, STPM 2006) Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut kumpulan umur pada tahun 1999 dan tahun 2003. (S 7, STPM 2007). Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti import dan jumlah nilai import barangan makanan terpilih di Malaysia dari tahun 1997 hingga tahun 2000. (S 8, STPM 2007). Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh Credit Malaysia Berhad (CGC) kepada Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) mengikut jenis perniagaan dan jenis skim jaminan kredit yang ditawarkan pada tahun 2004. (S 7, STPM 2008). Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pengeluaran dan jumlah eksport barangan utama terpilih bagi tahun 2002 hingga 2005. (S 8, STPM 2008).

Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 9. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan eksport kayu balak dalam kalangan negara Asia yang terpilih bagi jangka masa yang dilaporkan. (S 7, STPM 2009). Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 10. Berdasarkan petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai yang menunjukkan nilai eksport dan nilai import Malaysia dengan Amerika Syarikat serta aliran imbangan dagangan antara dua buah negara tersebut bagi tempoh yang dinyatakan. (S 8, STPM 2009). Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 11. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai menunjukkan perbandingan tiga punca pendapatan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2001 hingga 2003. Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 12. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan braf yang sesuai untuk menunjukkan peratus pengagihan guna tenaga mengikut jantina bagi beberapa seketor terpilih di Malaysia pada tahun 1980, 1985 dan 1990. Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 13. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai yang sesuai menunjukkan permintaan tenaga mengikut pelbagai sektor dan jenis sumber di Malaysia pada tahun 2000. Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 14. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai yang sesuai untuk membandingkan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut komponen pada tahun 2003 dan 2004. Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 15. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai yang menunjukkan aliran eksport Malaysia ke beberapa buah negara ASEAN antara tahun 2004 hingga 2009. Jenis Bahan Grafik: __________________________________________

16. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, lukis sebuah graf yang sesuai menunjukkan aliran perubahan perangkaan kematian mangsa kemalangan jalan raya yang diterapkan mengikut pelbagai jenis pengguna antara tahun 1996 hingga 2000. Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 17. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai yang menunjukkan penggunaan gas asli cecair (GAC) mengikut sektor dan jumlah nilai eksport antara tahun 1999 hingga 2002. Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 18. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan jumlah perbelanjaan sektor pendidikan terpilih dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) dengan Rancangan Malaysia Kesembilan (20062010). Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 19. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, graf yang sesuai menunjukkan peratus perubahan hasil pengeluaran beberapa sektor ekonomi primer terpilih antara tahun 2003 dengan 2004. Jenis Bahan Grafik: __________________________________________ 20. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan keadaan indeks pengeluaran purata berasaskan perindustrian bagi sektor pembuatan dalam tempoh yang dinyatakan. Jenis Bahan Grafik: __________________________________________

ni merupakan cadangan Jawapan Kepada Latihan Mengenal pasti Kehendak Soalan Bhg. A dan Bhg. B: Latihan Mengenal pasti Kehendak Soalan

Arahan: Kenal pasti kehendak soalan-soalan berikut. Senaraikan apakah isi yang sesuai yang dikehendaki oleh soalan-soalan tersebut. 1. Bahasa menunjukkan bangsa. Bincangkan peribahasa ini dalam konteks Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini. (SS 1, STPM 2005) Arahan: Terarah - Perkaitan & kepentingan kempen utk memupuk budaya/nilai2 murni 4 isi 2. Akhir-akhir ini banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai berkaitan dengan perkhidmatan kaunter dan penyampaian sehingga pihak berkenaan sering ditegur supaya memperbaikimperkhidmatan yang diberikan. Bincangkan kepentingan perkhidmatan kaunter dan penyampaian yang baik serta kesannya jika keadaan yang menimbulkan rungutan itu dibiarkan berterusan. (SS 2, STPM 2005) Arahan: Terarah a) Kepentingan (pkhdmtn kaunter & pnympaian)-2 isi b) Kesan 2 isi 3. Kebelakangan ini jangkitan penyakit dalam kalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan terutamanya di negara-negara mundur. Justeru, pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk mengawalnya. Bincangkan. (SN 3, STPM 2005) Arahan: 2 arahan soalan a) Sebab-sebab (2 isi) b) Langkah-langkah (2 isi) 4. Mengikut laporan UNESCO sejak tahun 1970-an, bekalan air bersih dunia didapati semakin berkurangan. Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan. (SN 4, STPM 2005)

Arahan: 2 arahan soalan a) Sbb air bersih kurang b) Kesan (kpd manusia & kpd alam sekitar) 5. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu program yang baik untuk memperkasa generasi belia di negara ini dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran pada masa ini dan masa hadapan. Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan program tersebut dan cadangkan cara-cara lain untuk mencapai matlamat di atas. (SS 1, STPM 2006) Arahan: Terarah a) Rasional / kepentingan PLKN b) Cara-cara 6. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Malaysia tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya. Berikan ulasan tentang pernyataan di atas. (SS 2, STPM 2006) Arahan: 2 arahan soalan a) Kepentingan sektor perindustrian b) Kepentingan sektor pertanian 7. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk merealisasikan konsep mesra alam bagi mengatasi masalah alam sekitar. Bincangkan. (SN 3, STPM 2006) Arahan: 1 arahan soalan a) Usaha-usaha 8. Ilmu sains dan teknologi dapat membantu manusia mengatasi masalah jenayah. Dengan mengemukakan contoh yang berkaitan, bagaimanakah aplikasi ilmu tersebut dapat membantu kita menangani masalah jenayah? (SN 4, STPM 2006) Arahan: Terarah a) Cara-cara S&T atasi masalah jenayah dgn contoh yg khusus 9. Belakangan ini banyak projek perumahan terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan. (SS 1, STPM 2007) Arahan: 2 arahan soalan a) Kesan negatif projek rumah terbengkalai b) Langkah-langkah 10. Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan. (SS 2, STPM 2007)

Arahan: 2 arahan soalan a) Faktor-faktor b) Langkah-langkah 11. Nuklear biasanya dikaitkan dengan kemusnahan dan kecelakaan, namun hasil penyelidikan pakar-pakar dalam bidang ini telah mengubah persepsi terhadapnya. Bincangkan. (SN 3, STPM 2007) Arahan: 2 arahan soalan a) Keburukan penggunaan nuklear b) Kebaikan-kebaikan 12. Tanaman ubah suai genetik didapati berupaya meningkatkan sektor pertanian negara, namun pada masa yang sama tanaman ini turut menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan. (SN 4, STPM 2007) Arahan: 2 arahan soalan a) Kebaikan / kesan positif tanaman ubah suai genetik b) Masalah / kesan negatif 13. Dalam usaha meningkatkan sistem perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya. (SS 1, STPM 2008) Arahan: Terarah a) Kebaikan b) Masalah 14. Kesepaduan sektor pelancongan dengan alam semula jadi telah mencetuskan aktiviti pelancongan yang dapat memberikan manfaat kepada negara. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan aktiviti ini berterusan. Bincangkan pernyataan ini. (SS 2, STPM 2008) Arahan: 2 arahan soalan a) Manfaat pelancongan berasaskan alam sekitar b) Langkah-2 pelancongan lestari 15. Kawasan tanah bencah (wetlands) sangat penting kepada alam sekitar. Bincangkan pernyataan ini. (SN 3, STPM 2008) Arahan: 1 arahan soalan a) kepentingan kawasan tanah bencah (wetlands) kepada alam sekitar (mesti alam sekitar shj) 16. Masalah jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negara ini adalah manifestasi perbuatan manusia sendiri dan masalah ini boleh memberi kesan yang memudaratkan. Bincangkan pernyataan ini. (SN 4, STPM 2008)

Arahan: 2 arahan soalan a) Perbuatan manusia (penyebab) yg mwjdkan masalah jerebu & kemerosotan kualiti udara. b) kesan 17. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Begitulah pepatah orang tua kita yang memberikan gambaran bahawa belia ialah golongan yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri yang perlu ada pada golongan belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini. (SS 1, STPM 2009) Arahan: Terarah a) ciri-ciri belia sebagai pemimpin masa depan / pelapis 18. Selain keupayaan negara menghasilkan pelbagai produk hiliran, kejayaan sektor pertanian negara dipengaruhi juga oleh faktor-faktor lain. Bincangkan pernyataan ini. (SS 2, STPM 2009) Arahan: 1 arahan soalan a) Faktor-faktor kejayaan sektor pertanian (faktor keupayaan menghasilkan produk hiliran wajib, + 3 faktor lain) 19. Bahan kimia banyak digunakan sebagai salah satu kandungan dalam makanan yang diproses. Walau bagaimanapun, penggunaannya boleh mendatangkan kesan sampingan. Jelaskan pernyataan ini. (SN 3, STPM 2009) Arahan: 2 arahan soalan a) Kepentingan bhn kimia (makanan) b) Kesan negatif penggunaannya 20. Kawasan hutan tanah tinggi banyak kepentingannya. Penerokaannya boleh mendatangkan impak kepada kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan pernyataan ini. (SN 4, STPM 2009) Arahan: 2 arahan soalan a) Kepentingan b) Kesan (kehidupan & a/sekitar)

You might also like