Bidang Keberhasilan Utama Negara

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk

memenuhi keperluan rakyat selepas PRU12. NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009. Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2008. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10. Ia dilancarkan dalam majlis Perdana Menteri bersama anggota pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Enam bidang tumpuan NKRA ialah : 1. Mengurangkan jenayah - Datuk Seri Zaid Hamidi (Menteri Dalam Negeri) 2. Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) 3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran) 4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) 5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) 6. Menambah baik pengangkutan awam bandar - Dato' Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan)

NKRA Pendidikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa sub NKRA terbahagi kepada 4 iaitu : 1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah 2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS). 3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi 4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah. Kanak-kanak seawal umur empat tahun dalam sistem prasekolah diharapkan dapat membina keyakinan anak-anak dan membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Standard antarabangsa menetapkan tempoh 12 tahun bagi setiap murid. 315 buah kelas prasekolah disediakan dengan bilangan guru prasekolah seramai 7,511 orang pada 2010. Semua prasekolah, kerajaan mahupun swasta akan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kelas Prasekolah akan dibina di rumah-rumah panjang di Sarawak. Bangunan khusus akan dibina atau dibina dalam rumah panjang. Banyak rumah panjang di Sarawak kini menggunakan batu-bata dan simen, tidak lagi menggunakan kayu. Contohnya rumah panjang di Batang Ai. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud berharap penghuni rumah panjang akan menyokong program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan. LINUS ditumpukan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M. Kadar literasi murid sekolah rendah adalah 87 %. 2010 disasarkan 90 %. Guru-guru terbaik akan mengajar Tahun 1. Guru Pemulihan ditambah kepada nisbah 1:15 murid. 20 % murid menyertai kelas prasekolah pada akhir 2012 . Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Semua sekolah dipastikan mendapat bekalan elektrik 24 jam. Prasekolah berpusat terutama di kawasan pedalaman akan diperkenalkan.

20 buah sekolah disasarkan untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010. Tahun 2012 dijangka 100 buah sekolah.69 buah Sekolah Menengah Teknik distruktur semula untuk dijadikan Sekolah Menengah Vokasional.Sekolah aliran vokasional dan kemahiran menjadi satu daripada bidang aliran perdana dalam sistem pendidikan. 'New Deal' atau Bai'ah Baru diperkenalkan kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah. UNESCO dalam Laporan Pemantauan Global Pendidikan Untuk Semua 2009 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-45 daripada 129 negara. Malaysia di kalangan 56 negara yang berada di kedudukan aras tinggi pada Indeks Pembangunan Untuk Semua.

PPPM merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan sistem pendidikan Negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia

6 Aspirasi Murid 1. Pengetahuan: Murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi dan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid digalakkan menguasai pengetahuan am tentang Malaysia, Asia dan dunia dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, politik, dan tekonologi. Murid juga perlu menguasai bidang seni dan sukan. 2. Kemahiran berfikir: Kemahiran berfikir perlu dikuasai murid supaya mereka dapat mengembangkan ilmu yang dipelajari dan mencipta inovasi. 3. Kemahiran memimpin: Dalam kehidupan bermasyarakat kemampuan bekerja dengan berkesan dalam pasukan dan memimpin orang lain adalah penting. Setiap murid akan dibantu mencapai potensi masing-masing melalui penglibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan. 4. Kemahiran dwibahasa: Setiap murid akan menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Mereka juga akhirnya akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan. 5. Etika dan kerohanian: Murid perlu memiliki etika dan kerohanian yang tinggi bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan dewasa. Dengan memiliki nilai ini, mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berprinsip dan berani melakukan sesuatu yang betul. 6. Identiti Nasional: Pendidikan juga seharusnya menyemai semangat setia dan bangga kepada negara dalam kalangan murid. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya dengan belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.

You might also like