Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SULIT 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 2 jam Okt 2013

SAM SULTAN HISAMUDDIN

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013 TINGKATAN 4 EKONOMI ASAS KERTAS 2 2 jam Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas Soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab tiga soalan daripada BAHAGIAN A dan satu soalan di BAHAGIAN B. 3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan sendiri. 4. Anda dinasihati supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian A dan 40 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian B. 5. Markah yang diperuntukan bagi setiap soalan atau ceraian soalan yang ditunjukkan dalam kurungan. 6. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang telah dibuat. Kemudian tulis jawapan yang baru. 7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan. 8. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak 1

SULIT LIHAT SEBELAH Bahagian A [75 markah] Jawab tiga soalan sahaja.

1 Pengguna dan kerajaan menghadapi masalah ekonomi. (a) (b) Jelaskan pernyataan di atas. [8 markah]

Gambar di bawah menunjukkan dua jenis barang dalam ekonomi.

KLINIK PAKAR RAHMAN KLINIK KESIHATAN KERAJAAN

GAMBAR A

GAMBAR B

(i) (ii)

Kenalpasti kedua-dua jenis barang.

[2 markah]

Jelaskan tiga ciri bagi setiap barang dalam Gambar A dan Gambar B. [6 markah]

(c)

Pernyataan di bawah adalah berkaitan dengan dua ahli ekonomi.

Adam Smith ialah ahli ekonomi yang memperkenalkan konsep pasaran bebas dalam ekonomi.

Karl Marx mengutamakan penguasaan penuh kerajaan dalam membuat keputusan ekonomi

Bezakan cara penyelesaian masalah asas ekonomi mengikut fahaman Adam Smith dan Karl Marx. [9 markah]

SULIT 2 Iklan berikut berkaitan dengan dua jawatan kosong. Iklan A Jawatan : Pegawai Kewangan Bank Jawatan Iklan B : Eksekutif Pemasaran Kanan

Kelayakan : Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian Kelas Kedua Tertinggi) Gaji : RM 2 300 sebulan

Kelayakan : Sarjana Muda Ekonomi Gaji : RM 2 900 sebulan

Kemudahan : Rawatan perubatan percuma, faedah pinjaman perumahan 4% (setelah berkhidmat selama 3 tahun), elaun lebih masa. Keutamaan : Pengalaman adalah suatu kelebihan (latihan diberikan)

Kemudahan : Rawatan perubatan percuma, faedah pinjaman perumahan 3% untuk 6 tahun pertama. Keutamaan : Pengalaman 2-3 tahun dalam bidang berkaitan. Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu yang sah. Semua permohonan hendaklah dialamatkan: Bahagian Perjawatan, Syarikat Waja Sdn. Bhd., No. 17, Jalan Datuk Saga, 26100 Kuantan. Tarikh tutup permohonan: 16 April 2010

Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut sebelum 30 April 2010. Bahagian Pentadbiran Organisasi, Bank Duta Berhad, Lot 20, Jalan Meru, 59100 Kuala Lumpur.

(a)

Encik Azmi yang tinggal di Ipoh membuat keputusan untuk memohon bekerja di Bank Duta Berhad. Adakah anda bersetuju dengan keputusan Encik Azmi? Terangkan lima alasan berdasarkan faktor pemilihan pekerjaan.

[11 markah] [2 markah] [6 markah]

(b)

(i) (ii)

Nyatakan maksud sewa dalam ekonomi. Bezakan upah dan untung.

(c)

Seorang pengguna tidak perlu membuat belanjawan peribadi. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Berikan lima alasan. 3

[6 markah]

SULIT 3 (a) Gambar di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan satu daripada sumber pendapatan Encik Samad bagi tempoh satu bulan tertentu.

Huraikan dua sumber pendapatan Encik Samad selain daripada yang dinyatakan di atas. [6 markah] (b) Maklumat berikut tentang pendapatan,pendapatan boleh cukai dan potongan wajib Encik Farish dalam tempoh setahun. Pendapatan RM48 000.00 Pendapatan boleh cukai RM33 000.00 Zakat RM600.00 KWSP 10% PERKESO RM240.00

Kadar cukai yang dibenarkan adalah seperti berikut: Pendapatan Boleh Cukai (RM) Kadar Cukai (%) RM5 000 yang pertama 0 RM10 000 yang berikutnya 1 RM15 000 yang pertama RM15 000 yang berikutnya 3 RM30 000 yang pertama RM20 000 yang berikutnya 5 Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Farish. [9 markah] (c)

Cukai (RM) 0 100 100 450 550 -

Maklumat di bawah menunjukkan barangan yang digunakan dalam kehidupan. Rumah Kamera Pakaian Motosikal (i) (ii) Pilih dua barangan kehendak ( 2 markah ) Jelaskan ciri barangan tersebut di 3.c(i) ( 3 markah )

(d)

Huraikan langkah-langkah menyediakan belanjawan peribadi yang baik ( 5 markah ) 4

SULIT 4 (a) Jadual di bawah berkaitan dengan tingkat harga dan kuantiti diminta bagi Barang X Harga 10 20 30 40 i. Kuantiti diminta 25 20 15 10

ii.

Dengan menggunakan kertas graf,lukis keluk permintaan barang tersebut [Gunakan skala 2 cm = RM10 pada paksi harga dan 2 cm = 5 unit pada paksi kuantiti ] (4 markah) Pada kertas graf yang sama ,lukis keluk permintaan yang baru jika kuantiti yang diminta bagi Barang X telah bertambah 5 unit pada setiap tingkat harga. (2 markah)

(b)

Rajah di bawah menunjukkan peralihan keluk permintaan suatu barang.

Harga (RM) D1 8 Do

D1

Do

10

Kuantiti (unit)

Terangkan lima faktor yang menyebabkan perubahan permintaan daripada DoDo kepada D1D1. [10 markah]

(c)

Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi tiga jenis barang. Jenis barang Barang A Barang B Barang C (i) (ii) Kuantiti asal (unit) 70 150 50 Kuantiti baru (unit) 35 100 75 Harga asal (RM) 10 9 6 Harga baru (RM) 15 11 2 [6 markah] [3 markah]

Hitungkan keanjalan harga permintaan setiap barang. Tafsirkan keanjalan harga permintaan itu.

SULIT 5 (a) Jadual di bawah menunjukkan hubungan buruh dengan jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran marginal.

Bilangan buruh (unit) 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Jumlah keluaran (unit) 0 60 145 240 330 410 470 490 490 472

Keluaran purata (unit) 60 72.5 80 82.5 82 78.3 70 61.3 52.4

Keluaran marginal (unit) 60 85 95 90 80 60 20 0 - 18

(b)

Jelaskan hubungan di antara buruh dengan jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut (keluaran marginal). [13 markah] Jadual di bawah menunjukkan butiran perbelanjaan Firma X yang mengeluarkan 200 000 unit syampu dalam masa 6 bulan. Butiran Bahan Mentah Gaji pekerja Sewa Kilang Air dan Elektrik Insurans kilang Hitungkan : i. ii. iii. Kos tetap Kos Berubah Kos purata bagi firma tersebut RM 15 000.00 45 000.00 12 000.00 4 800.00 3 200.00 (2 markah) (2 markah) (2 markah)

(c)

Gambar Rajah 1 dan gambar Rajah 2 menunjukkan dua jenis input dalam pengeluaran jangka pendek. Berikan tiga perbezaan antara kedua-dua input tersebut (6 markah) 6

SULIT Bahagian B (25 markah) Soalan ini wajib dijawab 6 Cik Liza, mempunyai Diploma Perakaunan baru sahaja memperoleh pekerjaan sebagai kerani akaun di sebuah jabatan kerajaan yang terletak tidak jauh dari kediaman keluarganya. Beliau menerima gaji bulanan sebanyak RM1000 dan elaun sebanyak RM170 sebulan. Bapanya juga bekas pegawai akaun di Perbendaharaan Malaysia, mengalakkan beliau bekerja sebagai kerani akaun Setiap bulan beliau menabung sebanyak RM150 melalui akaun tabungan di sebuah bank perdagangan di tempatnya. Cik Liza berasakan pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarganya dan telah menyewakan sebidang tanah milik ibunya seluas satu hektar kepada pekebun berbangsa Tionghua dengan sewa bulanan RM1500. Empat tahun kemudian, Cik Liza berhasrat pula membuka sebuah kedai runcit kerana minatnya yang mendalam terhadap perniagaan. Melalui tabungannya selama ini beliau mengeluarkan modal sebanyak RM10 000 dan mengupah seorang pekerja. Setelah beberapa tahun berniaga, beliau membesarkankedainya menjadi sebuah pasar mini dengan membuat pinjaman daripada AgroBank. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut; (a) Terangkan empat faktor yang mendorong Cik Liza memilih pekerjaan sebagai kerani. [8 markah] (b) Jelaskan sebab-sebab Cik Liza membuat tabungan. [6 markah] (c) Nyatakan tiga kelebihan Cik Liza menyimpan wang di bank perdagangan [3 markah] (d) Selain daripada menyewakan tanah, apakah bentuk-bentuk pelaburan lain yang boleh dilakukan oleh Cik Liza?. [4 markah] (e) Selain daripada Agro Bank, senaraikan sumber-sumber lain Cik Liza boleh membuat pinjaman [4 markah]

- KERTAS SOALAN TAMAT -

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

. NORAINI BINTI SAMINGAN Penyelaras Panatia Ekonomi Asas SAM Sultan Hisamuddin

SITI RUGAIYAH BINTI ISMAIL Guru Kanan Bidang Kemanusiaan SAM Sultan Hisamuddin

You might also like