Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Peralatan Tenis Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan

bola.

Alatan Kekal Peralatan kekal gelanggang bukan hanya jaring, tiang jaring, kayu penanda (gelanggang perseorangan), tetapi juga merangkumi penghadang keliling, kerusi di sekeliling gelanggang sama ada kekal atau boleh ubah, pengadil (Umpire), hakimhakim (net-cord judge), foot fault judge dan pemungut bola ketika berada di tempat sepatutnya.

Gelanggang Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperbuat daripada kayu atau simen. Ukuran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 11.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda di dalamnya hendaklah jelas dan sebaikbaiknya dengan garisan putih.

Gelanggang tenis dibahagikan kepada 2 bahagian dengan jaring yang berada di tengah-tengah dan tergantung pada tali atau tali kabel dengan diameter maksimum 1/3 daripada 1 inci (0.8 cm). Garis yang mengelilingi gelanggang ialah garisan belakang dan garisan tepi. Kedua-dua ruang antara net dan garis tepi (side line) dibahagi sama rata, dan ruang tersebut dipanggil gelanggang servis (service court). Ditanda pada tengah garis servis melepasi titik tengah garis jaring ke garisan servis gelanggang sebelah jaring, garisan ditanda selebar 2 inci, ianya selari dengan garis tepi.

Setiap garis belakang (base line) perlu digambarkan berhubung dengan tengah garis servis dan satu garisan 4 inci panjang dan 2 inci lebar dipanggil penanda tengah atau centre mark yang dilihat di dalam gelanggang. Semua garisan lain yang ada pun tidak melebihi 1 kaki atau 2 kaki lebar. Semua ukuran dibuat bahagian luar garisan yang mana ianya adalah perlu seragam (sama). Papan tanda pengiklanan di bahagian-bahagian gelanggang tidak boleh mempunyai warna putih/kuning. pemain. Warna lembut hanya dibenarkan sekiranya tak mengganggu

Terdapat pelbagai jenis gelanggang yang boleh dikelaskan. Gelanggang juga dikenali dengan lapangan. Perbezaannya ialah material atau permukaan lapangan tersebut 1. Grass Court (lapangan rumput)

Gelanggang jenis ini menggunakan rumput sebagai permukaan. Lapangan ini bersifat keras dan hanua beralaskan rumput. Gelanggang ini mempunyai ciri-ciri yang baik iaitu hal laju bola cepat apabila melakukan hantaran atau pantulan kerana geseran berlaku secara maksimun di permukaan rumput. Namun begitu, gelanggang jenis ini sudah jarang ditemui kerana kos pembiayaan dan penyelengaraan yang agak mahal berbanding dengan kos penyelenggaraan gelanggang yang lain

2. Hard Court (lapangan simen)

Gelanggang ini adalah gelanggang tenis yang paling popular. Gelanggang yang terbuat dari simen memiliki ciri-ciri halaju bola yang lebih cepat berbanding dengan gelanggang yang menggunakan pasir atau kerikil sebagai permukaan gelanggang.

3. Clay court ( gelanggang tanah liat)

Gelanggang ini terbuat dari serpihan-serpihan tanah liat atau pasiran dari batu bata yang dihancurkan. Gelanggang model ini umumnya memiliki karakteristik halaju bola lambat. Laju bola yang dipantulkan di lapangan memiliki putaran yang lambat sehingga memungkinkan bagi pemain untuk dapat memainkan bola lebih lama dengan masa yang panjang.

Jaring

Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitutupi dengan pita putih. Setiap hujung jaring dipasang mengenai dan melepasi atas kedua-dua belah tiang tetapi tidak melebihi 6 inci (15 cm ) empat segi / 6 inci ( 15 cm ) diameter. Perletakan jaring di atas tiang tidak boleh melebihi 1 inci atas daripada dawai perentang net.

Kedudukan tiang adalah 3 kaki (0.914 m) dari jaring ke garisan luar gelanggang, manakala tingginya pula mencapai bahagian atas dawai perentang net / jaring iaitu 3 kaki 6 inci ( 1.07 m ) dari atas tanah. Bagi kombinasi permainan regu dan gelanggang perseorangan mempunyai perbezaan iaitu dengan menggunakan ukuran yang diukur dengan reket yang dipanggil single stick iaitu untuk permainan perseorangan. Ianya perlu disokong kepada ketinggian 3 kaki 6 inci. Titik tengah tiang (single) adalah diukur pada jarak 3 kaki dari garis luar kedua-dua belah gelanggang permainan.

Jaring akan diregangkan sepenuhnya untuk memenuhi ruang antara dua tiang dan bertujuan untuk menghalang bola dari melepasi gelanggang. Ketinggian ditengahtengah net/jaring mencapai 3 kaki. Ianya ditanda dengan pita penanda yang tak

melebihi 2 inci lebar ( 5 cm ) dan perlu berwarna putih. Dawai atau tali kabel perentang diselaputi dengan kain pembalut tidak lebih 2 inci (6.35 cm) tebal dan berwarna putih. Pada jaring pita penanda atau pembalut net tidak boleh dilekatkan dengan apa-apa tanda iklan.

Raket

Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya. Reket yang tidak menepati spesifikasi di bawah tidak dibenarkan penggunaannya di bawah undang-undang tenis.

i.

Permukaan reket hendaklah rata dan tali yang berselang-seli yang dihubungkan dibahagian bingkai reket. Corak tali hendaklah seragam dan dibahagian tengah talinya tidak tebal dan rapat. Tali hendaklah bebas dari sebarang objek. Alat tambahan tidak dibenarkan ditambah kecuali yang telah diluluskan dengan tujuan mencegah kerosakan atau getaran. Alat yang dibenarkan itu mestilah bersaiz yang munasabah dan ditempatkan di bahagian yang dibenarkan.

ii.

Panjang bingkai reket secara keceluruhannya tidak melebihi 29 inci (73.66 cm). Lebar termasuk pemegang dan keseluruhannya tidak melebihi 12 inci (31.73

cm). Panjang bahagian permukaan bertali tidak melebihi 11 inci (39.37 cm) dan lebarnya tidak melebihi 11 inci (29.21 cm).

iii.

Bingkai termasuk pemegang hendaklah bebas dari sebarang objek atau sebarang alat tambahan yang boleh mengubah bentuk reker atau mengubah agihan berat reket dalam arah garis bujur yang mana ianya mengubah kelakuan hanyunan atau untuk mengubah dengan sengaja fizikal reket yang akan memberi kesan pada keupayaan reket semasa permainan.

iv.

The International Tennis Federatation akan menentukan sama ada sesuatu reka bentuk reket yang dikeluarkan boleh digunakan atau tidak. Undang-undang di atas hendaklah dipatuhi oleh setiap individu, pengeluar reket dan pertubuhan antarabangsa. Semua undang-undang di atas adalah dirujuk kepada review dan hearing procedures of The International Tennis Federations.

Perkara penting Hanya satu corak yang dibenarkan digunakan pada reket. Semasa permainan apabila servis dilakukan pemain hendaklah berdiri di

antara satu sama lain, pemain yang memulakan pukulan dipanggil server dan penerima pukulan dipanggil receiver. Alat pengawal getaran boleh ditambah pada tali reket dan hendaklah

diletakkan pada bahagian luar corak yang berselang seli.

Reket yang mempunyai berbagai corak tali tidak dibenarkan dalam

permainan tennis. Semasa permainan jika tali terputus, pemain boleh memilih untuk

meneruskan permainan atau sebaliknya.

Bola Tenis

Bola tenis biasanya hijau kekuningan.Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenisharus dijaga dengan baik dan hendaklahsentiasa dalam keadaan kering. Bola yang diluluskan di bawah undang-undang tenis mestilah memenuhi spesifikasi berikut:

a) Bola mestilah dilitupi kain (Fabrik) di permukaan luar dan berwarna sama ada putih atau kuning. b) Bola mesti memenuhi kehendak seperti Appendix I (Peraturan melakukan ujian spesifikasi dalam undang-undang IV saiz berat 1.975 oz ( 56.0 gm) hingga 2.095 oz (59.4 gm). c) Bola mesti mempunyai kemampuan lantunan 53.0 inci (134.62 cm hingga 5.8 inci (147.32 cm) bila dijatuhkan dari ketinggian 100.0 inci (254.00 cm) di atas permukaan keras dan datar. Ianya juga mesti mempunyai

kemampuan pantulan 220 inci (559 cm) hingga 290 inci (737 cm) dan kembali (return) pada kelajuan 315 inci (800 cm) hingga 425 inci (1080 cm) pada 18 ib (8.165 kg) hentakan. d) Untuk permainan pada ketinggian 4000 kaki dari paras laut tambahan 2 jenis bola mungkin digunakan: Saiz yang sama seperti di atas kecuali kadar lantunan boleh melebihi 48 inci hingga 53 inci serta mempunyai tekanan dalaman lebih besar daripada tekanan luaran. Bola ini dikenali sebagai A Pressurised Ball Saiz berat yang sama kecuali kadar lantunan 53 inci hingga 58 inci. Tekanan dalaman hampir sama dengan tekanan luaran dan telah disesuaikan dengan pemain selama 60 hari di gelanggang kejohanan berkenaan. e) Semua ujian lantunan, saiz dan kemampuan lantunan akan dilakukan selaras dengan undang-undang Appendix I.

Nota ; I. Bola yang akan digunakan dalam pertandingan di bawah undang-undang tenis mestilah didaftarkan dan diluluskan oleh ITF. II. Mulai 01 Januari 2000 hingga 31 Disember 2000, dua jenis bola tenis akan digunakan sebagai percubaan.

Pakaian Pemain Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan.Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh menggangguperjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklahdipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupunmereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripadaseluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

Pegawai Permainan

Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakandan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dan pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

You might also like